Beberapa hari yang lalu, saya tidak dapat menulis
mengisi Koleksi saya kerana saya dalam perjalanan jauh
ke beberapa tempat, terlibat dalam urusan meninjau dan
berbincang dengan pemimpin pertengahan UMNO yang
digelar “Kelompok atas Pagar Berduri”. Perhimpunan Mei
2000 memerlukan satu kajian strategi meninjau apa
yang sebenarnya hasrat akar-umbi untuk dijadikan
panduan.
Kami telah menganalisis perkembangan terkini dan
melihat sejauhmana survival UMNO jika kepimpinan
sekarang masih meneruskan agenda untuk terus berkuasa.
Tanpa mendapat kesimpulan yang pasti (kerana politik
sukar diduga), saya perturunkan pandangan beberapa
pihak yang tergabung dalam’kelompok’ ini.
Nampaknya, UMNO ADALAH dalam keadaan yang
sangat-sangat (repeat: sangat-sangat) BAHAYA dan
TERTEKAN!! Mahathir dan mereka yang menerajui UMNO
sekarang hanya hidup dalam alam khayalan yang sangat
merunsingkan mereka. Sokongan dan dukung ‘akar-umbi’
sudah reput termasuk komponen lain juga. Analisis
perkembangan kami (saya pertutunkan disini) dalam
beberapa Bahagian kerana agak panjang.
Parti Komponen BN telah memberi bayangan bahawa mereka
juga sudah mulai menerima ancaman ‘berpaling tadah’
dari anggota parti walaupun pemimpin mereka masih akur
semata-mata kerana kepentingan diri. Itu adalah
disebabkan bahawa sokongan orang Melayu kepada UMNO
tidak dapat dibaiki lagi.
Anggota grass-root komponen BN tidak mahu orang Melayu
menganggap mereka sebagai penyokong UMNO yang sudah
ditinggalkan orang Melayu. Bagi mereka, mereka cuma
akan mengikut majoriti orang Melayu, bukan UMNO. Itu
satu perkara yang wajar diperhatikan oleh UMNO
baik-baik.
Perkembangan dari “ugutan” oleh Regim Mahathir melalui
UMNO keatas Raja-Raja Melayu menjadi topik hangat
dalam setiap perbincangan kami. Hampir kesemua laporan
akar-umbi UMNO membantah sikap pemimpin sekongkol
Mahathir dan UMNO kali ini. Nampaknya Mahathir mahu
berkuasa mutlak.
Sila teliti perkembangan (bagi mereka yang berminat
termasuk elit UMNO sendiri) sebagai kesimpulan dari
pertemuan dan perbincangan sesama kami selama beberapa
hari:
Pandangna PENGANILISIS
RATA-RATA penganalisis politik akar-umbi tempatan
(dari semua pihak) telah membuat kesimpulan bahawa
agenda Mahathir yang sengaja menyeret dan melibatkan
ugama Islam sebagai bidang kuasa Raja-Raja Melayu
kedalam politik UMNO adalah satu langkah paling
MERBAHAYA dan paling tidak wajar dilakukan oleh sebuah
parti politik yang memperakukan form dan formatnya
sebagai berhaluan “Demokratik” dan “non-royalty
intervention oriented”.
Rancangan Mahathir Memerangkap Raja-Raja Melayu
Dikatakan sangat MERBAHAYA kerana status Raja-Raja
Melayu adalah terkecuali dari bidang politik.
Raja-Raja Melayu tidak memihak mana-mana parti.
Tetapi, Mahathir telah sengaja meyeret dan melibatkan
Raja-Raja Melayu dan meletakkan Raja-Raja Melayu dalam
situasi MEMERANGKAP dan BERPERANG dengan rakyat.
Padahal yang sebenarnya, Mahathir dan kuncu-kuncu elit
UMNO sendiri yang sedang BERPERANG dengan RAKYAT,
khususnya Orang MELAYU dan penganut ugama ISLAM di
negara ini!!
Rais Yatim telah beri TUGAS dan PERANAN mengeluarkan
kenyataan awal yang PALSU tetapi sangat MERBAYA dengan
menggugat keharmonian hubungan orang Melayu (sinonim
Islam) dengan Raja-raja Melayu. Andai kununnya
kejadian di Iran (keatas Regim Shah Iran yang
dirsingkirkan oleh mullah Islam) akan berlaku di
negara ini.
Kenyataan Rais Yatim adalah satu Agenda Fitnah
Mahathir yang samasekali tidak wajar dlafazkan.
Kononnya wujud pula di negara ini parti yang
menggunakan “ugama secara melampau’ adalah PEMBOHONGAN
dan FITNAH yang sangat MERBAHAYA berbentuk HASUTAN
paling JAHAT dan berniat buruk.
Katanya: Jika dibiarkan ‘golongan pelampau” itu akan
menceroboh Istana dan mengambil alih kuasa Raja-Raja
Melayu. Oleh itu, gejala itu wajar diambil tindakan
serta-merta sebelum terlambat. Bermakna, jika tidak,
negara ini akan jadi sebuah Republik.
Rais Yatim dan Kadir Talip “Perkakas”
Bermula dengan gabungan kenyataan Rais Yatim dan Kadir
Talip (bekas mufti Wilayah Persekutuan) yang tersiar
di akhbar-akhbar, rakyat yang peka-politik nampak
ketara bahawa kenyataan itu memang sebahagian dari
rancangan memberi laluan yang dirancang khas oleh
Mahathir dalam AGENDA MEGAnya untuk melaksanakan AKTA
memisahkan politik dari ugama (pada peringkat awal).
Mereka berdua telah dijadikan “alat dan perkakas”.
Dengan itu, Mahathir berharap Raja-Raja Melayu akan
dapat termakan dengan ugutan palsu itu dan bersetuju
menyerahkan usaha merapatkan orang Islam yang kononnya
berpecah-belah. Sebenarnya, orang Melayu (sinonim
Islam) tidak pernah berpecah di negara ini seperti
yang dibohong dan difitnahkan oleh Mahathir. Tujuan
Dr. Mahathir semata-mata hendak menggunakan istilah
“orang Melayu”, tetapi dalam kontek itu ia menggunakan
orang Islam kerana parti yang menjadi dendam kesumat
Mahathir ialah Parti islam Se Malaysia (PAS).
Mahathir berharap dengan persetujuan itu, rancangannya
akan membuatkan orang Melayu menurut perentah
Raja-Raja Melayu yang memberi ruang kepada pejabat
ugama (dibawah kuasa eksekutif Kerajaan UMNO/BN)
melakukan tindak melaksanakan Rancangan Meganya.
Inilah penipuan merebut kuasa paling jijik dan licik!!
Soalnya parti mana dan siapa penganjurnya?
Fitnah rancangan Mahathir-Rais itu adalah satu hasutan
yang amat serius. Walaupun ia sengaja diada-adakan
untuk dijadikan sebagai bahan ugutan dalam RANCANGAN
MEGA Mahathir untuk merebut kuasa Raja-Raja Melayu,
Mahathir telah berjaya merebut kuasa itu.
Mahathir telah menggerakkan mesyuarat Raja-Raja Melayu
supaya memberi Kerajaan beliau (UMNO/BN) kuasa
tambahan kepada diri beliau (Mahathir. Dengan itu, ia
boleh bertindak menangani isu palsu yang tidak wujud
itu. Mahathir akan menggunakan kuasa pentadbiran
‘agama Islam’ yang dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu
secara paling tidak demokratik dan zalim. Sebagai
permulaan, sudah ada bokti byata masjid-masjid dan
pegawainya telah menjadi mangsa. Kesannya, FITNAH
Mahathir itu sangat MERBAHAYA kepada semua pihak.
Nampak sekarang bahawa Mahathir benar-benar sudah
hilang akal dan tidak mampu lagi meraih sokongan orang
Melayu kepada UMNO dan BN mengikut cara konvensyenel.
Kini beliau menggunakan sudut Islam sebagai usaha
terakhir (last resot) pula.
Dengan menggunakan objek “Islam” dan memutarbelit
memanipulasikan “Islam” dibawah jabatan Ugama Islam,
Mahathir menjangka bahawa orang Melayu (sinonim dengan
orang Islam) akan menolak pengaruh PAS. Dengan itu
sekaligus Mahathir akan cuba menyekat kegiatan PAS,
menekan dengan pelbagai peraturan, dan akhirnya
MEMUSNAHKAN parti itu secara “jalan pintas”. Mahathir
mahu orang Melayu menyokong UMNO secara manipulasi dan
paksaan!! Itu lah dia gejala dan agenda Diktator
Mahathir terbaru.
Rakyat telah menyaksikan bahawa Mahathir dan
komplotnya telah berkrisis dengan Raja-raja Melayu
sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1984 dan 1993.
Akhirnya kuasa Raja-Raja Melayu telah diambil alih
oleh beliau. Sekarang, Mahathir telah menganggap
dirinya ‘kebal’ mengatasi undang-undang dan
Perlembagaan. Raja-raja Melayu dipihak yang tunduk
kepada kuasa mutlak Mahathir hasil anugerah segeintir
pemimpin UMNO yang dirasuah!!
Hari ini, sebuah “REPUBLIK BAYANGAN” telah wujud dan
Mahathir adalah “PRESIDEN REPUBLIK MALAYSIA” tanpa
diistiharkan secara resmi. Itulah dia rencana dan
MUSLIHAT Mahathir dengan menggunakan UMNO!!
Apa Mahathir Akan Lakukan?
Kami telah berbincang dan meneliti bahawa permusuhan
Mahathir adalah dengan PAS [sebagai sebuah parti yang
telah mampu mewakili majoriti orang Melayu (sinonim
dengan orang Islam)]. Kejatuhan Terengganu dan
termusnahnya peluang UMNO di Kelantan dan beberapa
buah negeri lain amat memalukan Mahathir. Kerana PAS
makin berjaya dan berkemungkinan besar akan
memusnahkan peluang UMNO dan BN dalam mP/raya Ke-11
ini diperingkat permulaannya, Mahathir akan
mengenakan sekatan yang lemah seperti menukar J/Kuasa
Masjid, dll.
Kemudian Mahathir akan menggunakan pelbagai Akta-Akta
yang digubal khusus untuk memaksa PAS menggugurkan
perkataan “Islam”. Dengan HARAKAH tidak boleh
diedarkan lagi, aktiviti PAS akan tersekat dan ceramah
PAS dicegah seluruh Negara. Mahathir berharap akan
melemahkan PAS.
Tetapi jika tindakan itu tidak berkesan juga, melalui
UMNO (yang dipaksa bersikap ‘kurang ajar’) dan akan
mencadangkan PAS dibubarkan, dimusnah dan diharamkan
terus. Mungkin pada waktu itu Raja-Raja Melayu akan
insaf dan sedar siapa yang berusaha meceroboh istana,
menyingkirkan Raja-Raja Melayu dan mengistiharkan
negara ini sebuah Republik!!
Memang itu adalah satu rancangan PALING jahat, hina
dan non-politik yang tidak mudah dilaksanakan. Kerana,
orang Melayu dan orang lslam di negara ini tidak
sedungu itu menilai rancangan “semborono” dan
pembohongan PALSU Mahathir. Mungkin pada waktu itu
Raja-Raja Melayu akan nampak siapa dia beragenda
“Republikan” seperti ugutan Rais Yatim.
Mahathir telah terbokti menyalahgunakan kepercayaan
dan amanah Rakyat dan Raja-Raja Melayu. Dengan kuasa
dan kebenaran kuasa Raja-Raja Melayu untuk di
‘execute’ dan dimanipulasi oleh Regim ini secara
Diktator, Mahathir memiliki kuasa berganda.
Sebenarnya, Mahathir sedang meletakkan batu asas
sebuah negara Republik. Mahathir tidak tahu bahawa
beliau sedang mendorong orang Melayu menentang
Regimnya ini lebih dahsyat dan hebat dari yang
lepas-lepas.
Apa juga kesudahannya (jika berlaku pegaduhan dan
sebagai kekacauan ataupun TIDAK), Mahathir WAJAR
ditafsirkan DAN layak dianggap sebagai “Penjenayah”
negara terbesar. Dibawah Perlembagaan Malaysia,
peruntukkan khusus disebut perbuatan Mahathir itu
sebagai “national traitor”, melakukan “Treason” atau
“Mengkhianati Negara” yang membawa decree hukuman mati
dan semua harta akan dirampas!! (rujuk Perlembagaan).
Apa AGENDA MEGA Mahathir?
Agenda Mahathir memperalatkan persetujuan Raja-Raja
Melayu (kununnya) untuk menyatukan umat lslam (memang
fungsi raja2), akan meningkatkan kuasa DIKTATOR
Mahathir ketahap maksima. Sekian lama Mahathir telah
diperakukan oleh UMNO sebagai Diktator yang berkuasa
mutlak dibidang “politik dan Pentadbiran”. Kuasa
pentadbiran ugama Islam adalah kuasa terakhir
Raja-Raja Melayu yang akan MELENGKAPKAN Dr. Mahathir
dengan satu kuasa pentadbiran yang baru iaitu “Kuasa
Mentadbir Ugama Islam” pula.
Dengan lengkapnya kuasa Mahathir itu, maka SAH dan
Resmilah Mahathir berkuasa TOTAL selaku seorang
PRESIDEN ‘bayangan”. Raja-Raja Melayu telah
TERPERANGKAP dengan sendirinya kerana memberi
persetjuan mereka. Kini Mahathir boleh bertindak
sewenang-wenangnya untuk melaksanakan apa juga jenis
AKTA yang akan memberi kuasa kepada beliau untuk
melakukan sesuatu hingga mencemarkan kesucian Islam
(tanpa tegahan lagi).
Dengan itu, Mahathir bila-bila masa boleh
mengistihrkan mana-mana AKTA yang bersesuaian untuk
memusnah PAS sebagai Pembangkang sekalipun
membatalkan Parti PAS. Dalam Agenda Mahathir,itulah
jalan pintas bagi Mahatahir memerangkap PAS dan orang
Melayu yang membantah dan tidak menyokong UMNO!! SATU
taktik jahat lagi busuk terang-terang.
Mahathir tidak mahu orang Melayu ada sebarang pilihan
politik selain dari UMNO. Mahathir beragenda mahu
MEMAKSA orang Melayu dan Islam menyokong UMNO dengan
pengakuan dan alasan PALSU untuk menyatukan umat
Islam.
Dengan mengunakan seluruh jentera PENTADBIRAN, WANG
dan MEDIA MASA; Mahathir akan bertindak lebih ganas
dan zalim keatas orang Melayu dan para ulamak Islam
yang engkar perentah Diktator itu. Akta-akta akan
digubal memboehkan para ulamak Islam yang membantah
dipenjara. Mereka akan disamakan sebagai membantah
titak Raja-raja Melayu, undang-undang pentadbiran
ugama Islam dan Kerajaan UMNO/BN. Disinilah
merbahayanya.
Dengan menyeret dan menggunakan PERSETUJUAN Raja-Raja
Melayu, Mahathir berhasrat besar utuk melaksanakan
sewenang-wenang nama UMNO melalukan kerja jahat dan
busuk untuk mengenakan tindakan keatas parti PAS
sehingga ketahap mengharamkan PAS. Alasan yang akan
diberi kelak ialah kununnya “demi untuk menyatukan
semula orang Islam”. Hakikat sebenarnya Mahathir
memaksa orang Melayu dinegara ini mengundi UMNO/BN.
Harapan Mahathir ialah dengan menggunakan persetujuan
dan kuasa eksekutif Raja-Raja Melayu yang dipinjamkan
kepada kerajaan BN (sebenarnya Mahathir dalam UMNO
yang bermusuh) akan membolehkan Mahathir bertindak
lebih kejam dan sewenangnya apa jua yang mebolehkan
ativiti PAS tersekat, dicegah dan dimansuhkan. Itulah
agenda dan dalam poses perlaksanaan.
Mahathir Lupa Samasekali LUPA!!
TETAPI Mahathir samasekali lupa bahawa kebencian orang
Melayu kepada UMNO telah sampai ketingkat maksima.
Mahathir tidak akan berjaya memperbetulkan keadaan
UMNO lagi dengan menggunakan penguatkuasaan Islam
mengikut cara UMNO-Mahathir, WAIMA dengan memansuhkan
PAS sekali pun. Mahathir tidak mau mengakui bahawa
kebencian orang Melayu kepada UMNO bukan kerana PAS,
tetapi kerana sikap pemimpin UMNO/BN sendiri.
Mahathir dan seluruh UMNO kena ingat bahawa PAS adalah
sebuah parti “politik rakyat” yang tegak diatas
landasan KEBENARAN, KETELUSAN dan KEHARMONIAN. Ia
terhasil dari jalinan inspirasi keyakinan hubungan
“Rakyat-Parti”. Makin hari, orang Melayu (sinonim
Islam) makin hilang keyakinan kepada UMNO. Keadaan ini
sangat sukar ditandingi oleh UMNO “Baru”
denganKeDIKTATORan Mahathir menjadi punca.
PAS sudah mengambil tempat UMNO “Asal” sepertimana
orang Melayu dan orang lslam mula-mula menentang
penjajahan; dan berakhir dengan pentangan terhadap
Malayan Union dulu. Orang Melayu menaruh keyakinan
kepada PAS dan Barisan Alternatif kerana matlamat
mereka lebih memihak kepada rakyat. UMNO cuma tegak
untuk kepentingan diri pemimpin yang mangaut-bolot
harta rakyat. Ini bukan fitnah melulu, tetapi adalah
kebenaran yang nyata.
UMNO telah GAGAL mempengaruhi orang Melayu. Orang
Melayu telah membandingkan UMNO “Mahathir” sebagai
“Regim Diktator” yang 100% dibawah TELUNJUK dan
susun-atur dan arah-perentah Mahathir sendir!!
Mahathir tidak peduli lagi kepada kesejahteraan
rakyat.
Orang Melayu sudah membaca bahawa UMNO ‘Baru’ tidak
lebih dari “hak-milik” peribadi Mahathir dan
sekumpulan “elit-UMNO” yang sekarang sedang
bermewah-mewah merogoh harta rakyat, melakukan serba
macam RASUAH dan PENUELEWENGAN Dasar negara dan
pentadbiran, mencekik dan memaksa rakyat (khususnya
orang Melayu) menafikan hak politik dan kebebasan hak
asasi mereka!!
Rakyat dipaksa menerima KEZALIMAN dan UGUTAN dan
menegakkan keharmonian kaum yang “palsu”. Sementara
orang Melayu telah terasa diinjak dengan pelbagai
undang-undang dan peraturan, hingga orang Melayu
terasa diri mereka golongan kaum yang diabai dan
dinafikan hak dan KETUANAN semata-mata “memuja” patong
palsu bernama “UMNO” dan Mahathir sebagai Padri Besar.
Kini orang Melayu sudah melihat bagaimana ugama mereka
(ie. Ugama Islam) disekularkan dan diberi nafas dan
tafsiran mengikut hukum akal oleh ulamak-ulamak upahan
Mahathir Mohammad. Mereka dipaksa mengikut telunjuk
Mahathir yang sudah bertukar menjadi penganjur seperi
KAMAL ATTARUK.
Orang Melayu telah dipaksa oleh UMNO supaya menerima
pemimpin yang tidak disukai oleh orang Melayu. Mereka
adalah dilantik oleh Mahathir dan elit UMNO saja.
Sementara UMNO tidak lagi mewakili msyarakat dan umat
Melayu.
Banci terakhir menunjujkan bahawa anggaran orang
Melayu menyokong UMNO tidak lebih dari 24.6% dari
jumlah orang Melayu di negara ini. Ini adalah banci
UMNO sendiri berasaskan kepada jumlah sokongan dari
analisis keputusan P/raya ke-10.
Bermakna, 75.4% orang Melayu TIDAK lagi menyokong
UMNO. Jika ada calun-calun UMNO menang, itu adalah
atas sokongan pengundi bukan Melayu (khusunya China).
Ini adalah terbalik dari keadaan zaman lampau bahawa
calun-calun MCA dan MIC menang kerana sokongan orang
Melayu (yang rata-rata adalah penyokong UMNO).
Musa Hitam hakim UMNO melihat gejala ini sebagai satu
dari beberapa petanda bermulanya kejatuhan UMNO/BN.
Jika permasalahan itu tidak ditangani serta-merta (if
the problems are not addressed immediately kata
Musa) mengikut kemahuan orang Melayu; maka keadaan
akan menjadi runcing dan tidak terkawal. Akhirnya
berkesudahan dengan kehancuran UMNO secara “TOTAL dan
wholesome” .
Orang Melayu dan Islam yang dianut orang Melayu
dinegara ini berpegang kepada Mazhab Sunnah wal Jamaah
tidak mungkin disekularkan oleh sebarang unsur
bercanggahan. Scholars dan pakar Islam di negara ini
terlalu sukar diperkutak-katikkan, kecuali mereka yang
sudah masuk “Perangkap” ugutan, bujukan dan umpan
habuan dunia kemewehan Mahathir dalam politik. Tetapi
kebanyakan mereka sudah tumbang dan dimusnahkan dalam
Pilihanraya Ke-10 dulu.
Sementara itu, PAS telah memulangkan “Hak-hak” hak
penentu kepada orang Melayu dan orang Islam. Dalam
Barisan Alternatif pula, gabungan itu telah memberi
hak kepada Rakyat semua kaum kebebasan untuk bergerak
dan membangunkan negara dan bangsa secara harmoni dan
bebas untuk maju setanding dengan hasrat dan kebebasan
“globalisasi” yang mecabar.
Regim Mahathir ternyata telah mengongkong dan
menzalimi rakyat hingga rakyat hilang harga diri.
Mungkin, Mahathir wajar disingkiirkan oleh UMNO
sendiri. Jika tidak UMNO/BN akan menjadi bahan kajian
sebuah sejarah tumbangnya sebuah parti politik yang
akhir mati tanpa DIHARAMKAN!!
Catatan
Ditulis setelah mendapat fakta dan nasihat
rakan-rakan. Amat berguna sebagai bahan sebaran bagi
maklumat rakan-rakan yang sedang berkempen di
Sanggang.
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)