SEBULAN dulu seorang rakan saya bertembung dipasar.
Sambil menunggu isteri-isteri kami membeli-belah, kami
sempat bercerita. Dia seorang guru besar, dah hampir
18 tahun. Katanya, sebagai seorang guru, kerja memang
jauh beda dari dulu. Tapi itu tidak jadi masalah. Kita
sayangkan murid, kita mahu murid lebih berjaya dari
kita.
Seperkara yang menyedihkannya, katanya - 3 orang
gurunya yang memang dedikasi tiba-tiba diarah tukar.
Sekarang murid-murid sudah kehilangan tenaga pengajar
yang sangat dedikasi. Dia sendiri putus harap untuk
menyabung prestasi baik sekolahnya selama 8 tahun
berturut sebagai 5 sekolah dalam kategori terbaik.
Saya tanya, mengapa gitu. Jawabnya…POLITIK!! Saya
tanya, mengapa politik pulak. Dia jawap, gurunya
disyaki menyebelah Pembangkang. Kununnya, pejabat
Pendidikan Daerah menerima surat layang menyebut
guru-guru terbabit terlibat dengan kempen Pembangkang.
Beliau sendiri telah menyiasat. Jawab guru-guru
tersebut, mereka tidak terlibat langsung dengan
politik. Cuma, ketua UMNO Cawangan disitu mahu mereka
tolong kempen untuk UMNO/BN. Tapi mereka menolak sebab
mereka terpaksa menguruskan hal-hal sekolah.
Kerana engkar tak mahu kempen menyebelah UMNO/BN,
mereka dicap menyebelahi Pembangkang pulak. Tetapi
mereka tidak pula menyebelah Pembangkang dengan
berkempen. Tak ada!!
Katanya, dia minta supaya satu penyiasatan dijalankan
secara terperinci dengan bokti-bokti nyata. Tapi
pejabat Pendidikan tak mau sebab surat layang itu
dikira sudah cukop sebagai bokti. Kawan saya membantah
mempertahankan gurunya. Tetapi, arahan tetap tidak
berganjak.
“Nampaknya UMNO membawa malapetaka bukan saja kepada
orang Melayu, malah kepada anak-anak Melayu yang
langsung tak tahu apa-apa tentang karenah politik.
Memang aniaya: katanya. Saya cuma geleng kepala.
Kemudian dia cerita, di sekolahnya sudah ada gejala
baru. Samseng!! Gejala samseng dikalangan murid-murid.
Pada mulanya, salah seorang guru yang ditukarkan itu
telah melaporkan kepadanya iaitu seorang pelajar telah
melakukan perbutan keji disekolah.
Satu petang, seorang murid perempuan telah mengadu
disekat dibilik tandas murid perempuan oleh seorang
murid lelaki senior dan dipaksa bertelanjang selama
hampir setengah jam. Murid itu diugut akan dicekik
jika membantah.
Kejadian itu, sudah diadukan kepadanya oleh 6 orang
murid lain. Katanya, tuduhan adalah keatas
‘penjenayah’ yang sama. Maka sebagai guru kaunseling,
beliau telah melaporkan segala siasatan kepadanya
sebagai Pengetua. Bila ibu bapa ‘penjenayah’
dipanggil, beliau membentak membelalak mata. Buat
heboh pertahankan anaknya.
Bapak si ‘penjenayah’ itu ialah orang kuat UMNO di
kawasan itu. Sebagai guru besar, beliau tidak peduli.
Laporan dihantar ke pejabat dan sekarang murid itu
akan dihantar ke sekolah ‘reform’. Perkara itu berlaku
6 bulan dulu. Kerana itu, mungkin ketua UMNO itu
membalas dendam. Sebab, beliau pernah kata, “Kalau
jadi apa-apa kepada anaknya, dia akan bencanakan hidup
guru itu…!!”. Dia ketua UMNO. Dia ada kuasa!!
Katanya, sekarang memang sudah merebak gejala
dikalangan murid-murid yang terlibat melakukan
pelbagai kesalahan seperti mencabul kehormatan, pecah
rumah hinga ketahap membunuh, merogol dan lain-lain.
Kalau tak ada kerjasama ibubapa dan guru, alamat kita
balik kezaman jahiliah lah, katanya. Zaman kita dulu,
tak pernah dengar pun, katanya algi.
Saya menjawap, saya kata, “Kalau murid anak ketua
cawangan UMNO kira-kira boleh maaf jugak. Tapi kalau
MENTERI BESAR yang sepatutunya jadi harapan rakyat
untuk berperangai sopan dan berbudaya baik pun ada
yang lebih “jembalang” dari ‘MahaSYAITAN’…apa kita nak
dikatakan? Nampaknya budaya UMNO sejak Mahathir
mempopularkan tuduhan palsu lagi fitnah terhadap DS
Anwar negara kita dah dilanggar mala petaka sosial
yang paling menjijikkan”. Kata saya.
“Yang hairan, pucuk pimpinan UMNO sendiri
mempertahankan, boleh tak terfikir ke dalam kepala
hotak deme?” saya merungut.
“Itulah…” kata kawan saya itu. “Kalau nak membentuk
anak-anak, memang rumit sekarang. Saban hari di
akhabr, di TV…cerita lain tak ada.
Liwat…liwat…liwat…!! Sebab pemimpin politik UMNO
sekarang sudah sampai ketahap “memimpin kearah
maksiat”. Nak buat macamana lagi?” katanya.
Sambil itu saya seluk kocek saya, saya serahkan logo
lambang “bulan” yang saya beli di ceramah sedikit masa
dulu. Disematkannya dikocek depan bajunya. Dia
tersenyum! Saya tersenyum jugak..
Hai…kok jumpa dek orang UMNO nanti amacam. Tak
pasal-pasal kena tukar pulak? Saya tanya. Dia geleng
kepala.
“Heheheh…..” dia ketawa besar!! “Dari yang bertiga tu,
saya lah salah sorang!!” katanya. Saya tercengang!!
Geleng kepala saya.
Nampaknya UMNO memberi kemudahan kepada penyokong
PAS/BA supaya bertaburan merata-rata. Tidakkah itu
satu kerja paling bangang, memberi kemudahan
‘hardcore’ PAS/BA meneroka kawasan baru?
Teringat saya sewaktu puak musyrikin Makkah mahu
Muhammad saw. supaya memulangkan orang Makkah yang
pergi ke Madinah. Akhirnya, orang Islam itu lah yang
jadi pengembang Islam di Makkah!! Begitu jugalah guru
besar dan guru-guru yang ditukarkan kerana menyokong
Pembangkang itu. Mereka lah yang jadi ‘agen’ yang
memantapkan penyebaran maklumat kepada penduduk
setempat yang baru!!
Nampaknya, Hamid Osman tak ceritakan iktibar itu
kepada Mahathir, Khalil Yakob dan Dolah Bedawi.
Mungkin diorang lupa, atau tak mau sebab Mahathir
benci sangat dengan Nabi Mohammad!!
Pagi tadi, saya terbaca di gerai Linggam Sami muka
depan Utusan Malaysia akhbar Perdana UMNO satu tajuk
terpampang…..” Samseng di sekolah meningkat --
Terlibat dalam kes jenayah seperti membunuh, merogol
dan memukul..”
Hai…nak salahkan siapa? Kena tanya Dollah Bedawi
Adnan Yakob tu apa macam? Mahathir tu apa apa cerita?
Rahim Thambi Cik, apa khabar? Megat Joned apa hal?
Rahim Nor sehat walafiat saja nampaknya. Mahathir bagi
perlindungan. Ketua UMNO Cawanngan sekolah kawan saya
apa sudah jadik…? Mahathir lagi SAMSENG, boleh pecah
undang-undang, tak payah pergi mahkamah!! Itu macam
punya pemimpin pun ada dalam UMNO!!
Nampaknya UMNO tak kan dapat membudayakan ‘kebaikan
dan kesopan sosial lagi”….!! Harap sangat kita supaya
orang SANGGANG akan ajar UMNO/BN kali ini!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)