Tadi malam saya dapat berehat sejenak dengan beberapa
orang kawan yang akan bermesyuarat esok siang –
Mesyuarat Bahagian (Bahagian UMNO). Katanya, dalam
suasana kelamkabut sekarang, pendirian orang
Bahagiannya semacam terkeliru dengan keadaan yang
mendadak. Kununnya ada arahan berbisik-bisik yang
memaksa (ulang: ‘memaksa’ bukan ‘meminta’) memutuskan
sokongan terhadap ‘nasihtat’ MKT (maksudnya – isu
Tidak mempertandingkan 2 jawatan atasan).
Saya bilang, mudah saja: Kalau itu “nasihat”, jangan
anggap itu sebagai “paksaan”. Bagi tafsiran saya,
“nasihat” bermaksud ‘open-ended’ – kalau nak mau
dengar, kalau nak ikut bergantung kepada pertimbangan
sendiri. Kalau suka boleh ikut. Kalau tak suka, boleh
tentang.
Bertanya seorang daripada mereka, “Bagaimana kalau
“dipaksa” mengikut arahan itu, Wak Amin?”
Saya jawab, “Bagi tafsiran saya, perkataan “memaksa”
tidak ada dalam vocab orang-orang progresif. Jika mahu
progres, seseorang itu mesti mengenal hak dan
tanggungjawap sendiri. Dia mesti menghayati kemahuan
alam keliling dan persekitaran. Jika persekitaran
menuntut supaya perobahan dilakukan, maka “perobahan”
wajib dilakukan. Jika tidak, tunggulah sampai kiamat –
akan ditakuk lama saja sampai terkubur badan.” saya
kata terang-terang.
Mereka termenung dan kami berpandangan. Tak ada siapa
mahu ulas cakap saya. Kerana itu, saya sambung lagi.
Saya kata: “Tujuh puloh tahun, rakyat Russia diinjak
kepala mereka oleh burokrasi pengendali komunisma, 60
tahun rakyat Poland, German Timur, Romania, Abania,
China – kesemua rakyat negara itu jadi mangsa sebuah
ideologi yang bertentangan dengan wadah manusia
sejagat yang bersifat “Bebas” dan “Berhak menentukan
haluan diri dalam satu kelompok”. Merek dipimpin oleh
Dikatator siin berganti. Dari apa yang kita lihat
mereka berjuang menuntut “Hak” mereka. Akhirnya mereka
menang. Kenapa?” saya selitkan pertanyaan
Mereka memandang saya. Saya tanya, “Apakah kita
seburuk mereka?”
Si mamat yang berbush-jaket itu menjawab, “Kita
tidaklah seburuk mereka, Wak Min. Asas Perlembagaan
Negara kita ialah “Demokrasi”. Negara memperakukan,
dan undang-undang melindungi.” Katanya.
Menjawab seorang lagi, “Perlembagaan UMNO sendiri pun
‘Demokratik’, kan Wak Min?” Saya mengangguk.
Maka bermula satu dialog yang menghangat.
Masing-masing berdailog membentangkan fikiran secara
terbuka. Saya cukup gembira kerana mereka sudah dapat
kunci permasalahan yang merundung hati, iaitu “Kita
dilindungi undang-undang Negara. Jadi kita mau takut
apa”.
Kabarnya, sejak terdengar “arahan” secara bisik-bisik
itu disampaikan kepada mereka, ramai diantara mereka
tidak senang tidur. Maklumlah, jenis pemimpin UMNO
yang ada rasa tanggungjawab kepada rakyat, bagi mereka
kepentingan rakyat mengatasi kepentingan diri sendiri.
Berlainanlah kalau jadi pemimpin bertaraf menteri atau
yang Berhormat yang memikirkan kepentingan diri.
Kalau sudah jadi “Menteri atau yang Berhormat”;
fikiran selalu dimamah “bayang-bayang hitam”. Takut
“hantu”. Masuk dalam selimut pun masih dalam
ketakutan!! Tentu mereka, ari sekarang sampai 2004 pun
tak akan senang tidur; sebab kepentingan diri
terjejas, kan?
“Yang menggamatkan ini bukan apa-apa. Kita sendiri
tidak mahu menyingkap ‘tabir jarang’ yang direntang
orang-orang tertentu didepan mata kita. Padahal,
‘tabir’ itu tidak ada. Kalau Perlembagaan Negara
menghalalkan “Demokrasi” sebagai asas Hak, dan
Perlembagaan UMNO juga begitu; mengapa mesti kita
iktiraf sebarang unsur yang “MENGEKANG” hak kita?
Kan, “kekangan” seumpama itu tidak wajar wujud. Apa
guna diiktiraf? Persetankan lahhhhhh… Kita mau takut
apa?” saya sambung.
Wah..!! Saya macam menghasut, pula!! Padahal saya cuma
mahu menduga saja dulu. (saya ketawa kecil). Mereka
juga ketawa kecil.
“Habis ‘arahan’ yang berbentuk ‘nasihat’ itu macam
mana Wak Min? Nak Ikut atau tak ikut?” bertanya orang
ke-tiga.
Saya jawab, “Pada fikiran saya, itu bukan lagi
‘nasihat’ kalau realitinya keyakinan kita membisikkan
kedalam hati kecil bahawasanya ia bukan “nasihat”;
sebalinya “arahan” berbentuk “memaksa”. Sebagai
pemimpin yang progresif, kita mesti tegak atas
persoalan pokok. Kalau tidak masuk akal, tolak saja.
Anggap saja “arahan” itu bertujuan menggugat ‘Hak”
kita. Itu sudah melanggar prinsip kontan “Demokrasi”
itu, kan?”, saya tanya mereka.
Bertanya seorang lagi, “Kalau alasannya “Pertandingan
akan menyebabkan UMNO berpecah, bagaimana pula Wak?”
Saya jawab pendek saja, (dengan pertanyaan) “Betulkah
UMNO sekarang berpadu? Kita yakin UMNO sekarang solid?
Dengan mewujudkan Pertanding, UMNO akan solid?”.
Kami berpandangan. Kami tuang kopi lagi. Panas. Enak.
Menggegarkan saraf sampai ke benak kepala.
“Yeaaaahhhh… baru terang benderang..!! Fuuuhhh….!!”
Berkata si mamat yang berbush-jaket lengan pendek
blue-black. Masing-masing sudah releks.
“Kami agak ini semua temberang Mahathir dengan Dollah
Bedawi saja, Wak Min. Diorang tu ingat
Bahagian-bahagian semua bunkur macam mata-kayu, ka?”
mencelah seorang. “Arahan itu cuma satu andaian yang
menduga, seolah-olah kita akan takut mengahdapi
kenyataan. Sebenarnya tidak ada perpecahan. Hanya
Mahathir dan kuncu-kuncunya yang paling takut
menghadapi “kenyataan”. Bukan kita yang takut, kan?”
dia memandang kepada saya.
“Nah!! Bijak pun. Itulah dia pemikiran orang yang
progresif. Itu lah dia pedirian seorang pemimpin.
Faham prinsip, faham Hak dan tahu menggunakan Hak
diri.” Sebagai mengulas pendirian beliau.
Menjawab seorang lagi, “Nampaknya Mahathir dan Dolah
sengaja menayangkan sebuah ‘filem Horror” berjudul
“PERPECAHAN MENJELANG MEI 2000” supaya kita semua
takut “bayang-bayang hantu”.
Saya pintas, “Kalau kita yakin, maka kita akan
terperdayalah. Kalau kita enggan melakukan perobahan,
masakan kita akan berubah… Kan Mahathir memang hidup
dengan memperdaya. Baca “Delima Melayu”, bandingkan
apa dia buat sekarang… apa ada beza? Tiga puloh tahun
dulu Mahathir sudah siap merancang untuk memperdaya
orang Melayu. Hari ini, itulah hasilnya: dia kayaraya,
duduk dalam Mahligai, kita apa? ”
Saya sambung, “DAN tuan-tuan jangan lupa: tuan-tuan
adalah “agent of change”… “pencetus perubahan
diperingkat akar-umbi”, saya lanjutkan lagi. “Cuma
masalahnya, UMNO berhadapan dengan jenis spesis orang
Melayu yang takut dengan bayang-bayang. Mahathir kata,
orang Melayu DOCILE! Dayus!! Itu sebab Mahathir boleh
hidup berlagak macam Diktator. Kununnya, orang Melayu
tak mengenang budinya”.
“Apa budi Mahathir? Untuk segelintir orang bergelar
korporat? Anaknya jadi kaya raya, tidakkah itu sudah
lebih cukup budi orang Melayu kepadanya, bukan?” saya
sambung.
Saya lihat mereka berpandangan sesama sendiri. Bangga.
Saya nampak dari senyum mereka. Memang mereka bangga
sebagai ‘agent of change”. Tapi panas hati
mengingatkan diri mereka sendiri tertipu bontang.
Saya cakap terus-terang, “Yang membodek itu, yang
menyokong supaya Mahathir terus jadi Presiden tanpa
bertanding itu adalah keputusan beberapa kerat
dikalangan keparat-keparat dalam UMNO yang fail semua
dah berkulat dalam kabinet Mahathir. Diorang ada kes
rasuah dan penyelewengan. Siasatan BPR sudah lengkap.
Kalau tak ikut, nanti diheret ke mahkamah. Akan hilang
kepentingan diri. Itu semualah yang jadi bahan ugutan.
Kalau ditanya belakang-belakang… mesti diorang
bersetuju: elok saja Mahathir dihumbankan! Tapi
tuan-tuan bukan jenis itu.” Saya tambah merangsang.
Kami ketawa. Mereka juga ketawa. Saya tersengeh kecil
sebab hati saya cukup gembira kerana mereka faham apa
yang saya maksudkan.
Saya minta mereka berfikir, “Nasib baik Ku Li sanggup
menentang Mahathir. Kalau tak ada, alamat UMNO
lingkop. Pertaruhan Ku Li itu bukan sembarangan
korban. Keputusan beliau itu adalah satu tanggungjawab
bagi semua Bahagian-bahagian menyambut tanpa
ragu-ragu. The ball is at everyone’s feet. Nak takut
lagi? Nak gentar? Cadangkan saja kepada semua,
persetujuilah secara bersama. Cukupkan 60 – 70
Bahagian, sudah OK. Silap haribulan, Mahathir dan
Dolah siang-siang letak jawatan. Kan itu kuncu kepada
kepada ‘merobah UMNO’ semula?!! hahahah…” saya cuit
hati mereka bertiga. Masing-masing mengaguk.
“Betul Wak Min cakap tu. Tutup mata, pekakkan telinga,
cadangkan sokong Ku Li sebagai calun Presiden,
Mahathir nak kata apa? Kan itu Demokrasi? Setakat ini
pun Mahathir cuma dapat 22 pencalunan. Pun bawah paras
50? Itu tanda apa? Mahathir sendiri buat peraturan,
sendiri dapat malu, kan?” jawab seorang.
“Ha, itu betul!! Tak sokong Mahathir bukan nak dihukum
gantung, bukan? Kalau nak hukum gantung, orang yang
racun Anwar tu patut dihukum dulu, orang yang rogol
gadis sunti tu patut masuk dulu. Rafidah Aziz mesti
kena heret dulu…. Itulah dia “ketidakadilan”. Kerana
UMNO diadili oleh orang ‘yang seorang’ itu, semua yang
‘tidak adil’ dibayangkan sebagai ‘adil’. Itu Demokrasi
ka? Macam itu prinsip pemimpin UMNO ka?” saya tanya
terang-terang. Mereka terdiam. Berfikir.
“Sepatutnya – tolak ‘KAYU dengan BATU’, kalau setakat
lawan Mahathir; mesti pemimpin UMNO sokong siapa saja
menentang Mahathir. Patut disokong sampai MENANG!
Tunjukkan kepada rakyat bahawa politik UMNO itu
sehat. Bukan semput-semput macam sekarang..!! heheh..”
sampuk saya sambil berseloroh.
“Keputusan Hashim Safin, Tanah Merah – itu menunjukkan
mereka ada ‘jiwa’, ada perasaan tanggungjawab.” Saya
beri gambaran.
Menyampuk seorang. “Saya fikir Terengganu belum
nampak kilat ikan di air sebab belum lagi
bermesyuarat. Kalau tidak, pasti dah tahu” katanya.
“Tapi, jangan rujuk Utusan Malaysia, Berita
Harian…sampai mati tak akan cakap. Nanti editor kena
buang pulak. Mana mau cari makan, ha?” saya menyampuk.
“Kita akan tengok perkembangan. Kalau Mahathir, UMNO
sendiri tak tumbangkan, macam saya tulis di internet
dulu – bukan setakat UMNO saja akan tumbang; malah
Barisan Nasional sendiri – akan berdacing sengetlah
pada tahun 2004 ini”. Saya ulas. Kami ketawa
berdekah-dekah bila sebut “Dacing senget” itu.
Sambil itu saya buka TV kerana mau tengok hal dunia
dalam Berita Jam 10. Rupanya ada tayangan film Melayu
di TV3.
“Oh…Cerita “Pontianak Gua Musang”…. Berkata seorang.
Saya beralih memandang mereka. Sambil senyum saya
bilang: “Bila pulak lagi tayang Perdana filem “RAJA
BERSIONG”?…”. Kami berpandangan. Kami ketawa
berdekah-dekah mengakhiri perbincangan. Mungkin yang 3
orang ini bukan “spesis terakhir” UMNO, kan? UMNO
masih ada nyawa-nyawa ikan!!
Begitu, begini – samada terus-menerus Mahathir jadi
Presiden kah, atau Ku Li kah – hahaha…Barisan
Alternatif juga yang terang-terang sudah MENANG!!
Gasaklah mereka bercakaran, siapa peduli? Mungkin
seluruh UMNO sudah “sialan”…!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)