Sudah 3 bulan Barisan Nasional yang didukung oleh UMNO
sebagai parti tunjang menerajui Kerajaan. Namun,
rakyat masih tertunggu-tunggu apakah sebenarnya makna
kemenangan UMNO/BN untuk rakyat. Makin tidak nampak,
malah makin sukar dilihat apakah hala tuju pemimpin
yang menduduki Kabinet pilihan Mahathir Mohammad
sekarang.
UMNO/BN Tidak Berterima Kasih
Walaupun masih ada sekelumit saki-baki sokongan orang
Melayu yang masih mahu memberi ruang supaya UMNO cuba
membaiki diri dalam tempoh terdekat, sebagai sebuah
parti UMNO/BN seharusnya bersyukur. Malangnya, apa
yang lebih ketara nampak oleh Rakyat banyak kini
hanyalah kegelisahan pemimpin UMNO. Mereka kian ketara
mecari sebab untuk mengugut, bertindak kasar dan
ganas, berperang dengan Pembangkang. Walhal,
Pembangkang makin jelas telah mendapat sokongan
rakyat.
Rakyat makin bosan dan tidak merestui tindakan mereka.
Kedudukan UMNO/BN makin tersepit dan tersingkir.
Hingga, pemimpin UMNO/BN sendiri sudah mulai bosan dan
resah. Makin nampak UMNO/BN tidak berterima kasih
kepada rakyat yang memberi mereka ruang untuk
bernafas.
UMNO Makin Parah
Sebaliknya, makin itu pemimpin UMNO makin menunjukkan
sikap arogan, biadab, tidak peka dengan petunjuk dari
orang Melayu. Sebaliknya, sikap pemimpin UMNO sendiri
sangat pendendam. Mereka cuba mencari helah-dalih
dengan melakukan pelbagai tindakan yang tidak diterima
akal rasional. Ini membuatkan imej UMNO dan BN makin
parah dan terpuruk.
Kejatuhan UMNO adalah sebegitu teruk dalam pilihanraya
ke-10 dulu. Ini amat nyata. Itu adalah fakta benar
yang seharusnya diambil iktibar yang sangat bernilai
kepada UMNO; dijadi pengajaran bahawa mereka yang
telah dikecundangkan oleh orang Melayu amnya, dan
penyokong UMNO/BN khususnya. Mereka wajar menukar cara
dan harus mencari jalan yang lebih selesa, sesuai
dengan minda mayakarat yang kian berpendidikan untuk
meraih sokongan rakyat. Malangnya, tidak nampak –
malah sebaliknya.
Rakyat mengharapkan pemimpin UMNO akan merobah sikap
terhadap diri sendiri (UMNO) dan mengambil pelbagai
iktibar dan tindakan yang positif untuk membaiki diri
sendiri dan kelompok Barisan Nasional (MCA, GERAKAN,
MIC). Itu pun tidak nampak.
Sebaliknya diperhatikan, pemimpin UMNO yang menerajui
Kerajaan makin nampak bersikap tidak tentu arah,
kelamkabut dengan resah-gelisah dan menggelabah.
Mereka makin tidak arif menentukan apa yang wajar dan
yang tidak untuk dilakukan bagi mengimbau hati rakyat
supaya memihak kepada parti mereka yang makin
kecundang itu.
Antara tindakan mereka yang terawal bukan bertujuan
membetulkan hubungan parti itu dengan rakyat,
sebaliknya makin memusuhi dan mengancam-ugut rakyat –
khususnya orang Melayu dan parti Pembangkang
(khususnya PAS).
Kehilangan Sifat DEMOKRATIK
Rakyat makin nampak, tindakan UMNO dalam isu
pengharaman akhbar HARAKAH, lidah resmi PAS, itu
adalah satu tanda-tunjuk yang diumpamakan sebagai
sikap membabi-buta yang samasekali tidak sesuai dan
berkesan terhadap kewibaan sebuah Kerajaan yang
kununnya telah menang dengan majoriti 2/3 di Parlimen.
Bagi PAS, tindakan itu tidak menjejaskan kewibawaan
Parti itu dan Barisannya sejauh yang diharapkan oleh
UMNO/BN. Tetapi implikasi dari tindakan itu
menunjukkan kepada rakyat umum dan dunia bahawa
Kerajaan UMNO/BN adalah dalam keadaan panik, melemah
(weakening), mulai kehilangan pengaruh, tidak bersifat
terbuka dan cuba mengongkong minda dan fikiran rakyat.
Atas dari segala-galanya, implikasi dari tindakan
mereka itu; imej yang terpapar dan yang paling buruk
dan menjijikkan sekali ialah Kerajaan UMNO dan
sekongkolnya dalam Barisan Nasional makin kehilangan
sifat Demokratik sealiran dengan tuntutan arus
permodenan budaya rakyat dan masyarakat dunia.
Kerajaan UMNO/BN makin bertindak zalim dan diktator.
Sikap Kerajaan UMNO/BN makin ketara kepada dunia
bahawa pemimpin UMNO yang ditunjuk-arah oleh Dr.
Mahathir makin kehilangan daya berfikir secara
rasional, tidak peka membaca kemajuan peradaban dunia
dan sukar mendapat sokongan rakyat secara redha. Ini
memberi padah yang amat buruk kepada masa depan
UMNO/BN, negara dan rakyat amnya.
Mahathir dan Kelompoknya Tersingkir
Penelitian rakyat umum, khususnya pemimpin UMNO
sendiri, memberi bayangan kepada UMNO bahawa Dr.
Mahathir telah tersingkir dan disingkirkan. Ribuan
mesyuarat Cawangan UMNO diseluruh negara tidak
dihadiri oleh quorum yang cukup (hingga cuma 10 orang
dari jumlah 200-300 ahli); walaupun berulangkali
dipanggil. Dibeberapa tempat dilaporkan berlaku
beberapa kes pergaduhan dan ugut-mengugut hingga pihak
polis terpaksa menyurai dan mengarahkan sesi mesyuarat
dibatalkan.
Diperingkat Bahagian, dilaporkan beberapa resolusi
diputuskan untuk menentang keputusan arahan “tidak
mempertandingkan 2 jawatan” oleh MKT. Tidak lagi
menjadi rahsia bahawa perwakilan UMNO telah bercadang
untuk menyokong beberapa orang calun untuk menentang
beberapa orang tertentu dalam MKT sekarang; termasuk
Dr. Mahathir dan Abdullah Bedawi selain dari beberapa
calun tertentu.
Dr. Mahathir dan Abdullah Bedawi sendiri telah
mendengar berbagai kata-kata kesat dan pendapat
pemimpin Bahagian yang menyalahkan sikap pucuk
pimpinan UMNO yang menyebabkan UMNO terlongkop teruk
dan dibencii rakyat. Dr. Mahathir wajar berfikir dua
kali tentangan yang dilahirkan oleh beberapa pemimpin
UMNO dalam perjumpaan-perjumpaan tertutop dengan
pemimpin itu.
Beberapa vetren UMNO yang berpengaruh telah
menunjukkan tanda-tanda kebimbangan yang sangat
meresahkan; bahawa adalah diakui kepimpinan UMNO/BN
sekarang telah terpesong jauh dari prinsip perjuangan
UMNO yang asas. Ini bersebab dari sikap pemimpin yang
ada sekarang yang makin tidak menghayati arus
perkembangan minda dan tuntutan rakyat moden. Dengan
itu, UMNO khususnya dan BN amnya, tidak lagi mendapat
sokongan dan penghayatan rakyat, khusus dari kalangan
pengundi-pengundi muda yang berpendidikan.
Tidak Akan Lama Bertahan
Keadaan diatas mengggambarkan senario sebenar
diperingkat luar MKT sebagai sebahagian dari bokti
jelas dan keras, bahawa: jika corak pentadbiran
Kerajaan UMNO/BN yang makin cenderung kepada sifat
otokratik, vendetta, adu-domba dan mencekik rakyat,
terus-menerus melaksalanakan dasar yang tidak
mengendahkan kepentingan rakyat, sentiasa mencerminkan
sikap menafikan KEADILAN dengan meneruskan agenda
ZALIM, menonjolkan imej rakus berbau RASUAH dan
menghalalkannya (kesemua itu memang terbokti diamalkan
terus-menerus) – sudah jelas tanda-tanda Kerajaan
UMNO/BN tidak akan lama bertahan.
Kenyataan akhbar Presiden MCA Dr Ling Liong Sik yang
menuduh PAS kununnya cuba mendekati dan berbaik-baik
dengan masyarakat Cina atas kepentingan politik itu;
sekaligus dakwaan Leong Sik telah ditolak oleh
masyarakat Cina sendiri. Walaupun penolakan itu dibuat
secara senyap-senyap, tetapi kesan api dalam sekam itu
memang sikap kaum Cina dalam politik yang boleh
membunuh MCA.
Kaum Cina sendiri, seperti masyarkat India kepada MIC
dan orang Melayu terhadap UMNO; masing-masing sudah
nampak bahawa persekongkolan para pemimpin komponen BN
(UMNO-MCA-MIC & GERAKAN keseluruhannya) sedang
berhadapan dengan delima ketandusan sokongan dari
kaum-kaum itu. Ini adalah berpunca dari kebusukan
pakatan pemimpin kompenen BN yang telah terlibat
dengan pelbagai gejala Kronisma, Nepotisma dan Rasuah
yang menjadi-jadi. Mereka sekongkol menghalalkan
perbuatan anti-sosial itu.
Kaum Lain Sudah Peka
Apa yang sebenarnya berlaku (malangnya tidak dibaca
oleh pemimpin terbabit) ialah: Masyakarat Cina sudah
nampak semakin peka dan sangat perihatin bahawa
tindakan persafahaman PAS dan BA (khususnya dengan
DAP) memberi petanda baik yang sangat bermanfaat dalam
konteks menyampaikan keinginan dan tuntutan semua
rakyat di negara ini yang mahukan sebuah Kerajaan yang
TELUS, BERSIH, AMANAH dan tidak BERMASALAH.
Masyarakat Cina dan India tidak mahu (malah sudah
bosan) dengan sikap Kerajaan BN yang
sewenang-wenangnya menggunakan KUASA bagi meghalalkan
para pemimpin mereka merancang pelbagai Dasar yang
akhirnya berkesudahan HANYA semata-mata untuk
memuaskan kerakusan membolot kekayaan negara untuk
diri dan keluarga sendiri dan Kroni/proksi mereka.
Masyarakat Cina tahu anak Ling Leong Sik adalah
billionaire “segera”, dan Samy Vellu adalah sama korap
dan rasuah dengan Dr. Mahathir dan Daim.
Hampir kesemua pemimpin Kerajaan BN terlibat dengan
pelbagai rasuah dengan perantaraan Kroni/Proksi hingga
menyebabkan ekonomi, kesejahteraan dan kehidupan
masing-masing kaum diperingkat bawahan terhimpit dan
tertindas melalui Dasar dan perlaksanaan Dasar yang
menindas rakyat (e. Peswastaan, pembinaan Projek Mega,
dll).
Rakyat makin hairan mengapa dalam keadaan ekonomi baru
bertunas (kununnya), Kerajaan masih melaksanakan
“bail-out” kepada Indah-Water yang tidak bermanfaat
kepada Rakyat (kecuali poket kroni seperti Vincent
Tan, dan sekutunya dikalangan pemimpin UMNO/BN). Ini
adalah pertambahan dari beberapa “bail-out” keatas
projek dan korporat berkait rapat dengan kroni
pemimpin UMNO/BN yang telah dilakukan dulu (yang lebih
dari cukup untuk membebankan rakyat). Rakyat makin
bosan dan rasa terpedaya oleh Kerajaan UMNO/BN!!
Rakyat makin sedar bahawa kesemua “bail-outs” itu
adalah satu cara mengaut untung “segera” dalam jumlah
billion ringgit; kemudiannya menyerahkan projek
terbabit untuk ditanggung rakyat dalam jangka puluhan
tahun akan datang. Ini ada sikap merompak di siang
hari pemimpin UMNO/BN.
Semua Kaum Terkilan-ghalat
Rakyat bukan-Islam dan bukan-Melayu merasa sesuatu
yang paling malang selama ini, kerana PAS tidak
mempunyai rakan-kongsi politik yang bersepadu untuk
memahami Dasar dan Perlaksanaan Dasar Islam yang
diutarakan oleh PAS selama 30 tahun ini.
Tetapi, dengan pembentukan BARISAN ALTERNATIF dengan
gabungan parti-parti KeADILan, DAP dan PRM – melalui
penerangan yang meluas dan cara kesepaduan muafakat
antara mereka yang sangat terserlah dan positif;
pandangan dan keadaan yang wujud telah memberi semua
kaum di negara ini satu keyakinan dan optimisma yang
amat tinggi terhadap Barisan baru itu.
Apa yang berlaku didalam pentadbiran Kerajaan BA/PAS
di Kelantan dan Terengganu hari ini sangat-sangat
menyakinkan semua kaum bahawa Barisan Alternatif dan
pentadbiran Kerajaan PAS adalah sebuah Barisan politik
rakyat yang baru yang memihak kepada rakyat dan bukan
untuk pentingan pemimpin.
Rakyat makin nampak bahawa Barisan ini telah
menunjukkan satu tahap potensi dan kemampuan sebuah
kerajaan pilihan atau alternatif. Bentuk dan sikap
Kerajaan baru itu benar-benar mempunyai daya dan
potensi yang tinggi dalam usaha menyelesaikan masalah
dan rungutan rakyat semua kaum. Mereka tidak keciwa
memilih dan menyokong.
Barisan Alternatif dan Isu Belanjawan
Sekaligus, sikap dan pengendalian Dasar PAS telah
memberi rakyat keyakinan dan kepuasan – berbanding
dengan 1001 masalah kecurangan dan sikap “tidak
beramanah” yang makin berterusan sebagai lanjutan dan
kesinambungan watak dan karekteristik kepimpinan
UMNO/BN selama bertahun dibawah pentadbiran Dr.
Mahathir dan sekongkolnya.
Ini makin menjolok mata jika diperinci, samada di
peringkat pentadbiran Negeri mahupun di peringkat
Kerajaan Pusat.
Contoh yang terbaru ialah: Masyarakat semua kaum amat
keciwa dengan Belanjawan 2000 yang dibentangkan. Tidak
ada apa-apa yang baru yang menguntungkan rakyat
berpendapatan rendah dan golongan pertanian, nelayan,
peneroka, buruh dan pekerja berpendapatan rendah
(samada didalam Kerajaan mau swasta).
Belanjawan itu tidak menyelesaikan masalah rakyat
secara menyeluruh dan samsekali tidak berkesan dalam
menangani isu-isu besar melibatkan rakyat. Sebaliknya,
Belanjawan itu hanya satu kosmetik yang paling
mengelirukan selain dari menujukkkan bahawa Kerajaan
UMNO/BN tidak menghargai amanah TERKHIR seperti
petanda yang diberi oleh rakyat kepada UMNO/BN dalam
pilihanraya ke-10 dulu.
Dato' Haji Fadzil Mohd. Nor sebagai Ketua Pembangkang
dan beberapa orang wakil BA di Parlimen telah
diketahui rakyat bagaimana kertas bentangan mereka di
Parlimen telah memeranjatkan wakil-wakil dan pemimin
Kerajaan BN di Parlimen.
Hujah bernas yang termuat dengan fakta-fakta benar dan
sukar dipertikaikan, soalan-soalan yang mencakup
rungutan rakyat selama ini; telah memberi keyakinan
bahawa kepada pemimpin BA, rungutan rakyat “means
business”!! Kesejateraan Rakyat adalah perjuangan
mereka!!
Sekap memihak kepada rakyat itu jugalah yang
menyebabkan Dato' Haji Fadzil Mohd. Nor berkemungkinan
besar dihadapkan kepada J/Kuasa Khas Parlimen kerana
membantah kenyataan adu-domba paling kotor dan busuk
PM UMNO Mahathir Mohammad yang sengaja membuta-tuli
dengan ego memuncak menyalahtafsir dan memutarbelitkan
perundangan Islam dengan membusukkan perundangan Islam
berkenaan dalam isu “Kudung kaki tangan”. Itu adalah
“cermin gila” Presiden UMNO yang bakal meruntuhkan
Kerajaan UMNO/BN.
Isu-isu Penswastaan yang menguntungkan poket dan
tembolok pemimpin UMNO/BN, masalah ekonomi dan sosial
yang makin merumitkan rakyat, hala-tuju Dasar dan
pengendalian Dasar Pendidikan adalah antara isu yang
dikemukan oleh wakil Parlimen BA yang telah
menggegarkan kedudukan Kerajaan UMNO/BN setelah
jaguh-jaguh BA mengambil tempat di Parlimen mewakili
rakyat semua kaum.
Makin nampak sekarang, Rakyat hanya menunggu tahun
2004 untuk menentukan kemana UMNO/BN dan pemimpin yang
rasuah, zalim dan menyeleweng wajar dihumbankan!!
Selamat Berjuang! ALLAHU AKBAR!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO Atas Pagar Berduri,
zuriat Melayu-Bugis Nusantara)