Ramai orang terpinga-pinga bila Rais Yatim bercakap
akan menggubal Akta khusus untuk memisahkan Ugama dari
Politik. Bagaimana kandungan Akta itu orang tidak
tahu. Tapi, yang diduga ialah UMNO mahu PAS tidak
menggunakan perkataan “Islam” – menggugurkan perkataan
“Islam” dari nama parti itu. Itu anggapan paling
terhampir.
Kununnya, ada pihak yang menggunakan “Islam” untuk
memecahbelah orang Melayu. Memang pelik bagaimana UMNO
yang majoriti ahli adalah penganut Islam menganggap
Islam sebagai ugama “perpecahan” pula!! Hairan juga
dihati kita, bagaimana orang yang berfungsi sebagai
pemimpin Islam dalam UMNO mentakrifkan ugamanya
seburuk itu.
Pemimpin UMNO Membutakan Mata?
Sejarah menunjukkan dengan bokti-bokti nyata bahawa
“Islam adalah ugama yang menyatupadukan ummah”. Jika
itu jaminan Allah swt. bagaimana pemimpin UMNO boleh
mentakrifkan sebaliknya?
Jika UMNO tidak mampu lagi menjamin menyatupadukan
orang Melayu/orang Islam (kerana UMNO adalah sebuah
parti sekular hasil dorongan nafsu orang-orang yang
bernafsu “gila”), janganlah pemimpin UMNO cuba mencari
1000 dalih menyekat Islam menyatupadukan orang Islam.
Memang orang Melayu sudah lama tidak mengharapkan UMNO
melaksanakan perpaduan ummah!!
Berkata pula Abdullah Bedawi, (Timbalan Perdana
Menteri lantik Mahathir Mohammad – Presiden
orang-orang UMNO), katanya "Apa guna negara Islam jika
rakyat mundur..!“
Ya, Allah! Ramai yang mengucap panjang. Disangkakan
anak seorang ulamak akan waras fikirannya. Tetapi,
sejak mengendalikan masalah “babi-babi” yang di
Pengerusikannya (bagi pihak taukeh-taukeh MCA, kroni
Ling Leong Sik); Dollah makin tenat sakit jiwanya.
Berkata seorang Imam tua yang 12 tahun menuntut di
Makkah: “Firaun juga memerentah Hamman supaya
mengahasut umat Mesir mengangungkan diri dan
pemerentahannya sebagai tuhan. Didirikanlah piramid
sebagai kubor Firaun. Hamman mengarahkan rakyat Mesir
memertabatkana Firaun sebagai Tuhan, dan menafikan
seruan Musa a.s. yang meletakkan Allah swt. kedalam
hidop insan. Dengan itu, maka bermewah-makmurlah hidop
Hamman – mengerjakan segala maksiat sekehendak
nafsu…!!”
Hari ini, sejarah si “Hamman” Abdullah dan rakan-rakan
seangkatan dengannya yang terampir disisi
“MahaFiraun” itu; tidak ragu-ragu menempelak Islam…..
"Apa guna negara Islam jika rakyat mundur”!!
Pasti ramai antara kita berfikir: “Islam tidak
diturunkan Allah swt. untuk memundorkan manusia. Hanya
orang yang mengaku Islam (tanpa yakin) saja yang
memundorkan umat Islam..!! Jika umat Islam sebegitu
menganggap Islam itu adalah begitu, bermakna manusia
yang berkata begitu tidak lebih dari seekor haiwan
liar di belantara yang lebih Yahudi dari Yahudi.
Yahudi membenci Islam kerana kehebatan Islam. Tetapi
sekarang, umat Islam sendiri menyalahtafsirkan Islam.
Makin nampak, yang mundor hanya lah manusia itu kerana
menafikan kebesaran Allah swt, Firman dan Hadis,
seruan Nabi dan Rasul. Di negara kita, pemimpin UMNO
telah memulakan ‘gendang’ Yahudi!!
Hari ini makin jelas bahawa HANYA mereka diperangkap
oleh kehidupan dan perhiasan dunia yang di‘tayangkan’
oleh syaitan dan iblis saja yang menafikan kebesaran
Islam itu.
Mahathir Menukar Konsep Islam
Semasa kami menunaikan solat sunat Aidiladha, maka
berkatalah Imam di mimbar: “Andainya manusia terpukau
dengan gambaran nikmat yang dipaparkan oleh iblis itu,
dan menafikan nikmat akhirat yang dijanjikan Allah;
maka manusia pasti akan bertanya "Apa guna negara
Islam jika rakyat mundur”, kata beliau dengan tegas!
“Sebenarnya, manusia yang berkata begitu adalah
terdiri dari orang-orang yang putus asa, sempit akal
dan hilang pegangan hidop.” sambung khutbah itu
Masa kami berjalan pulang, terfikir dibenak kami:
“Memang Dolah sudah sampai ketahap putus asa, sempit
akal dan hilang budibicara”.
Apakah yang diharapkan Abdullah Bedawi sekarang?
Tidakkah beliau nampak – tiga orang Timbalan Perdana
Menteri yang dibuang Mahathir, namun Mahathir tidak
juga mahu melepaskan jawatannya. Mungkin Dolah adalah
orang ke-4. Jika Dollah menanti Mahathir mati, itu
adalah ‘probability’ – tidak bermakna Dolah akan
mencapai impiannya menjadi PM.
Selagi UMNO adalah mempraktikkan “hukum belantara”,
siapa kuat berpegang kepada fitnah dan hasad – maka
selama itu Mahathir akan menjadi “petualang negara”.
Mahathir sudah cuba menukar konsep pemikiran dan
penghayatan Islam para pemimpin UMNO; seolah-olah
Allah swt tidak nampak menolong orang-orang yang baik.
Jika tidak, mustahil PAS di fitnah seburuk itu selama
beberapa tahun ini, dan Anwar dibenamkan kedalam
penjara tanpa kesalahan apa-apa!!
UMNO Mengahasut Bukan-Islam
Mahathir, Dolah dan seluruh pemimpin UMNO wajar ingat
bahawa Russia dan komunisma hancur dalam tempoh 70
tahun. Segala kemajuan dan kehebatan Regim Komunis itu
lenyap tidak berguna kepada rakyatnya dalam tempoh
sehari menjelang ketiga. Adalah Dolah masih berdegil
lagi dengan menghasut rakyat dengan "Apa guna negara
Islam jika rakyat mundur..! itu?
Semakin jelas sekarang, di negara bukan Islam,
peradaban pemerentahan Islam makin menghayati Islam.
Pemimpin mereka sanggup berhadapan dengan rakyat,
diheret ke mahkamah, menerima hukuman rakyat, berundor
jika tidak berkemampuan lagi, melaksanakan Demokrasi
dan memperakukan Hak dan Kebebasan bersuara rakyat.
Tapi di negara ini, UMNO telah mempengaruhi komponen
bukan Islam supaya mensekularkan Islam. Itukah jasa
UMNO kepada Islam?
Disetiap Ceramah kini, makin jelas keterangan yang
benar mengenai kemakmuran, kesejahteraan, dan kemajuan
Islam di zaman tamaddun Islam yang silam. Berharap
sangat kita semoga para doktor, pujangga, saintis kaji
hayat, bulan-bintang dan cakrawala supaya gigih
menyelidik mencitrakan kepada rakyat siapakah yang
memulakan bidang-bidang ilmu itu. Pasti akan bertemu
kita dengan nama-nama cendekiawan Islam. Masihkan
Dollah dan Rais Yatim terus mengcap Islam sebagai
ugama yang memundurkan umat.
Memang sukar menghubungkan konsep tamaddun manusia
dengan kehebatan Islam – apatahlagi jika manusia itu
tergolong kepada “mereka yang tidak mahu berfikir”.
Malangnya, Mahathir, Abdullah Bedawi, Rais Yatim
adalah orang-orang yang telah meletakkan UMNO melebihi
hikmah Islam sebagai ugama perpaduan ummah..!! Aduhai
politik UMNO!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)