Dalam satu Lamaweb UMNO (Berita e-UMNO) seorang
penulis menulis:
[[…..Ingin saya peringatkan pesanan yang dalam
maknanya oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad: “ Jangan kita fikir sekali merdeka maka
selama-lamanya kita akan merdeka.”
Justeru itu setiap ahli UMNO perlu berganding bahu dan
melupakan hasrat berebut-rebut jawatan. Sebaliknya
tumpukan kepada agenda yang lebih besar dan meneruskan
perjuangan yang belum selesai demi kepentingan agama,
bangsa dan negara daripada sebarang kepentingan
diri.]]
KOMEN
Makin nampak jelas kepada kita sekarang bahawa penulis
itu (tentunya seorang yang taksub sebagai penjilat
punggong dan propagandis Mahathir) telah terang-terang
membogelkan bukan saja dirinya sendiri semata-mata
(sebagai ahli UMNO), tetapi juga bagaimana Presidennya
mengindoktrinasi minda pemimpin dan penyokongnya dalam
kelompok UMNO.
Cuma Amaran Palsu
Baharu sekarang rakyat (khusunya orang Melayu) faham
bahawa Mahathir, melalui suatu amaran palsu telah
menakut-nakutkan rakyat bahawa (kununnya) negara ini
begitu mudah dijajah dengan berkata kununnya “Jangan
kita fikir sekali merdeka maka selama-lamanya kita
akan merdeka.”
Pada hematnya, apa yang kita lihat hari ini adalah
suatu kenyataan benar bahawa Negara dan Rakyat negara
ini begitu mudah terjajah dan dijajah. Kita nampak dan
rasakan undang-undang dan hak rakyat telah diperkosa.
Tetapi soalnya – oleh siapa?
Kita tanya Mahathir dan orang UMNO, apakah yang
dimaksudkan dengan “Kemerdekaan” kepada mereka jika
hak rakyat, kebebasan dan keutuhan dan kedaulatan
Perlembagaan Negara dan undang-undang tertakluk kepada
perkutakkatikan Mahathir seperti sekarang? Siapakah
Penjajah itu?
Maka jawapan kepada soalan diatas ialah: PENJAJAH itu
adalah Mahathir dan segelintir pemimpin didalam puak
(circle) beliau sendiri!! Merekalah kelompok kecil
yang sedang beragenda besar untuk melancarkan pelbagai
perbuatan dan amalan yang mengutamakan kepentingan
diri dari kepentingan rakyat!! (sudah terang lagi
bersuluh).
Kita mahu tanya Mahathir: Siapakah yang telah
merosakkan kesetabilan politik, fabrik sosial rakyat
berbilang kaum, mencemarkan etika pentadbiran yang
telus, perlaksanaan undang-undang mengikut telunjuknya
– hingga beliau (Mahathir) sendiri memberi seribu
dalih dan bersikap takut-kecut untuk berhadapan dengan
rakyat di mahkamah sebagai saksi?
Makin nampak jelas bahawa Mahathir adalah sedang
berselindung disebalik pelbagai undang-undang dan akta
untuk melindungi kejahatannya dan kebusukannya.
Mahathir lah orang yang telah memaksa MKT UMNO untuk
memutarbelitkan peraturan dalam UMNO sendiri untuk
menjamin beliau terus-menerus menguasai UMNO!!
(alangkah dungunya pemimpin UMNO dimata rakyat)!!
Diktator Berageda
Mahathir melepasi sanggahan dan kritikan rakyat dengan
menggunakan ‘kuasa mutlak” pemberian UMNO sebagai
perisai (suatu kebodohan UMNO membiarkan ular lidi
menjadi naga). Dengan kuasa mutlak itu, Mahathir bebas
mencerca ugama Islam dan Nabi besar ummmah,
menyingkirkan ulamak Islam yang berkata benar jauh
dari rakyat, memencilkan masjid dari rakyat dengan
pelbagai syarat, menafikan Keadilan undang terhadap
rakyat dan membolot harta rakyat untuk dirinya
sendiri, menghukum sesiapa yang menentangnya, dll.
Itulah sikap seorang Diktator dan sekelompok
“Penjajah” yang menjajah rakyat dan tanahair yang
wujud selepas Merdeka ini. Sikap itu mencerminkan
elemen-elemen yang memberi identiti dan satu bentuk
penjajahan yang lazim. Dan UMNO telah menghalalkan
“penjajahan” itu bertapak ditengah-tengah rakyat.
Mahathir kena ingat bahawa diri beliau “is NOT above
the law of the land”. Jika UMNO mempertimbang,
mentakrif dan memperakukan karenah dan perilaku
Mahathir sekarang sebagai mempunyai nilai-nilai amalan
seorang pelindung “Kemerdekaan”; wajar rakyat (ahli
UMNO adalah sebahagian darinya) menjelaskan kepada
UMNO dan pemimpin UMNO bahawa sebenarnya “Mahathir
Mohammad itulah PENJAJAH yang sedang MENIPU dan
mempersenda mereka dan seluruh rakyat”. Dengan itu,
jika UMNO tidak membuang Mahathir, maka RAKYAT akan
menghumban dan menyingkirkan UMNO dan Barisan Nasional
sekaligus!!
Sesungguhnya, Mahathir Mohammad sedang menipu dan
melakukan “turnover” terhadap minda ahli-ahli UMNO
supaya memikirkan bahawa yang “hitam adalah putih”.
Dengan itu, siri penipuan beliau akan terus diiktiraf
sebagai notion Kebenaran walaupun ia adalah
PEMBOHONGAN yang menjijikkan.
Rakyat Memerdeka Negara Sejali Lagi
Rakyat yang faham erti Kemerdekaan sudah lama menolak
UMNO. Mereka sudah tidak boleh ditipu lagi kecuali
mereka yang takut dengan bayang-bayang. Dan UMNO sudah
beransur-ansur tertolak bukan saja oleh orang Melayu
(penyokong UMNO dan bukan UMNO) tetapi oleh pemimpin
bukan Melayu juga. Boktinya, populariti UMNO/BN sudah
meleset dalam Pilihanraya ke-10.
Seluruh Rakyat akan boktikan dengan iltizam yang keras
bahawa UMNO/BN akan dihapuskan dalam pihanraya ke-11
kelak (walaupun pemimpin UMNO akan berdaleh dan
memutarbelitkan proses demokrasi dan fakta). Rakyat
sudah lama celik politik.
Dengan imbauan Mahathir kununnya “ahli UMNO perlu
berganding bahu dan melupakan hasrat berebut-rebut
jawatan”; sebenarnya Mahathir mahu ahli-ahli UMNO (ie.
orang Melayu) supaya BERSATU-PADU dan “mengiktiraf
beliau sebagai DIKTATOR – menolak sebarang
pertandingan mengganti beliau; walaupun semua karenah
beliau terang-terang telah memusnahkan hak kebebasan
rakyat, kedaulatan, ketuanan, dan kepentingan orang
Melayu; kecuali kepentingan anak-anak beliau,
segelintir Kroni dan ‘inner circle’ nya”.
Bukan setakat itu saja, Mahathir telah mendirikan
kelompok kecil (inner circle) itu semata-mata untuk
merangka dan melaku sebusuk-busuk Rasuah dan
Penyelewengan (melalui penswastaan dan projek mega –
suatu peroses perompakan harta dan hak rakyat), dan
melindungi individu dalam kelompok sekongkolnya untuk
bebas melakukan kezaliman, memutarbelitkan
undang-undang bagi melindungi kejahatan mereka
terhadap rakyat. Apakah orang Melayu boleh
mengharapkan pembelaan oleh kelompok khusus itu?
Petunjuk paling jelas ialah kes Rasuah RAFIDAH AZIZ –
satu antara puluhan penyelewengan yang dilindungi oleh
Mahathir melalui kerjasama pihak pentabdir
undang-undang. Dan, rakyat tahu Mahathir dan
kuncu-kuncunya saling lindung-melindungi antara satu
dengan lain sebagai wadah dan kepentingan bersama.
Dimanakan peranan rakyat dan keluhuran undang-undang
sekarang?
Pemimpin UMNO Fikir Sendiri
Para pemimpin UMNO harus berfikir sendiri dengan
‘frame of mind’ yang jitu. Anda wajib membuat
perbandingan samada anda sekelian benar-benar mendapat
faedah dan manfaat sebanyak yang telah dikaut oleh
Mahathir dan kuncu-kuncunya. Lihat sendiri, berapa
bilion wang rakyat digunakan oleh pentadbiran Mahathir
untuk kepentingan dirinya dengan apa yang anda
perolehi sebagai rakyat.
Sebenarnya, anda adalah alat yang dilemah dan
diperlemahkan dengan ‘gula-gula’ beracun. Dalam masa
yang sama, anda telah dipergunakan oleh kelompok
pemimpin “inner circle” Mahathir untuk memantapkan
kedudukan mereka sambil mengancam kekuatan anda
(sebagai pemimpin UMNO dan rakyat).
Ingatlah sendiri bahawa zuriat anda adalah orang yang
paling malang jika anda tidak merobah nasib anda
dengan berfikir semasak-masak mungkin dengan apa anda
lakukan sekarang.
Kesimpulan
Rakyat juga sudah menetapkan agenda yang lebih besar
dan memutuskan akan meneruskan perjuangan yang belum
selesai demi kepentingan agama, bangsa dan negara
megatasi sebarang kepentingan diri. Dengan pertambahan
1.8 juta pengundi muda yang akan keluar menetukan
Kerajaan pada 2004, kerajaan zalim ini akan ditumbang
dan dilenyapkan dari Bumi ini.
Pembangkang hari ini adalah kelompok rakyat yang telah
mempunyai halatuju dan kekuatan untuk membela rakyat.
Kerana itu, rakyat (khusunya orang Melayu) tidak
memandang kepada UMNO dan BN lagi sebagai puak yang
diyakini untuk memberi perlindungan!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)