Orang Melayu hari ini tidak mau lagi berbincang atas
perkara-perkara yang remeh-temeh. Walau di warung atau
dimana-mana, makin berbincang pelbagai perkara yang
saban hari makin menekan kebebasan mereka. Zaman orang
Melayu berremeh-temah sudah tamat tempoh. Dulu
bolehlah merengek macam bayi lapar susu. Kini bayi
itu sudah sepatutnya besar panjang. “Udah kering
lampin, tak lagi hingusan!!” kata orang Perak. Gusi
dah tumbuh gigi – 32 batang, dengan taring makin
panjang!!
Belum Matang
Malangnya, masih ada bayi-bayi “overaged” dalam
deretan pemimpin puak UMNO yang bertele-tele macam
budak-budak yang kencing dalam celana. Kadang-kadang
makin merimaskan karenah mereka. Rakyat terang-terang
bersemangat untuk bertindak dan berusaha gigih
memajukan negara ini ke alaf baru yang mencabar.
Malangnya pemimpin yang mentadbir bercakaran sesama
sendiri. Keadaan malapetaka yang timbul semata-mata
kerana mereka terlampau rakus mahu berkuasa.
Bagi mereka kuasa itu adalah punca yang akan
menghalalkan mereka berlaku rakus mengisi tembolok
tanpa memikirkan kesan akibahnya kepada rakyat jelata.
Bagi mereka, hilang kuasa hidup mereka akan menderita.
Puncanya, mereka sudah terlampau dalam tertimbus dalam
lumpur rasuah dan salahguna kuasa yang pasti akan
mengheret mereka ke mahkamah rakyat!!
Mahathir sendiri adalah Perdana Menteri paling dayus
dalam banyak-banyak pemimpin dunia. Beliau tanpa
segan-malu menggunakan sebarang ruang undang-undang
untuk mewujudkan kekebalan “palsu” keatas dirinya.
Walhal, tindakan beliau adaah mengancam dan menggugat
hak asasi manusia dan kewibawaan undang-undang. Inikah
pemimpin yang diagung-agungkan UMNO untuk diserahkan
kepada rakyat?
Balas-dendam Satu Perjuangan UMNO?
Makin nampak kepada rakyat dan dunia bahawa pemimpin
UMNO/BN makin menjadi-jadi mengambil sikap membalas
dendam. Malangnya, yang didendami itu adalah rakyat.
Umpama sebuah rumahtangga yang tidak tenteram,
pertengkaran suami-isteri menyebabkan kesejahteraan
anak-anak yang terancam. Apakah rakyat sudah tersilap
pilih parti yang kununnya paling unggul untuk
mentadbir rakyat dan negara ini?
Apa yang rakyat lihat sekarang, UMNO makin bercakaran
sesama sendiri. Percakaran mereka kian tidak nampak
berkesudahan. Bagaimana mereka mampu menangani 1001
macam masalah negara?
Adalah wajar mereka memandang kedalam diri mereka
sendiri, apakah mereka yang bergelar pemimpin
berjawatan kerajaan itu betul-betul matang dan ada
kaliber?
Kalau mereka dari golongan bertaraf ketua Cawangan,
tak ada orang nak pandang sebelah mata. Tapi kalau dah
jadi Ketua Menteri, Menteri Besar, Menteri Kabinet pun
nak macam budak-budak perlu ditimang-timang,
bagaimana??!!
Kita seringkali melihat negara asing, bagaimana
pemimpin mereka bersikap tegas, berwibawa dan
berkesanggupan memikul tanggungjawab, berhadapan
dengan kenyataan. Kita ingin juga pemimpin kita
bersikap begitu. Paling kurang kita akan dapat nama.
Teringat kita, DS Anwar sekian tahun dipurukkan dalam
penjara. Hari ini diaibkan, difitnah dan dicela pula.
Tapi orang tak nampak dia mendengus dan meremeh-remeh
macam anak lapar susu. Dia teguh menegakkan prinsip
diri. Baginya – tiap-tiap perjuangan memerlukan
pengorbanan.
Bandingka Mahathir? Kita rasa amat keciwa bila ada
pemimpin yang cari jalan keluar dengan mudah. Mahathir
Mohammad pakai perisai kebal tak mau diheret ke
mahkamah. Macam-macamlah olah-karenahnya. Kalau kita
rasa bosan memang dah sudah. Tapi kini dah naik malu
bila berhadapan dengan orang asing bila kita ditanya,
“Hei..kenapa masih dilantik PM macam itu lagi? Mana
kepala hotak anda..!!”.
Bandingkan pula si Zahid Hamidi. Belum sempat tukang
ugut tanggalkan celananya, kencingnya sudah mendidih,
melorot membasahi pesak seluar!! Murad pun begitu –
sekarang sudah ‘cabut’ entah kemana!!
Aduhai…MALU rasa muka ini. Tebal macam belulang
kering. Malangnya, orang luar tidak tahu majoriti
orang Melayu sudah lama menyingkirkan Mahathir dan
UMNOnya dari lubuk hati ini. Tapi masakan mereka tahu,
sebab Mahathir sentiasa mengakui bahawa “UMNO adalah
parti orang Melayu”!! Maka kita yang jadi orang Melayu
dan penganut Islam turut terseksa dimalukan kerana
menjadi orang Melayu – semata-mata UMNO sudah tidak
macam parti “Manusia”..!! Terlalu hina. Busuk. Zalim.
Korap. Segala macam penghinaan ditempekkan kepadanya!!
Ali Rustam – “Budak Gila”?
Pada mulanya kita fikirkan Ali Rustam akan bersyukur
kerana setelah 10 kali ulang membilang undi, baru dia
diistiharkan “menang”. Pada mulanya beliau lingkop
habis hancur, kalah kecundang undinya meleset langsung
tak menang. Sesudah bertengkar dan ada pula peti yang
kununnya belum dikira, barulah dia dikira menang.
Mungkin ada ‘pelesit-jembalang’ dalam peti undi itu
yang duduk berconggok melukis tanda (X) atas perakuan
SPR.
Tapi, yang kita paling sakit hati sekarang, tak
satu-satu penyakit yang dijangkitkan kepada rakyat
massa. Tahulah kita yang lepas-lepas apa dianya. Tapi
yang terbaru ini memang melanggar Perlembagaan Negara.
Masakan tidak!! Mana dalam Perlembagaan yang menyekat
mana-mana rakyat untuk hilir mudik melawat mana negeri
di Semenanjung ini?
Dulu zaman Melaka dibawah Portugis, Belanda dan
Inggeris, Kerajaan Penjajah itu tak sekat orang Melaka
pergi kemana-mana. Cuba si Ali tu rujuk Hikayat Munsi
Abdullah, beliau pergi ke negeri Pantai Timor –
Stamford Raffles tak tegah!! Tak larang. Habis kenapa
zaman UMNO memerentah ada undang-undang lebih ketat
dari Penjajah? Remeh, kan?
Kita hairan, apa sebab sebuah replika “Tembok Berlin”
didirikan oleh puak UMNO disempadan Terengganu dan
Kelantan bagi menyekat orang Melaka jangan
menyeberang? Kalau zaman emperor Cina mendiri tembok
panjang 1000 batu merentas benua; kita nampaklah
manasabahnya.
Begitu juga, kalau kota Melaka didirikan Portugas
untuk menyekat orang Melaka menyerang soldadu Portugis
yang melakukan maksiat didalamnya, memang ada
logiknya!
Yang kita tahu, tembok Berlin didirikan supaya
kominis tidak melihat kemajuan yang dibawa oleh negara
demokrasi disebalik tembok itu.
Bebal Pengetahuan Mengenai Perlembagaan Negara?
Mungkinkah sekarang Ali Rustam dan UMNO sedang
mengadaptasi teori “segregation” ala Kominis Russia?
Mahathir adalah antara mereka yang terang-terang
sedungu-dungu manusia memperakukan tindakan Ali itu
sebagai wajar. Mungkin juga Mahathir sendiri yang
punya angkara!! Jika tidak mustahil begitu
berdegil-degil Mahathir memperakukan tindakan Ali
Rustam sebagai ‘berpatutan’.
Perbualan saya dengan seorang peguam berilmu mahir
dalam Perlembagaan Negara menjelaskan, ketiga-tiga
arahan, tindakan dan perbuatan Ali Rustam selama ini
adalah bertentangan dengan Perlembagaan. Perlembagaan
Negara terang-terang menjamin kebebasan rakyat.
Kebebasan adalah sebagai hak asasi yang memberi
hak-hak tertentu yang tidak boleh digugat oleh
sebarang parti politik dan pentadbir di negara ini.
Itu adalah ‘essence’ demokrasi yang teras, dan ia
terang-terang terkandung dalam Perlembagaan.
Dalam perbualan rengkas kami, antara perkara yang
disebut oleh beliau ialah:
a) Ali telah melanggar Artikel 8 Perlembagaan Negara
yang menjamin kesamaan hak (equality) kepada semua
rakyat dari segi undang-undang. Dengan itu, tegahan
pelbagai bentuk dan cara yang dilakukan oleh Ali dan
dibenar, sokong dan alu-alukan oleh Mahathir Mohammad
menunjukkan mereka berdua adalah penggugat hak asasi
rakyat,
b) Arahan Ali adalah satu penindasan dan diskriminasi
terhadap hak asasi asas seseorang, hak-hak
Perlembagaan yang menjadi teras demokrasi rakyat di
negara ini,
c) Ali menafikan hak rakyat untuk memilih dan
menyokong mana-mana parti politik yang yakininya,
dengan arahan itu bermakna Ali telah melakukan satu
penindasan hak keatas rakyat.
d) Arahan yang boleh menggugat demokrasi dan perpaduan
kaum seperti yang dilakukan oleh Ali adalah sesuatu
yang bertepatan untuk dicegah dan dituntut oleh rakyat
supaya dimansuh dan batalkan.
Mungkin Ali Rustam dan Mahathir menganggap remeh
perkara sebesar itu. Dengan melakukan ‘constitutional
violation’ yang melibatkan hak asasi rakyat dari segi
undang-undang yang dijamin oleh Perlembagaan, bermakna
rakyat boleh membawa perkara ini ke Mahkamah, kata
beliau. Jika ini tidak berkesudahan dengan keputusan
yang tidak memuaskan, kata kawan itu, rakyat boleh
membawa kes ini ke mahkamah antarabangsa di Den Hague
(The Hague, Netherlands).
Cuba Ali Rustam, Mahathir Mohammad, Rais Yatim dan
seluruh pemimpin UMNO yang mewakili rakyat, bahagian
mana Perlembagaan dan undang-undang yang menghalalkan
tindakan mereka itu sah dari segi Perlembagaan.
Jika Musa Hitam jaguh “Hak Asasi Manusia” di arena
antarabangsa, cuba bincang dan ambil pandangan dunia,
apa sebenarnya Kerajaan UMNO/BN ini sudah jadi? Adakah
negara ini sudah diterajui oleh sekumpulan orang-orang
“gila”?
Pembangkang Makin Berwibawa
Makin nampak bahawa Pembangkang makin disanjung oleh
rakyat kerana membebaskan mereka dari cengkaman
pentadbiran ala “Kominis” yang sedang diterap oleh
para pemimpin UMNO!! Langsung tak terfikir dalam benak
kepala kita betapa bebal, dungu dan bodoh
bangang-ketetelnya arahan kelompok manusia UMNO yang
makin jelas sewel dan hilang kewarasan seorang
manusia.
Apakah negara ini sedang mengalami zaman gelap? Jika
benar, maka bertepatanlah imbaun Gagasan “BLACK 14”
itu. Mereka segigih itu berjuang menegakkan satu zaman
baru demi membuka semula pintu-pintu yang terkunci
hingga rakyat dikurung dalam ruang gelita didalamnya!!
Malangnya, setakat ini kunci pintu itu berada diluar
bilik itu. Namun akan sampai masa kunci itu akan
berada ditangan mereka yang dikurung.
Rakyat yang prihatin tentu nampak mesej disebalik
gagasan (kalau boleh disebut gagasan – perbetulkan
saya) itu. Apatahlagi, jika ia memberi imbasan bahawa
kita sedang terperangkap, terjerat dan tercekik oleh
sebuah Regim keparat yang tidak mengenal Neraka dan
dosa!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)