Terdengar percakapan dibelakang tabir bahawa Mahathir
mahu pihak yang terlibat dalam perbicaraan Anwar akan
memanjangkan perbicaraan sampai bulan Jun tahun 2000
ini. Mahathir mahu menggunakan prosiding Mahkamah
sebagai perisai dan lembing untuk mempertahankan
dirinya dari serangan sesiapa juga dalam Perhimpunan
UMNO Mei 2000 itu.
Dr. Mahathir boleh buat perkara ini dengan mudah
sahaja kerana Mahathir telah merancang untuk mengawal
ketat keadaan di Perhimpunan itu. Tetapi bolehkah
Mahathir mengawal pandangan dan keputusan rakyat
banyak?
Yang jadi pokok persoalan sekarang bukanlah sama ada
Anwar akan didapati bersalah ataupun tidak. Tidak
menjadi soal kepada rakyat samada Rafidah dibebaskan,
atau Rahim Nor terlepas dari tuduhan jenayah berat.
Biar Mahathir memberi 1001 justifikasi. Agenda Rakyat
lebih luas dari itu.
Telah diketahui bahawa Mahathir telah menerima nasihat
dari puak Yahudi (juruperundingnya). Kununnya,
walaupun alasan Mahathir tidak lojik dan tidak
diterima oleh sesiapa pun, cukup sekadar beliau hanya
meragu dan mencurigai peribadi Anwar. Mahathir cuma
dikehendaki supaya nama baik Anwar rosak. Dengan itu,
kerjaya politiknya akan turut terhapus. Yang lainnya
akan jadi sejarah.
Diberitakan, penasihat Mahathir memaklumkan, Mahathir
tidak perlu ragu-ragu jika Anwar mendapat khidmat
peguam-peguam yang terbaik dalam negara. Mahathir
tidak harus peduli samada Anwar mendapatkan sokongan
lebih separuh rakyat Malaysia. Yang penting ialah,
akhirnya para Hakim juga yang berkuasa membuat
keputusan. Itulah kuasa yang sebenarnya. Bukannya
rakyat yang berdemonstrasi di jalan-jalan.
Sahihlah sekarang bahawa memang benar wujud KONSPIRASI
terancang untuk menjatuhkan Anwar. Rakyat tahu
sekarang bahawa Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno
memang berniat salah dan mempunyai kepetingan untuk
menjatuhkan Anwar.
Makin jelas bahawa mereka sekongkol melaksanakan niat
jahat KONSPIRASI ini. Sahih sekarang bahawa Mahathir
telah meletakkan UMNO dan BN berdepan dengan RAKYAT
sebagai musuh.
Tetapi Mahathir tidak sedar bahawa sebagai langkah
strategik, rakyat akan bertindak mensepadukan tenaga
menentang KEZALIMAN DAN KONSPIRASI MAHATHIR. Kesedaran
rakyat sudah terlalu meluas!! Kejayaan P/raya Ke-10
adalah saksi nyata
Memang nampak bahawa Konspirasi Mahathir tidak peduli
samada Anwar bersalah ataupun tidak. Mahathir hanya
mahu UMNO ragu dan curiga pada peribadinya. Beliau
hanya mahu nama baik Anwar dan kerjaya politiknya
rosak supaya beliau akan dilupakan.
Untuk tujuan itu, diketahui bahawa Mahathir telah
berurusan sendiri dengan Peguam Negara, Hakim dan
Polis untuk membuat keputusan dan melaksanakan
rancangan itu. Mahathir tidak akan peduli rakyat
berdemonstrasi di jalan-jalan. Bagi Mahathir, kuasa
Kerajaan boleh memberi justifikasi membelasah mereka!!
Tetapi hakikatnya, Mahathir bukan sekadar mencabar
Rakyat atau Parti Pembangkang dan lain-lain pihak;
sebenarnya UMNO/BN telah MENCABAR Rakyat negara ini
supaya menunjukkan kekuatan menentang partinya.
Mahathir lupa bahawa RAKYAT sudah faham apa yang telah
dirancang, lakukan dan ‘akan lakukan’ oleh
kuncu-kuncunya. Setakat ini rakyat telah memberi
petanda kepada Mahathir dan UMNO/BN bahawa segala
kebaikan Mahathir dan Kerajaan UMNO/BN sekarang, kata
kata lembut-manis puak ini adalah pura-pura. Apa yang
berlaku sekarang di Melaka adalah lambang kerja jahat
dan tindakan balas dendam sekumpulan DIKTATOR.
Mungkin Mahathir tidak tahu bahawa pengundi Sanggang
sedang bekerjasama sesama mereka untuk menumbangkan
UMNO/BN di Sanggang. Ini adalah persediaan kali
terakhir mengikis UMNO/BN dari muka bumi Sanggang ini.
Adalah menjadi jihad rakyat Sanggang untuk mula
membangunkan piagam politik rakyat Melayu sebenar dan
menghapuskan segala gejala kotor, rasuah, rompak samun
Umno. Mereka mahu tunjukkan bahawa Barisan Parti
Alternatif yang baru adalah petanda keras bahawa orang
Melayu adalah keras dengan sifat anti-DIKTATOR, FITNAH
dan ZALIM.
Ingat Mahathir dan UMNO/BN!! Rakyat bukan berjuang
dalam ruang yang sempit lagi – bukan sekadar untuk
keadilan Anwar tetapi untuk jihad diri sendiri. Rakyat
akan menang. Mahathir telah jadi musuh rakyat Klas
Utama.
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)