Seorang kawan lama di Sanggang menalipon saya tadi
malam. Cerita kami hampir 30 minit, diisi dengan
keperihalan kempen UMNO di Sanggang. Beliau sebagai
orang tak berparti sekarang, dengan sendirinya memberi
saya gambaran bahawa beliau adalah ‘neutral’ dan tidak
berbelah bagi. Saya simpulkan begini:
UMNO Kebuntuan Isu
SEBANYAK ini isu negara dan masyarakat yang wajib
ditangani oleh Kerajaan UMNO/BN – contohnya huruhara
bantahan rakyat akibah jemputan Yahudi oleh Mahathir,
persekongkolannya dengan Yahudi, perlekehan Mahathir
terhadap ‘potong tangan & kaki’, caci nabi berjanggut,
melindungi peogol dan penjenayah oleh pemimpin UMNO,
dll – nampaknya Dr. Mahathir sentiasa mencari perkara
remeh-temeh untuk dijadikan isu besar.
Dr. Mahathir kata, ''Patung penyu sudah dihancurkan
kerana ia bertentangan dengan Islam tetapi selama 10
tahun Pas memerintah Kelantan, patung rusa tidak
dihancurkan. Apabila patung penyu dihancurkan, patung
rusa juga (patut) dihancurkan.''
Kawan itu bercakap, itu memang jelas dalam Islam. Tak
payah nak dibincang dan dikomplen lagi. Makin Mahathir
menggunakan logik dan sekularisma totok membabi buta
mengenai sesuatu ketentuan dalam Islam; makin itu
Mahathir menampakkan bahawa beliau adalah orang yang
sudah jauh meninggalkan kebenaran Islam. Pemikiran
Mahathir sekarang tidak lagi menjurus kepada
memartabatkan Islam; sebaliknya makin ‘anti-Islam’,
kata kawan saya itu.
Rais Yatim Seorang “Penjarah Islam”
Perbualan kami beralih kepada kempen puak UMNO di
Sanggang. Katannya, Rais Yatim yang sekarang bukan
main ‘ranggi’ sejak jadi ‘Lembu Mahathir’ dan “abdi
upahan’nya.
Katanya, jika Rais hendak cuba menghasut Raja-Raja
Melayu supaya campurtangan dalam politik, maka jawapan
yang mudah ialah: apakah UMNO sudah melupakan
perbuatannya yang merendahkan martabat Raja-Raja
Melayu ketahap hanya untuk mengistyiharkan anak bulan
HariRaya saja?
UMNO telah mengikis kedaulatan Raja-Raja Melayu dan YD
Pertuan Agung. Mahathir sendiri membelakangkan
Perlembagaan dan YDP Agung dalam perlucutan jawatan DS
Anwar. Rakyat masih nampak bahawa perlucutan Anwar
oleh Mahathir adalah TIDAK SAH dari segi peruntukan
Perlembagaan!!
Seharusnya Rais Yatim perlu memohon supaya Raja-Raja
Melayu membuat pendirian tegas untuk membantu
membanteras gejala memperlekeh agama yang makin
melampaui batas yang memecahbelahkan umat Islam di
negara ini OLEH Mahathir Mohammad dan beberapa
pemimpin UMNO sendiri.
Rais mesti cermin-cermin muka dulu. Umat Islam makin
nampak bagaimana Mahathir telah menggunakan UMNO untuk
memecah-belahkan Islam melalui beberapa tindakan
kurang siuman dan dangkal kefahaman Islam dengan
mengarahkan Anwar supaya tidak diadili dan dibicarakan
melalui mahkamah Syariah. Walhal, kes yang dituduh
keatas Anwar lebih aib dari kes “Tangkap Basah”
Azizan-Hayati!!
Yang memalukan ialah Anwar dinafikan kesaksian oleh
Mahathir sendiri. Mahathir mengelat dan berhelah
bermati-matian berdegil tak mau ke Mahkamah!! Itu
tabiat pemimpin Islam kah? Kenapa Rais membisu macam
‘katak disimbah air saja”? Apa pasal? Takut Mahathir
buang kerja kah? Kau cari makan dan pecaya dari
Mahathir turunnya rezki kah? Begitulah kesyirikan dan
kemunafikan pemiumpin UMNO hingga menolak Kebenaran
dan Keadilan – menyokong Kezaliman.
UMNO Nak ‘Kemilikan’ Raja-Raja Melayu?
Sekarang baru Rais dan UMNO sedar dan cuma mengajak
Raja-Raja Melayu supaya meminta baginda menegur cerdik
pandai Islam dalam kerajaan terutama sebahagian besar
mufti. Kononnya, mereka gemar berdiam diri tanpa
berminat mengutarakan pandangan mengatasi
penyelewengan fatwa.
Sebelum Raja-Raja Melayu menegur biar rakyat dan orang
Melayu tegur pemimpin UMNO dulu dengan pertanyaan
mudah: “Bukankah Pemimpin UMNO sendiri yang bertindak
ganas terhadap Ustaz Badrul Amin hingga diheret ke
lokap Bkt Aman dan dibogelkan separuh telanjang kerana
mengimamkan anak-anak Reformasi yang bersolat Hajat di
Masjid Negara?”. Kemudian anak-anak itu pergi ke
Istana Negara serahkan Memorendum secara aman, tapi
dibelasah pula atas arahan Menteri UMNO!! Bukankah
Mahathir dan pemimpin UMNO yang membuang kerja Datuk
Ishak Baharom dalam isu “Ratu Cantik” yang disokong
100% oleh pemimpin UMNO?
Rakyat minta Raja-Raja Melayu supaya bincang kandungan
memorendum itu dulu sebelum bincang temberang “udang
sebalik batu” Mahathir dan UMNO!! Baca dan faham.
Rakyat berhak menjelaskan kandungannya. Raja-Raja
Melayu pasti ada prosedur yang wajar diikut. Masakan
UMNO “holds priority”!!
Apakah perbuatan Kerajaan UMNO dan BN itu sejajar
dengan sikap Islamik sebuah kerajaan yang kononnya
menegakkan ugama Islam. Adakah Rais bercakap dengan
membebel buta atau kerana sudah hilang “kebenaran’
dalam hati?
Kalau Rais mahu menyarankan sesuatu yang betul dan
lurus – masakan boleh lagi, kerana Rais dan sekongkol
UMNO sendiri “KENCING PUN PENCONG”..!!
Agenda UMNO Menipu Penganut Islam
Rais Yatim berkata, kununya hanya selepas mendapat
komitmen Raja-Raja Melayu itu saja kerajaan UMNO/BN
bersedia mewujudkan undang-undang setimpal membendung
tindakan parti-parti politik yang menyalahgunakan
agama untuk kepentingan peribadi.
Nampaknya Rais dan sekongkol UMNOnya sudah hilang akal
bagaimana hendak melaksanakan “Agenda Busuk” untuk
mengharamkan PAS. Apakah Rais sedang melaksanakan
“melakukan jualan murahan” lelong untuk mendapat
sokongan Raja-Raja Melayu keatas “Akta Memisahkan
Politik dan Ugama” itu.
Makin nampak UMNO sedang menggunakan Raja-Raja Melayu
untuk tujuan politik UMNO yang sudah makin merudum,
kecundang huru-hara hancur-lebur sekarang!!
Kononnya Rais berkata “Kalau ditangani sekarang, hanya
selepas itu baru hendak bertindak, masanya sudah
terlewat.”
Ramai yang berpendapat bahawa (sebenarnya) UMNO dan
pemimpin mereka sudah terlajak jauh dan jika mahu
balik kebelakang akan menyebabkan rakyat hilang
keyakinan UMNO. Jadi, mereka terpaksa meneruskan saja
dan ‘menghakiskan’ keyakinan orang Melayu terhadap
Islam sebenar dengan ‘membunuh’ PAS. Jalan pintas
bagi UMNO untuk tujuan itu ialah menggunakan pengaruh
Raja-Raja Melayu. Siang-siang orang Melayu dah dapat
tangkap maksud “kempitai” UMNO si Rais ini!!
Kes Iran adalah satu contoh yang paling menakutkan
UMNO sekarang; tetapi bukan orang Melayu dan Islam.
Cuma yang ditakuti rakyat dan orang Melayu ialah sikap
Mahathir dan puak UMNO yang NYATA dengan JELAS
mensekularkan Islam sewenang-wenangnya, menggunakan
isu ugama dangkal untuk menghasut orang Melayu
membenci PAS; itu adalah bahaya. UMNO dan Mahathir
memang berniat curang!!
Sekularisma UMNO Melampaui Batas Islam
Sekularisma Islam oleh puak pemimpin UMNO dalam
kegiatan seharian dikhuatiri akan merebak hingga
menyebabkan akhlak generasi akan datang penuh dengan
maksiat, kezaliman, rogol, rasuah, mengutuk Nabi dan
mentafsir Al-Quran dan Hadis mengikut logik (seperti
Mahathir).
Memang wajar dan wajib Raja-raja Melayu hadapi
cabaran ini secara kolektif dan tidak boleh berdiam
diri; sebelum UMNO meruntuhkan Institiusi Islam dan
memecah-belah aqidah umat Islam.
Jika Kerajaan UMNO/BN bercadang mewujudkan
undang-undang yang melarang agama dicampuradukkan
dengan politik bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan
keamanan negara, dan untuk itu menggunakan Raja-raja
Melayu untuk memberi sokongan terhadap UMNO; bermakna
jelas bahawa UMNO sudah tidak langsung ada kredibiliti
untuk mempopularkan, mentadbir dan melaksanakan “Islam
Sekular” mereka!!
Akta itu tidak akan menjamin orang Melayu dan umat
Islam di negara ini akan berpatah belakang menghayati
perjuangan UMNO. Bagi mereka UMNO sudah hancur!!
Pilihanraya ke-!0 terbokti UMNO runtuh merudum
sehingga 22 wakil Parlimen linkop hancur. Tapi
Mahathir lantik ‘sekularis’ Islam seperti Mid Man!!
Malu!!
Jika UMNO melalui Rais (jauh panggang dari api sebagai
ulamak) mahu bertindak melalui pengwujudan
undang-undang mengasingkan agama dan politik sebagai
langkah terakhir, bermakna langkah terakhir UMNO itu
membawa makna “Akan bermulalah gejolak sokongan paling
hebat dan menyeluruh seluruh orang Melayu dan umat
Islam terhadap Barisan Alternatif dan PAS dengan jihad
untuk menubuh Kerajaan BA bagi menyelamatkan negara
daripada situasi penyalahgunaan ugama oleh Kerajaan
UMNO/BN”.
Maknanya, UMNO/BN akan diHANCURkan dan terhapus dengan
sendirinya – a natural death for UMNO/BN!! Silakan!!
Kamal Attaturk adalah contoh terhebat dalam
pensekularismaan Islam!!
khusunya apabila pemimpin UMNO (khusunya Presiden UMNO
– Mahathir Mohammad) menabur fitnah dan dakyah,
membuat fatwa sendiri (kesah kes potong tangan dalam
ucapan di Sabah) – tidak ada mufti mengambil
inisiatif menjernihkan semula keadaan dengan
mengeluarkan hujah-hujah untuk dijadikan panduan.
Mengapa bagitu??
Jawapan yang mudah ialah: Memang mereka takut, kerana
ugutan Mahathir terlalu keras. Tengok apa jadi kepada
Ustaz Ishak Baharom. Apatahlagi kebanyakan orang ugama
yang digaji oleh Kerajaan UMNO sudah “naik lemak”
menikmati ganjaran gaji beribu, berkereta mewah
menjalar dihadapan rumah banglo!! Siapa yang mahu
dilucutkan jawatan dan dikikis tittle Datuk dan Tan
Sri? Tak ramai seperti Datuk Ishak Baharum. Mereka
lebih takut kepada Mahathir dari kepada Allah swt.
Ulamak Dalam UMNO Kaki Ampu!!
Kita hairan apa kerja Hamid Osman, Hamid Zainalabidin,
Zainal Melaur, Yusof Nor, Wan Mokhtar, Hj Nakahie, dan
para cendekiawan Islam di JAKIM dan Pusat Islam yang
upah gaji bulan itu? Tak hairan lah bagaimana Tuan
Guru UMNO: DUKUSI Ahmad sanggup jadi “tukang cuci
ponggong” Mahathir – selain dari tukang canang seperti
“kutu berahak” macam Rais Yatim!!
Kita taidak hairan bekas mufti Wilayah Persekutuan
(kini Imam Besar Masjid Putra), Tan Sri Abdul Kader
Talip, yang menyuarakan harapannya supaya Raja-raja
komited menangani isu ini. Mufti-mufti yang lain cuma
membisu. Tetapi kadangkala membisu itu lebih baik dari
‘melalak’ tak tentu buah butir macam Kader Talip yang
diupah supaya ikut termasuk dalam agenda “mengampu”
agenda UMNO!!
Memang orang Islam minta mufti berwaspada dan tidak
bersikap berkecuali dalam soal yang jelas ini. Kerana
pemimpin UMNO sekarang sudah masuk “bakul sampah”
Mahathir yang akan memusnahkan Islam dan penganutnya.
Kita hairan apa mufti kata bila Rafidah Aziz kata
memperlekeh wanita bertudung? Kita sudah tengok Rahim
Thamby Chik merogol gadis sunti!! Itu lah dia jenis
ISLAM cara UMNO!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)