Saya berkunjung ke rumah seorang kawan yang saya
berpangkat “abang” dalam politik. Selalunya beliau
adalah orang yang paling kental perjuangannya dalam
UMNO – sejak saya mengenali beliau. Beliau memang
seorang yang bercakap tanpa selindung – ikhlas, telus
dan tidak tahu main-main sembarangan. Mungkin itulah
kelemahan beliau, terlalu terus terang.
Saya yakin, kalau beliau seorang pejuang, inilah dia
contoh orangnya. Tetapi dalam UMNO, mengikut budaya
UMNO yang sekarang – orang seperti ini harus dibuang.
Orang seperti itu tidak ada tempat dalam UMNO. UMNO
sudah terlalu karat dengan budaya ‘ampu sana, ampu
sini’. Kalau tak pandai, kalau lidah tidak bercabang,
kalau hati jujur botang; alamat diri akan dikecundang
oleh kawan yang mengaku seperjuangan!!
Dan kali ini, kawan ini sudah menerima nasib itu.
Beliau adalah diantara 126 orang yang dibuang oleh
jembalang-jembalang di MKT dan Perhubungan.
Tapi orang seperti beliau, pemecatan beliau itu juga
adalah satu “perjuangan”. Dengan pembuangan dan
penmyingkiran begitu, dia merasa bahagia kerana
Perjuangannya selama ini berhasil menentukan dirinya
sebagai seorang PEJUANG!!
Katanya, “Jika saya masih dalam UMNO, tidak dibuang,
apakah jawapan saya di alam Barzah nanti? Saya akan
dipandang oleh para malaikat sebagai pengkhianat
bangsa, tanahair dan ugama. Hidup saya lebih lama di
“sana’ dari disini. Selama ini saya tidak minta
apa-apa ganjaran dari UMNO/BN. Saya cari nafkah dan
hidup dengan berladang hasil pesaka nenek moyang saya.
Saya tidak kayaraya seperti ‘kaki ampu’ yang saban
hari mencari jalan mengaut untuk dari titik peluh
orang lain.. Saya bahagia!!”
Saya hampir menitiskan air mata bila mendengar luahan
hati beliau. Saya tidak sangka dalam UMNO, orang
semacam sahabat saya itu harus dibuang. Bagi saya,
UMNO telah membuang seketul intan bermutu maknikam
yang sangat berharga. Cuma, intan yang bercahaya itu
diletakkan ditempat yang salah. Kerana itu cahayanya
tidak dimanfaatkan oleh UMNO sebagai kelompok yang
pejuang rakyat.
Saya tanya beliau, apakah rancangannya sesuah melihat
UMNO sudah jauh meyimpang jauh dari asas-asas
perjuangan asal. Tidakkah beliau sekarang sudah bagai
kehilangan tempat menyalurkan tenaga yang begitu
mendadak dalam dada.
Dia tidak langsung menunjukkan muka minta dikasihani.
Tidak!! Malah dia bingkas bangun dan berkata, “Sebagai
umat Tuhan, saya belum mati lagi. Jiwa saya masih
segar. Malah sekarang saya lebih bertenaga dari dulu.
Perjuangan saya lebih luas dan lebih jitu. Saya sudah
kenal siapa musuh saya. Saya lebih mudah merancang
strategi sekarang, kerana saya sudah lebih ramai kawan
seperjuangan berbanding dahlu”.
Saya terdiam. Bagaimana dengan kehilangan tempat
bergantung (UMNO), dia makin terangsang? Tetapi
sebagai bertaraf ‘abang’ (lebih dari seorang kawan),
saya harus mendengar sebelum bertanya lebih banyak.
Katanya, “Perjuangan adalah berasaskan nawaitu dalam
rohani seseorang. Kalau niat bersih, perjuangan akan
bersih. Begituah sebaliknya. Tengok berapa orang
diantara datuk-nenek kita yang mati memperjuangkan hak
sewaktu menentang penjajahan Pertugis, Belanda,
Inggeris dan Jepun, gorila Komunis dulu? Tahukah siapa
mereka. Yang kita tahu hanya segelintir. Tetapi jihad
tiap-tiap orang dari mereka yang gugur, di mata Allah
swt. adalah sama. Mereka adalah penegak KEBENARAN!!.
Dalam UMNO, Kebenaran sudah mati!!” katanya.
Saya tafakur tunduk. Tidak berani menentang mukanya.
Katanya lagi,”Nawaitu kita bersama adalah satu, mahu
menyedarkan orang Melayu dan semua kaum di negara ini
utk menghancurkan UMNO/BN. Kerana, yang jelas, BN
keseluruhannya sudah jadi pengkhianat Kemerdekaan
bangsa, tanahair dan ugama Islam.”
Wa!! Wah!! Dia sudah naik api. Tubuhnya saya lihat
gementar bergoyang. Katanya lagi, “Bagi saya, secara
tafsiran (telah tetap-mantap dalam hati), UMNO/BN
wajar dimusnahkan saja kerana inilah parti yang telah
menggunakan tenaga dan kemampuan utk menyekat
pembangunan minda dan dan daya orang Melayu; dan
akhirnya memusnahkan inspirasi orang Melayu khususnya
untuk mengisi Kemerdekaan dan menegakkan Islam yang
syumul.” Katanya dengan nada berang.
Sambungnya, “Kita sebagai insan yang menghayati
KEBENARAN, KEADILAN dan KEHARMONIAN, tidak akan
sanggup melihat betapa busuknya agenda kelompok kecil
“inner circle” dalam Kumpulan Mahathir laknatullah ini
yang telah terang-terang mengkhianati wadah dan
perjuangan orang Melayu”, sambungnya dengan nada
bersemngat.
“……Kita tidak bersifat peribadi membenci UMNO/BN. Kita
benci habis-habisan kerana karenah pemimpin UMNO
(khususnya) yang sekongkol dibawah telunjuk Mahathir
Mohammd. Mereka telah segondongan merosakkan budaya
ummah dan orang Melayu, menafikan hak rakyat dan
kewibawaan orang Melayu dalam sebuah negara yang
begitu perit dimerdekakan oleh orang Melayu, setelah
mengalami 1001 kekejaman dibawah penjajahan Portugis,
Belanda, Inggeris dan Jepun. Hari ini Mahathir
mengkayaraya diri dan kelompoknya dengan menginjak
kepala orang Melayui……!!” sambungnya dengan nada
yakin.
“Masakan kita mahu diinjak kepala oleh sekumpulan
bangsa sendiri yang saban hari menipu kita hingga
memungkinkan anak-cucu kita akan lebih terhina dari
penjajahan sebenar – semata-mata kerana mereka cuma
beragenda jangkapendek untuk membolot kekayaan utk
diri sendiri. Mereka adalah puak dari individu yang
sempit hati dan hilang bungkas tujuan apa dalam hidup
sebagai pemimpin!!”
Aduh!! Perit muka saya ditampar dengan kata-kata
sepedih itu. Katanya, “Saya mungkin tidak
putus-putus-putus memperjuangkan yang Hak bagi saya
dan anak-anak dan cucu-cicit kita, insyaallah. Selagi
UMNO/BN tidak tumbang, selagi ada sudut kebebasan
untuk memaparkan fikiran dan pandangan, saya pasti
akan teruskan.” Katanya.
Sambungnyanya, “Saya lihat, UMNO sudah kekeringan
bahan, sudah goyang, jauh sekali dari meyakinkan
sesiapa yang rasional. Saya tidak ada kemampuan
bersama sdr. kita berdemo di Dataran atau di TAR, dll.
kerana pelbagai halangan. Bagi saya, sumbangan
sekecil ini mungkin tidak akan kecil jika saban hari
secara bersama kita curahkan. Setitik air, jika
berterusan menitis dilekuk yang sama, akan
meninggalkan kawah luas walau sepejal-pejal batu,
bukan?”.
Saya mengangguk. Terdiam. Saya akur. Sambungnya, “
Jika itu lumrah alam, maka kita rakyat kerdil wajar
diumpamakan titisan air itu. Kita akan musnahkan
pepejal UMNO/BN dengan jiwa dan kuatan kita. Saya
sudah luahkan isi hati saya itu dulu dengan ikhlas dan
jujur. Bagi saya pemimpin UMNO bagai orang tua yang
rabun-buta kehilangan tongkat!!”
Saya sampuk mencelah, “Saya menghargai sumbangan abang
selama ini. Kan kita seperjuangan yang mengendalikan
kemenangan UMNO/BN dalan semua P/raya terdahulu.” Saya
memandang kearah beliau.
Di pantas menjawab, “Ya! Ya! Itulah masa-bodoh kita.
Tertipu!! Kita berjuang bukan kerana meminta balasan.
Kita menghargai KEBENARAN, KEADILAN DAN KEHARMONIAN,
hingga sanggup mengorbankan masa lapang. Saya yakin
bukan saya keseorangan yang menghargai pengorban
sdr-sdr kita; tetapi saya dapat maklumat: Penyokong
dan pemimpin UMNO sendiri yang sanggup menzalimi
amanah rakyat dan bangsa. Itu yang menjadikan saya
keyakinan kepada pemimpin UMNO sekarang!!”, katanya
dengan nada sedih.
“Kerana puak KITA terlalu mementingkan rakyat, itu
sebab Mahathir telah takut-kecut dengan gejolak
rakyat. Contohnya, apa sangatlah HARAKAH, DETIK dan
semua LamanWeb itu (sebagai misalan), tetapi dipantau
secara bersungguh-sungguh oleh orang-orang upahan
Mahathir. Malangnya, mereka tidak tinggi kemampuan.
Mereka sedang berperang dengan RAKYAT.. Masakan mereka
akan menang…!!!” katanya.
“Anak-anak kita berjuang bukan kerana bayaran.
Anak-anak Reformis itu mentakrifkan bahawa itu adalah
satu “Perjuangan”. Tidakkah kita yang tinggal bersama
rakyat merasakan keikhlasan mereka?
“….Jika mereka berjuang “menegakkan satu Barisan yang
bakal menerajui sebuah pemerentah baru untuk sebuah
negara Merdeka yang baru”, tidakkah itu azam, itu
iltizam dan itu jihad. Kita, sebagai orang yang sudah
tahu luar-dalam UMNO/BN wajar mengaitkan Perjuangan
mereka dengan niat luhur untuk membebaskan ‘Ummah’,
Bangsa dan Tanahair. DAN sesungguhnya Allah swt akan
merestui Perjuangan yang ikhlas mereka itu!!” katanya
dengan hati yang makin teguh!!
“Selama ini kita cuma melihat apa yang ada dihadapan
mata…UMNO…BN!! Kita tidak nampak BAHAWA UMNO
sebenarnya tidak sejelas itu menegakkan Islam,
menyokong sebarang Perjuangan menegakkan kedaulatan
‘Ummah’, Bangsa dan Tanahair. Dulu kita nampak, sdr.
Anwar berfikiran dan bertindak sehaluan begitu. Itu
sebab beliau gembira, dan kita gembira dan bersemangat
membantu UMNO bermati-matian. Tapi Mahathir
BERKONSPIRASI membuang beliau, mengaibkan dan
MENZALIMI beliau..!! Kita mau duduk diam macam batu?”.
“Sejak dulu, bagi kita, kepentingan diri adalah
perkara kedua. Tapi sekarang, kita nampak bahawa
cahaya menumbangkan KEZALIMAN dan PEMBOHONGAN sedang
semarak di lubuk hati rakyat. Itulah Perjuangan paling
diberkati!! Buat diri saya, tidak ada apa yang saya
risaukan!! Bagi saya, saya tidak kesaorangan. Kita
sudah tengok berapa juta orang Melayu sudah berhijarah
meninggalkan UMNO!! Nawaitu suah jelas…UMNO/BN wajib
ditumbangkan, dimusanahkan sebelum ia memusnahkan
orang Melayu!!” katanya.
“Kau tau? Mahathir dan sekongkolnya adalah orang yang
paling ketakutan dan kecut hari ini. Mungkin dia sudah
rasa, berapa kerat saja mereka yang di PWTC Mei 2000
nanti yang ikhlas menyokongnya. Hehehe…” Baru saya
tengok dia senyum. Tapi senyu sinis.
“Ya…” sampuk saya. “UMNO sekarang telah tergadai
maruah. Kalau tak MCA yang bantu, UMNO sudah lingkop
habis. Parti bukan Melayu telah lebih berjaya dari
UMNO. Mereka anggap UMNO menumpang tuah mereka. UMNO
cuma 72, non-UMNO 76. Itu hasil karenah Mahathir.
Mahathir gadai maruah Melayu, maruah UMNO… masih dia
boleh jadi pemimpin UMNO lagi?” saya beri banci
kemerosotan UMNO.
“….Biarkan!! Sebagai seorang yang menyayangi
Perjuangan ini, kita cuma mahu keselamatan
terpelihara. Kita tidak akan cetuskan revolusi seperti
Indonesia, Filipina, Iran, Romania. Tapi Mahathir
jangan cabar!! Jangan keterlaluan. Kalau Mahathir
menjual maruah orang Melayu dan ugama Islam, Mahathir
dan sekongkolnya perlu ingat…cukup lah kalau saya beri
ingatan…”Mahathir kena Ingat..Jangan duga kesabaran
oranng Melayu. Mungkin budaya Mahathir lain..!!”
Mukanya sudah merah!!
“Saya akan ke PWTC nanti, saya mahu jumpa kawan-kawan
lama disana. Saudara kita itu masih dalam satu
Barisan. Kita wajar berkomunikasi dengan mereka.”
Katanya.
“Kau akan tengok nanti, satu hari – tidak lama lagi,
kita akan berjaya menegakkan KEBENARAN, KEADILAN DAN
KEHARMONIAN. Kita pasti akan hancurkan KEZALIMAN dan
PEMBOHONGAN. Perjuangan ini adalah perjuangan
Rakyat…!! Mahathir dan kelompoknya sedang bermusuh
dengan rakyat..!! Mereka dalam UMNO sudah bercakaran
sesama sendiri..!!“katanya.
Saya pulang malam itu dengan dada sebak. Tidak boleh
tidur malam itu. Hati saya membara. Saya nampak
pemecatan ratusan ahli UMNO oleh pemimpin UMNO itu
sebagai satu langkah yang silap. Mereka sekarang
sedang mendapat hikmah baru untuk mempengaruhi ratusan
ribu penyokong UMNO supaya berpaling tadah. Nampaknya
bukan 126 yang wajar dibuang, ratusan ribu yang sudah
membuang UMNO. UMNO makin kecundang!! Pasti akan
KECUNDANG…!!!!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)