Pemimpin UMNO MENCABAR Rakyat
Abdullah Ahmad Badawi panglima BN mengetuai kempen BN
dalam pilihanraya kecil Sanggang. Dengan nada bangga
beliau menyifatkan kemenangan calon BN dengan
majoriti 1,963 undi (BN memperoleh 6,743 undi manakala
PAS/BA endapat 4,780 undi) kononnya petanda “BN telah
meraih majoriti lebih besar dan dengan itu membuktikan
rakyat tetap memerlukan BN”
Katanya, ''Mesej kepada semua pemerhati yang hendak
melihat nasib UMNO dan BN ialah para pengundi di
Sanggang telah membuktikan rakyat bertambah yakin
kepada BN dan UMNO dengan memberikan sokongan yang
lebih besar,''.
Ada pula pemimpin UMNO yang terlalu bebal seangkatan
dengan Najib Razak mengatakan bahawa kemenangan di
Sanggang menunjukkan bahawa PAS/BA telah ditolak oleh
rakyat!! Berapa lama lagi mereka mahu menipu diri
sendiri?
Akhirnya, Mahathir Mohamad pula menyifatkan kejayaan
BN di Sanggang menunjukkan rakyat sudah melupakan
layanan buruk yang diberikan ke atas bekas Timbalan
Perdana Menteri dan pemimpin kita, Dato’Seri Anwar
Ibrahim. Dengan kata-kata lain, Mahathir sekarang
mendabek dada mencabar orang Melayu dan rakyat amnya
bahawa orang Melayu adalah sedayus-dayus umat yang
sanggup menukar-ganti KEADAILAN dengan KEZALIAMAN –
semata-mata demi kepentingan perut yang sementara!!
Ucapan semacam itu tidak lebih dari satu bahan kempen
terbaharu untuk mengambil kesempatan supaya diri
mereka akan mendapat tempat dalam pencalunan MKT Mei
2000 ini. Hakikat sebenarnya mereka tahu bahawa
sebenarnya UMNO sudah lumpuh!! Atas segala-galanya,
kata-kata itu juga telah menampar muka setiap umat
manusia yang mempunyai hati nurani kemanusiaan,
seolah-olah manusia di negara – apa jua status dan
agama sudah hilang sifat kemanusiaannya.
Tidak Memecah Persoalan
Tanpa menganalisis perangkaan yang kompleks, persoalan
utama yang kian menekan UMNO/BN sekarang ialah: apakah
UMNO sebagai parti tunjang BN kini wajar mendabek dada
dengan kemenangan di Sanggang ini – justeru itu mampu
bermegah kununnya UMNO mempunyai masa depan yang cukop
baik untuk mempertahan kewibawaan sebagai parti
tunjang BN?
Bagaimana pula dengan performance BN, relatif kepada
UMNO, jika keadaan yang terpapar di Sanggang itu
berulang didalam pilihanraya 2004?
Rata-rata, puak pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO
“diatas Pagar Berduri” melihat kenyataan sebenar
sebagai: “UMNO makin lumpoh dengan kemungkinan BN
menghadapai zaman malap dan sukar dipercayai berkuasa
kembali” – kian nyata dan benar!! Kesimpulannya, UMNO
sedang menipu diri sendiri.
Persoalan Besar Yang Menekan UMNO.
Sample di Sanggang menunjukkan bahawa pengundi Melayu
berjumlah 9,152 orang, pengundi Cina 5,231 orang,
India 677 orang dan lain-lain 216 orang (jumlah besar
15,322), telah berpecah. Dengan pecahan sokongan
kepada BN 6743, PAS 4780 (dan 116 rosak) cuma mampu
memberi majoriti kemenangan 1963 undi kepada BN
(jumlah pengundi yang keluar 11,649). Perangkaan itu
menunjukkan UMNO sudah kehilangan sokongan (khususnya)
orang Melayu dan orang Islam!!
Dari perangkaan tersebut, jika BN hanya mampu mengutip
undi berjumlah 6,743 undi dan UMNO pula begitu ghairah
mendakwa keahlian melebihi 6,000 orang; dapat
dianggarkan BN hanya mampu meraih sokongan bukan-UMNO
sekadar 400 – 600 orang saja.
Bermakna, UMNO kehilangan pengaruh dikalangan parti
komponen BN. Begitu juga sebaliknya, sekiranya 76%
pengundi bukan UMNO keluar menyokong BN, bermakna UMNO
hanya mendapat sokongan anggaran 2000 pengundi UMNO
dari jumlah ahli lebih dari 6000 (30%). Yang 4000
lebih itu berhijrah kemana?
Dari situ, menunjukkan sejelas-jelasnya bahawa orang
Melayu (ahli UMNO sejumlah 6000 lebih) sudah menolak
UMNO dan telah berhijrah menyokong PAS/BA. Kemenangan
BN semata diharap oleh calun UMNO dari sokongan bukan
Melayu (Cina).
Dengan itu, persoalan sokongan terhadap UMNO oleh
orang Melayu sudah terjawab bahawa UMNO sudah hilang
pengaruh dan kewibawaan dikangan orang Melayu. UMNO/BN
tidak mendapat sambutan dan sokongan lagi! Gejala ini
akan memberi petanda bahawa UMNO bukan lagi “Parti
Tunjang” dalam BN dan UMNO juga bukan lagi ‘King
Maker’ seperti 20 tahun dahulu. Ini patut menjadi isu
merungsingkan kepada UMNO.
Tetapi mereka tidak peduli itu kerana senjata mereka
ialah proganda murahan yang boleh mereka dijadikan
asas memperbodohkan orang Melayu – kini, esok dan
selama-lamanya!! Mereka telah melanggar semua
peraturan P/raya – dan SPR sengaja menutup mata!!
“Menang Sorak Kampung Tergadai”
Ahli UMNO dari kelompok “atas Pagar Berduri” di
Sanggang membuat penelitian yang prihatin terhadap
segenap aspek pilihanraya di Sanggang tempoh hari.
Laporan yang diterima menyebut bahawa:
1. Kemenangan BN adalah bersebab dari janji manis madu
yang dilihat begitu dahsyat dimainkan oleh UMNO di
Sanggang semata-mata untuk meraih sokongan bukan UMNO.
UMNO saolah-olah sanggop ‘bergadai bergolok’ untuk
memenangi sokongan bukan UMNO, bagi menebus maruah
UMNO.
2. Rata-rata orang Melayu sudah makin ngeri, takut dan
makin waspada melihat bagaimana UMNO ‘menjual apa jua
harta hak yang ada’ untuk menang. Andaian yang
disebut-sebut selama ini ialah di Sanggang ialah UMNO
sanggop berprinsip “bio pape ase begaye..!!” (pepatah
orang Perak bermaksud: Biar papa asal bergaya..!!).
3. Adalah dilihat – janji UMNO adalah diluar parimeter
manifesto yang konkrit dan sensible. Mereka
menjanjikan “everything under the sky” tanpa mengira
samada mereka mampu atau tidak melaksanakan kelak.
Mulai dengan projek RM50 juta hingga kepada pemberian
tanah – segala-gala dijadikan bahan rasuah sebagai
janji.
Mungkin ini boleh dilakukan setakat Sanggang (sebuah
kawasan DUN Negeri); tetapi bagaimana dalam P/raya
Umum mencakup seluruh Negara? Alangkah besar “gadian”
UMNO kepada pengundi kelak? Pasti hak orang Melayu
akan menjadi ‘cagaran’ untuk diperjudikan UMNO kelak!!
4. Rakyat, khususnya orang Melayu makin nampak jelas
bahawa UMNO telah mengemudikan bahtera UMNO umpama
menyongsong arus deras yang kian bergelombang. UMNO
telah mempertaruhkan kewibawaan, sensitiviti budaya
dan adat resan, ugama dan hak orang Melayu begitu
murah dan mudah sekali. Yang kehilangan hak ialah
orang Melayu yang makin diperlekeh ugama mereka
(Islam).
Kesimpulannya, kalau diteliti, UMNO sanggup menjual
tanahair, bangsa dan ugama kepada sesiapa juga demi
kemenangan politik. Janji itu akan membawa padah yang
amat amat parah kepada orang Melayu generasi akan
datang.
Contoh-contoh Menggamamkan
Contoh yang amat menggamamkan orang Melayu ialah:
1) UMNO sanggup mencela ugama sendiri dan mengutuk
perundangan Islam dan memeperlekeh undang-undang Islam
untuk meraih undi. Hudud adalah menjadi bahan yang
disebut-sebut sebagai undang Islam yang akan
merosakkan keharmonian budaya kaum bukan Islam. UMNO
membenarkan jongos-jongos MCA dan MIC berkempen
memperlekeh Islam supaya mereka tidak memilih calun
PAS. Ini amat dikesalkan.
Ini selari dengan kempen Mahathir di Sabah dulu yang
menyentuh perundangan Islam mengenai “potong
tangan/potong kaki”. Di Sanggang, tohmah busuk
mengenai judi, babi, permainan naga, dll. telah
dibesarkan dalam kempen rumah ke rumah dikomuniti
bukan islam. UMNO membenarkan ia digunakan!!
1) pemimpin UMNO (yang paling gigih) bermati-matian
menegakkan bahawa kezaliman yang mereka
jadikan peradaban dan budaya, adalah bentuk keadilan
yang akan mereka laksanakan untuk rakyat generasi akan
datang.
Bagi mereka, jika orang Melayu sanggup menerima
kezaliman seumpama sekarang, maka itu bermakna orang
Melayu memang mudah dilakukan apa juga yang mereka
mahu dimasa depan. Mereka tidak akan teragak-agak lagi
melakukan sebarang kekejaman. Bagi pemimpin UMNO,
orang Melayu adalah sedayus-dayus umat manusia yang
sanggup mengorbankan bangsa, tanahair , budaya dan
agama mereka demi sesuap nasi….!!!!!!
2) bagi jongos-jongos Mahathir, orang Melayu sudah
hilang semangat juang untuk menegakkan kebenaran
kerana orang Melayu adalah dari kelompok yang rendah
martabat dan mudah diugut, dibeli, dipujuk dan tidak
ada daya lagi menetang walau dengan senjata berkilat
di tangan.
Bagi mereka, orang Melayu boleh diperkutak-katikkan
semahu mereka. Orang Melayu terlalu akur dengan
undang-undang dan peraturan. Kerana itu, darah juang
orang Melayu sudah luntur, hilang dan takut gugur
sebagai pahlawan!! Mereka bangga dan yakin bahawa
seluruh ketua-ketua tertinggi perajurit dan kepolisan
telah mereka korap, seluruh jentera kerajaan sudah
dalam poket mereka. Orang Melayu sekarang kononnya
terdedah untuk dijadi “sambal” oleh mereka.
3) UMNO sagta yakin bahawa SPR sudah masuk kantung
mereka. Hari ini baru tahu ramai pengundi Sanggang
yang sengaja dinafikan hak mengundi dengan memindahkan
nama mereka keluar dari daftar pengundi di Sanggang.
Hari ini, setelah selesai p/raya ini, pihak SPR telah
memanaskan keadaan dengan memberi komen memihak yang
tidak beretika dengan menghalakan ‘senapangnya’ kepada
Pembangkang, kununnya Pembangkang telah melanggar
peraturan SPR.
Mengapa SPR tidak mahu menyebut bahawa penyokong UMNO
mengadakan rapat ‘kenduri’ hingga ke pagi untuk
mengasut pengundi, membekalkan wang dan beras, kain
dll. sebagai rasuah? Kenapa tidak disebut? Sebenarnya
SPR telah dirasuah dengan ugutan dan upah-ganjaran!!
Rakyat sendiri sudah mempertikar kekecualian SPR.
Sanggang Memberi Semangat
Sebenarnya, gelanggang DUN Sanggang sudah membuktikan
bahawa disebalik kemenangan BN, terdapat kekalahan
serius yang seharusnya menjadi pengajaran kepada UMNO.
Seterusnya, orang Melayu wajar membaca dengan
hati-hati.
Undian PAS terang-terang meningkat kepada 4,780 undi
dan angka peningkatan ini merupakan satu amaran kepada
BN dalam piliihanraya 2004. Kebelakangan ini, jarang
sekali statistik undian PAS akan merosot, melainkan
terus bertambah. Dengan statistik itu, ternampak jelas
bahawa tafsiran dan luahan hati rakyat marhain
tentang kemenangan BN di Sanggang adalah satu perkara
yang pura-pura. Allah masih mahu kita meneruskan jihad
ini.
Keadaan di Sanggang membawa dua makna berbeza. Pertama
orang Melayu sudah memberi kata dua kepada UMNO/BN –
samada kembali kepada perjuangan orang Melayu yang
asal atau bersedia untuk diganyang habis-habisan oleh
orang Melayu seterusnya.
Kedua, samada Kerajaan Regim Mahathir (dengan
segelintir pemimpin UMNO) sebagai parti Melayu kini
telah mengistiharkan ‘sanggup berperang’ dengan rakyat
yang sudah bersedia menghadapi mereka!! Jika dalam
tahun 2004 ini UMNO masih menggunakan taktik kotor
juga, dengan tipu-belit sekongkol SPR yang tidak
bermaruah – regim ini akan berhadapan dengan satu
pengembelingan tenaga dari rakyat untuk menggulingkan
mereka secara paksa!! Rakyat akan mengheret mereka ke
muka pengadilan muktamad!!
Sanggup Jual Bangsa, Tanahair dan Agama
Sikap dan tindakan dalam kempen oleh pemimpen dan
jongos-jongos UMNO di Sanggang mempelihatkan bahawa
mereka sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa. UMNO
tidak lagi berkempen secara demokratik dan sehat
sebagai sebuah parti bermaruah dan berberwibawa;
tetapi mereka sudah seakan-akan mengistiharkan perang
bacol mengahdapi PAS.
Bukan saja PAS yang menjadi bahan serangan UMNO dan
jongos-jongos BN; tetapi ugama Islam dan perundangan
Islam yang dijadikan bahan ugutan dan momokan.
Pengistiharan ini sangat menyedihkan orang Melayu dan
penganut Islam. Hati orang Melayu sudah dibakar
habis-habisan.
UMNO telah menggunakan Islam sebagai taktik mengugut
bukan Islam dengan sewenang-wenangnya. Makin nampak
bahawa UMNO lah yang memecahbelahkan umat Islam dan
orang Melayu dan sambil itu mengugut bukan Islam
dengan menggunakan ugama Islam sebagai bahanugutan…!!
Raja-raja Melayu wajar prihatin!!
Berhentilah Ketawa!!
Mahathir dan segelintir pemimpin UMNO yang terdesak
wajar melihat bagaimana Pakistan atau Indonesia
melaksanakan pembersihan daki saki-baki penjajahan
baru. Jika selama ini segala kebusukan, kezaliman dan
kekusutan politik, sosial dan perundangan yang mereka
lakukan memberi mereka ruang untuk berlaku paling
zalim dan kejam terhadap rakyat (sambil membolot hak
rakyat semahu hati), mereka wajar melihat kejadian di
Pakistan, dll. dan bersedia bahawa “Kuasa” mereka amat
rapuh!!
Mahathir dan mereka yang sekongkol wajar belajar dari
pengalaman dan nasib Soeharto, Mobutu, Marcos, Shah
Iran, Cacescue dan lain-lain. Akhirnya, rakyat
menentulkann siapa mereka. Memang wajar mereka
berhenti ketawa selepas kejadian di Sanggang.
Catatan :
Ditulis sempena “Perhimpunan Rakyat – The Black 14”. -
Perhimpunan Rakyat Memperingati Runtuhnya Sistem
Kehakiman di Malaysia..!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)