Kerajaan Regim Mahathir sekarang makin terdesak. Regim
ini tidak dapat lagi mampu mengelakkan orang Melayu
dari berpecah dari UMNO. Dengan itu, Barisan Nasional
yang bertulang-belakangkan UMNO sudah habis ikhtiar
untuk merapatkan semula orang Melayu supaya memuja
UMNO. UMNO tidak lebih dari sebuah parti yang sudah
tidak releven lagi kepada orang Melayu!!
Pelik Tetapi Benar
Adalah pelik tetapi benar, UMNO sudah mula cuba
“memainkan” sentimen rakyat dengan mengadu-domba rkyat
dengan raja-raja Meayu pula. Umpama parti PONDAN –
berdatang sembahlah pemimpin UMNO kepada Raja-raja
Melayu memohon pertolongan. Malangnya Raja-Raja Melayu
sudah lama mendiamkan diri melihat dengan mata kepala
bagaimana Mahathir dan sekongkolnya bermain api
politik yang mengadu-domba rakyat dan bertindak Zalim
dan Ganas terhadap rakyat yang memberi amanah.
Malangnya: UMNO adalah parti yang tidak amanah!!
Hematnya, orang Melayu TIDAK BERPECAH. Penganut Islam
tidak huru-hara. Yang huru-hara dan pecah berkecai
ialah UMNO dan BN. Kerana karenah pemimpin UMNO tidak
lagi sebulu dengan rakyat dan umat dunia sejagat;
kerana orang Melayu terlalu malu, maka orang Melayu @
Islam telah menentukan haluan baru bahawa mereka wajib
berhijrah kepada ‘the so called’ “Pembangkang”.
Kini, orang Melayu @ Islam sudah nampak cahaya
terang-benderang di seberang sana. BARISAN ALTERNATIF
yang wujud hasil penyatuan iltizam rakyat berbilang
kaum di negara ini telah berjaya memberi tentangan
hebat kepada UMNO/BN dalam P/raya yang ke-10. Bacaan
itu pasti telah dihayati, dighormati dan diamati oleh
Raja-raja Melayu.
Iltizam Rakyat Sudah Jelas
Kini, negeri yang dirampas (Terengganu selepas
Kelantan) lebih diperkirakan rakyat sebagai permulaan
kepada satu penubuhan Kerajaan yang lebih telus,
bersih cekap dan amanah dalam p/raya ke-11. Itu pun
satu iltizam juga!!
Saranan Mahathir Mohamad yang kununnya percaya
Raja-Raja Melayu boleh memainkan peranan menyatukan
masyarakat Islam yang berlainan fahaman politik di
negara ini melalui majlis-majlis agama yang mereka
terajui; dan diulas pula oleh Imam Besar Masjid Putra,
Putrajaya, Tan Sri Abdul Kader Talip – dapat
ditafsirkan sebagai “satu agenda terancang” atas
perancangan Mahathir Mohammad (yang sudah tersepit).
Ia melibatkan Raja-Raja Melayu dengan politik
menyokong sikap “jembalang” pemimpin UMNO/BN!!
Tidak ada sebab orang Melayu @ Islam berpecah dinegara
ini, sekiranya pemimpin tertinggi UMNO bersikap
“berbudya dan beradat-resam” sebagai orang Melayu yang
terkenal dengan ketinggian nilai-nilai sopan santun!!
Hanya UMNO yang sudah meninggalkan lunas-lunas
peradaban Islam dan adat resam Melayu!! Pemimpin UMNO
telah membudayakan Rasuah dan ‘melindungi’ Jenayah
sebagai “paradigm shift” yang sangat menjijikkan orang
Melayu!!
Apa yang berlaku dikalangan rakyat sekarang ialah:
Regim Mahathir adalah sebuah Regim paling asing bagi
orang Melayu @ Islam. Regim inilah pereka-cipta dan
pembuat fitnah paling aib terhadap seorang pemimpin
Melayu.
Rakyat Tidak Yakin Kepada UMNO/BN
Akibahnya, rakyat yang sudah TIDAK yakin dengan
kewibawaan para pemimpin UMNO yang ada sekarang.
Rakyat telah sebulat kata akan mencemuh UMNO sebagai
parti “songsang” dari segi politik, sosial,
pentadbiran, undang-unang dan keugamaan. Rakyat,
khususnya orang Melayu tidak peduli apa UMNO mahu
buat. Bagi rakyat, UMNO adalah dalam proses menerima
kehancuran dari dalam.
Bagi orang Melayu, perbedaan sudah jelas antara
UMNO/BN dengan Barisan Alternatif (BA). Setakat ini
UMNO/BN tidak lebih dari sebuah parti yang mendedahkan
pekong di dada. Tidak ada lebih dari itu kezaliman
yang dilakukan oleh sebuah parti seperti UMNO terhadap
rakyat dengan membelasah dan menyiksa rakyat dalam
lokap dan tahanan (seperti yang diakukan kepada DS
Anwar dan rakan-rakannya).
Sementara Perdana Menteri yang bertanggungjawap
Berkonspirasi telah berkeliling dunia menegakkan
benang basah – kununnya orang yang diseksa dalam lokap
itu adalah seorang penjenah tanpa sebarang bokti
yangsahih. Sebenarnya Mahathir Mohammad sendiri adalah
seoarang Perdana Menteri merangkap PENJENAYAH paling
besar!!
Beberapa ulamak rakyat seperti Dr. Badrul Amin telah
dibogelkan didalam lokap – bertentangan dengan hak
asasi beliau sebagai seorang insan. Kita lihat gambar
bagaimana polis dibawah arahan Abdullah Bedawi &
Mahathir mengambil tindak tidak berperikemanusiaan
terhadap rakyat yang berdemo aman di Masjid Negara.
Mereka ditangkap dan diugut dengan pelbagai cara yang
menyedihkan.
Sekongkol Dengan Yahudi
Kita lihat Hamid Albar, Abdullah Bedawi dan Mahathir
cuba bersekongkol dengan Regim Yahudi – walhal itu
adalah bertentangan dengan kemahuan Rakyat Islam. Kita
lihat bagaimana Raja-Raja Melayu dipaksa supaya jangan
menerima Memorandum Rakyat. Apakah ini sebuah
pentadbiran yang berwibawa?
Kita lihat sekarang bagaimana orang Melayu ditindas di
Melaka – atas perentah Mahathir dan sekongkolnya;
seorang “Dayus Politik” seperti Ali Rustam yang
dilantik sebgai ketua Menteri.
Bagi rakyat Ali Rustam adalah “abdi suruhan” yang
saban hari “menjilat punggong” Mahathir yang telah
“fasik dan Gila Babi”!! Budaya lemah-lembut dan agama
Islam anutan orang Melayu telah dipercacai oleh UMNO
yang berpresidenkan seorang yang sudah hilang
pertimbangan seorang Manusia yang waras!!
Mahathir juga adalah Perdna Menteri pertama yang
memusnah dan meruntuhkan kedaulatan Raja-Raja Melayu,
merampas imuniti Baginda.
Tetapi hari ini rakyat nampak, bahawa Mahathir telah
meletakkan dirinya “above the law” melebihi imuniti
Raja-raja Melayu. Mahathir dengan menggunakan Peguan
Negara telah cuba mengelat-berdalih tidak mahu diheret
ke mahkamah sebagai saksi Anwar. Jika Mahathir
benar-benar seorang yang mencontohi seorang islam yang
baik; beliau wajib tegak sebagai anak jantan berbuah
‘saga’ dicelahkangkang – bukan sebagai ‘binatang yang
lebih kotor dari ‘hyna’ yang busuk satu badan…..!!
Peringatan Kepada Kadir Talib
Jika Imam yang diupah oleh Mahathir untuk bercakap
sebagai dilaporkan: ''Jangan membelakangkan kuasa dan
fungsi raja, kedudukan raja sebagai ketua agama tidak
boleh dipertikaikan, oleh itu institusi diraja perlu
menggunakan kuasa yang diperuntukkan untuk menyatukan
umat Islam di negara ini,''; maka rakyat (kususnya
orang Melayu) meminta beliau supaya menaishati
Mahathir supaya si Tok Iman Besar tadi menurut
kata-kata beliau. Bolehkah? Takutkah? Kecutkah?
Fahamlah bahawa majoriti orang Melayu belum hilang
pegangan lagi. Yang sudah nyata jelas hilang pegangan
ialah “tuan” Tok Imam tadi – hingga Nabi pun dicaci
Mahathir, dan Tok Imam diam membisu bagai “pekak
tuli”. Kenapa tak mengadu kepada Raja-Raja Melyu pula?
Sudahlahhhhhhh…….!! Berlakun pula kah? Nampaknya sudah
ada pengikut baru Hamid Zainalabidin sekarang.
Tua-muda sama sewel kah? Masyaallah!!
Buang Saja Ke Longkang
Bagi orang Melayu, Mahathir tidak ada guna lagi!! Jika
dibuang kelongkang, tidak siapa yang angkat menjengah
muka. Jika beliau mati, tidak ada siapa yang
menagisi!! Sebaliknya, ramai yang bersyukur ke hadrat
Illahi!! (Terlepas dari siksa seorang pemimpin yang
mencaci Nabi dan mensekularkan Islam).
Kiranya, lebih elok Mahathir Mohammad dan Abdul Kader
Talip duduk diam-diam. Kerana jika kalian berdua masih
menguit mulut, makin itu kalian tidak sedang tidor
malam. Rakyat sekarang sudah mendapat perindungan yang
aman dengan satu harpan iaitu: UMNO/BN pasti akan
diganti dengan Parti “Pilihan”. Masakan itu pun tidak
FAHAM?
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)