TPM Abdullah Bedawi dan Najib Razak dilaporkan sebagai
berkata bahawa pilihanraya kecil Sanggang adalah
penting bagi UMNO/BN. Dengan itu, semua jentera
pilihanraya BN diarah supaya digerakkan untuk
menentukan kejayaan UMNO/BN cemerlang disana.
Bagus!! Memang bagus didengar. Bagus sekali!!
Malangnya, sebagai TPM yang nyaris-nyaris tidak payah
bertanding – cukup sekadar dilantik oleh si Perdana
Menteri untuk kekal sebagai TPM; saranan Dollah Beawi
itu telah menjadi bahan ketawa orang Sanggang. Bagi
Najib, gementar lututnya kerana cuma menang 200 undi
masih belum reda!!
UMNO Menongkah Arus Di Sanggang
Lawatan Abdullah Bedawi ke Temerluh baru-baru ini amat
mengecewakan (dalam ertikata politik). Mungkin beliau
merasa sudah mendapat petanda bagaimana kesudahannya
keputusan P/raya Kecil Sanggang bulan depan.
Khabarnya, beliau langsung tidak mendapat sambutan
dari Rakyat!! Berbanding Ceramah PAS/BA, puluhan ribu
rakyat keluar dengan ‘mood’ PESTA yang menggembirakan
hati!!
Orang Sanggang hairan, mengapa selama ini puak
pemimpin elit UMNO tidak pernah menyebut nama
Sanggang. Bagi mereka, nama Sanggang terlalu asing dan
janggal disebut. Para pemimpin elit UMNO di Kuala
Lumpur dan Pak Menteri yang berkaliber besar seperti
Mahathir Mohammad dan Abdullah Bedawi menganggap
bahawa Sanggang cuma sebuah kawasan ceruk, didiami
masyarkat yang terkeluar dari arus pembangunan. Dalam
bahasa tempatan di sebut sebagai “Jauh di loceng”.
Begitulah hinanya dalam padangan elit UMNO itu!!
Setakat ini, orang Sanggang tidak pernah dijenguk oleh
pemimpin UMNO/BN . Mungkin mereka menganggap bahawa
rakyat Sanggang masih belum bertamaddun dan tidak
memerlukan sebarang Pembangunan. Seperti kebanyakan
kawasan di Pahang, selama ini pemimpin UMNO hanya
kenal kawasan-kawasan pendalaman itu kerana hasil
belantara sahaja.
Mereka menganggap, kerana rakyat dan penduduk Sanggang
adalah majoriti orang Melayu, maka tak perlulah mereka
diberi apa-apa yang membolehkan mereka beroleh nikmat
pembangunan seperti Kuantan, Pekan dll. Bagi mereka
orang Melayu adalah kelompok umat-umat yang ‘docile’
dayus!!
Rakyat Sanggang Tahu Harga diri
Mungkin selama ini pemimpin UMNO menganggap kawasan
Pihanraya Sanggang begitu complacence bagi mereka.
Kerana, dari jumlah 15,579 pengundi dalam pilihanraya
29 November 1999 lalu, 61.3% adalah orang Melayu. Pada
anggapan mereka, jika pengundi itu terdiri dari orang
Melayu, pasti mereka menyokong UMNO. Nama Allahyarham
Tun Razak ribuan kali disebut (mencari hikmah
menumpang tuah, konon)!! Sebalinya, nama Mahathir
sudah hancur di Sanggang, cuma lebih terkenal sebagai
“penjenayah” politik dan Tukang HUKUM rakyat!!
Pengundi Kaum Cina pula ialah 32.3%, selebihnya kaum
India dan lain-lain. Majoriti undi yang diperolehi
calon BN dalam pilihanraya ke-10 hanyalah 1,038 undi.
Aduhai….!! Bagi UMNO/BN itu sudah cukup kuat.
Bandingkan dengan Najib, cuma majoriti 200 – satu
jumlah paling memalukan bagi seorang Menteri yang
mengetuai Jabatan penting, Vise Presiden UMNO yang
seharusnya mempunyai kaliber besar, pun masih memberi
kemenangan. Itu sudah cukup kuat!! Tetapi ternyata,
kali ini, keadaan di Sanggang amat menghampakan.
Rakyat Sanggang (semua kaum) sekarang dihadapkan
dengan butir kempen dari rumah kerumah oleh pihak
UMNO/BN dengan hasutan yang amat jijik. Mereka
dihasut, sekiranya PAS memerentah di Sanggang,
orang-orang Cina tidak boleh berternak khinzir atau
jual khinzir di pasar.
Orang Melayu pula dihasut dengan kesulitan
undang-undang hudud yang akan dibawa oleh PAS;
kununnya orang Melayu akan kena potong kaki-tangan.
Kununnya para Ulamak Politik di Terengganu dan
kelantan cuma pandai cakap tapi tak pandai buat.
Walaupun, perkara ini remeh dan tidak releven
(lebih-lebih lagi Fitnah besar), bagi UMNO/BN sebagai
sebuah parti yang memang terkenal “PAKAR” dalam Fitnah
– hujjah remeh-temeh begini dirasakan itulah kempen
yang bermaruah, kunun. Boktinya, kerana Dr. Mahathir
sendiri telah menggunakan “taktik kotor yang Fitnah
dan Palsu” seperti itu di Sabah, maka hujjah itu
“halal” bagi mereka gunakan!!
Rakyat Sanggang Sudah Celik Politik
Tetapi Rakyat Sanggang bukan buta mata hati dan tidak
sebodoh-bebal seperti pemimpin UMNO/BN yang “sakit
jiwa” dengan menggunakan 1001 penipuan yang nyata!!
Mereka tahu Hak diri, harga diri dan maruah. Mereka
telah melihat keadaan sekeliling; dan keyakinan mereka
terhadap Pembangkang PAS/BA yang sekarang telah
memerentah dua (2) buah Negeri jiran Pahang
(Terengganu dan Kelantan) – sebagai amat
menggembirakan.
Ada beberapa orang jiran dan saudara-mara yang bekerja
di Terengganu dan Kelantan pulang ke Sanggang pada
hariraya Eidul Adha yang lalu memberi penerangan
secukupnya mengenai pentadbiran telus, bersih dan
amanah kerajaan kedua-dua buah Negeri di bawah PAS/BA
itu. Anak-anak mereka yang berpendidikan juga sudah
memberi mereka penerangan yang wajar.
Sekaligus, kekuatan hujjah UMNO dan komponen MCA
terhakis lumpuh-lumat bagai dihanyut bah besar!!
Kejadian Di Melaka “Backfire”
TETAPI, apa yang lebih nyata dan konkrit ialah:
UMNO/BN perlu khuatir dengan tindakan melulu dan
paling bebal yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Negeri Melaka. Rakyat Sanggang sudah nampak
bahawa Pemimpin UMNO/BN – jika mereka berkuasa, urusan
UTAMA mereka hanyalah untuk membolot hak rakyat untuk
kepentingan pemimpin yang rakus.
Rencana pertama mereka adalah mencari kekayaan diri.
Urusan rakyat tidak pernah menjadi soal. Manifesto
UMNO/BN umpama mata pancing, iaitu: Apabila pancing
sudah melekat, pengundi akan kehilangan hak, kuasa dan
daya untuk melawan. Mereka akan diberi 1001 alasan.
Meloponglah rakyat menunggu bagai buah tak gugur!!
Mereka terang-terang telah nampak bagaimana Ali Rustam
menggunakan kuasa DIKTATOR dengan sokongan 100% dari
Mahathir Mohammad (Bapak segala DIKTATOR). UMNO/BN
terlalu pantas mentafsirkan – kununnya; sekiranya
rakyat memberi kemenangan kepada parti itu, sekaligus
itu bermakna ‘fait accomple’ – rakyat tidak hak
membantah!!
Maksudnya, rakyat @ pengundi sudah siang-siang
menyerahkan “nyawa dan badan” untuk ‘lapah-lapah’ oleh
pemimpin UMNO/BN seperti lembu korban!! Rakyat Melaka
telah begitu berbudi hingga memberi kemenangan ampuh
kepada UMNO/BN, tetapi apa sudah jadi?
Mereka nampak jelas bahawa UMNO/BN sudah makin “naik
lemak” keterlaluan sejak akhir-akhir ini. Sebaliknya
di Terengganu dan Kelantan, pemimpin yang ikhlas yang
diamanahkan rakyat disana telah memberi satu
perlindungan dan naungan yang menjanjikan rakyat hidup
dalam keadaan tenang dan baik hubungan silaturrahim
antara ‘Pemimpin-Rakyat’. Itu adalah tafsiran
berpolitik oleh rakyat terhadap PAS/BA demi
kepentingan Rakyat. Mereka mahu itu.
“Kesamsengan” Adnan MB yang sangat menjijikkan orang
kampung telah merebak sekeliling desa dan kampung.
Kelainan antara PAS/BA dengan UMNO/BN itu bukan
cakap-cakap kosong, tetapi adalah sesuatu yang benar
dan ketara. Ini bersebab dari sifat PAS/BA yang
menghayati “Islam”sebagai “teras” pentadbiran parti
dan Kerajaan pimpinan parti itu. Mereka sudah lebih
menghayati Islam kerana Islam adalah ugama “penyatuan”
paling unggul. UMNO/BN adalah ciptaan manusia yang
tidak ada isi dan makin sekular!!
Satu Jangkaan
Mungkin Sanggang akan memeranjatkan UMNO/BN kali ini.
Contoh Terengganu yang penuh dengan “surprises” akan
menyebabkan Sanggang akan memulakan suatu petanda
bahawa UMNO/BN sudah “payah” bernyawa di Pahang!!
Pilihanraya ke-10 adalah satu bayangan yang terang!!
Mungkin ada pemimpin UMNO yang kesal dan berkata,
“Mengapa Abdullah Kia mati terlampau cepat?”. Tetapi
ada juga diantara pemimpin UMNO yang gembira Abdullah
meninggal dunia, kerana dengan itu mereka berpeluang
jadi HARTAWAN SEGERA!! Maklumlah BUDAYA UMNO/BN susah
hendak diduga!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)