Keyakinan yang dipamirkan Mahathir kebelakngan ini
adalah bagai orang sakit yang menanti maut!! Mahathir
mengharapkan nyawa politik UMNO disambung lagi.
Malangnya Mahathir sudah terlampau banyak kali
‘melanggar pantang’. Kali ini orang Melayu khusunya
sudah cakap terang-terang kpd Mahathir: "TIDAK ADA
MAAF BAGI MU". Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak
perbuatan? Lingkop UMNO/BN padahnya!!
Mahathir Hilang Keyakinan
Mei 2000, Mahathir pura-pura akan tunjuk keyakinan.
Memang Mahathir dalam keadaan serba-salah. Hendak
"declare defeat", sudah terlambat.
Mahathir hanya buang masa merayu-rayu bagai ponggok
rindukan bulan. Bulan sudah menjirus dan malam kian
gelap menunggu UMNO. Jangan nak sebut orang bertepuk
kerana sukakan ucapannya, cuma setakat bagi Dewan rioh
saja. Makna tepukan sudah tidak ada!!
Harapan Mahathir tak lebih dari "wishful thinking".
UMNO bagai perahu dayung, sudah terlajak ketengah
lautan, kini sedang dipukul badai. Kalau karam,
siapkanlah pelampung!! Kalau tidak jerung ganas sedang
mengintai dibalik beting..!! Eloklah UMNO mencari
tempat berlindung, supaya jangan jadi seperti beberapa
orang bekas UMNO/BN di Terengganu yang akan diheret ke
mahkamah tak lama lagi!!
Puak ulama UMNO eloklah cari permit mengadakan ceramah
Maghrib untuk menampung sara hidup!! Duit pencen
mungkin sulit untuk menampung Mercedez dan banglo
mewah yang masih belum habis hutang..!! Inilah yang
menyulitkan hidup Hamid Osman, dll.
Semalam di Sanggang
Pertemuan saya dengan beberapa orang di Sanggang
baru-baru ini – mereka berkata: alangkah bosannya
dengan janji UMNO. Bagi mereka, Adnan ‘samseng
kampung’ itu akan kena buku dengan ruas kali ini.
Barisan pemimpin Pahang sekarang digelar "Pak Pandir
abad Ke-21" yang mengHEROWORSHIP Mahathir.
Percayalah, PAS/BA bukan mendabek dada. Tetapi UMNO
sendiri yang tolong PAS memukul canang penyokong PAS.
Bukan saja orang Melayu yang dah muak dengan telatah
UMNO yang makin tersepit, malah rakyat seluruh negara
dah tengok macam mana perjalanan mahkamah
mengendalikan kes Datuk Seri Anwar.
Orang Melayu di Sanggang nampak sangat dimata mereka
bahawa UMNO dan Mahathir adalah bagai "budu busuk se
tempayan" sedang dibongkar. PAS tak bongkar tapi UMNO
dan Mahathir sendiri yang pecahkan tempayan itu.
Kes Rasuah Rafidah dan keputusan perbicaraan Rahim Nor
jadi perbualan orang dfi Sanggang sekarang. Semua
setuju, kalau KPN samseng, maka hanya sebuah kerajaan
baru saja yang boleh mendisiplinkan seluruh Jabatan
Polis semula.
Orang Melayu dah mula menyoal: Inikah dia pemerintahan
UMNO? Adakah Mahathir pemimpin berjiwa rakyat? Makin
terpuruk dan terzalimlah DS Anwar kerana karenah
perundangan ‘cacamarba’ mengikut selera Mahathir.
Kezaliman UMNO/BN di Melaka
Kejadian di Melaka kerana karenah Ali Rustam menjadi
percakapan orangm si Sanggang. Makin rakyat jadi
"jittery" dengan karenah sumbang UMNO dan seluruh
pemimpin parti yang makin kecundang. Saban hari
pemimpin UMNO lebih pentingkan ‘menyapu taik kering’
Mahathir yang sudah kenyanyokan (senile).
Pindaan tuduhan keatas DS Anwar adalah bayangan bahawa
"Mahathir adalah dalam ketakutan yang teramat sangat".
Begitu juga kes Rahim Nor – mesti ada raksia
dibelakangnya. Jika itu perangai seorang Perdana
Menteri, untuk mengamanahkan kuasa mentadbir kepada
UMNO/BN harus difikirkan baik-baik..!!!!
Orang Sanggang kecewa, ngeri dan sedar!! Keraguan
sudah sampai ketahap maksima. Hari ini Anwar, esok
lusa pula. Dalam empoh 5 tahun yang sangat panjang,
pasti mulut rakyat akan di ragum, dan tangan rakyat
akan dibelenggu dan dikekang!! Dalam tempoh 3 bulan
berlaku ratusan rakyat dihumbankan ke lokap ISA!!
Kalau dulu rakyat Malaysia mengutuk peradaban Kominis
(orang Pahang ngeri dengan pengalaman pahit itu), peri
kegilaan pemimpin Russia yang mengekang kebebasan
rakyat dengan kumpulan samseng-samseng KGB; kini
mereka nampaknya UMNO/BN dan Mahathir serta barisan
pemimpin UMNO yang terugut; tidak segan silu lagi
bermaharajalela menghentak belantan, cotar,
tendang-terajang, tumbuk tempeleng, fitnah dan
kejian…. menyembur air kimia, segala-gala bentuk
kezaliman kepada rakyat lemah dan tidak bersenjata.
Mereka faham, rakyat mahu menyuarakan rasa kebencian
mereka terhadap Kerajaan Mahathir-Abdullah Bedawi yang
memperlakukan begitu. Makin mereka nampak sekarang,
pemimpin UMNO adalah terdiri dari mereka yang sombong,
bongkak, tidak mengenal peri kemanusiaan. Atas
segalanya, mereka adalah “munafiq" –
sewenang-wenangnya membohongi rakyat dengan segala
macam tipu helah. Mereka tidak menghargai amanah dan
mandat rakyat.
Penentuan Terakhir
Penentuan terakhir ialah, apakah "KEADILAN" masih ada
didalam lambung-perut pemimpin-pemimpin kerajaan
UMNO/BN sekarang? Makin nampak kepada mereka bahawa
Mahathir menggunakan ugutan sesuka hati untuk melepas
diri, tetapi menjerat orang lain.
Mereka semata-mata tergila-gila mahu mejadi pemimpin
UMNO kerana hendak mengaut ringgit dan sen melalui
rompakan keatas keringat rakyat. Rakyat diperangkap
dengan hutang berbillion-billion. Yang menanggung
hutang adalah rakyat..hingga 7 keturunan belum tentu
jelas. Pemimpin UMNO sekarang dan suku-sakat
masing-masing serta kroni yang rakus akan hidup senang
lenang.
Penduduk Melayu di Sanggang tidak mampu merobah
kerajaan hari ini, tetapi memadai menunjukkan bahawa
mereka mahu memulakan perobahan!! Mereka tidak
termampu menunbangkan Kerajaan, kerana proses
membersih diri bukan semudah itu. Tetapi sudah cukup
memulakannya.
Penduduk Sanggang tidak mahu tertipu lagi. Mereka mahu
menyedarkan UMNO supaya insaf bahawa sedang menerima
hukuman rakyat!! Setakat itu sudah cukop sementara
menunggu 2004!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)