JIKA Parti Pembangkang menuduh Dr. Mahathir bersikap
Diktator, mungkin kita tidak berapa hairan. Maklumlah,
dalam dunia politik, macam-macam karekter orang ada
dalamnya. Tetapi pasti kita tersentak jika pemimpin
UMNO sendiri sudah mula berbincang sesama sendiri dan
membuat rumusan bahawa Dr. Mahathir Mohammad sudah
lebih dari seorang DIKTATOR!!
Sebagai seorang yang sangat prihatin dengan arus
perkembangan UMNO menghadapi Perhimpunan Mei 2000 ini,
saya kira bernasib baik kerana masih dapat menyambung
silaturrahim dengan beberapa kawan-kawan yang berada
dalam UMNO disemua peringkat. Mungkin itulah kelebihan
kalau duduk atas pagar, walaupun bagai duduk atas
duri.
Makin nampak bahawa orang Melayu dalam UMNO sudah
mulai insaf dan yakin diri. Mereka sudah mulai tahu
dan sedar bahawa “Kekuasaan dan kekuatan seseorang
ketua adalah tertakluk kepada pengiktirafan rakyat dan
pemimpim babawahan. Mereka tidak mammpu tegak dengan
sendiri. Sebenanya kuasaan dan kekuatan seorang Ketua
itu akan lumpuh dan hakis jika rakyat bersatu
meragutnya”. Itu adalah inti falsafah ‘power and
authority’.
Kenyataan Ku Li
Dalam satu mesyuarat tertutup, kami sempat berbincang
mengenai kenyataan akhbar Ku Li baru-baru ini. Ada
beberapa orang di Bahagian kami mentafsirkan bahawa Ki
LI tidak menyatakan pendirian dengan jelas. Kerana
itu, kununnya beliau telah menimbulkan keraguan
dikalangan mereka, khususnya mereka yang akan
memutuskan menyokong pencalunan beliau.
Seorang dari kami berkata, bahawa: kenyataan Ku Li itu
adalah ‘jelas, tepat, berhemah dan paling cantik’.
Tidak ada sifat menonjolkan diri berbanding dengan
keangkuhan dan ego yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir
yang dengan sendiri “memaksa” Bahagian-bahagian, para
perwakilan dan MKT supaya memperakukan beliau dan
Abdullah Bedawi dikekalkan jawatan terbabit TANPA
bertanding. Saranan Mahathir adalah terlalu dangkal,
biadap dan tidak langsung mencermin keperibadian orang
dan tradisi UMNO sejak zaman berzaman. Mungkin kerana
UMNO “BARU”, maka Mahathir menyangka itu adalah
haknya?
Sikap Dr. Mahathir itu amat jelas menunjukkan bahawa
beliau telah mentafsirkan terlalu tinggi dan
“indispensable”. Seolah-olah HANYA dirinya saja yang
layak pemimpin UMNO. Jika begitu, apakah peranan pihak
lain – samada pemimpin atau ahli? Soalan ini telah
diulang-ulang. Tetapi tidak ada sebarang jawapan yang
tidak mendapat tentangan dan hujah.
Jika Mahathir memikirkan diri begitu hebat, tidakkah
elok dan sesuai pemimpin dan ahli meninggalkan UMNO
dan membiarkan UMNO cuma dianggotai oleh se kelompok
“general dan leutenan” tanpa soldadu menghadapi perang
yang makin sengit dalam tahun 2004 ini. Kalau UMNO
terpuruk hancur-lebur kelak, itu adalah akibah
“general dan leutenan” yang TIDAK mengikut etika
berorganisasi!! Mereka sudah bosan dengan helah
Mahathir dan kuncunya.
Ku Li Bertanggungjawab
Kenyataan Ku Li itu sangat berhemah dan tidak memaksa
sesiapa untuk mencalunkan beliau. Itu adalah satu
kealinan. Kenyataan beliau bahawa beliau tidak akan
lari dari tanggungjawap sekiranya ahli-ahli
menghendaki beliau memikulkan tanggung jawab itu,
adalah satu petanda kekuatan beliau personaliti belaiu
sebagai pejuang. Kenyataan itu adalah satu bayangan
sikap pendirian seorang ketua yang berhemah, terbuka,
rendah diri dan menghormati hak pemilih.
Kenyataan beliau itu adalah TERANG; tetapi cuma bagi
tafsiran mereka yang berakal – bukan seperti kepala
Hishamuddin Hussein yang sedikit “bengap” dan “bebal
hati” hingga meminta Ku Li supaya menyatakan jawatan
mana yang beliau mahu diri beliau dicalunkan.
Seharusnya, Hishamuddin menggunakan “kepala hotak” dan
kebijaksanaan yang masih tersisa dalam benak beliau
sepertimana ahli-ahli UMNO yang seharus sidiq dalam
memahami kata-kata ‘bayangan’. Beliau harus peka
bahawa Ku Li pernah hampir mengalahkan Dr. Mahathir
pada tahun 1987 (Mahathir menang kerana tipu helah).
Mustahil Ku Li harus berentap dengan Abdullah Bedawi
yang tidak lebih bertaraf “anak-anak baru belajar
sifir” dalam politik. Ku Li tidak akan menjatuhkan
maruah diri dan mengkecundangkan harapan ahli UMNO dan
pemimpin Pertengahan sudah kental menyokong beliau.
Ku Li Untuk Calun Presiden
Kenyataan Ku Li harus ditafsir bahawa jawatan Presiden
yang disandang Mahathir itu adalah tandingan Ku Li
yang paling sesuai dan bukan yang lain. Seorang yang
berpengalaman luas dan bersikap Demokratik dan bijak
‘mengimbas’ seperti Ku Li TIDAK akan bersikap seperti
Mahathir yang sanggup menjatuhkan maruah diri sendiri
dengan memaksa rakyat menerima beliau (walaupun sudah
lama ditolak).
Ku Li sudah nampak bahawa sikap “memaksa” dalam diri
Mahathir itulah yang menyebabkan UMNO disingkirkan
rakyat dan penyokong dalam P/raya ke-10 dulu. Kerana
“Mahathir tidak Demokratik” dan tidak punya “maruah
seorang pemimpin” itulah yang menyebabkan timbul
pelbagai kezaliman, rasuah dan 1001 macam
penyelewengan yang berlaku dalam UMNO dan Kerajaan
sekarang. Semua kebusukan itu dihalalkan oleh Mahathir
dan kuncu-kuncu tanpa diheret ke muka pengadilan
rakyat.
Kes Rafidah yang setelah hampir 7 tahun menjadi
tandatanya, baharulah sekarang diistiharkan “tidak ada
kes”. Tidakkah itu semacam “Tayangan Emas Wayang Tamil
petang Sabtu” yang dikelolakan oleh petadbiran
Mahathir yang menyumbang kepada prose “penjahanaman”
UMNO?
Ku Li, sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman
luas dan sedia menerima fikiran ramai, mahu
mengembalikan DEMOKRASI sebagai elemen TERPENTING yang
sudah luntur dan terhapus sejak Mahathir menerajui
UMNO.
Dengan itu, Ku Li telah memberi ruang harapan kepada
pemimpin UMNO untuk memilih samada BERANI untuk
membuat perubahan atau sebaliknya. Jika rakyat berani
merobah kerajaan (seperti dalam P/raya Ke-10), mengapa
pemimpin UMNO sendiri tidak?
Pengalaman terakhir beliau di Kelantan dalam P/raya
Ke-10 bahawa UMNO sudah MATI di Kelantan. Itu bukan
persoalan beliau, itu adalah siri masalah yang wajib
dijawab sendiri oleh perwakilan yang akan memilih
dalam Perhimpunan kelak. Tetapi ia wajar bermula dari
proses pencalunan sekarang!
Ku Li harus ditafsir seakan-akan menjelaskan bahawa
sekiranya pemimpin UMNO di perengkat Bahagian
bersetuju Mahathir mengiktiraf dirinya bahawa UMNO
BARU adalah UMNO ciptaannya dan orang Melayu dalam
UMNO tidak lebih dari hanya ALAT untuk meletakkan diri
beliau (Mahathir) sebagai orang paling berkuasa dalam
UMNO/BN dan Kerajaan; maka itu adalah hak ahli
menentukan samada BERSETUJU atau TIDAK.
Tetapi beliau (Ku Li) TIDAK AKAN menolak sekiranya
beliau dicalunkan menentang Mahathir (sebagai saluran
menafikan tanggapan Mahathir keatas dirinya sendiri
yang tidak diperakukan oleh ahli-ahli UMNO); bermakna
UMNO sudah mengorak langkah yang terpuji. Bagi beliau
(Ku Li), itu adalah suatu tanggungjawab jika beliau
dikehendaki berdiri mewakili suara ahli dan menentang
Mahathir pada Mei 2000 ini.
Bahagian Tanah Merah MAHU!
Jika masih ada mana Bahgain yang teragak-agak
menentukan pendirian, Bahagian Tanah Merah telah
membuat tafsiran dan pemilihan yang tepat dan tegas.
Bahagian itu adalah pencalun PERTAMA yang mencadangkan
Ku Li sebagai calun Presiden. Bagi mereka, tidak ada
apa yang ditakutkan kerana dari segi prinsip, UMNO
adalah DEMOKRATIK. Seharusnya tidak ada sebarang
keraguan yang menyalahi peraturan jika mana-mana
Bahagian membuat cadangan terbuka.
Mereka jelas berpegang kepada prinsip, ‘Yang busuk
wajib dibuang supaya tidak merosakkan yang baik’. Bagi
mereka, seseorang Ketua adalah tegak atas sokongan.
Jika ketua tidak mendapat sokongan suara majoriti
rakyat, maka pemimpin Pertengahan harus
bertanggungjawab menyuarakan suara rakyat. Soal
menyembunyikan kenyataan adalah menzalimi semua pihak
– rakyat, bangsa, ketua, parti dan diri sendiri.
Diberitakan, di mesyuarat tersebut terdapat bantahan
kers supaya tidak ‘mengKakak-Tuakan’ sahaja nasihat
MKT supaya mengekalkan pencalonan Dr. Mahathir Mohamad
dan Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan tersebut.
Pemimpin UMNO Pertengahan harus menilai diri dan
kekuatan sendiri.
Diberitakan (MalaysiaKini), sdr. Luqman Ghani,
setiausaha sulit Ku Li sebagai berkata, "Tidak
semestinya yang dicalonkan akan menang, dan ahli Umno
tidak perlu bimbang pertandingan ini akan menggugat
kestabilan parti".
Asas pendirian itu amat rasional. Mereka telah
menjangka, kemungkinkannya adalah besar 10 daripada 14
perwakilan Kelantan akan memberikan sokongan kepada Ku
Li. Pemerhati politik menjangkakan yang sama. Itu
adalah bayangan kesedaran baru yang sudah wujud.
Keputusan P/raya Ke-10 memboktikan bahawa kejatuhan
UMNO (sejumlah 22 kerusi Parlimen berbanding 1995)
adalah satu petanda bahawa UMNO sudah ditolak.
Pemantauan menunjukkan bahawa penolakan rakyat
terhadap UMNO bersebab dari Mahathir tidak lagi
diterima oleh orang Melayu. UMNO hanya mengharap
sokongan kaum bukan Melayum (sila baca pandangan TS
Musa Hitam dalam kenyataan di Johor).
Bermakna, jika Mahathir masih sebagai seorang pemimpin
UMNO, jelaslah bahawa Mahathir adalah mendedahkan
kepentingan orang Melayu kepada arus bahaya yang
berpanjangan. Mahathir tidak wajar dijadikan pemimpin
Melayu lagi.
Bahagian Tanah Merah tidak merasa terancam, akan
diugut atau dituduh sebagai pemecah Perpaduan UMNO
dengan membuat cadangan mempertanding semua (ulang:
SEMUA) jawatan dalam MKT. Perlembagaan UMNO adalah
jelas dan diterima oleh semua pihak termasuk Mahathir
dan Abdullah Bedawi.
Rata-rata orang tahu bahawa keputusan MKT itu bersebab
dari kesilapan pemilihan MKT terdahulu kerana TERSALAH
pilih beberapa orang dari spesis kecut “buah sentul”
untuk menduduki MKT. Kerana itu, mereka telah
melakukan dosa besar hingga MKT dan Mahathir telah
memecah amanah untuk berlaku adil kepada 2.4 juta ahli
(jika benar masih sejumlah itu).
Perlucutan DS Anwar secara paling TIDAK BERETIKA dalam
sejarah orang Melayu (selepas Laksamana Tun Tuah di
fitnah oleh JEMBALANG berkonspirasi) dan siri
perbicaraan yang “karut-marut” keatas beliau telah
mnemberi petanda bahawa Mahathir adalah PEMECAH Umno
TERULUNG dan paling mengaibkan bangsa Melayu.
Sekiranya pemimpin UMNO mahu satu KEADILAN ditegakkan
dalam UMNO dan masyarakat orang Melayu, tidak ada
jalan lain selain dari “mengganti” Mahathir pada bulan
Mei ini. Jika mengharapkan Mahathir akan undur secara
rela adalah ibarat ‘mengharap kucung bertanduk’.
Beliau wajar disingkirkan secara paksa demi
keselamatan Melayu.
UMNO Bahagian Tanah Merah tidak mengharapkan apa-apa
kepentingan dengan mecalunkan Ku Li atau Mahathir.
Mereka mahu bersikap amanah kepada rakyat. Mereka mahu
menyelamatkan UMNO – jauh sekali dari memecah.
Mereka tahu bahawa kelumpuhan UMNO sekarang (hingga
tidak cukup quorum di peringkat Cawangan) semata-mata
kerana rakyat sudah bosan dengan UMNO dan karenah
Mahathir dan pemimpin sekongkol yang tidak mahu
membuat perobahan apabila ada ruang untuk berbuat
begitu. Padahal orang Melayu sebagai rakyat sudah
berani dan memboktikan dlam p/raya ke-10 dulu. Paling
kurang, Mei 2000 akan menampal pekong busuk UMNO itu.
“Kelumpuhan UMNO” – Tanggungjawab Utama
Senario “Lumpuh-Nazak” yang dialami UMNO sekarang,
jika dibiarkan berlanjutan akan menjanji malapetaka
paling dahsyat dan memalukan UMNO hingga ke tahun
2004. Jika dalam tempoh 4 tahun ini UMNO tidak merobah
diri; maka Allah swt. tidak akan merobah nasib UMNO.
Dan perobahan itu mesti dimulakan dari sekarang.
Mereka (UMNO Bahagian Tanah Merah) yakin bahawa
sekirnya UMNO berpecah, ia bukan kerana pertandingan.
Tun Ghaffar, sebagai Vetren UMNO yang menyelami
hati-nurani orang Melayu akar-umbi sudah memberi
huraian beliau. Mereka yakin bahawa selama dua tahun
kebelakangan ini, UMNO SUDAHPUN berpecah dan remok.
Dan perpecahan itu adalah berpunca dari kedegilan dan
sikap keras kepala Dr. Mahathir yang TIDAK mahu
meletakkan jawatan. Sebaliknya Mahathir meletakkan
dirinya melebihi kepentingan parti.
Anggapan Mahathir dan beberapa kuncunya (yang
menggantungkan kepentingan diri mengatasi kepentingan
parti) telah memberi satu anggapan dan ‘keyakinan
palsu’ kepada pemimpin Pertengahan dalam UMNO –
seolah-olah Mahathir adalah orang yang dikehendaki
oleh rakyat. Padahal itu hanya satu “methos” yang
tidak langsung mencerminkan kenyataan dan kebenaran.
Mahathir dan sekongkolnya (termasuk Abdullah Bedawi)
sendiri tahu bahawa mereka sedang membohongi semua
orang – samada UMNO, Pembangkang, umat dunia termasuk
diri mereka yang telah terlalu kerdil.
Apa yang sebenarnya berlaku dan menjadi hakikat benar
ialah: “Orang Melayu dan penyokong UMNO sudah pun
BEPECAH. Penyokong UMNO bukan berpecah kerana
Pertandingan MKT tetapi kebosanan mereka terhadap
karenah Mahathir yang amat biadap dan
menyusahkan..!!”.
Orang Melayu Yakin-diri?
Keseluruhannya, orang Melayu langung tidak gelisah,
jauh sekali dari merasa bimbang dan gundah jika UMNO
terkubur. Bagi orang Melayu (sebagai rakyat), jika
UMNO tidak boleh berfungsi menegak dan memperjuangkan
kepentingan mereka, tidak ada sebab mereka mesti
menyokong UMNO lagi. Tidak ada satu alasan dan sebab
(walau sebesar zarah sekalipun) yang mendorong mereka
sepaya ta’at kepada Dr. Mahathir, Abdullah Bedawi dan
kuncu-kuncu dan UMNO. Tidak ada sebab mereka perlu
risau.
Bagi mereka, kata-kata bujukan melulu-dangkal kununnya
“UMNO adalah parti yang memperjuangkan kepentingan
Melayu” terbokti suatu “Pembohongan paling besar”
berbau “penjajahan terancang”. Sejak Mahathir berkuasa
dalam Parti dan Kerajaan, orang Melayu terpinggir
kecuali Kroni beliau. UMNO “Asal” terkubur kerana
agenda kerakusan Mahathir.
Pendedahan dalam kes Anwar dalam proses perbicaraan di
mahkamah telah membongkar sikap Mahathir sebenar.
Mahathir dan pekung Konspirasi beliau dan sekongkolnya
menjelaskan bahawa UMNO telah dirosakkan oleh tangan
beliau sendiri. Segala kerakusan Mahathir dan mereka
yang sekongkol telah diketahui sebagai rancangan yang
beragenda sejak 20 tahun dulu. Kini adalah giliran
mereka menerima padah.
Jika Rafidah (yang saha terlibat dengan Rasuah paling
jijik) semudah itu diistiharkan bersih; bagi ahli
UMNO, pemimpin UMNO dalam kerajaan telah sepakat
memberi bayangan bahawa Rafidah sedang meluncur ke
jurang yang dalam.
Pemimpin UMNO yang mahu menegakan UMNO semula wajar
mengambil sikap berani yang jitu. Sekiranya, wang dan
ugutan masih mempengaruhi keputusan, bermakna
Mahathirlah yang menggunakan “politik wang”. Mereka
yang sebenar-benarnya menggunakan “politik wang” dan
“peras ugut” hingga memusnahkan parti.
Umumnya, bagi orang Melayu, mereka ada parti
Pembangkang Melayu yang lebih kental dalam
memperjuangkan nasib orang Melayu berbanding UMNO
dibawah Mahathir. Agenda Pembangkang Melayu adalah
“Agenda Rakyat”. Jika pemimpin UMNO enggan
menumbangkan Mahathir Mei 2000, orang Melayu sendiri
akan menumbangkan bukan sahaja UMNO, tetapi BN –
sekaligus pada tahun 2004 nanti.
Hematnya keresahan HANYA wujud dalam UMNO, sementara
Pembangkang sudah menunjukkan kemapuan yang makin
selesa dan cerah. Mungkin Ku Li sudah nampak bahawa
Mahathir sendiri sudah menjangka tekanan pemimpin UMNO
sudah makin kental menghimpit untuk menyingkirkan
beliau dan sekongkolnya. Jika Mahathir membunuh
Demokrasi dalam UMNO dan pentadbiran rakyat; makin
masa akan memboktikan bahawa Mahathir sendiri akan
terbunuh dalam proses itu.
Mungkinkah orang Melayu dalam UMNO sudah sedar dan
yakin diri? Boktikanlah!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO Atas Pagar Berduri,
zuriat Melayu-Bugis Nusantara)