Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

MA’AL HIJARAH – SIAPA SEBENARNYA YANG MENDAPAT SYAFAAT?

Assalamualaikum WW

MAHATHIR Mohammad adalah seorang manusia yang tidak ada rasa tanggungjawap seorang manusia. Begitu juga Abdullah Bedawi dan orang-orang yang mengampu kedua-dua manusia musibah masyarakat ini. Mereka adalah orang yang hidup dalam ketakutan, pura-pura dan dihasut syaitan.

Mahathir adalah pengecut paling hina. Dia cuma melempar batu sembunyi tangan. Tuduhan beliau terhadap Anwar dijaja seperti juadah busuk keliling dunia. Tapi bila dia akan diheret memboktikan di mahkamah, Mahathir ini jugalah manusia yang berdalih dan berlindung disebalik 1000 alasan menyembunyikan diri – KETAKUTAN!! Inikah dia seorang pemimpin yang bertanggungjawap?

Jika ditakrifkan Mahathir sebagai perompak atau penyangak, beliau lebih hina dari itu. Beliau adalah seorang yang menghina diri sendiri, tetapi dia berkhayal dengan igauan kununnya orang semua sedang memujanya!! Bermakna Mahathir adalah seorang yang sudah mati rohani, cuma jasad saja seperti manusia dan bernyawa!!

Mungkin inilah balasan seorang yang mengharap dirinya disanjung, tetapi kerana tergelincir mempersenda Allah swt. dan mencaci Nabi saw; ia kini terperangkap oleh kurungan-besi ‘iblis dan syaitan’.

Kini, semua yang dilakukannya sealiran dengan kemahuan syaitan. Dia pelindung perogol seperti Rahim Thamby Chik, pelindung pelucah seperti Adnan Yaakob, perompak harta rakyat seperti Rafidah & Daem Zainuddin (dan para menteri dan pemimpin UMNO/BN sekeling Mahathir).

Terbabit sama adalah penyangak ugama Islam terdiri dari ulamak suk yang membenarkan Mahathir memutarbelitkan ayat-ayat kebenaran Allah dengan merelakan.

Maal Hijarah hari ini tidak ada makna jika penganut Islam di negara ini masih menganggap Mahathir adalah pemimpin yang berwibawa; kununnya berjanji akan meletakkan Islam kemercu kehebatan.

Hebat apakah Mahathir (seperti yang dilukis oleh Hj. Dusuki Ahmad) jika Mahathir sendiri adalah orang yang menerajui dan menjadi Ketua KONSPIRASI yang memfitnah, mengaib, menyeksa dan memenjarakan seorang insan yang dibicarakan mengikut keputusan penghakiman atas kehendak beliau!!

Adakah Mahathir seorang yang layak dianggap seorang pemimpin yang berwibawa dan wajar dihormati sekiranya beliau seorang yang pengecut berhadapan dengan kenyataan?

Mungkin yang tercabar keimanan bukan Mahathir dan sekongkol beliau saja, tetapi seluruh orang Melayu dan orang Islam yang berpeluk tubuh melihat kezaliman dilakukan oleh seorang manusia yang sudah hilang perikemanusiaan.

Tanyalah diri anda, sejauhmanakah keimanan saudara jika tidak berani merobah kelompok pemimpin zalim, takbur, riak dan hilang-kikis dari jiwa mereka sifat yang seharusnya ada sebagai pemimpin rakyat.

Memang anda seorang yang dayus jika anda sengaja pura-pura tidak melihat kenyataan kezaliman yang terang terbentang didepan mata-hidung anda. Mungkin dunia sedang membuai anda hingga alpa, dan sampai ketika anda akan menjadi bangkai yang lebih hina dari bagai haiwan yang tidak ada harga dan harus dibuang!!

Memang Al-Quran dan Hadis diturunkan bagi orang yang mahu berfikir. Jika anda memjam mata melihat kezaliman dilakukan kepada seorang yang sengaja dianiaya, di akhirat kelak pasti akan disoal dan ditentukan balasan oleh Allah swt. kerana sekongkol dengan penzalim dan pencaci ugama Allah!! Anda adalah seorang yang bebal dan tidak mahu berfikir. Kerugianlah anda.

Oleh itu jadikanlah diri anda seorang yang berfikir seperti yang dituntut oleh Allah swt.

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com

Balik Semula Laman Tranung Kite