Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Republik Islam Terengganu

Pendahuluan

Rancangan untuk mewujudkan Tabung Pembiayaan Wang Ehsan, bagi menggantikan perkataan “ROYALTI “ , khusus untuk negeri Terengganu Darul Iman ada hikmat dan pengajaran disebaliknya.

Pertama, ia merupakan suatu ujian kepada pendokong dan pejuang islam. Allah akan menguji, sejauh mana keimanan dan keikhlasan kita didalam perjuangan. Adakah perjuangan kita kerana kebendaan [ ekonomi ], politik kepartian, dll, atau kerana Alla swt ?.

Telah ditakdirkan , iaitu Mahathir dan kuncu – kuncunya sebagai sebab atau punca bagi ujian ini.

Sebagai manusia yang hidup , telah diberikan akal, nafsu dan iman. Gunakanlah kurniaan itu untuk menghadapi ujian dan takdir ini. Sejauh mana kita dapat berusaha dan berikhtiar untuk sedapat mungkin menghadapi dan mengatasinya, itulah ukuran tahap kandungan akal, nafsu dan iman yang ada.

Diantara pilihan yang ada, pertamanya, kita menurut sahaja rentak yang telah ditarikan oleh Mahathir dan kuncu – kuncunya serta tanpa melakukan apa - apa. Kedua, kita mengatur gerak dan langkah kita, disamping melayan rentak dan tari Mahathir dan kuncu – kuncu. Banyak usaha dan ikhtiar yang boleh dilakukan. Sumber alam negeri terlalu banyak untuk dieksploitasikan.

Tetapi di sini, saya ingin mencadangkan satu teori baru , perancangan jangka panjang iaitu untuk tempoh masa 50 – 100 tahun akan datang . Berbalik kepada , Tabung Pembiayaan Wang Ehsan untuk penduduk Terengganu menggantikan royalty minyak 5 % adalah merupakan tindakan menghukum. Kerajaan Pusat tidak akan, berniat dan bertindak baik untuk kesejahteraan rakyat dan negeri . Mereka akan sentiasa mencari ruang, helah, muslihat untuk kembali memerintah dan merampas negeri Terengganu.

Dengan wujudnya cadangan ini, kita lancarkan perang saraf di seluruh negeri. Adakan soal selidik, kajian dan wujudkan kumpulan khas yang akan bercakap dan mengulas serta menyebarkan idea ini di segenap pelusuk negeri, termasuk di Masjid, Surau, Dewan Sivik, Kedai kopi, sekolah, jabatan kerajaan, stesen bas dan di pasar.

Terangkan faedah yang bolehh diperolehi daripada tegaknya REPUBLIK ISLAM TERENGGANU, insyaAllah, dalam masa 50 – 100 tahun akan datang atau lebih awal lagi. Selain daripada kita dapat mengawal kegiatan ekonomi sendiri, pengeluaran minyak sendiri [ seperti negara Brunei Darul Salam ], urusan politik, pengurusan kerajaan, pendidikan, tetapi, yang lebih penting, undang – undang islam dan hal yang berkaitan dengannya dapat diimplementasi dan dilaksanakan dengan sebaik – baiknya. Disamping itu rancangan ini dapat digabungkan bersama dengan kerajaan Republik Islam Kelantan. Banyak faedah – faedah keduniaan dan akhirat dapat dijalankan untuk kesejahteraan umat diantaranya , Pembinaan Lebuhraya – Terengganu – Kelntan – Thailand Expressway, Pelabuhan , Lapangan terbang , Kawasan industri , Ekonomi , Pendidikan dan Pelajaran , Pelaburan , Agama , Sosial , Sains dan teknologI.

Idea ini, bukan sahaja akan disokong oleh penyokong Barisan Alternatif malah juga oleh ahli – ahli UMNO.

Terompah Kayu


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com