Bila saya tengok 5 keping gambar Adnan ‘budak samseng’
yang dilantik UMNO Pahang dan dipersetujui oleh
Mahathir Mohammad menjadi YAB (Yang Amat Bernajis &
Berlucah) itu menjadi MB; saya tidak berapa hairan.
Kerana, kebelakangan ini, UMNO memang 100% sudah tidak
bermoral, tidak beretika, tidak berwibawa, tidak ada
sikap segan-malu dan beriman, tidak matang dan paling
akhir: TIDAK WAJAR memerentah sebuah Negara Islam
lagi!!
Ramai, malah majoriti antara kita tidaklah se alim
Datuk Harun Din, dll. atau mana-mana ulamak ugama yang
mahir dan telah mempelajari kehalusan Islam hingga
mampu mentafsiran tiap-tiap ayat dalam Al Quran dan
tiap patah Hadis Qudsi. TETAPI, saya yakin kalau
setakat melakukan perbuatan lucah selucah seperti yang
dilakukan oleh Andan Yaakob di Sanggang itu, saya
berani kata – tidak seorang pun diantara kita sanggup
melalukan di khalayak ramai dihadapan siapa juga.
Saya pernah bercampur dengan segala komuniti kaum
ditanah air kita termasuk para pelancung luar yang
wajah dan karekter mereka ala “punk” dan penghisap
dadah!! Tapi, setakat mempamerkan kelakuan Adnan
“budak bangsat maruah” itu, demi Allah – saya jamin
belum jumpa lagi.!!
Hari ini, saya sungguh malu bila membuka semua
LamanWeb Reformasi. Masing-masing bercerita mengenai
kelakuan tak senonoh si Adnan MB lantikan UMNO itu.
Kalau tak ada gambar Adnan Yakob pun, paling kurang
komen panjang. Makin dibaca semakin tergambar kepada
kita bahawa kita orang Islam sudah ditadbir oleh
pemimpin yang bermaksiat dan hina perangai dan
peribadi.
Terhina – Cukop Terhina
Saya merasa terhina!! Orang Islam dan orang Melayu
seluruh negara ini merasa terhina. Saya kira, orang
bukan Islam dan bukan Melayu juga merasa terhina. Tapi
mereka memandang orang Melayu dan orang Islam sebagai
manusia yang sanggup melantik seorang pemimpin yang
berperangai hina dikalangan kita. Kita jadi 100% malu
kepada mereka walaupun mereka Cina, India, Portugis,
Kadazan anamisma – kafir semua, tetapi Adnan Yakob
lebh TOP dari meeka!!
TAPI sekali pandang kita nak hairan apa? Bapak borek
anak rintik…!! Kalau kuah, kemana tumpah kalau tidak
ke nasi? Tengok Mahathir Mohammad sendiri? Beliau
adalah raja segala pelucah, pemfitnah dan pelindung
segala jenayah dalam alam Melayu ini. Kita dah
cukup-cukup dimalukan oleh pemimpin UMNO hingga muka
kita rasa begitu tebal. Nak pandang muka bangsa asing
dah malu!!
Anak-anak kita (lelaki dan perempuan) merasa lali dan
kebal dengan sikap pemimpin UMNO. Tetapi kerana mereka
tidak berupaya menentukan halatuju politik negara,
maka mereka hanya diam saja.
Sebalinya, kita ibu bapa yang boleh dan berhak
menetukan, mengapa kita mesti menganggp pemimpin UMNO
adalah sebaik-baik pemimpin parti politik dalam negara
ini? Kan kita ada pilihan?
Adakah kita akan menjadi hipokrit kepada diri sendiri
dan menganggap UMNO itu adalah segala-galanya?
Dihadapan Allah swt. pasti kita akan ditanya tentang
apa yang kita lakukan didunia ini. UMNo akan
menyelamatkan kitakah? Adnan Yakob boleh selamatkan
kitakah?
Adnan Yakob bagai ANJING!!
Saya rasa, jika Adnan Yakob se ekor ANJING, walaupun
ia mengawan dikhalayak ramai, orang tidak akan
bercakap sepatah jua. Tetapi tentu ada orang yang akan
membawa kayu pembedal membelasahnya menghalau
jauh-jauh.
Tetapi malangnya seorang bertaraf manusia, seharusnya
berakal, telah menjadi pemimpin rakyat (konon),
menjadi anggota parti politik terbesar di negeri
ini…kalau Adnan Yakob berkelakuan begitu bagaimana
harus dibuat?
Kalau tanya saya, saya tahu apa akan saya lakukan.
Tetapi mereka yang tengok riaksi orang di gambar itu,
seorang yang rongak tak ada gigi melopong ketawa
melebar – pastinya itu tanda “suka riang ria”. Bagi
saya, orang itu bagai iblis setelah melihat manusia
melakukan maksiat. Itulah penyokong UMNO…..Iblis
besarrrrrrr!!
Itulah riaksi para penyokong UMNO! Penyokong UMNO lah
tu! Jangan tak tau lagi, itulah Penyokong UMNO!
Penyokong Adnan, Penyokong Calun BN untuk orang
Sanggang!! Itu dia hadiah UMNO untuk orang Pahang!! Si
Adnan Yakob – bertaraf Yang Amat Berhormat!!??
Bertaraf binatang!!
Lebih Dahsyat dari Perangai Kafir
Kalau calun di Sanggang menang, saya pasti beliau tak
akan termampu mengobah sikap tuannya si Adnan Yakob
keparat itu. Tidakkah wajar jangan sokong pilih
UMNO/BN lagi. Tak ada orang yang marah kalau tak undi
UMNO/BN.
Saya tak kata Adnan Yakob itu KAFIR. Kerana orang
kafir pun tak buat perangai macam Adnan Yakob. Saya
tak kata Adnan Yakob itu YAHUDI, kerana Yahudi pun tak
buat perangai macam Adnan Yakob. Mereka ada adab
sopan, ada maruah, ada harga diri, kuat mempertahankan
maruah bangsa dan ugama mereka dengan berkelakuan baik
dihadapan orang ramai. Tapi Adnan Yakob adalah seorang
manusia yang mampu bersikap seperti binatang!!
Saya kata Adnan Yakob seperti BINATANG kerana HANYA
binatang saja yang akan membuat sesuatu yang
bertentang dengan moral dan peradaban manusia
bertamaddun dihadapan khalayak ramai!! Perbuatan Adnan
Yakob adalah bertentangan sekali dengan moral dan
peradaban manusia bertamaddun. Tetapi sehaluan dengan
binatang – anjing, babi, hyna…sebut saja binatang
apa!!
Rakyat Sanggang adalah insan-insan kampung yang
mengenal nilai-nilai peribadi yang baik, sikap dan
tingkah laku yang yang halus, bersopan dan lembut.
Tentu perbuatan Adnan Yakob 100% terkeluar dari
peradaban mereka!!
Inikah Pemimpin Islam?
Tidakkah orang Melayu dan orang Islam merasa diri
mereka dihina dihadapan khalayak ramai? Jika arwah Tun
Razak masih ada, saya yakin Adnan Yakob sudah
ditendang-terajang dari jawatan tanpa sebarang alasan
lagi. Mungkin Adnan Yakob terus disingkir dan
digugurkan keahlian UMNOnya.
Mana ulamak UMNO. Mana Rais? Mana Abdullah Ahmad
Bedawi anak ulamak. Mana Dusuki Ahmad, Supol PM UMNO?
Mana Haji Nakhaie, mana “hero-hero” ulamak UMNO yang
akan membawa isu Poltik dan Ugama kepada Raja-raja
Melayu? Mana Sultan Pahang, sultan lain?
TETAPI, Mahathir Mohammad adalah orang paling berkenan
dengan sikap seperti Adnan Yakob itu. Kerana, Mahathir
adalah seorang pemimpin UMNO yang 100% meninggalkan
tradisi murni UMNO “asal”. Pembentukan UMNO “Baru” dan
cara beradap kepada manusia bertamaddun adalah seperti
yang kita alami sejak DS Anwar di perlakukan sezalim
dan seaib itu!!
Saya yakin, Mahathir akan menepuk bahu Adnan Yakob dan
kata, “Tak apa. Rahim Thamby Chik saya pun selamatkan.
Its OK. You are my good boy!!”
Apa kata orang Sanggang nanti? Masih nak pilih UMNO.
Sesungguhnya perbuatan Adnan Yakob itu adalah
pentunjuk Allah swt bahawa terus berfikir jenis apa
pemimpin yang mereka mahu untuk Negeri Pahang!!
Berhemahlah waktu memilih nanti!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)