Belum ada dalam sejarah tamaddun manusia seorang
DIKTATOR terlepas bontang dan Sistem pemerentahannya
tegak menongkat langit hingga keakhir zaman. Kesemunya
runtuh dan dilempar buang oleh rakyat (dengan izin
Allah swt) sebelum kiamat!
Selagi naluri manusia sejagat yang kurniakan Allah swt
menuntut “kebebasan”, sebagai anugerah yang maha Esa
yang direstuiNya, perjuangan menegakkannya akan
termakbul jua. “Kebebasan” itu adalah satu daripada
sejumlah anugerah nikmat Allah swt. kepada umatnya
yang tercatat terang-terang dalam Al-Quran dan Hadis
Qudsi. Nabi diturunkanNYA kerana membebaskan manusia
dari 1001 macam belenggu.
Dalam perjalanan saya ini, saya mendengar ceramah
seorang ulamak yang dalam ilmunya. Saya yakin bahawa
kenyataan beliau adalah benar. Katanya (lebih kurang):
“Terbokti banyak kali dalam sejarah hidup manusia –
bermula dari Firaun dan Taghut hingga kepada
Stalin-Lenin, Hitler, Caucescue, Mobutu, Shah
Iran…hinggalah kepada Marcos dan terbaru sekali ialah
jiran kita: Pak Harto; semua mereka tumbang!!”
Bagaimana pula Mahathir Mohammad? Saya tanya dalam
hati saja (sebab dalam masjid tak boleh berpolitik):
Diktatorkah dia atau seorang demokrat handalan?
Kalau diamati dalam-dalam, maka nampaklah Si Mahathir
ini – seluruh rakyat dan umat dunia memberi ejekan
identiti “Diktator” kepadanya; kecuali segelintir dari
sejumlah besar pemimpin dan penyokong UMNO/BN yang
mata mereka masih tertutup oleh dua keping duit
syiling – maka bagi mereka Mahathir adalah orang
paling demokratik (tafsiran mereka).
Bebal Sangatkah Kita?
Kita yang diluar pagar kungkungan UMNO akan merasa
(paling kurang) sedikit bebal untuk merasa yakin bila
ada dikalangan pemimpin UMNO yang bermati-matian
meyakinkan kita bahawa “Kemenangan tanpa bertanding
Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi, bagi jawatan
Presiden dan Timbalan Presiden Umno, kununya “bukan
bermakna demokrasi dalam parti itu sudah mati.”
Eiiii..yaaaaahhhhh…..!!! Kalau yang bercakap itu
budak-budak sewel di Pusat Serenti, kita akan maafkan.
Otak mereka sudah hilang kewarasan minda berfikir
hingga bebal. Tetapi kalau Naib Presiden, Datuk Seri
Najib Tun Razak, berkata “demokrasi masih hidup dalam
Umno berdasarkan KERANCAKAN pertandingan jawatan lain
terutama jawatan Naib Presiden dan Majlis Tertinggi”;
pasti ramai diantara kita yang masih waras akan garu
kepala. Issskkk..issskkk…!! Menguit-nguit gatal di
kepala!!
Nampaknya, bagi si Najib, “kemenangan dua pucuk
pimpinan itu adalah disebabkan ahli Umno memilih untuk
mengikut nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad supaya pertandingan tidak diadakan
bagi mengelak perpecahan parti. Nampaknya, ahli Umno
memilih untuk mengikut nasihat Perdana Menteri
walaupun nasihat itu tidak semestinya dipatuhi,"
katanya.
Hei..hei….!! Aduhai sayang, aduhai …malangnya UMNO
berpemimpinkan seorang Naib Presiden yang tidak
menggunakan ilmu yang dipelajarinya setinggi langit!!
Adakah “kemenagan” Mahathir Mohamad dan Abdullah
Badawi hasil dari satu proses sayembara ‘demokratik’?
Begini sekali Najib ‘menghina’ diri dan memperkecil
ilmu sesempit itu?
Cuba fikir apa yang dikatakan “nasihat” itu tidak
“dipatuhi”, pasti telinga anda akan dipilin.
Silap-silap, ke Sg. Buloh kalian berbondong-bondong!
Kalau tak percaya…CUBAlah. Tengok apa jadi dengan
Bahagian Tanah Merah. Mungkin ada yang akan ‘bertanah
marah’ selepas Mei 2000 ini!! Akan ditalqinkan Datk
Seri Presiden dengan kerjasama ‘jongos-jongos’
terpilih!!
Jika Abdullah mengesahkan kemenangannya bagi jawatan
timbalan presiden selepas menerima 133 pencalonan
(jumlah minimum bagi menang tanpa bertanding) begitu
juga Mahathir Mohammad; apakah itu bermakna
‘demokrasi’ sedang bercambah subur dalam UMNO?
Definasi “Demokrasi” UMNO Kacau-bilau
Ramai yang bertanya: Apakah peranan lebih 2000
perwakilan pada Mei 2000 nanti? Adakah mereka datang
berhimpun di PWTC cuma untuk mendegar ‘bru-ha-ha’
seorang Presiden dan Timbalan Presiden parti yang
menang tanpa bertanding?
Atau, mereka yang 2000 lebih itu hanyalah jemputan
khas untuk ‘melancung’ ke Kuala Lumpur bagi meresmikan
“pertabalan” seorang Diktator dan Timbalannya (a mini
dictator in the making) saja? Atau juga, Perhimpunan
itu cuma satu proses indoktrinasi yang mempastikan
mereka yang 2000 lebih itu akan berikrar taat-setia
dan akur dengan sumpah bahawa mereka adalah
orang-orang yang perlu mengikis “jiwa bebas”?
Makin nampaknya definasi “demokrasi” UMNO semakin
kacau-bilau. Samada Rais Yatim yang berkelulusan Ph.D,
atau Najib Razak anak seorang “freedom fighter” atau
sebusuk-busuk ‘jembalang lucah’ seperti Adnan Yakob
atau seorang dungu seperti Ibrahim Ali akan tahu apa
yang dimaksudkan “demokrasi’ itu? Setakat ini kita
masih ragu-ragu!!
Nampaknya hak memilih ditangan 2000 lebih Perwakilan
itu telah dilupuskan oleh Bahagian-bahagian yang jadi
pencarum dalam kelompok 133 sokongan itu. Bermakna
2000 perwakilan dan 2.0 juta ahli UMNO “have been
taken for a ride”!!! Kena tonggang pundak
masing-masing macam Mahathir main kuda di ranchnya di
Argentina. Tapi ini kuda UMNO pula!!
Kalau ada yang dalam kelompok UMNO cuba nak merungut
pun, jangan salahkan siapa – salahkanlah diri sendiri
dulu. Kan kalianlah orang yang memberi segala macam
“prerogatif” kepada Mr. Presiden parti hingga beliau
kebal undang-undang, dan kata-katanya umpama “gospel
truth”.
Sedikit masa nanti, kalian tengok lah: akan nampaklah
cuma 50 orang MKT yang akan menentukan nasib 2.0 juta
ahli UMNO (kalau masih ada) dan 20 juta rakyat
Malaysia. Dalam konteks sebuah Regim Diktator, memang
sistem yang diamalkan hanya, “say what you will, I am
still the power to be..!!”.
Sistem Diktator Memang “Mencekik”
Sebuah Regim Diktator pun mengamalkan “demokrasi”
juga. Kalau salah tafsir, saling tak tumpah seperti
amalan demokrasi biasa. Ada pemilihan, ada undian, ada
kempen, ada sanjungan termasuk ‘dabik-dabik dada’.
Tapi jangan tak sedar, dicelah-celah itu ada
‘dengki-khianat, dendam-fitnah, zalim,
berkomplot-konspirasi, tipu-helah, adu-domba, ugut
mengugut” segala bagai. Itu demokrasi ala diktator
namanya!!
Jika seseorang itu engkar dan cuba memecah ‘saf
jemaah’, tolong sedar diri sikit – jongos-jongos
Diktator akan memainkan peranan. Kalau Caucescue ada
‘Sekuritate’, Shah Iran ada ‘Savak’, atau Hitler ada
‘Gestapo’; Diktator ala Malaysia ada “SB”.
“SB” di Malaysia adalah ‘abdi’ upahan yang akan ikut
arah telunjuk “ketua besar”. Walau sekalipun disuruh
makan ”taik dan jilat punggung” tuannya, sumpah 1000
kali – pasti mereka makan!! Mereka itu terdiri dari
Peguam Negara, Ketua BPR, Ketua Polis Negara, Hakim
Negara dan hakim-hakim pilihan, dan lain-lain.
Bermakna definasi “SB” bukan setakat “Special Branch”
saja, malah sudah meluas hingga boleh ditafsirkan
“Sons of Bitches”.
Kita sudah tengok bagaimana Rahim Nor dan
‘gangster’nya boleh pukul Anwar hingga separuh mati.
Akhirnya, AG akan rancang komplot supaya kes itu
dipendam berbulan-bulan. Ia hanya dibicarakan bila
hukuman dipersetujui serengan-rengan mungkin – paling
tinggi seimbang ‘compound’ langgar ‘traffic-light’
saja. Dalam sistem diktator, semua pihak akan dicekik.
Yang terlindung hanya mereka yang disekeliling
‘diktator’ itu saja.
Itu sebab Rafidah Aziz disahkan oleh BPR sebagai
“tidak ada kes”. Rahim Thamby Chik tak rogol gadis
sunti itu. Mohd. Taib ada wang RM35 juta bukan dari
hasil rasuah. Daem Zainuddin tak terima wang ratusan
juta dari Korporat – itu hadiah macam ‘ang-pau’ Gong
Xi Fa Cai saja.
Mahathir tak faraitkan kepada kroni-proksinya Eric
Cheah berbillion-billion hingga PERWAJA muflis
tunggang-langgang. Abdullah Bedawi tak salah bagi
kontrak 15 tahun terus-menerus kepada bapak mertuanya,
macam-macam lagi!! Najib tak kena tangkap basah dengan
artis sebab Md. Isa Samad ada di sebelah bilik –
sama-sama stand-by (mungkin juga sedang berkuda – dgn
maaf mencarut sikit)!! Begitulah ketat dan eratnya
jalinan komplot “SB” itu. Sudah jadi semacam “Mafia”.
Akhirnya, yang akan dipertanggungjawabkan melunaskan
hutang-piutang negara dan segala macam dosa mereka
adalah rakyat, generasi yang akan datang,
cucu-cicit….. Akan TERCEKIK lah semua!! Mereka yang
merancang dan melaksanakan yang busu-busuk itu akan
terlepas hukuman dunia dan dapat faedah. Mereka
‘bungkus’ baik-baik segala harta rompakan itu,
kemudian berhijrahlah mereka ke merata pelusuk dunia,
mencari tempat yang lebih selamat. Akan hiduplah
mereka “happy ever after”. Itulah cerita “fairy tale”
UMNO!!
Mungkin akan ada yang menunggang kuda di Argentina,
bersiar-siar di Texas ranch, atau menikmati kehebatan
“My Way” dan roh Frank Sinatra di Broadway, makan di
Las Vegas dan main judi rollete di Macau…!!
Bagaimana hidup Rakyat marhain di kampung dan pinggir
bandar. Bagaimana? Aduhai…merengkoklah mereka duduk di
pondok buruk beratapkan zing berkarat. Menagislah
anak-anak kerana tidak bersepatu ke sekolah. Sementara
itu, pemimin yang korap dan rasuah akan hidup dalam
mahligai. Kaki mereka tidak akan jejak ke bumi lagi!!
Kuasa memang mengkhayalkan!!
UMNO Sedang Main Wayang
Makin hari makin jelas, UMNO akan terus-menerus
mengekalkan sistem ini. Najib yang jadi ‘Mr. Speaker’
kelompok ini bila ditanya mengenai sama ada cara
‘demokrasi’ UMNO itu akan dilaksanakan pada pemilihan
akan datang; beliau dilaporkan sebagai berkata: "Kita
akan lihat perkembangannya nanti. Jika ia mengukuhkan
parti mungkin boleh diteruskan, jika tidak, mungkin
ada cara lain," katanya
Kan? Kan? Kan? Dalam UMNO, proses Demokrasi ala UMNO,
memang jelas. Mereka adalah terbuka!! Setiap kali
jaguh-jaguh mereka main “Bola”, tiang gol akan
bergerak mengikut mana arah “Bola” ditendang. Begitu
sekali hebatnya “demokrasi” UMNO. Kalau peraturan yang
dulu tidak akan mempastikan seseorang itu menang, maka
akan ditukarlah syarat dan peraturannya. Yang penting
ialah: PRESIDEN ‘yang itu’ mesti dimenangkan!!
Kononnya “demi perpaduan”. Oppppsss…”Demi
Perpaduan”..!!
Memang pandai UMNO main wayang. Kalau “Star Wars” itu
mengkhayalkan, nampaknya “Jurasic Park” UMNO melebihi
semua keluaran Hollywood! Mungkin, ini semua kerana
Producer teragungnya berketurunan zuriat
“Bollywood”..!! Akhirnya pemimpin UMNO semua bertukar
jadi spisisi “DEAD-WOOD”….!!
Maka terhimpunlah dalam kelompok ini – bermula dari
‘ulamak suk’ seperti Hamid Osman, Yusof Nor, Hamid
Zainalabidin, Dusuki Ahmad, Zainal Kadir dan mereka
yang sewaktu dengannya, hinggalah kepada pelucah
seperti Adnan Yakob dan perogol bersiri pengapit
kanannya – mereka akan dihimpunkan!! Maka Mahathir dan
Abdullah Bedawi akan panggil media cetak dan
jongos-jongos mereka di TV menyebarkan berita yang
memberi makna: “Siapa menentang UMNO/BN, mereka adalah
memecah Perpaduan..!!” Itulah dia wayang UMNO!!
Cantikkkkkkk…!!
Hilangi Gelap Nampak Terang
Alhamdulillahhhhh…..!! Berkat tidak putus-putus
memohon petunjuk dari Allah setelah berusaha
sedaya-upaya, sekarang orang Melayu dan orang Islam di
negara bertuah ini telah dibisikkan hidayah dari Allah
swt. Dari sepuluh, 9 orang akan berkata: “UMNO bukan
untuk orang Melayu lagi, UMNO bukan parti perjuangan
menegakan kepentingan orang Melayu lagi!! Umno sudah
hilangan matlamat perjuangan. UMNO hanya bertujuan
untuk mengisi tembolok rakus segelintir pemimpin yang
seongkol. UMNO telah menggadaikan kedaulatan orang
Melayu kepada pihak lain. UMNO tidak mencermin
ketuanan politik orang Melayu!! UMNO is NOT
representational”.
Jika selama ini Pembangkang yang sengaja disembunyikan
dalam gelap oleh pemimin UMNO/BN, dengan berkat
pengorbanan pedih seorang anak rakyat yang prihatin
seperti DS Anwar dan regu-regunya; Pembangkang telah
disinari cahaya gemerlapan menyilaukan mata para
pemimpin UMNO memandang!!
Jika dulu Islam yang diperjuangkan PAS menjadi ejekan
Mahathir dan jongos-jongosnya (orang Islam tu, bukan?)
TETAPI hari ini siapa sangka DAP (sebuah parti bukan
Islam) mengakui bahawa perjuangan menegakkan
KEBENARAN, KETELUSAN dan KEADILAN yang bawakan PAS itu
adalah selari dengan tuntutan manusiawi tanpa mengira
bangsa, klas dan ugama. Maka UMNO yang makin kecundang
telah naik berang!!
Firaun Juga Yang Malang
Untuk peringatan saja (lebih-lebih lagi untuk diri
saya): kerana si Firaun terlalu berang kepada Musa
a.s. maka dikejarnyalah rasulullah itu hingga ke
pinggir Laut Merah. Apabila dilihat Musa dan
pengikutnya terlepas menyeberang, maka diikutnya
pulalah laluan dari rekahan laut yang terbentang.
Kerana Allah swt. itu Maha Pengasih lagi maha
Mengasihani; ditemukan semula oleh Allah swt laut yang
berruang panjang.
Apa sudah jadi? Tak payahlah kita bincang-bincang.
Nanti orang kata, “Nak bersuluh dalam terang”. Kita
tunggu sajalah bila UMNO/BN akan tumbang!! Insyaallah,
semoga Gagasan “GELITA 14” (BLACK 14) itu akan
diberkati Allah swt. seru sekelian alam!!
Selamat anda berjuang!! Amin Ya Rabbul alamin!! Allahu
Akbar walillahilham!!
Catatan:
Ditulis sebagai mengahargai usaha saudara kita yang
mengusahakan Gagasan itu. Saya masih dalam perjalanan
panjang. Cuma ini sedikit sumbangan yang termampu.
Amin Sapiro
(ahli UMNO atas Pagar Berduri)