KEHANGATAN suasana rioh Pilihanraya Kecil di Sanggang
telah berlalu beberapa hari dulu. Kini rakyat Sanggang
kembali menghadapi hidup biasa setelah dikhayalkan
oleh suasana yang mengangkat mereka seperti
raja-sehari.
UMNO/BN Menipu Licik
Beberapa hari dulu mereka diangkat setinggi langit.
Jika mereka tidak berkampit beras, pasti ada orang
UMNO yang bermurah hati menghantar ke dapur. Jika
mereka tidak berwang, ada pihak yang akan
menghulurkan. Kalau nak minum kopi susu pekat, silakan
saja duduk dibangku warung – sebut saja nama diri
penyokong UMNO, pasti 10 cawan akan dihidang.
Makanlah…!! Ini hidangan dari kepuk duit UMNO yang
sangat pemurah dan penyayang!!
Ada pula yang begitu murah hati menghadiahkan kain
batik dan kain pelikat hingga ke celana dalam. Semua
dihulurkan dengan sebuah harapan – “Tolong jangan
lupa, undi calun UMNO/BN, ya!! Kita akan bawa
Pembangunan untuk seluruh rakyat Sanggang!!”.
Kata-kata itu di-ualang-ulang. Sungguh-sungguh
mengadungi harapan!!
Janji UMNO/BN lebih manis dari madu-manisan. Jika
selama ini rakyat Sanggang dianggap seperti ‘kucing
kurap’; tetapi beberapa hari dulu, hampir semua kepala
UMNO dan BN dari seluruh negara datang ke Sanggang.
Berbagai-bagai acara dilaksanakan secara tiba-tiba.
Berbagai-bagai janji yang muluk-muluk ditabur – umpama
dunia ini akan runtuh kiamat jika wakil UMNO/BN tidak
dipilih menerajui Sanggang.
Nama-nama hebat seperti Tun Razak disebut
diulang-ulang. Hingga menggelatar roh allahyarham di
alam Barzah. Dikaitkanlah, betapa hebatnya sumbangan
UMNO/BN kepada rakyat selama 40 tahun silam. Semuanya
disebut kecuali yang tidak disebut cuma satu iaitu:
betapa besarnya tipu helah Mahathir dan segelintir
pemimpin UMNO “Baru” yang sedang merancang memusnah
kekayaan negara dan mengikis setiap sen harta rakyat
demi kepentingan tembolok pemimpin UMNO/BN yang
berdendam rakus!!
Janji Tinggal Janji
Sesudah beberapa hari berlalu, beberapa orang
memaklumkan bahawa janji-janji UMNO seperti pemberian
tanah, pembinaan sekolah dengan peruntukan RM50 juta,
pembinaan jalan besar yang menelan puluhan juta;
secara diam-diam diketahui tidak akan dilaksanakan.
Biasiswa anak-anak yang dijanjikan hanya bagi sekerat
berdua saja yang akan diberikan. Hadiah “Haji UMNO”
diberi alasan bahawa kerajaan Mahathir menunggu jika
Kerajaan Saudi bermurah hati mengurniakan kepada warga
Malaysia. Dan …dan…dengan puluhan “dan” lagi!!
Bila ditanya dan dituntut segala janji dalam kempen
dulu, pegawai di jabatan terbababit dan berkenaan kini
sudah tidak nampak muka hidung. Kununnya, mereka
sedang bermesyuarat bagaimana jawapan yang sewajarnya
diberi kepada rakyat yang menuntut janji. Maka
terdengar desas-desus menyebut bahawa “peruntukan
kerajaan masih lagi belum diluluskan, mungkin setahun
dua lagi bila ekonomi pulih…..Bla…bla…bla…!!”
Nah …. sekarang orang Sanggang mulai saling
berpandangan. Tanah yang dijanjikan kepada mereka akan
hanya diberi dengan syarat mereka harus membayar
dengan harga pasaran.
Berkata seorang dari pegawai yang bertugas, “Kerajaan
UMNO/BN tidak pernah berjanji akan memberi tanah itu
secara percuma. Sebagai dsar Kerajaan, swtiap bidang
tanah kerajaan yang diagih kepada rakyat memerlukan
sejumlah bayaran. Jika mampu membayar boleh memohon
untuk dipertimbangkan – jika tidak alamat
‘meloponglah’ kalian……!!” Itu pun jika mendapat
kelulusan.
Itu lah! Itu lah janji Kerajaan UMNO/BN!! Mereka sudah
mula memutarbelit kenyataan mereka. Muka Abdullah
Bedawi sudah hilang. Abdullah sedang pening kepala
kerana kesebokan memikirkan bagaimana Perhimpunan Mei
2000 yang harus dirancang supaya agenda menipu 2500
delegasi seluruh negara diuruskan sebaik mungkin.
Kini, soal Sanggang tidak perlu lagi difikirkan. Itu
bukan soal negara, itu isu tempatan yang harus
ditanngani oleh Adnan Yakob dan wakil rakyat yang baru
dilantik. Bagi pemimpinn UMNO/BN, Sanggang adalah
bahan sejarah silam – walau baru 3 hari beralu!!
Menangis Tak Berlagu
Aduhai sayangggggg…!! Menyanyilah mereka sambil
harapan tinggal harapan. Pada firasat mereka dulu,
jika Timbalan Perdana Menteri yang berjanji; mustahil
Adnan Yakob akan berani buat-buat lupa. Tapi nampaknya
makin itu makin mudah Pejabat MB memberi alasan…
”Pergilah ke Kuala Lumpur, sebab yang berjanji kan
Dollah Bedawi? Kami orang Pahang – orang kecil..!!”.
kata seorang pegawai yang dilatih memberi jawapan.
Makin tercengang mereka yang mendengar. Nak diikutkan
marah hati, Adnan Yakob adalah ‘samseng garang’.
Silap-silap bercakap dengan beliau, mereka yang datang
akan dihalau macam binatang…..!!” Malang….malang… !!
Sungguh malang!!
Hari ini, selepas 3 hari UMNO/BN meraih kemenangan,
mereka baharu insaf bahawa mereka sudah tertipu
bontang. Rupa-rupanya mereka jadi patung mainan.
Mereka cuma menjadi perkakas untuk digunakan oleh
UMNO/BN untuk meraih kemenangan. Jika mereka tahu
begini jadinya, tidak lah mereka terpukau dengan
hadiah kain batik dan kain pelikat dan sehelai celana
dalam. Amat malu mereka kepada diri sendiri.
Apa Yang Dibanggakan UMNO sekarang?
Kini, apa yang disebut Mahathir dan seluruh pemimpin
UMNO ialah kehebatan UMNO/BN. Kata Mahathir,
“kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya
kecil Sanggang semalam adalah hasil kesedaran di
kalangan pengundi bahawa BN masih lagi parti terbaik”.
Berkali Mahathir menyebut dengan nada riak bahawa
“rakyat kini sudah tidak terpengaruh dengan emosi yang
dicetuskan oleh pihak pembangkang termasuk isu bekas
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
dianiaya”.
Menggeleng beberapa orang dari mereka yang tertipu itu
dengan bujuk rayu dulu bahawa “kemenangan UMNO/BN di
Sanggang dipergunakan oleh UMNO dan kepimpinan mereka
untuk berlaku lebih zalim dengan ego mendadak bahawa
UMNO boleh buat apa mereka suka sekarang. Amanah
rakyat telah diputarbelit seburuh itu”.
Tetapi sesal dulu pendapatan, dan sesal kemudian tidak
berguna lagi. Mereka sekarang jadi bahan mainan yang
cuma membangga pemimpin UMNO/BN semata-mata. Hidup
mereka kembali kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang.
Redzwan Harun, Wakil rakyat BN yang baru tidak nampak
muka hidung lagi. Khabarnya sedang memcari kaki untuk
mengganti kereta usangnya dengan sebuah kereta
Mercedez baru. Itu adalah acara pertama sebagai wakil
rakyat UMNO didalam BN. Satu kelumrahan. Selepas ini,
rancangan selanjutnya ialah melantik beberapa kroni
untuk merebut kekayaan. Dan dipenghujung tahun, beliau
akan bergelar “Datuk”. Bagaimana pula nasib orang
Sanggang? Ditakuk lama juga!!
Pembangkang Bukannya PAS/BA
Baru mereka sedar bahawa Pembangkang itu bukannya
PAS/BA. Kerana, dari apa yang mereka dengar, rakyat
Kelantan dan Terengganu sekarang tidak sesulit itu
memohon sesuatu dari kerajaan yang beramanah itu.
Rakyat tidak lagi memikirkan politik. Mereka sekarang
memikirkan bagaimana hendak memajukan kampung halaman,
memberi pelajaran kepada anak-anak dan merancang hidup
dengan bantuan Kerajaan yang mereka pilih.
Mungkin pada tahun 2004, bukan hanya Sanggang yang
harus diserahkan kepada PAS/BA, tetapi seluruh Pahang
wajib diterajui oleh parti yang telus dan bermanah
dengan janji. Persetankan kain batik, beras 5 kilo dan
RM50 yang dirasuahkan oleh jongos-jongos UMNO dan BN
yang penipu, pembohong dan khianat……!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)