MALU!! MALU!! KEADILAN sudah mati dalam Negara ini.
Pekikkanlah sekuat mana, kununnya pentadbir dan
peneraju Kerajaan ini mengamalkan Demokrasi,
mengagungkan Islam sebagai Ugama Resmi, punya Perdana
Menteri yang mendabek dada kepada dunia menuntut
keadilan sejagat – berlagak sebagai penegak
undang-undang kemanusiaan (konon); semua itu adalah
satu PEMBOHONGAN paling Besar!!
MALU!! MALU!! Ulamak UMNO sudah hilang pendirian
keIslaman sejati. MALU – amat memalukan sikap,
peribadi dan fungsi Dusuki Ahmad dan seluruh kelompok
ulamak dan dalam UMNO kerana berpeluk tubuh membiarkan
KEZALIMAN berlaku dihadapan mata mereka!! Yang paling
menjijikkan – seorang Ulamak seperti Dusuki dari
Kelompok UMNO yang dilantik menjadi penasihat politik
Mahathir selaku S/U Politik telah dipandang masyakat
sebagai “anjing buangan”!!
Beliau inilah orang yang memuji Mahathir setinggi
langit, kunun katanya “…… Dr. Mahathir mahu orang
Melayu menjadi contoh kepada umat Islam yang lain,
menghayati tuntutan Islam sebenarnya serta menegakkan
kebenaran. Matlamat beliau (kununya) meningkatkan
martabat orang Melayu sebagai umat Islam merupakan
matlamat sebenar perjuangan Mahathir.”
Inilah pamiran paling buruk dan teraib dalam siri
ketelusan undang-undang dan penghakiman yang telah
dilaksanakan di negara ini; semata-mata kerana ada
campur-tangan Mahathir – pengkhianat bangsa Melayu.
Dusuki juga bertanggungjawab sebagai ulamak pemusnah
dan penghina ketinggian Islam. Malang sekali,
sekaligus orang Melayu dan ugamanya sudah dayus dan
terhina kerana sanggup dihina sehina ini oleh pengaruh
dan ugutan seorang yang sudah dirasuk iblis. Padanlah
orang Melayu mudah dijajah!!
MALU!! MALU!! Hukuman kepada Rahim Nor atas kesalahan
seberat itu, adalah keputusan penghakiman yang
menunjukkan seterang-terangnya bahawa kekuatan
undang-undang di negara Merdeka ini setara dengan
Keadilan Penjajah dalam memutuskan kes Natrah yang
mencuit dan memperlekeh peribadi bangsa Melayu,
ketuanan dan kedaulatan bangsa Melayu, Ugama anutan
orang Melayu, memperlekeh budaya Melayu!!
Dimanakah jiwa dan rohani orang Melayu? Mahathir telah
memalukan seluruh orang Melayu hingga orang Melayu
telah jatuh ketangga paling hina dari haiwan liar di
belantara, walaupun hidup dalam peradaban manusia yang
bertamaddun?
Kes pembelasahan keatas DS Anwar telah menggoncang
satu dunia yang menganut pelbagai ugama dan budaya.
Mata dunia mengejek orang Melayu dan negara yang
ditadbirkan (kununnya) oleh orang Melayu. Tetapi
Mahathir (anak keturunan India muslim) yang kununnya
akan memimpin teragung orang Melayu dalam menghadapi
era tamaddun alaf ke-21 – akhirnya telah merosakkan
fabrik budaya, ugama dan keunggulan pekerti umat
Melayu yang mempunyai tradisi murni zaman berzaman.
Mana muka UMNO yang kununnya penegak Kemerdekaan!!
Mana pemimpin UMNO yang 2000 orang itu. Mana dia
pemimpin di kalangan ulama UMNO yang kununnya amat
tinggi ilmu dan pengajian Islam mereka. Mana dia orang
Melayu yang bergelar pejuang dan penegakkan
Kemerdekaan untuk membina satu bangsa yang bertamaddun
dan maju!! Sebenarnya orang Melayu sudah hiolang
keperibadian bangsa. UMNO sendiri yang telah
melupuskan kemurnian bangsa Melayu.
LUPUS! HANCUR!! Dengan keputusan mahkamah keatas
Rahim Nor yang sungguh mengeciwakan sluruh orang
Melayu, UMNO telah terhapus dari lubuk hati orang
Melayu!! Jangan cakap apa ejekan dari kaum yang
dilemparkan dibelakang tabir terhadap orang Melayu dan
ugama Islam anutan orang Melayu.
Kalau selama ini masih ada saki-baki orang Melayu yang
menganggap UMNO sebagai sebuah parti yang mempunyai
‘roh’, tapi kini UMNO adalah sebuah parti punya jasad
sekerdil ‘nyamok’ dan rohani sudah hilang – hancur
lebur.
Status Mahathir sudah lupus dan hancur-lebur. Mahathir
adalah ditakrifkan sebagai “Bapak Segala Penyangak”
dan “Penjenayah” yang wajar diburu dengan anjing.
Mahathirwajar dihukum tanpa bicara.
Mahathir sudah sekian lama dibicarakan oleh rakyat!!
Dua tahun lebih, sejak Anwar dihadapkan ke mahkamah,
pebicaraan yang berlangsung sebenarnya adalah keatas
Mahathir, kuncu-kuncu yang terlibat dengan Konspirasi
paling jijik dan mengaibkan orang Melayu, orang Islam
dan kaum di negara ini.
Mahathir telah meletakkan keutuhan apa jua ugama yang
dianut oleh semua manusia yang berugama di alam ini
sebegitu rendah hingga tidak ada lagi umat manusia
yang menghargai Mahathir sebagai seorang manusia.
Mahathir lebih kejam, zalim dan tidak berakhlak –
lebih hina dari anjing busuk (hyna).
TETAPI, bagi UMNO dan pemimpin mereka yang rakus dan
tamak haloba; Mahathir adalah ketua yang terhormat dan
tertinggi.
Bermakna UMNO adalah kelompok manusia yang sudah
tersingkir dari dari ledakan tamaddun alam tabii
manusia yang normal. Orang UMNO tidak punya maruah dan
kewibawaan. Mereka yang yang seharusnya berisifat
amanah dan bertanggungjawab untuk melaksanakan
undang-undang, mengawasi keselamatan dan sewajarnya
melindungi rakyat.
Sebaliknya, pemimpin UMNO sendiri telah mempamirkan
moral lebih rendah dari satu kaum yang kikis dan tidak
ada etika, budaya, jiwa dan perasaan, hilang
pertimbangan dan keadilan, rohani dan nilai-nilai
keugamaan!! Undang-undang dan Keadilan mahkamah di
negara ini adalah hak ahli politik yang tersepit dan
sudah tidak ada masa-depan, keciwa dan tidak ada jiwa
murni untuk melindungi rakyat!!
Puncanya, pemimpin Melayu dalam UMNO adalah terdiri
dari mereka yang sudah tidak ada jiwa, hilang pegangan
dan kekuatan diri, sudah musnah – umpama sekawan
anjing-anjig yang sedang hilang malu kerana merebut
seokor betina!! Ini adalah kemahuan Mahathir
Mohammad!! Dan UMNO merestu keegoan Diktator ini!!
Pemimpin UMNO adalah spesis manusia yang hidup dan
mati bagai binatang yang tidak dihargai oleh manusia.
Mereka sudah menolak sebarang falasah tamaddun manusia
– jauh sekali dari falsafah sebarang Ugama!! Mereka
sudah terlalu jauh dari suruhan Firman dan Hadis.
Mereka telah hilang rohani keugamaan dan kemanusiaan!!
DAN, UMNO – para pemimpin dan penyokongnya sudah
MATI!! Dengan itu, Rakyat segala kaum, segenap lapisan
dan anutan ugama di negara ini sudah nampak bahawa
UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak boleh lagi
dijadikan peneraju kepada pentadbiran sebuah negara
yang akan melindungi KEADILAN, KEBENARAN dan
KESEJAHTERAAN umum.
Allah swt. tidak mengizin sebarang pemerentahan zalim
bertapak lama. Mereka dipupuskan Allah swt. Sejarah
manusia sejak Adam hingga Muhammad saw. telah membokti
dengan contoh-contoh yang nyata. UMNO dan seluruh
pemimpin gabungannya sedang menuju kearah
itu…KEHANCURAN!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)