Sebelum menanti Maghrib dan selepas Isya’, kerapkali
dua waktu ini kami ambil kesempatan berbincang dan
berbicara bertukar-tukar fikiran. Maklumlah, masjid
memang tempat yang amat sesuai berbicara tentang
hidop, mati, kebenaran, kezaliman, dan seumpamanya.
Imam kami mengkesahkan bahawa dalam zaman Nabi
Junjungan saw., sebaik saja Baginda tiba di Madinah,
Masjid adalah rumah Allah yang dibangunkan terlebih
dahulu. Bukan rumah, mahligai, mencari unta terbaik,
atau hidangan makanan yang lazat-lazat!!
Disitulah Baginda mengumpulkan kelompok muhajirin
Mekah dan puak watan Madinah membincangkan masalah
sosial, pentadbiran, cara ekonomi dan pasar Madinah,
kesekutuan ummah menegakkan sistem sosial; hingga
kepada hal mengenai perancangan perang dan usaha
menilai pertahanan rohani dan keselamatan – semua
dibincagkan dalam lingkungan masjid.
Jadi, jika Mahathir dan UMNOnya mengarahkan supaya
dicegah masjid-masjid supaya tidak digunakan untuk
tujuan tersebut, maka jelaslah bahawa Mahathir adalah
orang yang amat takut kepada kesepakatan rakyat dan
kebesaran ugama Islam dan ummah, khususnya mereka yang
mencari panduan dari Islam yang begitu kuat, teguh dan
penuh disiplin yang murni.
Kira-kira memang wajar Mahathir takut dan gerun
begitu; kerana UMNO tidak mendapat tempat di
masjid-masjid lagi. UMNO hanya mendapat perhatian di
perkampungan Yahudi di Tel Aviv, di khemah Zionis,
Gestapo, di TV3, di Mahligai 200 juta RM, di
Disko-disko Dangdut, di Genting Highlands, di Padang
Golf, di Hotel-hotel mewah 5-bintang, di bilik
maksiat, di Stadium Bkt. Jalil, di Dewan Tun Hussain
Onn di PWTC dan seumpamanya. Masjid-masjid sudah lama
lupus dari ingatan para pemimpin UMNO.
Pun terdengar Mahathir berkata bahawa ulamak yang
berpolitik adalah “bukan ulamak” – mengikut definasi
beliau. Maka diberilah alasan berbagai-bagai. Hingga
dia tidak hormat kepada ulamak yang berpolitik. Begitu
sekali egonya.
Berberapa orang diantara kami berbahas panjang
mengenai definasi itu. Akhirnya kami bersetuju bahawa
“Hanya ulamak taksub kepada Mahathir (macam yang dalam
UMNO saja) yang menepati definasi Mahathir itu”. YAB
Tuan Haji Hadi dan TG Nik Aziz tidak menegah. Bukan
kita taksub, tetapi Balai Raya pun sudah jadi milik
UMNO sekarang!!
Berkata seorang yang mahir dengan sepak terajang
politik UMNO, katanya, “Mungkin Mahathir mengasaskan
definasinya kepada “hero waraq” dalam UMNO seperti Wan
Mokhtar Ahmad MB Terengganu dulu (yang kayaraya hasil
rompak keatas hak rakyat), Yusof Nor – yang pernah
menyelewengkan zakat JAWI, Hamid Othman – yang
membiarkan murtad berkembang pesat, Hamid Zainalabidin
– General tanpa bintang yang mengggunakan mimbar
mengahsut, seorang anak Melur dari Kelantan yang
taksub totok kepada kekuasaan Mahathir, Dusuki Ahmad
yang jadi SuPol yang sedang giat menyapu punggung
Mahathir, dan beberapa orang lagi. Jika itulah
muka-muka personaliti “Ulamak” rujukan Mahathir;
memang wajar Mahathir memberi definasi “Ulamak”
sedemikian rupa”, katanya.
Mengangguk Imam tua kami beberapa kali. Sejak tadinya
beliau masih tunduk dan tafakur saja. Kami hairan
mengapa beliau tidak berkata sepatah jua. Kami tanya
apa pendapat beliau.
Dengan tenang dan bersahaja beliau menjawap, katanya,
“Saya baru saja pulang dari berkunjung ke Kelantan
atas jemputan Tuan Guru Nik Aziz. Saya dapat tahu
beliau akan mengadakan kuliah disebuah Masjid di
sebuah kampung yang “corok”. Orang berhimpun hingga
penuh laman masjid dengan tikar dibentangkan. Selesai
solat Maghrib, Tuan Guru Nik memberi ceramahnya. Saya
jangkakan ceramah politik, tetapi sebaliknya mengenai
“Iman dan Keimanan Ummah”. Tidak ada sikit pun tentang
politik”.
“Selepas Isya’, rombongan kami di jemput kerumah
beliau. Saya terperanjat kerana beliau balik ke rumah
kayunya di kampung tumpah darahnya, bukan ke rumah
resmi kerajaan. Kabarnya, beliau lebih acapkali di
situ dari di rumah resmi kerajaan. Jadi, macam mana
kita nak tuduh beliau menyeleweng dan menyimpang dari
ajaran Allah swt?” kata Imam itu. “Di Kelantan tak
nampak pun orang heboh berpolitik macam di Alor Setar,
di Kubang Pasu, di PWTC atau di Putera Jaya, dll. Tak
ada kempen fitnah mengahasut. Keadaan tenang saja”
sambung Imam itu lagi.
“Jadi bagi saya” kata Imam itu, “Ulamak” mengikut
takrif Mahathir hanya terpakai kepada “Ulamak UMNO”
saja. Bukan kepada “Ulamak PAS”. Kami mengangguk.
Hingga hari ini saya berfikir sendirian. Rupa-rupanya
Mahathir melihat bukan dengan mata hati. Mata hati
Mahathir sudah buta!! Padanlah mata hati para pemimpin
UMNO juga sudah buta!! Mustahil pemimpin buta “mata
hati” wajar diangkat sebagai “pemimpin” lagi!! Mungkin
Rais Yatim dan Abdullah Bedawi sekali sekala cuba
bermuzakarah dengan dua orang pemimpin PAS itu –
paling kurang cuba belajar bagaimana mencari jalan
luas di Yaumilmahsyar nanti!!
Itu pun kalau pintu hati belum tertutup macam
Mahathir. Kalau sudah, carilah jalan sendiri nanti!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)