SEBAGAI orang Melayu dan orang Islam, kita tidak
menyangka bahawa pameran akhlak yang paling buruk dan
busuk oleh para pemimpin UMNO/BN (sebagai sebuah parti
yang mengaku tunjang politik di negara ini), sangat
menjijikkan dan memalukan rakyat.
Kempen Pilihanraya Kecil di Sanggang adalah satu
“pamiran jijik” betapa “jahiliyahnya” pemimpin UMNO
hingga sanggup dan boleh melakukan RASUAH, UGUTAN dan
ANCAMAN sebagai taktik bagi memenangi pilihanraya.
P/raya kecil Sanggang adalah “test of populatity
UMNO/BN. Jika kalah, UMNO/BN dan Mahathir akan
sekaligus jatuh harga diri di Perhimpunan Mei 2000
ini.
Kempen bercoarak “Jahiliyah” sedang berlaku di
Sanggang – sebuah kawasan permai yang dihuni oleh
15,500 pengundi berdaftar, 61% adalah orang Melayu dan
Islam dan selebihnya adalah bukan Melayu dengan
majoriti kaum Cina.
UMNO Mencemarkan Budaya Islam & Orang Melayu
Kita tidak menyangka bahawa UMNO, sebagai sebuah parti
yang mengaku menegakkan syiar Islam dan para
pemimpinnya berikrar kepada orang Melayu dan orang
Islam, akan memerentah negara ini berlandaskan
lunas-lunas telus dan Islamik – sebaliknya telah
terang-terang membelakangkan kesucian Islam dan budaya
permai orang Melayu.
Sebaliknya, para pemimpin UMNO sejak dari mula telah
menampilkan keterampilan paling hina, jijik dan tidak
berakhlak oleh barisan pemimpin yang sanggop
mempamirkan sikap buruk lagi hina seperti yang kita
ketahu. Dengan menonjol dan melakukan perbuatan LUCAH,
SAMSENG, ANGKUH, SOMBONG-BONGKAK dan KAKI PUKUL
terhadap rakyat, orang lslam dan bukan Islam amat
kesal dan terkejut besar. Kita tidak terfikir seorang
pembesar seperti Adnan Yaakob (MB Pahang) sanggup
melakunkan sebuah “pertunjukan” sandiwara ‘keji lagi
lucah’ dihadapan rakyat Sanggang yang serba aman dan
berhemah. Kemudian beliau mahu rakyat memilih calun
partinya!! Masakan rakyat Sanggang sedayus itu…..!!!
Jika diasaskan kepada perbandingan ‘zaman’, sikap
pemimpin dan wakil UMNO/BN (yang tampil di Sanggang
menjalankan kempen disana), sudah terang-terang
menampakkan betapa busuk dan jahatnya para pemimpin
itu yang mencerminan karekter, sikap dan budaya sebuah
parti berhaluan ‘FASCIST’ yang perosak, biadap dan
KURANG AJAR.
Dengan para pemimpinnya berperangai golongan seumpama
‘kelompok PENJAJAH’ dari satu kaum ‘morauders’
(perompak) asing, mereka seolah-olah telah tiba-tiba
datang entah dari mana secara mendadak. Jika mereka
tidak mengenal hati dan budi, budaya rakyat tempatan
mungkin tidak menghairan dan boleh dimaafkan. Tetapi
Adnan Yaakob dan rombongan UMNO/BN adalah anak lahiran
Pahang, mengakui diri berugama Islam, berbudaya
Melayu, berpendidikan, dan berjawatan yang wajar
menjaga maruah.. tidakkah itu amat dikesali dan
menghairankan?
Begitu sekali perbandingannya. Mereka diceriakan oleh
agen-agen tempatan di Sanggang yang bergelak ketawa
mengikut rentak tarian lucah si Menteri Besar (Iblis
Besar?) yang tidak matang dan tidak bermaruah itu!!
UMNO/BN Bagai Penjajah
Sejarah menceritakan – Portugis datang ke Melaka 500
tahun lalu sewaktu Melaka sedang makmur dan
masyarkatnya yang tenang dan berperadaban tersusun.
Tiba-tiba orang Melayu Melaka telah terdampak dengan
satu kaum yang LUCAH, LAPAR ‘SEKS’, SAMSENG dan
PENGUGUT, KAKI PUKOL DAN PENGANCAM Keselamatan rakyat.
Mereka secara tiba-tiba berhadapan dengan satu kaum
PENGACAU, PERASUAH dan PENYELEWENG, PENIPU dan
PEMBOHONG. Rakyat Melaka yang tenang dan berperaturan
telah kacau-bilau dan huru-hara hingga bersengkita
sesama sendiri.
Orang Melaka merasa diri mereka TERLALU terhina.
Tidak ada jalan lain, mereka mengangkat senjata
menentang Portugis walaupun mereka tahu bahawa mereka
dipihak yang lemah. Tetapi, jauh dilubuk hati mereka,
karenah Portugis sebagai penjajah yang busuk dan
menghinakan itu telah mencetuskan perasaan benci dan
menolak kaum penjajah yang buruk perangai itu!! Mereka
tiba sedar, bersatu dan kuat. Mereka berjuang dan
menentang…!! Menentang…!! Menentang….!! Berperang…..!!
Hari ini, diperhatikan keadaan yang sama telah
berulang di Sanggang – sebuah kawasan dengan jumlah
pengundi berdaftar 15,579; dengan 61.3% adalah orang
Melayu dan 32.3% adalah kaum Cina – telah diterpa oleh
karekter “penjajah baru” yang lebih busuk. Dikatakan
lebih busuk kerana mereka tahu adat-resam dan
peribadi-budaya rakyat tempatan.
Rakyat Sanggang telah melihat bagaimana UMNO yang
meletakkan seorang ustaz sebagai calun BN. Ustaz ini
telah mengizinkan dirinya dipergunakan sebusuk itu
oleh parti itu. UMNO sebagai sebuah parti yang
berhadapan dengan PAS, kununnya telah berikrar akan
meletakkan Islam ditempat yang sewajarnya – hari ini
terbokti sebagai BERBOHONGAN besar. Rakyat Sanggang
sangat jelik dengan karenah dan akhlak yang mencucuk
bijik mata seluruh rakyat Sanggang.
Berduyun-duyun Ke Ceramah BA/PAS
Sudah cukuplah pamiran LUCAH yang menjijikkan yang
dilakunkan oleh BADUT UMNO/BN seperti Adnan Yaakob
pada hari penamaan calun itu. Karenah dan perangai
lucah si Adnan itu sangat terkesan dihati rakyat
Sanggang. Yang menakjubkan sekali ialah: “bapak
angkat” Adnan di Kuala Lumpur telah memperakukan
Adnan “LUCAH” itu sebagai Menteri Besar Pahang yang
bergelar Yang Amat Berhormat dengan title Datuk Seri.
Mereka sekongkol mempengakukan secara terbuka bahawa
sikap ‘LUCAH, BIADAB, tidak SOPAN, itu sebagai “boleh
diterima” dan sebagai ‘sempurna’!! Dimanakah budaya
dan sikap Islamik mereka?
Orang Sanggang yang sebahagian besarnya (anggaran 61%)
adalah Melayu dan mengahayati Islam sebagai ugama
anutan yang mendarah daging – sangat terperanjat dan
jijik dengan sikap Adnan Yakob dan seluruh pemimpin
UMNO yang jelas paling tidak ISLAMIK’ itu. Orang Cina
yang sejumlah 32.3% dari semua pengundi (15 ribu
lebih) rakyat disitu tentu malu melihat telatah
seorang ketua parti yang mencalunkan wakil seorang
‘ustaz’ di sana.
Orang Melayu dan Islam lah yang paling malu. Orang
Melayu dan orang Islam di Sanggang terhina maruah diri
dan agama suci mereka. UMNO telah menganggap mereka
sedemikian hina dan dayus kerana memaksa mereka
menerima seorang MB yang paling buruk dan busuk-laku
mewakili seluruh rakyat negeri Pahang.
Sebaliknya sekarang, orang seperti Adnan itu sekarang
memuji seorang calun yang bakal mewakili beliau di
Sanggang. Orang Sanggang tidak sebodoh itu. Ibarat
pepatah Melayu, jika “bapak borek, pasti anaknya
paling kurang akan rintik”. Jika calun wakil UMNO/BN
di Sanggang itu tidak seborek “bapaknya”, paling
kurang beliau akan ‘serintik’ bakanya. Memang wajar
“ustaz” calum UMNO itu tidak diangkat sebagai pemimpin
di Sanggang!!
UMNO Juara ‘Politik Wang’
Di sana sini taktik murah membeli undi sedang
dijalankan oleh wakil UMNO/BN. Pelbagai “Hadiah” telah
ditabur dengan tujuan merasuah rakyat Sanggang.
Bermula dengan beras dan ikan masin hingga kepada
telekong solat, kain pelikat dan kain batik, semuanya
telah diedarkan secara percuma. Semurah itu nilai undi
rakyat Sanggang pada sangkaan UMNO/BN.
Orang-orang Cina dijanjikan peruntukan lot-lot tanah.
Sementara orang Melayu melopong!! Umpan-umpan ini
dijanjikan pula (memang janji bohong) dengan
peruntukan sejumlah RM50 juta untuk membina sekolah.
Peruntukan sebanyak itu terlalu besar hingga boleh
membina 10 buah kampus universiti. Bermakna, janji itu
hanyalah satu pembohongan yang akhirnya akan
diberitahu (sekiranya BN menang) oleh pemimpin UMNO/BN
..”Tidak ada tanah yang sesuai”. Dengan itu janji itu
akan lupus dan tidak akan dikotakan. Memang itu cara
UMNO/BN membeli undi rakyat dimana-mana dan sepanjang
masa!!
RASUAH “bermusim” tanpa perancangan ini sedang
berjalan rancak sekarang. Beberapa jalan kampung
secara tiba-tiba diturap dengan tar oleh JKR. Sikap
merasuah seperti ini adalah kebiasaan – tetapi sangat
menjijik dan menghinakan sekali. Beberapa orang
pemimpin PAS dan Barisan Alternatif merasa diri mereka
diperhina begitu sekali kerana jalan kerumah mereka
pun ditawarkan untuk diturap. Begitu sekali teruknya
dasar RASUAH UMNO/BN itu.
Hadiah “HAJI UMNO”
Secara tiba-tiba beberapa orang telah diberi janji
ganjaran “Haji Percuma” oleh pemimpin UMNO yang
berkeliaran. Sesungguhnya, ini amat dipertikaikan oleh
umat Islam Sanggang yang prihatin tentang kesucian
Islam. Mereka menolak RASUAH “HAJI” yang ditawarkan
oleh UMNO kerana bagi mereka menunaikan Haji adalah
ibadah yang terakhir dan berasaskan kemampuan.
Pemberian yang tidak diasaskan kepada keikhlasan dan
berbau rasuah wajib ditolak, kerana Allah swt. menilai
segala aspek ibadah seseorang.
Ada pihak yang tertawa besar, bagaimana UMNO
menawarkan “Hadiah HAJI” sementara musin Haji sudah
berlalu!! Maka ditertawakanlah dengan ejekan “Haji
UMNO”….!! UMNO menghadiah “Haji” sebagai memancing
undi. Alangkah busuknya taktik UMNO. Mungkin mereka
sedang bergurau dengan Allah? Begitulah fasiknya UMNO
ini!!???
Baru sekarang Kerajaan UMNO/BN Pahang teringat
(kononnya) mahu melaksanakan tanggungjawa dengan
menjanjikan pemberian biasiswa dari khazanah rakyat
“Yayasan Pahang”. Bagaimana pula dengan anak-anak
rakyat dari puluhan kawasan lain di negari Pahang?
Tidakkah itu satu RASUAH yang sangat ketara cuma untuk
memancing undi di Sanggang????
Kesimpulannya adalah jelas bahawa UMNO/BN di Sanggang
sedang menjalankan taktik paling kotor dan lucu,
selain dari LUCAH dan BIADAP!! Makin nampak PAS/BA
mendapat laluan mudah!! Insyaallah!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)