PMINT DAN SYARIKAT-SYARIKAT ANAK TIDAK DISIASAT KE ?

Salah satu saluran pelaburan kerajaan negeri Terengganu Darul Iman ialah melalui Perbadanan Memajukan Iktisas Negeri Terengganu [ PMINT ] menerusi syarikat - syarikat anak seperti Babena, Hubungan Raya, Permint Engineering, Gabungan Quary, Permint Sutera Semai dll.

Hasil royalti minyak yang diperolehi oleh kerajaan negeri telah dilaburkan ke dalam syarikat - syarikat anak, samada pelaburan di dalam projek - projek kerajaan negeri di dalam negeri sendiri atau projek - projek luar.

Dengan harapan, melalui pelaburan ini, dapat menghasilkan keuntungan demi untuk manfaat rakyat di negeri ini. Apakah itu berlaku ? Apakah selama ini, syarikat - syarikat anak PMINT ini menghasilkan keuntungan yang sepatutnya seperti yang diharapkan ?

Menurut maklumat yang ada, kebanyakan syarikat - syarikat anak PMINT ini rugi jutaan ringgit setiap tahun, dalam keadaan kontrak yang bernilai ratusan juta ringgit diberikan. Tidak logik dek akal bukan ! Berniaga dengan kerajaan negeri boleh rugi ?. Mana mungkin. Dahlah dapat projek tidak mengikut prosidur yang betul, tidak ada rudningan harga pun, pakai serah saja . Yang pastinya , soal harga kerja sudah tidak timbul, tentunya tinggi , jauh melebehi daripada kaedah sekiranya diadakan tender secara terbuka. Tapi masih boleh rugi. Maknanya tidak untung - untung lah . Pulus sokmo.

Heh !!! takkanlah pegawai dan kakitangan syarikat - syarikat anak seperti Babena, Hubungan Raya dan Permint Engineering tidak berkelayakan ? ATAU tidak reti buat kerja ? ATAU tidak layak menduduki kjawatan tersebut ?. Tapi kalau diandaikan tidak layak, macam mana boleh duduk di sesuatu jawatan itu. ? Pelik bukan ? Tapi itulah realitinya !. ATAU mungkin berlaku penyelewengan di sana - sini ATAU projek yang yang diperolehi diserahkan pula kepda syarikat - syarikat lain yang merupakan kroni kepada pemimpin tertinggi kerajaan negeri, termasuk EXCO dan wakil - wakil rakyat. Dalam ini, mungkin berlaku nepotisma dan kronisma di sini ?

Sebenarnya untuk mendapatkan kepastian, kita boleh semak dan teliti syarikat - syarikat mana yang selalunya mendapat sub-kontrak kepada kerja - kerja yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada syarikat - syarikat anaknya.

Menurut maklumat yang ada, projek - projek yang berkaitan dengan kerajaan negeri yang diserahkan kepada syarikat - syarikat anak PMINT, tidak mungkin akan rugi, malah sangat menguntungkan kiranya diurus dan dijalankan seperti yang sepatutnya.

Sebagai contoh, Babena, Hubungan Raya dan Permint Engineering telah diberikan kontrak membina pelbagai projek kerajaan negeri seperti Projek Bekalan Air Ke Pulau Redang, Kampus TATI, International College of Terengganu dan Bangunan Mahkamah Syariah. Projek - projek ini menelan belanja ratusan juta ringgit,,, tetapi syarikat ini masih rugi jutaan ringgit setiap tahun, berkumpul -kumpul kerugiannya.

Malah, kebanyakan syarikat - syarikat anak yang rugi setiap tahun ini, telah diberikan suntikan modal tambahan, untuk membolehkan ianya terus berdaya maju, tapi masih juga rugi. Tak tahulah macam mana ia dikendalikan.

Sebagai rakyat yang perihatin dan terbiar serta tidak mendapat apa - apa manfaat dari royalti minyak yang diterima setiap tahun, saya dengan ini mencadangkan beberapa langkah yang penting yang perlu disegerakan, iaitu ;-

Pertama, Tun Salleh Abas, iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, EXCO Tugas - tugas Khas, yang bertanggungjawab di dalam pasukan hisbah disyorkan supaya memberi keutamaan penyiasatan ke atas PMINT dan syarikat - syarikat anak [ khususnya Babena, Hubungan Raya dan Permint Engineering.]. Ia hendaklah melibatkan pengurusan peringkat tertinggi [ terutamanya Pengurus Besar, Pegawai Tadbir, Pengarah Urusan, Akauntan, Jurutera, Arkitek dan QS serta lain - lain.] Walaupun sibuk di dalam tugas - tugas yang sedia ada, tapi hal - hal yang berkaitan dengan PMINT dan syarikat - syarikat anak juga perlu diberi perhatian. Wujudkan lebih banyak pasukan penyiasatan. Kalau tak cukup pegawai dan kakitangan kerajaan negeri , gunakan pasukan luar.

Bukan apa, sebenarnya dikhuatiri, jika lambat sangat bertindak , semua fail - fail dan dokumen sulit yang melibatkan penyelewengan dan salah guna kuasa pentadbiran dahulu telah hilang atau dimusnahkan. Ini adalah suatu kerugian kepada rakyat negeri Terengganu Darul Iman. Khazanah negeri tidak diurus secara yang jujur dan bertanggungjawab.

KEDUA, Semua syarikat - syarikat anak PMINT dan Ibu pejabat PMINT hendaklah disusun semula.

KETIGA, Dedahkan semua hasil siasatan kepada orang ramai, khususnya rakyat Terengganu. Rakyat berhak tahu bagaimana hasil negeri, khususnya, royalti minyak dibelanjakan sejak 20 tahun lalu di bawah pemerintahan Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Bin Wan Ahmad.

Tindakan yang diambil bukan bermaksud dendam, tapi satu keperluan. Perkara yang salah tidak harus dibiarkan berlalu begitu saja.

[Terompah _kayu@hotmail.com]