Saya sempat bercerita dengan seorang kenalan lama
(bukan Melayu) berasal dulu dari sebuah kampung di
Sanggang (nama kampung dirahsiakan). Cerita berkisar
dari satu tajuk kepada isu-isu yang mendadak sekarang.
Mahathir Sudah Hilang Akal
Kami bercerita dan berbincang denga telus dan ikhlas
umpama ‘soul searching’. Isu Mahathir sudah hilang
akal kerana UMNO sudah ditinggalkan oleh orang Melayu,
dan sekarang hanya mengharapkan sokongan bukan Melayu
khususnya kaum Cina adalah antara isu perbicangan yang
jadi isu hangat dikalangan ahli politik tempatan
sekarang.
Beliau pula bersikap sangat terbuka – tepat sebagai
seorang “Malaysian”. Perkauman tidak ada dalam dadanya
kerana beliau berkata hidup matinya disini, setiap sen
yang diperolehinya adalah untuk membangunkan
perusahaan yang memberi manfaat semua kaum di negara
ini. Memang benar. Kebanyakan pekerja dan eksekutif
beliau terdiri semua kaum.
Sebagai seorang yang lama dalam politik UMNO, saya
tanya beliau bagaimana pendapat beliau tentang
pergolakan UMNO yang sudah hancur berkecai sekarang.
Apa kesannya kepada komponen BN yang lain.
Dengan pantas beliau menjawap, “Pemimpin UMNO perlu
sedar, rakyat Taiwan pun boleh bertukar wadah. Parti
Konservatif di Great Britain pun jatuh ke tangan
Liberal Party. UMNO yang menjadi tulangbelakang BN
tidak terkecuali. BN sudah mulai BERPECAH juga”,
katanya.
Beliau mengulas panjang, katanya: “UMNO sudah sampai
ketahap ‘mengharapkan’ sokongan bukan Melayu untuk
menegakkan UMNO menerajui Kerajaan BN. Kesetiaan
(loyalty) golongan bukan Melayu kepada BN adalah
sesuatu yang sementara. Sebagai bukan Melayu beliau
sudah lama merasa bahawa UMNO dan Pemimpin elit mereka
sebenarnya berpura-pura terhadap amanah orang Melayu;
kerana itu UMNO sekarang sudah tersisih oleh orang
Melayu”, katanya.
Elit UMNO Petualang Berjembalang
Kata beliau lagi, “Kerana Mahathir dan golongan elit
yang lupa daratan itu telah terlalu jauh menyimpang
dari amanah orang Melayu, maka hari ini Mahathir &
sekongkolnya dan UMNO telah dikecundangkan oleh orang
Melayu sendiri. Mungkin pemimpin UMNI tidak menerima
hakikat bahawa orang Melayu adalah satu kaum yang
sudah maju dan berfikiran terbuka. Tetapi asas Islam
dan gabungan budaya Islam dan budaya Melayu masih
terjalin begitu kuat dalam peradaban orang Melayu
hingga apa yang Mahathir lakukan selama 15 tahun
dipenghujung Alaf ke-20 ini telah menjijik, mengecewa
dan membosankan bukan saja golongan terpelajar orang
Melayu, malah orng Cina dan India juga”, katanya.
Katanya, “Kaum bukan Melayu dalam komponen BN sudah
mula insaf bahawa perjuangan BN hanya untuk sekelompok
sahaja. Seperti bekas UMNO, golongan bukan Melayu sudh
sedar bahawa BN tidak lagi berguna untuk menerajui
masa depan Negara..!!”
Walaupun Mahathir mengatakan orang Melayu telah
berjaya dalam bidang ekonomi dan perusahaan, hakikat
sebenarnya Dasar Ekonomi Baru tidak memberi sebarang
manfaat yang jelas kepada orang Melayu seperti yang di
‘claim’ oleh Mahathir dan UMNO, kata beliau.
“In fact, Mahathir himself is the real culprit,
taking advantage of patient of the bigger of the
Malays in general. His Cronies are the richest lot
overnight. Without Mahathir and Daim at helm, those
unskilled cronies and their sons and daughters will
never fit into the business circle of the modern day’s
business world. They are the ones who destroy the
opportunities of the ‘real and genuine’ Malay
businesmen who may start-off like “Ramly” a Burger
seller turn millionaire…” sambungnya.
Bukan Melayu Duga Kehancuran BN
Dalam malu-malu, terfikir kepada saya bahawa
sesungguhnya kaum bukan Melayu telah lama memerhatikan
lagak, karenah dan sumbang-laku pemimpin UMNO selama
ini. Mereka sudah lama menjangkaan bahawa satu hari
UMNO akan lumpuh dan hancur-lebur; semata-mata kerana
pemimpin UMNO terlalu angkuh dengan ledakan kuasa
politik yang mereka monopoli selama ini.
Hakikat sebenarnya, UMNO “Baru” yang direka oleh
Mahathir bukan lagi sebuah parti politik yang
memperjuangkan hak dan tuntutan orang Melayu. Mahathir
hidup dalam khayalan. Setiap khayalan beliau
menjajikan pembaziran. Malangnya tidak ada orang dalam
kelompok UMNO yang berkemampuan untuk menyanggah dan
mempertikaikan Mahathir kerana Mahathir terkenal
dengan sikap PENDENDAM kesumat!
Jika seorang bukan Melayu meluahkan buah fikiran
secara terbuka begitu, kita tahu sekarang bahawa bukan
Melayu sudah mulai tidak meyakini MCA, MIC dan GERAKAN
untuk bersekutu dengan UMNO dalam satu Barisan.
Kita nampak sekarang bahawa kaum bukan Melayu sudah
mulai bangkit dan memperjuangkan hak bersama – seperti
kebebasan berfikir, bersuara, keadilan, menentang
kezaliman, dan seumpamanya. Ini adalah petanda baik
untuk “Pembangkang”.
Saya teringat bagaimana sdr. Tien Chua yang bertubuh
kurus tetapi tegas dan mantap perilaku; adalah seorang
yang didendami oleh Mahathir dan Dollah Bedawi. Beliau
tonggang-langgang dibelasah semata berjuang menegakkan
kebenaran dan keadilan.
Saya melihat bagaimana Karpal Singh dan Zainur Zakaria
serta beberapa orang yang dihalang dengan pelbagai
ancaman oleh Regim Mahathir untuk melaksanakan
tanggujawab; telah dinafikan hak tugas dan fungsi
mereka sebagai Peguambela oleh Mahkamah yang
dicengkam-ugut oleh Mahathir sendiri.
Abdi Suruhan Mahathir: si Ali “RACTUM”
Saya kembali mengingat Ali Rustam (nama timangan
terbaharu diberi oleh seorang netter Forum Reformasi
FGR sebagai: ALI RACTUM) dan membaca beberapa keratan
guntingan akhbar internet ‘MalaysiaKini’ yang
menganalisis sikap Kerajaan UMNO/BN Melaka terhadap
rakyat. Terang-terang saya kata, saya keciwa!!
Saya teringat lagi bagaimana Mahathir telah
menggunakan Tan Sri Kadir Talip dipaksa berkhutbah
meminta Raja-Raja Melayu supaya baginda Raja-Raja
Melayu memainkan peranan menyatukan masyarakat Islam
yang berlainan fahaman politik di negara ini melalui
majlis-majlis agama yang mereka terajui; dan ulasan
ulasan Ulamak UMNO yang totok pro-Mahathirisma (Imam
Besar Masjid Putra, Putrajaya, Tan Sri Abdul Kader
Talip) yang ‘menganggukan’ segala perbutan Mahathir!!
Makin memudahkan tafsiran kita bahawa “agenda
terancang” Mahathir Mohammad yang sudah tersepit dan
tercekik dikhalkum itu sudah sampai ketahap menghela
nafas UMNO dan BN buat kali terakhir. Mahathir dan
pemimpin UMNO yang membuatkan UMNO jadi ‘sampah sarap’
politik yang tidak ada harga.
Dengan melibatkan Raja-Raja Melayu dalam isu politik
untuk menyokong “kejembalangan” kepemimpinan UMNO/BN
terhadap bangsa sendiri; adalah suatu hakikat yang
paling DAYUS bagi sebuah parti politik dalam sebuah
negara Merdeka.
Bermakna, Kerajaan ini tidak punya KEWIBAWAAN lagi –
sudah rapuh dan lumpuh, terbantut dan tidak diyakini,
telah hilang daya karisma dan keunggulan.
Keadaan sekarang JAUH berbeda dari tuntutan
anti-Malayan Union tahun 1946 – kerana penglibatan
Raja-Raja Melayu waktu itu memang kena pada tempatnya.
Itu pasti dan jelas. Tetapi sekarang pemimpin UMNO
sendiri – tidakkah itu bermakna Parti ini sudah tidak
lagi mewakili rakyat sendiri?
UMNO Seluruhnya Hilang Daya (impotent)
Makin jelas sekarang bahawa UMNO dengan Presiden parti
dan kelompok pemimpin yang masih lagi se acuan dengan
sikap dan sifat burok laku, “cakap tak serupa bikin”,
berwatak “Iblis” berpura-pura belagak “malaikat” –
percayalah…. sampai kiamat UMNO akan diganyang oleh
rakyat, khususnya oleh orang Melayu dan Islam.
Mahathir dan kelompok pemimpin yang sekongkol beliau
tidak akan dinasihati lagi oleh orang Melayu. Mahathir
dan kelompok pemimpin ini sudah dianggap oleh orang
Melayu sebagai ‘relik sejarah’ yang akan dicatat dalam
sejarah ‘tinta hitam’. Parti ini sudah disingkirkan
dan tersingkir.
Orang Melayu tidak lagi menganggap UMNO “Baru” sebagai
kesinambungan UMNO “Asal” yang punya sejarah gemilang.
Orang Melayu Ada PILIHAN
Kini, sebuah parti baru yang lebih beramanah, telus
dan meyakinkan telah diwujudkan oleh Rakyat jelata
dengan azam dan tekad mrangkum pelbagai kaum untuk
menangani permasaalahan mereka. BARISAN ALTERNATIF
bukan calang-calang sekarang. Pengaruh Barisan
terbaharu ini adalah tumbuh dari keazaman rakyat untuk
menumbangkan kezaliman dan ketidakadilan UMNO/BN yang
makin terang-terang memusuhi rakyat.
Sesebuah parti politik yang tidak disokong Rakyat,
jawapan yang mudah hanya satu iaitu: “GULONG TIKAR”
dan “Mati Terbongkang”..!! Rakyat sudah rimas dengan
‘omong kosong’ janji temberang pemimpin UMNO/BN sejak
Mahathir Mohammad menunjukkan sikap ‘petualang
khianat’ terhadap Bangsa, Tanahair dan Ugama Islam!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)