JIKA Dr. Mahathir menganggap dirinya masih seorang
terbilang di dunia, anggapannya itu mensahihkan bahawa
beliau sudah nyanyok-sewel. Sejak kebelakangan ini
“ego” si sewel ini semakin memuncak. Ini semata-mata
kerana dua, tiga kerat pengampu saban hari memberi
beliau “semangat dan pujian palsu” bagi menyuka dan
mengkhayalkan hati, jiwa dan perasaanya. Kerana itulah
yang dia mahu, maka itulah yang dihamburkan oleh
Kroni-kuncunya!!
Pada hemat setiap rakyat yang rasional, Mahathir tidak
ada guna lagi. Kalau Mahathir tidak sewel, sudah lama
beliau lebih faham ‘ampu-ampuan’ yang makin tidak
masuk akal itu hanya sampah saraf yang melata tidak
ada guna. Memang sah dia makin sewel. Itulah akibah
seorang yang menafikan kebenaran Allah swt. Tetapi,
siapakah menjadi korban khayalan ‘orang ini’!
Anggaplah kata-kata itu sebagai FITNAH. Peratus orang
rasional yang membaca artikel seperti ini akan
bersetuju, apa yang saya katakan adalah benar. Jika
dikatakan Mahathir hidup dalam alam bayangan yang
mengkhayal, bukan saya seorang yang bercakap begitu.
Jangan tanya kepada mereka yangdapat ganjaran dari
beliau, tanya mereka yang telah dibelasah di Dataran
Merdeka, yang ditelanjangkan dalam lokap Bkt. Aman,
yang diikat tangan dan ditutup mata dibeduk oleh
tukang belasah uphan… Mereka akan bersetuju!!
Tanggapan dan penilaian Mahathir kepada dirinya adalah
urutan saikoloji dan rentak jiwa seorang yang sudah
jatuh gila dan fasik. Seseorang yang sudah hilang
kebenaran dari lubuk hati, balik ke zaman membayangkan
keindahan, dan ledakan hati terus menerjah dengan
anggapan ia tidak akan mati.; hakikatnya – orang itu
sudah mati. Dipendekkan cerita: Mahathir sudah “MATI”!
Dengan itu, penyokongnya yang taksub sudah
terikut-ikut “mati”..!! Biarlah mereka “mati”. Kita
wajar meneruskan hidup ini.
Buat Malu ke Indonesia
Mahathir berlepas ke Indonesia, kununnya untuk
membantu Indonesia menyelesaikan permasalahan ekonomi
negara itu. Sebelum ini pun saya sudah katakan bahawa
Mahathir adalah berpura-pura cuma. Jika Mahathir
hendak menyelesaikan permasalahan ekonomi Indonesia,
elok Mahathir baca Kompas, Suara Pembaruan, Fikiran
Rakyat, Suara Rakyat dan puluhan akhbar-akhbar dan
majalah lain-lain yang diterbitkan oleh rakyat
Indonesia.
Rakyat Indonesia bebas berdebat dan berbicara sesama
sendiri. Majoriti akhbar-akhbar di Indonesia adalah
berpengaruh dikalangan rakyat negara itu. Mahathir
baca itu lebih dulu. Tengok dan perhatikan
betul-betul. Tengok bagaimana setiap hari mereka
meluahkan rungutan dan kritikan yang menyuarakan
keresahan hati rakyat Indonesia. Seratus enam puluh
dua juta (162 juta) rakyat Indonsia menyalurkan
maklumat kepada pemerentah mereka melalui akhbar. Dan,
peranan akhbar mereka adalah merupakan saluran
terpenting dalam pembentukan Dasar negara mereka.
Dasar Indonesia adalah terbuka dalam penyebaran
maklumat melalui media adalah sumber utama. Bukan
seperti di Malaysia. Perbandingannya 50 tahun mungkin
kurang, tetapi mereka merasa akhbar-akhbar mereka
tidak dijajah.
Rakyat Indonesia mementingkan Demokrasi, kebebasan
berfikir dan perakuan terhadap hak asasi. Kerana itu
Acheh dan Timur Timor telah dapat menyuarakan hasrat
hati secara terbuka. Kerana itu mereka terus-menerus
bereformasi.
Malangnya, Dasar media Mahathir dan Abdullah Bedawi
terhadap Demokrasi, kebebasan berfikir dan perakuan
terhadap hak asasi umpama: (sepatah kata Pak Shahnon)
adalah macam “SHIT & Pu**Ma*” (nya). Rakyat sudah
dimalukan keseluruh dunia. Orang Melayu yang
berperadaban santun dan berbudaya, telah dipandang
jijik kerana perbuatan Mahathir dan kuncunya yang
rakus dan biadab. Orang Melayu terasa amat diaibkan
oleh seorang bedua ‘bangsat-bangsat’ yang sudah hilang
daya dan budi!!
Tidak ada seorang Perdana Menteri yang sebegitu
pembohong dalam zaman manusia telah maju dan madani
(civilized) begini jauh menjangkau. Rakyat negara ini
berbangga kerana mereka telah berjaya mencapai tahap
minda dan kemampuan berfikir menyamai mana-mana umat
menduduki alam ini. Tapi mereka dipaksa dikongkongi
dengan peraturan peribadi pemimpin.
Ratusan ribu rakyat negara kita ini sudah terdedah
dengan maklumat dan tamaddun negara yang lebih maju..
Mereka sungguh-sungguh malu berperdana-menterikan
seorang yang mengunci mulut dan membelenggu kakitangan
rakyat. Kerana itu, hati rakyatsudah menolak seorang
yang sudah tamat tempoh-gunanya. Mereka harus
dihumbankan saja (maaf, bahasa kesat kerana itulah
sepadan dan terbaik).
Mahathir wajib fikir itu masak-masak. Sesungguhnya,
orang Melayu khususnya, bukan seperti tanggapan beliau
(Mahathir) dalam “The Malay Delimma”. Sejak dari dulu,
orang Melayu bukan begitu. Mungkin orang UMNO
“hard-core” penyembah “patung puaka” bernama
“Mahathir” itu.
Orang Melayu tidak pernah begitu. Tanggapan Mahathir
cuma ‘half-truth’ yang sengaja dirancang dan digunakan
oleh beliau untuk kepentingan dirinya. Orang Melayu
yang berpendidikan dan berakal terbuka semua tahu
(sila baca penelitian A.Rustam Sani).
Mungkin “The Malay Delimma” hanya berguna dan layak
diapplikasi kepada orang-orang UMNO yang bersifat
tamak dan rakus. Memang mereka semudah itu sanggup
ditipu dan menerima apa yang Mahathir kata seolah-olah
seperti “gospel truth”.
Bagi mereka, “kebenaran” yang di amanahkan Allah swt
dalam Al-Quran dan Hadis yang dilafazkan oleh
Junjungan kita tidak berguna – cakap dan aturan
Mahathir adalah menggantikan “kebenaran” itu.
Dinasihatkan supaya segelintir orang Melayu (yang
telah karat dalam UMNO) harus beristighfar
banyak-banyak sebelum dihumban ke dalam liang kubur
dan untuk disoal malikat di alam Barzah apakah maksiat
dan kezaliman terbesar yang mereka lakukan sebagai
pemimpin yang TIDAK amanah kepada 20 juta rakyat dan
zuriat mereka di negara ini!!
Isu HARAKAH & DETIK – Memalukan
Sebagai Rakyat sebuah negara yang merdeka dan
berdaulat, UMNO dan seluruh sisa dan saki-baki
penyokongnya yang masih ‘buta mata hati’ dan bebal
jantung-limpa, wajar merasa bahawa Mahathir sudah
mengusut-masaikan rohani mereka dari melihat
“Kebenaran”.
Rakyat yang waras dan insaf dalam UMNO sudah menilai
siapa kepimpinan UMNO dan BN yang masih ‘terlena’
dengan tipu-muslihat Mahathir Mohammad, Daim Zainuddin
dan sekutu mereka. Mereka sudah jelas menentukan
pendirian pada 29 November 1999. Mereka telah
berhijrah – menolak pemimpin yang bakal memusnah hidup
bangsa dan kemurnian ugama dalam sebuah tanahair yang
Merdeka.
Beberapa “Ulamak UMNO” tumbang antan dari tampuk
kuasa, bukan kerana mereka tidak layak menjadi
pemimpin; tetapi kerana Allah swt. telah membisikkan
ke telingan rakyat marhain bahawa mereka itu adalah
manusia durjana yang menyelewengkan ayat-ayat Allah
swt. hingga sanggup mengkhianati rakyat yang dhaif
yang sangat-sangat memerlukan bantuan mereka.
Pengkhianat ugama Allah swt ialah para ulamak ‘suk’
terbabit.
Wan Mokhtar, Yusof Nor, Hamid Osman dan beberapa orang
ulamak UMNO (tak payah sebut kesemua) telah
tersingkir, jatuh terlongkop tersembam ke bumi dalam
Pilihanraya ke-10 dulu. Mereka telah ditolak semata
kerana pengundi di kawasan terbabit telah menerima
bisikan Allah swt. yang memerentahkan para malaikatNya
supaya rakyat menyingkirkan mereka – sebelum mereka
lebih merosakkan. Sepatutnya Ulamak UMNO harus
bersyukur kehadhrat Illahi kerana tidak berkesmpatan
melakukan masksiat lagi. Mereka telah diselamatkan
Allah yang Maha Mengetahui.
Malangnya, ada seorang berdua, seperti Dusuki Ahmad,
Haji Nakhaie, Hamid Osman, Hamid Zainalabidin, Zainal
Melur, dan beberapa orang yang masih mengejar
kebendaan dunia, dan masih tunduk kepala kepada ugutan
si MahaFIRAUN, Karuun dan Hamman dan padri-padri
mereka yang mempunyai kuasa untuk memberi mereka
kekayaan, pangkat dan darjat.
Jika mereka betul-betul hendak berjuang menegakkan
kebenaran Allah swt.; dengan laungan terbuka rakyat
menyeru…”TEGAKKAN kebenaaran Firman dan Hadis,
bisikkan ketelinga si MahaFIRAUN, Karun dan Hamman dan
padri-padri mereka supaya kembali kepada KEBENARAN
yang dituntut. Jika anda masih didalam (kununnya untuk
membaiki dari dalam), tumbangkan Kezaliman dan
tegakkan Keadilan!! Itu adalah tuntutan Islam!! Itu
adalah tuntutan umat Islam sejagat. Berhijarahlah
mulai Mei 2000 ini”!
Masakan mereka memecah ‘kontrak’ mereka dengan
MahaFIRAUN yang lebih murni dan menjajjikan kebahagian
dari dari ‘kontrak’ dan janji mereka semasa di hadapan
Allah swt. di Luhmahfuz dulu!!
Malangnya, Mahathir dan Abdullah Bedawi telah hilang
pegangan yang “Benar”. Kerana HARAKAH membangkitkan
peringatan orang-orang yang telah menyimpang supaya
kembali ke jalan yang benar; maka sepantas kilat
akhbar se dhaif itu dinafikan hak menyatakan
”Kebenaran”.
HARAKAH – dari 8 isu sebulan, dipaksa jadi 2 isu cuma.
Tidakkah kalian tau, bahawa, walaupun dengan dua (2)
isu sebulan; tetapi dengan “kebenaran” yang dititip
didalamnya: Sesungguhnya, dengan sepatah ayat yang
jelas dengan “Kebenaran” yang pasti dan terang; ayat
Allah swt yang diperdengar dan ditafsir dengan
sempurna itu akan mampu mengimbau 1000 rakyat (yang
memerlukan hidayah) akan menghatinya. Apatah lagi
kalau sudah 72 muka surat dengan setengah juta ayat?
Eloklah jangan menentang “kebenaran”.
Anda boleh menganggap kandungan HARAKAH sebagai
Fitnah. Tetapi, di zaman jahiliah pun; bagi Yahudi
tafsiran Firman dan Sunnah juga adalah dianggap
“Fitnah” besar. Mungkin, itulah kesannya kepada
manusia yang sudah masuk ‘angin’ Yahudi kedalam saraf
benak mereka!!
Rakyat mengimbau diri mereka supaya menjauhi
“kebatilan” yang sedang melanda dan merosakkan rohani
mereka dari ditipu “Iblis dan Taghut” yang
menyesatkan. Mereka berdoa melalui solat Hajat semoga
Allah swt membuka pintu hati mereka dan anda dengan
mengikis darah-darah hitam dari celah lipatan hati,
dan masukkan kedalamnya “Kebenaran”..!! Insyaallah,
mereka mahu mati dengan hati yang tidak berdosa dan
perasaan tidak bersalah sesama manusia!!! Itu harapan.
Musa dan Ghaffar Sudah Insaf?
Jika ditanya soalan itu, jawapan yang mudah, “Siapa
tahu? Hanya Allah swt. yang Maha Mengetahui segala
rahsia hati makhluknya. Mungkin sudah, mungkin
belum..!! Atau mereka mau main wayang kulit lagi?”
Tetapi, dengan mendengar kenyataan mereka, memang ada
petanda yang mengiyakan bahawa mereka berdua telah
mulai ‘insaf’ dalam kadar dan keupayaan sendiri.
Mungkin mereka adalah jujur dan ikhlas. Mungkin mereka
tahu bahawa apa yang mereka lihat sekarang sudah
terlalu jauh menyimpang dari amanat rakyat yang
diamanahkan kepada pemimpin mereka. Mereka sekarang
adalah sebahagian dari rakyat biasa.
Jika benar mereka telah mulai insaf, dan dengan
dukungan semangat dan daya-tahan seorang umat yang
prihatin seperti YB Mulia Tengku Razaleigh Hamzah yang
telah menyerahkan dirinya bersedia menyambung wadah
warisan pejuang UMNO yang telah meninggal kita – dan
dengan sokongan padu, berani dan setiakawan pemimpin
UMNO peringkat Pertengahan yang bakal menentukan
buruk-baik nasib orang Melayu di Perhimpunan Mei 2000
ini; akan mudahlah penentangan terhadap regu
“Mahathir-Abdullah-Daim” – semudah mencabut rambut di
kepala, insyaallah!!
Jika orang Melayu benar-benar warisan pejuang yang
mewadahkan Kemerdekaan untuk diperjuangkan demi untuk
membela nasib rakyat yang terjajah selama 500 tahun
ini, tidak ada tempoh lagi…Mei 2000 itu lah masa dan
ketika untuk menentukannya.
Orang Melaka Masih Ingat?
Rungkai sedikit peristiwa kejatuhan Melaka tua. Bukan
Portugis yang perkasa. “Konspirasi” lah yang memberi
laluan maka Raja Mandeliar dan Si Kitul dapat
memusnahkan peradaban orang Melayu di zaman gemilang
itu. Orang Melayu lemah kerana termakan nikmat “Emas
Sebahara”!! Kesilapan orang Melayu paling memalukan!!
Bukan diceritakan oleh sasterawan rakyat Tun Seri
Lanang kerana sengaja suka-suka membuka pekung
“kebodohan” orang Melayu zaman Melaka. Bukan..!!
Beliau mahu supaya orang Melayu dibelakang hari supaya
beringat-ingat bahawa orang Melayu adalah umat yang
mudah terpengaruh dengan “Emas Se bahara”. Dengan
bujukan manis-madu, dengan tipu muslihat yang licik
memperdaya – pemimpin orang Melayu semudah itu akan
hilang pegangan kebangsaan, ugama dan jiwa. Itu saja!!
Bendahara Seri Maharaja, dalam keaadan berwuduk untuk
mengerjakan Solat Maghrib telah ditikam dan seluruh
keluarga dibunuh. Itulah bahana FITNAH dan
persekongkolan pemimpin yang hanya mengenal pangkat,
darjat dan kekayaan semata-mata; mempercayai Fitnah
dan Pembohongan tanpa usul pereksa. DAN, atas
segala-galanya, mereka melupakan ugama Allah swt.
Itulah titik permulaan yang menyebabkan orang Melayu
terjajah hingga 500 tahun kemudian. Hari ini
“Mandeliar dan Kitul-kitul”nya sedang merancang
memusnah Kemerdekaan kita.
Melampaui Wawasan 2020
Tidak ada siapa yang boleh memaksa orang Melayu taksub
dengan Wawasan 2020. Kununnya, dengan Wawasan itu
orang Melayu harus melupakan kedaulatan bangsa dan
tanahair, kemerdekaan dan ugama. Nampaknya orang
Melayu diwajarkan oleh mereka yang mengaku pemimpin,
kununnya orang Melayu mesti menukar budaya, melupuskan
hak dan memilih untuk mensekularkan ugama.
Sebenarnya, orang Melayu secara total sudah lebih dulu
telah berwawasan dari Mahathir dengan “Wawasan
2020”nya. Jika orang Melayu tidak berwawasan untuk
menegakkan bangsa, tanahair dan ugamanya; mustahil
panglima-panglima Melayu di zaman lampau terus-menerus
menggugat Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun yang
menjajah mereka.
Waktu itu, (saya berani bertaruh potong telinga –
peribahasa Melayu): Mereka tidak kenal siapa Mahathir,
Abdullah Bedawi atau Daim Zainuddin. Mereka hanya
berjuang kerana kenal orang Melayu (sebagai bangsa),
Melaka/Malaya (sebagai negara) dan Islam (sebagai
Ugama). Mereka mahu mengembalikan Kemerdekaan mereka.
Dengan itu mereka akan berkongsi kuasa dengan rakyat
untuk lebih maju dan bebas bertindak.
Itulah dia wawasan orang Melayu, waima menganggotai
UMNO “Asal”, PAS atau apa jua parti politik yang ada.
Mereka memilih pemimpin, dan bukan Pemimpin “memaksa”
mereka memilih mereka (pemimpin itu). Jika itu
berlaku, bermakna kita kembali ke zaman FEUDAL yang
sudah dulupuskan 500 tahun dulu!! Orang Melayu kembali
sebagai bangsa yang dayus dan hina. Mereka dijajah
oleh segelintir bangsa sendiri yang korap dan tidak
ada jiwa bangsa.
Jika Mahathir “Anak Jantan”
Kita wajar melihat allahyarham Tunku. Beliau akur
dengan aturan dan piagam rakyat. Beliau sanggup
menekan hati yang keciwa kerana bagi YM Tunku – RAKYAT
adalah segala-galanya. Walaupun beliau “Bapak” dalam
usaha mengambalikan Kemerdekaan Tanahair (setelah 500
tahun dijajah), beliau hidup dan mati dalam
kesederhanaan sebagai seorang manusia biasa. Beliau
puas melakukan satu tugas yang mulia. Apa sudah jadi
dengan pemimpin “puaka” sekarang?
Jika Mahathir ‘anak jantan’ yang dikandung dalam rahim
ibunya, hasil benih persetubuhan halal ayahnya –
Mahathir wajib cuba beradu di gelanggang seperti
seperti seorang bergelar “Panglima”. Anak Melayu
pantang dicabar, 1000 tahun akan berjuang demi
menegakkan kebenaran!! Bukan seperti “pengecut” hanya
bercakap dibalik tabir pelindung!! Mungkin kerana
“budaya’ keturunan Mahathir berbeda jauh dari budaya
asasi orang Melayu yang sudah bertapak ribuan tahun
dibumi ini!!
Mahathir kena ingat, Dataran Merdeka ada di
mana-mana!! Orang Melayu tidak ketandusan pemimpin dan
pejuang bangsa sejak kaki orang Melayu memijak bumi
bertuah ini. Orang Melayu bersedia menghadapi segala
kemungkinan. Kerana, ini sajalah tanahair tempat
lahir dan mati mereka. Mereka mahu hidup sampai kiamat
di bumi ini.
Bagi orang Melayu, jangan keterlaluan mempersenda
maruah bangsa dan ugama mereka!! Jangan pura-pura
seandainya cuba “mencucur airmata” pula. Orang Melayu
belum hilang kesidiqan mereka. Kesabaran orang Melayu
juga ada lurah-sempadannya!!
Malangnya, hari ini Mahathir cuba berkhayal seperti
Maharaja yang memerentah Perancis, Austro-Hungarian
Empire, Dinasti Cina, Caucescue, Shah Iran, dll –
lengkap dengan sebuah Mahligai dengan kepala paip dan
tangkai jamban bersalut emas, perak dan suasa!!
Sementara, itu semua dibina atas “titah-perentah”
beliau dengan mencagarkan ‘air mata’ rakyat yang
berlinang di kelopak mata!!
Alangkah aibnya orang Melayu, beliau sekeluarga
bermain “kuda” di Argentina, berkelah di Carribean,
berdansa dengan suku-sakatnya di kem perjudian
teristimewa di Genting, terbang ke sana sini dengan
kenderaan bagai ‘buraq’, bercakap mengkeji rakyat dan
ugama selancang mulut busuknya diseluruh dunia,
mengaibkan rakyat yang belum tentu dosanya, mengancam
nyawa rakyat dengan kekuatan para al-gojo upahannya,
dan 1001 macam laknat dan maksiat lagi…..”Apakah ini
dia pemimpin yang berWAWASAN”?
Seharusnya Mahathir dan kuncu-kuncunya wajib berterima
kasih kerana orang Melayu telah memberi ruang untuk
beliau melantik diri menjadi “maharaja”. Kalau
dikirakan belum cukup, sudah berbilion harta rakyat
yang dikaut oleh suku sakatnya. Kalau dikira belum
panjang tempoh, hampir suku abad beraja di hati dan
bersultan di mata. Apakah Mahathir mahu
bermaharajalela sepanjang hayat pula? (memang Iblis
telah merasuk lubuk hatinya).
Orang Melayu harus ingat, bahawa “Wawasan UTAMA”
orang Melayu yang afdhal dalam tempoh terdekat ini
ialah membuang kuping-kiping ‘najis’ yang sedang
melekat kering-kontang dipunggung orang Melayu dan
bertempek-tempek dimuka – menjijikkan dunia memandang.
Kelompok pemimpin seperti yang sebegitu hanya sedikit
cuma, tetapi jelas sudah cukup memberi malapetaka
untuk dikikis kesannya 1000 tahu lagi.
Mungkinkah Mei 2000 ini mampu menentukan semua? ATAU,
masih menunggu 2004 juga? Sesungguhnya, 20 juta Rakyat
sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang
menggalang mata!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO Atas Pargar Berduri,
zuriat Melayu-Bugis Nusantara)