Tindakan hakim Ariffin Jaka menamatkan perbicaraan DSAI walaupun masih terdapat beberapa orang saksi penting,termasuk Mahathir sendiri tidaklah menghairankan lagi. Kewibawaan badan kehakiman sering dipersoalkan. Apakah mahkamah kita masih boleh dipercayai?
Tidak hairanlah nanti kalau hakim Ariffin Jaka mendapati DSAI bersalah dan dijatuhkan hukuman sekurang-kurangnya 20 tahun penjara seperti mana yang dikehendaki oleh Mahathir mengikut skrip drama yang diarahkannya itu.
Apakah tindakan si Ariffin Jaka itu merupakan satu langkah yang bijak untuk membolehkan Mahathir terus berkuasa? Rakyat bukanlah
bodoh,walaupun pemikiran mereka dikongkong oleh media massa Mahathir yang tidak langsung mahu menyiarkan berita-berita mengenai kes DSAI itu.
Rakyat juga tahu bahawa segala pertuduhan yang dibuat oleh pihak pendakwa terhadap DSAI adalah tidak benar sebaliknya bertujuan semata-mata untuk memuaskan nafsu Mahathir saja. Rakyat sedar bahawa segala pertuduhan tersebut adalah rekaan Mahathir dan konspirator-konspirator upahannya dalam usaha menjatuhkan DSAI.
Mahathir tahu semakin lama kes ini berlanjutan semakin bertambah bencinya rakyat terhadap Mahathir dan kuncu-kuncunya itu. Disamping itu semakin lama kes ini berlarutan semakin banyak lagi terdedah kekejaman dan kepincangan Mahathir dalam usahanya untuk menipu rakyat.
Mahathir menggunakan tatik mendiamkan diri terhadap segala tuduhan rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukannya dan para
menterinya. Mahathir tahu perbuatan salah guna kuasa dan amalan rasuah sememang berleluasa didalam pentadbirannya yang diamalkan
oleh menteri-menterinya termasuk Mahathir sendiri.
Bagi Mahathir,mendiamkan diri tidak menyalahi undang-undang. Selagi Mahathir menguasai media massa termasuk,Jabatan Peguam Negara,polis dan badan kehakiman Mahathir akan rasa selesa. Siapa yang berani menangkap Mahathir? Siapa yang berani mendakwa Mahathir? Hakim mana yang berani mendengar kes Mahathir, walhal sapina untuk Mahathir hadir mahkamah,Mahathir buat tidak peduli saja. Sebaliknya hakim pula akur dengan kehendak Mahathir.
Sejak bermulanya kes DSAI banyak perkara yang berlaku telah menimbulkan pelbagai tanda tanya,antaranya;
- perlantikan hakim yang baru daripada hakim yang berpengalaman.
- pemindaan tarikh secara sewenang-wenang.
- pemindaan pertuduhan diakhir kes pendakwa.
- membuang sebahagian keterangan yang telah menjadikan bahan bukti.
- hakim menentukan sama ada saksi relevan atau tidak sebelum mereka dibenarkan untuk beri keterangan.
- keistemewaan yang diberikan kepada Mahathir kerana tidak perlu jadi saksi walaupun telah disapina
- tiada tindakan diambil terhadap Mahathir kerana komen melampau Mahathir terhadap DSAI walaupun telah dilarang oleh hakim.
- DSAI dipenjara 6 tahun kerana memohon polis menyiasat Azizan dan Ummi,sebaliknya tiada tindakan diambil terhadap Mahathir yang menghalang pengarah BPR menyiasat kes Ali Abol Hasan.
- DSAI kena 6 tahun walaupun dibelasah oleh Rahim Bulldog,tetapi Rahim Bulldog yang menganas itu terlepas dengan 2 bulan penjara dengan ikat jamin.
Begitu tidak adil sekali hakim-hakim kita melaksanakan tugas penghakiman mereka. Bolehkah rakyat mendapat keadilan sebenar melalui badan kehakiman sebegini? Apatah lagi sekarang kita tahu bahawa ketua hakim negara sendiri terlibat dengan pelbagai skandal, di manakah letaknya kewibawaan badan kehakiman kita?
Bagi DSAI jalan untuk mendapat keadilan adalah amat sukar sekali,selagi Mahathir masih berkuasa. Kerana badan kehakiman,
jabatan peguam negara dan jabatan polis semuanya takut kepada Mahathir. Eusoff Chin,Mokthar Dugong dan Norain Mai semuanya melutut kepada Mahathir dan sama-sama sanggup mengusung "shit" Mahathir kemana saja Mahathir pergi.
Harap DSAI,bersabar saja,hanya takdir saja dapat menentukannya.
ALI ALLAH DITTA