EDAR ARTIKEL INTERNET

SERUAN KEPADA :

Pucuk pimpinan Barisan Alternatif, PAS, KeADILan, PRM dan DAP serta NGO , ABIM, JIM GERAK, ADIL, GAGASAN, SUARAM, GAMIS, serta orang perseorangan, Pegawai dan Kakitangan Kerajaan, Pensyarah, Mahasiswa, Guru - guru, Doktor, Peguam, Arkitek, Jurutera, Pegawai Tadbir dan Diplomatik dll !!!!.dll

Adalah dengan ini diseru agar mengambil inisiatif melakukan tindakan, mewujudkan sebuah Jawatankuasa Khas/Urusetia/Pasukan Petugas bagi mengendalikan artikel - artikel yang terdapat di dalam internet [ terutamanya ] ATAU menggunakan Jawatankuasa Penerangan yang sedia ada dengan kadar SEGERA dan elbih aggresif lagi..

Jawatankuasa khas ini hendaklah ditubuhkan di peringkat :-

Pusat [ Ibu Pejabat ]
Negeri [Perhubungan Negeri ]
Parlimen
DUN . [ Di peringkat ini ia mesti ditubuhkan dan digerak dengan kadar yang segera.] Ini adalah peringkat terpenting. Semua Parti dalam Barisan Alternatif bersama NGO di dalam satu - satu Dewan Undangan Negeri , mestilah mewujudkannya segera. Ketua -ketua Bahagian Barisan Alternatif, PAS/KeADILan, PRM dan DAP ; NGO hendaklah memanggil satu mesyuarat SEGERA. Tubuhkan SEGERA atau gunakan jawatankuasa penerangan yang sedia ada.

Sumber - sumber artikel

Sumber - sumber artikel boleh di dapati dari internet [ Laman Reformasi, Mahafiraun, Pemantau, Reformasi Pendidikan Nasional, Jiwa Merdeka, Tranung Kite, Terengganu Kita , Al Islah, DOI MOI, R4MAC dll ], Harakah, Eksklusif, Detik dan Tamadun.

Tugas Jawatankuasa Khas/Pasukan Petugas/Urusetia

  • Mengumpul artikel
  • Menganalisa artikel. Sesuatu artikel hendaklah dianalisa oleh satu kumpulan yang khusus, terutamanya bagi mengkaji kesesuaian satu -satu artikel itu dengan tempat dan kumpulan sasaran serta dengan masa.
  • Memilih artikel.
  • Membuat salinan dan mencetak
  • Mengedarkan artikel.

    Cara Edaran

    Sesuatu artikel yang telah dipilih , sesuai dengan isu semasa, tempat, sasaran dan kandunganya hendaklah diedarkan secara berkala dan segera. Cara edaran boleh dibuat seperti berikut iaitu melalui pos, kedai kopi, masjid/surau, kedai kopi, Stesen bas, rumah ke rumah, tempat ceramah, tempat kerja/office dll.

    Tempoh dan jangkamasa edaran

    Kadar kekerapan artikel yang hendak diedarkan bergantung kepada beberapa faktor antaranya bergantung kepda berapa banyak isu yang dibangkitkan, berapa banyak artikel yang disiarkan dalam sesuatu tempoh tertentu dll. Walaubagaimanapun, saya ingin mencadangkan supaya ianya dibuat dengan sekerap yang mungkin, iaitu sekurang - kurangnya sekali [ 1 x ] seminggu, iaitu setiap minggu. Tetapi ianya boleh dilakukan, bilamana perlu, seperti setiap 2 - 3 hari sekali, bergantung kepada isu - isu yang terjadi.

    Kumpulan sasaran

    Tiga kumpulan sasaran yang utama;-

    UMNO/BN . Ini adalah kumpulan sasaran utama. Untuk kumpulan ini, seharusnya diedarkan setiap hari, bagi menyedarkan mereka dan seterusnya menumpulkan ke'UMNO'an mereka. Seboleh - bolehnya , supaya kumpulan ini, UMNO/BN di peringkat bawahan lebih mudah untuk di'turn over'. Dalam keadaan UMNO yang telah reput dan berulat, sokongan yang berkurangan, ahli yang merosot, dan orang - orang Melayu telah menolaknya, usaha ini akan lebih mudah. Natijahnya nanti, lebih ramai orang - orang Melayu yang masih menjadi ahlinya akan meninggalkan UMNO dan menyertai BA, atau sekurangnya - kurangnya mereka tidak mengundi BN dalam pilihanraya nanti.

    Pengundi atas pagar . Pilihlah artikel - artikel yang bermutu dan yang dikira boleh menarik mereka mengundi Barisan Alternatif dan kekal dengan pendirian itu sehingga ke hari mengundi.

    Barisan Aletrnatif. PAS, KeADILAN/PRM/DAP. Tujuan artikel -artikel diedarkan untuk kumpulan ini adalah penting bagi memastikan mereka terus kekal dengan BA sehingga ke hari mengundi. Tidak terpengaruh dengan kain pelikat, batik, duit, baja, kambing lembu, basikal dan lain - lain umpan di pagi hari mengundi. Golongan ini telah didedahkan dengan pelbagai maklumat semasa pilihanraya ke - 10 lalu, samada telah jelas atau masih kabur. Ini tidak menjadi masalah kepada yang telah jelas, manakala , isu - isu yang masih kabur, penerangan dan dan penjelasan seterusnya hendaklah dipertingkatkan. Golongan inilah yang perlu diberikan tumpuan . Ini adalah golongan pengundi terpenting yang akan memastikan BA menang nanti. Undi Pos dan Hantu dapat dipadamkan dengan sokongan kuat daripada pengundi atas pagar ini dalam pilihanraya ke 11 nanti..

    Keperluan asas

    Beberapa keperluan asas yang diperlukan, iaitu komputer berserta printer, kertas, catridge ink. Ini boleh didapati di PUSAT IT DAN KHIDMAT yang TELAH, SEDANG dan AKAN disediakan di semua DUN dan Parlimen. Kawasan yang telah dimenangi oleh BA, maklumat berterusan penting untuk mengekalkan sokongan. Manakala bagi kawasan yang kalah, maklumat terkini perlu untuk menawan hati pengundi setempat dan seterusnya memenangi DUN atau Parlimen berkenaan.

    Kesimpulan

    Kita mempunyai jentera yang terhad, media utama elektronik dan suratkhabar dimonopoli sepenuhnya oleh pemerintah UMNO/BN. Kita harus mengakui kelemahan dan kekurangan yang ada pada kita . Tapi kita jangan putus asa dan tidak berbuat apa - apa. Dalam serba kekurangan sebenarnya kita masih ada kekuatan dan sumber alternatif. Inilah yang mesti [ bukan harus ] dimanfaatkan sepenuhnya. Kita tidak punya pilihan lagi. Tahun 2004 makin menghampiri kita semua, cuma 4 atau 5 tahun saja lagi. Gerakkan segera sumber dan kekuatan yang ada.

    InsyaAllah dengan sedikit usaha yang kita lakukan ini, Allah akan memberikan kejayaan. Semoga Barisan Alternatif akan beroleh kemenangan dalam pilihanraya yang ke - 11 nanti. Bersama - samalah kita merobah negara kita yang tercinta ini. InsyaAllah.

    Terompah_kayu




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com