Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


ZAKAT minyak dan gas PETRONAS untuk TERENGGANU

ZAKAT MINYAK PETRONAS DAN SEWA UNTUK TERENGGANU

PENGENALAN,

Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad, telah memutuskan untuk menyalurkan terus duit minyak, melalui Tabung Pembiayaan Wang Ehsan kepada Jabatan Pekhidmatan Persekutuan [ JPP ] , bagi baki wang “ ROYALTI “ tahun 2000.SERUAN UNTUK KERAJAAN NEGERI, Oleh itu, setelah surat rasmi mengenai kaedah pembayaran , diterima oleh Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman daripada Kerajaan Pusat, iaitu, Kementerian Kewangan, maka, YAB Menteri Besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang , bolehlah membuat tindakan susulan seperti berikut ;-

1. RAYUAN ROYALTI DIKEKALKAN

Rayuan rasmi hendaklah dibuat kepada pusat bagi mengekalkan pemberian “ROYALTI “ terus kepada kerajaan negeri.Setelah rayuan ditolak , selepas tempoh masa yang ditetapkan maka, tindakan susulan kedua seperti berikut di bawah boleh dilakukan ;-

2. TUNTUTAN ZAKAT PERNIAGAAN

Semua operasi syariakt Petronas di Negeri Terengganu didalam bidang perniagaan yang berkaitan dengan Industri Minyak dan Gas, khususnya di KERTIH, hendaklah dibuat kiraan secara terperinci , jumlah ZAKAT PERNIAGAAN yang WAJIB dikeluarkan. Ini termasuklah ;-

- Syarikat Ethylene dan Polyethylene
- Petronas Penapisan
- Petronas Carigali
- Petronas Gas
- Penisular Gas Utility/PGU 1
- PGU 2
- PGU 3
- PGU 4
- PGU 5
- PGU 6
- PGU 7
- PGU 8

Kiraan ini termasuk juga jumlah tertunggak, sejak PETRONAS menjalankan perniagaan di Negeri Terengganu, Darul Iman, iaitu tahun 1975 – 1999, selama 24 tahun.Tidak harus diketepikan, ialah jumlah DENDA atau PENALTI yang wajib dibayar oleh PETRONAS kepada kerajaan negeri kerana tidak pernah membayar dan mengeluarkan zakat sejak taun 1975.

3. SEWA

Pihak kerajaan negeri juga berhak dan WAJIB membuat taksiran SEWA yang mesti dibayar oleh semua anak – anak syarikat PETRONAS yang beroperasi di Negeri Terengganu Darul Iman. Sewa yang akan dikenakan meliputi jumlah luas tanah [ per kaki persegi ] yang diduduki oleh anak – anak syarikat PETRONAS, penggunaan papan tanda dan Lesen – lesen yang berkaitan dengan Majlis Daerah Kemaman dan Dungun dllMaklumat terperinci tentang jumlah pendapatan tahunan semua anak – anak syarikat PETRONAS boleh didapati daripada ;-

1. Pejabat Pendaftar Syarikat

2. Bursa Saham Kuala Lumpur

3. Suruhanjaya Sekuriti

4. PETRONAS

Terompah Kayu


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com