TAK KURANG 12 tahun saya tak jumpa dengan kawan lama
saya itu. Sejak perkongsian beliau dengan si Malek,
seorang rakan sesama dalam UMNO yang menjanjikan
kontrak bisnis berjuta dulu itu gagal (kerana ditipu
dek rakan kongsi UMNO itu); beliau hilang entah
kemana.
Saya kesihan sungguh waktu Ismail berjabat tangan
mengucapkan selamat tinggal. Dengan kereta buruk 15
tahun yang kopak kapek, beliau pergi membawa
anak-isterinya yang sarat mengandung 6 bulan.
Digenggamnya sekepal tanah dari halaman rumahnya yang
telah terlelong kerana membayar hutang kerana ditipu
putar alam dek kongsi UMNOnya itu.
Katanya, “Panjang umor murah rezki kita akan jumpa
lagi. Tanah tapak rumah aku ini jadi saksi, semoga
Allah mengetahui kesedihan aku ini…!!”. Digenggam erat
dan dibungkusnya baik-baik. Dia pergi. Hanya sempat
saya hulurkan RM500. Untuk membeli susu anaknya dan
lain-lain keperluan. Lagipun aak-anaknya masih kecil.
Beliau menolak, tetapi saya katakan bahawa itu adalah
pemberian kami. Katanya, “Panjang umur aku ganti …”.
Saya geleng kepala. Memang kawan saya itu bukan jenis
orang suka meninggal hutang.
Saya tidak berkata apa-apa cuma berselawat atas Nabi
memohon semoga kezaliman orang yang menipu beliau akan
dilaknat Allah dan kebahagian jua untuk rakan saya
itu. Aminnnnn Ya Rab!!
Petang itu, sementara menanti Maghrib, saya duduk
dihalaman rumah bercerita dua laki isteri. Dalam
suasana tenang itu, kami terperanjat bila sebuah
Mercedez 380 hitam berkilat berhenti di laman rumah
kami. Saya tercengang. Dari belakang kereta saya
nampak seorang berkopiah putih dengan baju telok
belanga lusuh, keluar. Disebelah pintu sana, keluar
isterinya dengan telekong berjubah. Drebarnya seorang
India berusia anggaran 30-an.
Kami tidak menyangka sesiapa pun kerana sepanjang
ingatan saya, kami tidak ada kawan yang sekaya itu.
Kalau adapun setakat Mercedez 280 atau BMW 250 saja.
Mercedez 380 begitu, bukan taraf kawan kepada saya.
Beliau dan isterinya memberi salam. Lalu dipeloknya
saya. Tanpa saya mengecam siapa dirinya, beliau
tersedu dan berkata, “Saya Semail, bang Amin.
Ismail..!!”. katanya dalam suara mengigil. Saya tolak
tubuhnya, saya pandang mukanya …. Memang betul:
Ismail..!! Kami saling berdakapan. Airmatanya
bercucuran dan suaranya tak berhenti-henti menyebut
Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!
Memang tabiat saya tidak boleh melihat orang dalam
kesedihan. Akhirnya kami berempat tersebak di dada.
Kami naik ke rumah. Katanya, dia berhajat untuk
bersolat berjumaah di Masijd tua yang kami bangunkan
bersama dulu. Bila saya ditanya, saya jawap Imam tua
kita sudah meninggal sebulan dulu. Isterinya sedang
sakit tua. Anaknya, rakan yang menipu beliau dulu
kabarnya masuk penjara kerana ditanggap mengedar
dadah. Ismail menggeleng kepala.
Pendekkan cerita, kami ke masjid dan bersolat di sana
Maghrib itu. Ismail, yang tak pernah jejak kaki ke
masjid dulu menjadi Imam pada hari itu. Kami tidak
sangka, Ismail sudah bukan ismail yang saya kenal
dulu.
Selepas makan malam baru beliau bercerita. Katanya,
beliau telah pergi ke Makkah setelah beliau mampu
membiayai dirinya seorang sahaja. Isterinya tidak ikut
sebab anak-anak masih tenat bersekolah. Sedang beliau
berdoa di hadapan Kaabah, seorang Arab menepuk bahunya
dan bertanya dari mana. Beliau jawab dari Malaysia.
Malam itu Pak Arab itu menjemput beliau kerumah dan
bercerita.
Pak Arab itu adalah seorang peniaga perabut kayu di
Jedah. Sekiranya Ismail sanggup mengusahakan kilang
perbut, segala wang dan biayaan atas tanggungan pak
Arab itu. Keputusan cerita mereka bersetuju dan
bersalaman sahaja. Sekembali dari Makkah, Ismail
berpakat dengan sebuah syarikat perabut di Malaysia
dan menempah segala peralatan dari Finland dan Italy.
Kesemuanya dianggarkan RM5.0 juta. Tempoh 2 minggu
wang yang diperlukan tiba dari Jeddah.
Dalam tempoh 3 sebulan, 5 kontena telah dihantar ke
Jeddah. Lat tempoh 3 bulan lagi, pak Arab itu datang
ke Malaysia untuk melawat kilang itu. Sungguh gembira
Pak Arab itu, katanya. Lalu diberitahu bahawa beliau
sudah mendapat kontrak membekal perabut di Eropah
Barat dan USA. Setelah berbicang dengan pakar design
dan juruteknik kilangnya, maka kini beliau telah
mengendalikan 3 buah kilang lagi yang diambilalih dari
syarikat perabut Cina.
Kata Ismail, tahun pertama keuntungan beliau setakat
RM250 ribu saja. Setelah 10 tahun dalam perusahaan
itu, tahun lepas syarikat beliau telah mendapat
keuntungan RM7 hingga 9 juta setiap tahun selama 4
tahun berturut-turut.
Saya cuma mengucapkan syukur. Terasa malu saya kerana
pucuk paku dan ikan masin saja jadi hidangan kami
untuk beliau malam tadi. Kata Semail, sekarang beliau
hendak memulangkan wang saya yang RM500 dulu. Katanya
wang itu telah digunakan untuk memulakan perniagaan
warongnya. Dan dari hasil warong beliau ke Makkah,
sekarang beliau begini jadinya.
Katanya, arwah Imam tua itu dulu berpesan: Barangsiapa
berhutang hendak membayarnya. Jika tertanguh hendak
mengeluar zakat. Waktu membayar eloklah dikaji
keuntungan jika wang itu diperniagakan. Serahkan
keuntungan itu kepada yang memberi hutang. Dengan
itu, Semail berkata, “Wang simpanan dan harta saya
semua anggaran 16 juta, bang Amin. Saya serahkan
kepada bang Amin dengan ikhlas dunia akhirat. Saya
mulakan dengan wang RM500 yang saya ambil dari bang
Amin dulu”. Katanya.
Saya terperanjat besar. Saya genggam tapak tangannya
bersalaman. Saya ucapakan, “Sesungguhnya wang yang
saya serahkan kepada mu itu Semail, adalah pemberian
arwah pak Imam, kerana malu mendengar anaknya telah
menipu kau. Sebenarnya itu umpama se titis dari hujan
sepanjang petang. Jumlah yang engkau ditipu oleh
anaknya lebih besar dari itu; hingga rumah kau
terlelong. Dia lepas. Sebenarnya kau tidak berhutang
kepada sesiapa!!” jawap saya. Ismail menegadah muka
kebumbung rumah saya yang sudah lusuh. Beliau tidak
berkata apa-apa.
Esok hari, Ismail meminta saya jumpakan beliau dengan
Mak Esah di pondok usang arwah pak Imam. Tiga hari
sebelum Ismail pulang ke bandarnya, kata Ismail beliau
telah meminta seorang developer membina semula masjid
lama itu jadikan Masjid batu. Walapun Ismail tidak
memberitahu jumlah perbelanjaannya, dari developer itu
saya dapat tahu lsmail telah berbelanja sejumlah RM2.5
juta termasuk perabut bagi kesemua itu.
Alhamdulillahhhhh….!!
Saya dapat tahu, Ismail telah membeli semula rumah
kesayangannya dulu dengan harga RM250 ribu dan membuat
renovasi. Rumah itu khabarnya diberikan kepada Mak
Esah untuk duduk, bersekali dengan seorang pembantu
rumah warga Indonesia atas biayaan beliau. Segala
perbelanjaan makan minum dan segala-galanya ditanggung
oleh Ismail.
Sebidang tanah dusun durian dan buah-buahan 4 hectar
telah dibeli oleh Ismail dan diwakafkan kepada masjid
itu sebagai perbelanjaan mengurus masjid; ditambah
R2,500 setiap bulan untuk mengajar fardhu ‘ain bagi
kanak-kanak kampung berdekatan.
Kata isteri saya, “Ismail tidak berdendam langsung
kepada keluarga si Malek (anak mak Esah). Minyak
takkan bercampur dengan air, kata isteri Ismail”
mengikut cerita isteri saya.
Bagaimana Roh Orang-orang Ini?
Bagaimana agaknya Rafidah, Rahim Nor, Mahathir,
Mohammad Mohd. Taib, Daem Zainuddin, dan
berpuloh-puloh elit UMNO yang melalukan rasuah itu.
Bolehkah mereka seperti Ismail, kawan saya itu? Saya
mahu bertanya kepada Mahathir, besar manakah dendam
beliau kepada DS Anwar hiingga beliau melakukanb
kezaliman sebesar itu? Dan bagaimana pula jika ada
sesiapa juga yang akan menentang beliau dalam
Perhimpunan Mei 2000 ini!!??
Jika ada para netters yang mendegar cerita ini, pasti
anda tahu dimana saya tinggal sekarang.
Wallahu’alam….!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)