Ramai yang mengagak, Dr. Mahathir pasti akan
menyalaherti dan mengelirukan sebarang perbuatan parti
Pembangkang, atau mana-mana individu dikalangan rakyat
yang melakukan sesuatu yang difikirkan beliau sebagai
menggugat kedudukan peribadinya selaku “pucuk
pimpinan tertinggi” dalam hiraki regim keparatnya.
Sifat dan sikap Mahathir itu (memang menjadi identiti
sikap kepimpinan dalam UMNO) sudah tidak asing lagi
bagi rakyat. Rakyat yang makin faham siapa Mahathir
dan regimnya akan berkata, “Kan Mahathir Diktator.
Mana ada diktator dalam dunia ini yang sanggup
menerima kritikan …!!”. Jadi, kalau ada rakyat
berkumpulan 5 orang dan lebih, maka mereka boleh
dikenakan tindakan ISA. Main tu? ISA!!
ISA – Akta “Jurasik”
Sebut pasal ISA, satu dunia terperanjat besar – tak
sangka Malaysia yang kununnya memperjuang hak Asasi
Manusia masih mengamalkan cara paling kuno untuk
menyekat rakyat menyatakan sesuatu yang terkilan
dihati.
Kalau nak ditakrifkan dari segi definasi ISA:
sekiranya ada rakyat berkumpul untuk buang air kecil
sekaligus 5 orang atau melebihi 5 dalam satu tandas;
maka tindakan ISA boleh dikenakan keatas mereka.
Kerana, berkumpul lebih orang itu menyalahi Akta ISA –
boleh ditangkap, diberkas – tak payah dibicarakan.
Boleh jadi diorang berpakat nak tumbangkan Kerajaan
Mahathir sambil buang air kecil dalam tandas? Memang
mudah melanggar Akta ISA!
DS Anwar dituduh, difitnah dengan kes “liwat”, tapi
Anwar dikenakan tahanan dibawak Akta ISA. Tapi Azizan
yang ditangkap basah, Rahim Thamby Chik yang dituduh
rogol gadis sunti, Rahim Nor bekas Timb. Perdana
Menteri separuh mati – dikenakan ikat jamin saja. Itu
bukan kes ISA. Adnan tunjukkan isyarat lucah
disaksikan oleh 10-20 orang tak apa. Mahathir akan
justify sebagai berpatutan! Tapi cuba sesiapa yang dah
meluat sangat ludah muka Mahathir? Itu ISA!!
Memang padanlah sesiapa yang ditangkap dibawah Akta
ISA tak payah dibicarakan, sebab jika dibawa ke
mahkamah, kelak Hakim nanti akan tanya, “Mengapa
berkumpul 5 orang?”. Tentu orang yang berlima itu akan
jawab, “Your Honour, the call of nature panggil sekali
5 orang nak buat camana tuan…!!”. Mungkin hakim akan
tertawa terbahak-bahak – mentertawakan betapa lucunya
undang-undang bawah ISA yang mungkin akan menggalakkan
sakit buah pinggang.
Nampak sangat Akta itu membezakan “haiwan” dari
“manusia”. Di Malaysia, lebih selamat jadi sekawan
kambing dari menjadi sekawan manusia. Begitu sangatlah
kununya. Lebih kunu dari undang-undang orang zaman
Jurasik!!
Memang itu cerita paling bodohlah. Tetapi logiknya,
sebarang individu yang berkumpul lebih dari 5 orang
atau lebih tanpa kebenaran polis, mereka boleh
ditangkap dan dikenakan tindakan bawah Akta ISA. Itu
pasti.
Jika ada orang mengatakan cerita itu sangat melucukan,
begitu jugalah lucunya kenyataan Dr. Mahathir menuduh
perhimpunan rasaksa’ yang dianjurkan oleh parti
KeADILan pada 15 Mei ini yang diberi nama “BLACK 14”
itu (terjemahan saya – Gelita 14, maaf, itu sekadar
menterjemahkan saja).
Mahathir Gemarkan Kenyataan Mengelirukan
Mahathir siang-siang telah mengelirukan keadaan dengan
berkata, “Saya dengar KeADILAan akan mengadakan
demonstrasi pada 15 April untuk memperingatai sesuatu
dan mereka bersedia memukul polis, membawa senjata dan
kayu. Mereka akan membuat molotov cocktail dan
pelbagai benda lain. Sekarang berlaku keadaan
dikalangan Pembangkang yang menjurus kepada pergaduhan
dan pecah undang-undang untuk menunjukkan rasa tidak
puashati”. Dengan itu mahathir menyeru rakyat jangan
ambil bahagian!! (cabutan dari AFP dari sumber
Bernama).
Soalan yang ramai orang tanya kepada Mahathir ialah:
sejauhmanakah kebenaran kenyataan beliau dan apakah
bokti yang ada dalam tangannya yang mengesahkan
bahawa:
a) perhimpunan itu ‘bersedia memukul polis’?
b) mereka membawa senjata dan kayu?
c) Mereka membuat molotov cocktail dan pelbagai benda
lain?
Yang paling ingin sangat orang nak tanya: Apakah
kenyataan Mahathir itu benar, kununya “Sekarang
berlaku keadaan dikalangan Pembangkang yang menjurus
kepada pergaduhan dan pecah undang-undang untuk
menunjukkan rasa tidak puashati”? Mana bahagian
undang-undang yang Pembangkang sudah pecah untuk
menunjukkan rasa tidak puas hati?
Mahathir Makin Bertentangan Dengan Rakyat
Kebelakangan ini, yang paling jelas nampak oleh semua
orang satu dunia adalah: Dr. Mahathir lah antara
pemimpin UMNO/BN yang makin terang-terang memutarbelit
kenyataan udang-undang hingga mengelirukan bukan saja
rakyat negara ini, orang Melayu dan orang Islam; malah
seluruh dunia makin tidak yakin buah-butir perhetongan
beliau. Jika kutip secara rambang anatara perbuatan
dan cakap Mahathir selama ini, kita nampak perkara
berikut:
1) Mahu letak jawatan
Sudah hampir “berbulu” telinga rakyat mendegar
Mahathir akan meletakkan jawatan, berundur dan
menyerahkan jawatan PM kepada peggantinya. Namun
sampai hari ini, kita nampak Mahathir terconggok macam
tunggul buruk tak kunjung reput – tak habis-habis
memberi 1001 macam alasan bohong yang mengeirukan
kepada rakyat apa sebab orang lain tak layak
menggantikan beliau. Sebaliknya beliau memaksa UMNO
supaya memilih dirinya secara “tak payah bertanding”
supaya dilantik terus jadi Presiden parti. Dialihnya
lah tiang gol 100 kali, supaya dirinya akan terus jadi
presiden dan PM…heheh…nampaknya sampai mati!!
Makin hari makin terkulat-kulatlah Dollah Bedawi macam
cicak makan kapur, menunggu bila masa “buah jering
kotai itu akan lekang – jatuh dari rantingnya”!!
Hai…nasib hang lah Dollah!! Kan ada bidalan orang
Melayu “Tangkai jering”..?!! Sampai bercambah pun
takkan gugur. Terkulat-kulat lah hang, Dol..(kata
Mahathir dalam hati sambil.. panamaaaaaa…KETAWA
dekah-dekah!!). Nak percayakah cakap Mahathir lagi?
2) Anwar berperangai lucah
Perlucutan Anwar dari semua jawatan Kerajaan dan
parti; mengikut versi Mahathir adalah disebabkan
kununnya Anwar berperangai lucah. Beliau dituduh
meliwat. Mahathir sendiri bercakap keliling dunia
melalui CNN menjelaskan secara komitted kununnya
beliau ada bokti. Berbuih-buih mulutnya mengatakan
kununnya beliau sendiri dah berjumpa dan bercakap
dengan pelacur dan orang yang diliwat oleh Anwar.
Begitu sekali!
Tetapi bila sampai masa Mahathir dituntutan oleh
peguam rakyat supaya diheret ke mahkamah untuk memberi
bokti, Mahathir (secara sinis kita kata: Mahathir yang
sama, dan bukan Mahathir yang lain) mengeluarkan
kenyataan putar belit kununnya dia tak tau cerita yang
mengaib dan memfitnah Anwar itu. Oleh itu kesaksiannya
di mahkamah tidak releven. Nampaknya keputusan
mahkamah itu dia dah buat sendiri.
Hai? Apa sudah jadi? Mau selindung bawak ketiak AG
lagi kah? Itu tak langgar undang-undang kah? Mana
pergi kepala hotak, hah? You just turn the law of the
land into a mockery, hah?
3) Anwar cedera diri sendiri
Setelah Anwar dibelasah hampir mati oleh Rahim Nor,
Mahathir dengan muka ‘kering’ bercakap keliling dunia
kononnya Anwar cederkan diri sendiri. Begitu yakin
beliau bila bercakap. Walaupun orang tak percya dengan
kenyataan sewelnya, namun Mahathir macam naik bengis
kerana orang tidak percaya pengyakinannya.
Akhirnya Rahim Nor KPN sendiri mengaku: “Memang saya
belasah Nuar. Dia panggil saya KPN “bapak
anjing”..!!”. Mengaku Rahim di mahkamah memang dia
yang belasah Anwar. Habis, mana muka Mahathir mau
taruk lagi. Celah kangkang siapa pula untuk
berlindung? Nak percaya lagi cakap si sewel nyanyok
Presiden UMNO ini?
4) Sanggup ke Mahkamah
Kemudian timbul isu Mahathir mengaku sanggup ke
mahkamah sebagai saksi dalam tuduhan keatas Anwar.
Peguambela Anwar berbuih mulut terharap-harap berpuluh
kali meminta mahkamah mengeluarkan sapina keatas
mahathir.
Setelah sapina diserahkan (dengan 1001 macam halangan
dalam proses menyerahannya); akhirnya Mahathir
membalas. Katanya, “mana soalan peguam supaya dia
boleh fbuat persediaan dan fikirkan dengan Peguam
Negara untuk menjawab”.
Hai? Mana ada jalan itu macam, Madey. Kalau hang dah
curi ayam, tak kan peguam tuduh hang curi unta, kan?
Pi lah ke mahkamah, nanti Fernando, Karpal dan Raja
Aziz tahulah apamacam nak “seghetu” kepala hang!! Itu
baru padan muka, kan?
Kemudian, kali terakhir baru-baru, Mahathir hantar 14
muka affidavit menafikan kesesuaian beliau sebagai
saksi. Padahal, kesaksian beliau akan memberi peluang
paling berharga kepada Mahathir sendiri untuk
mengangkat sedikit MARUAHNYA yang sejak dua tahu
silam sudah hancur-lebur macam nangka busuk;
membolehkan beliau ruang luas lagi keemasan untuk
menempelak Anwar secara berdepan memboktikan bahawa
Anwar betul-betul melalukan perbuatan aib itu (seperti
tuduhannya kepada seluruh dunia). Tapi mengapa si
Mahathir ni tak ambil peluang itu? Kecut kaaaaa?
Walaupun kesaksiannya di mahkamah akan menentukan
Anwar bersalah atau tidak, dengan itu seluruh dunia
kan dapat menyaksikan siapa di pihak yang benar/salah
– Dr. Mahathir menolak. Tidakkah manasabah kerana
Mahathir enggan ke mahkamah – satu dunia akan mengcap
beliau, “Manusia paling pembohong hidup-hidup..”,
siapa yang akan bela dia? Masyarakat ‘pigme othentot’
yang terhindar dari arus tamaddun dunia itu pun ada
peraturan tradisi untuk memboktikan antara yang
bersalah dengan yang benar. Apa sudah jadi dengan
seorang Perdana Menter yang digelar oleh Ibrahim Ali
sebagai jaguh “negara ketiga” yang ini?
Setakat ini, kerana karenah dolak-dalik Mahathir itu
sudah melampau garisan penamat, jika orang memandang
Pinnocett sebagi hina, Mahathir lagi hina. Jika orang
pandang Mobutu kejam, Mahathir lagi kejam. Kalau orang
mentakrifkan Hitler sebagai Diktator busuk dan zalim,
Mahathir seganda lagi busuk dan zalimnya. Masih lagi
Mahathir ini nak berdalih main “cak – cak” macam
budak-budak kindergarten yang masih menggonggong botol
susu?
ADNAN Yaakob tunjuk KEMALUAN..!! (Yaaaakkkk..!!)
Peristiwa Adnan Yakob yang tunjuk geraklaku “lucah”
dengan tanggan dan goyangan punggung sambil
menepuk-nepuk di khalayak puluhan ribu rakyat segala
bangsa di Sanggang (saling tak tumpah macam “Orang
Utan” mabok whisky on the rock); sepantas kilat
Mahathir membela Adnan.
Katanya, Adnan diprovok oleh penyokong Pembangkang
kerana mereka yang mula menunjukkan “kemaluan”
(konon). Dengan lain perkataan, Mahathir membayangkan
bahawa disebabkan Adnan Yakob yang “semulajadi”
berakhlak kotor hina dan berbudaya “mengejek
perbuatan” orang (macam prangai “beruk biasa”), maka
logiklah Adnan berdansalah dengan karenah lucah!!
Itulah bayangan endorsemen Mahathir!!
Haikkk…? Itukah kualiti MB lantikan Mahathir menerajui
Kerajaan UMNO/BN Pahang? Bahagian hutan Pahang manakah
“Bapak Beruk” itu didatangkan kedunia bertamaddun
untuk dijadikan Menteri Besar dan mengetuai UMNO
Pahang? Kalau dulu “bapak anjing” dan “tuan” orang dah
tengok macamana rupayanya, mungkin kali ini makin
ramai tourist satu dunia ingin tengok bagaimana
“bapak beruk” dan gembala “bapak beruk” itu jika
dikurung dalam mana zoo negara!!
Yang semua orang tahu, waktu itu penyokong PAS
bertakbir Allahu Akbar!!.. Allahu Akbar!!…. Allahu
Akbar!! Sebagai tanda syukur kepada Allah calun mereka
telah selesai terdaftar. Tapi apakah Adnan
mentafsirkan – apabila orang bertakbir nama Allah
harus dibalas dengan geraklaku “lucah” dengan tanggan
dan goyangan punggung?? Itukah cara MB Adnan Yakob
mensyukuri nikmat sebagai respon memuji Allah?
Pun Mahathir anggap itu sebagai ‘approriate’ dan sah
diterima sebagai perangai terbaik. Siapa yang boleh
peracaya kepada cakap Mahathir ini lagi?
Mahathir “Cry Wolf”
Kali ini, Mahathir bercakap 100% melalui hidung
(talking through his nose) bila membuat kenyataan
bahawa penganjur Perhimpunan 15 April kununya
“bersedia akan memukul polis, membawa senjata dan
kayu. Mereka akan membuat molotov cocktail dan
pelbagai benda lain”. Tambah Mahathir lagi, “Sekarang
berlaku keadaan dikalangan Pembangkang yang menjurus
kepada pergaduhan dan pecah undang-undang untuk
menunjukkan rasa tidak puashati”.
Kerana orang dah banyak kali terkena dan dikenakan,
kali ini orang dah tak percaya lagi kepada cakap
Mahathir. Yang percaya bontang hanyalah “bapak-bapak
lembu UMNO spesis yang telah dikasi untuk korban”. itu
sajalah antara mereka yang terpedaya!!
Rakyat selebihnya AKAN lebih risau: kerana Mahathir
pasti akan menggunakan pelbagai macam kekerasan,
kekejaman dan PENCABULAN HAK ASASI MANUSIA keatas
rakyat yang berhimpun itu. Sudah menjadi tabiat
kebiasaan Mahathir bahawa penyakit “Demo-phobia”
beliau akan bangkit saja mendengar ada Perhimpunan.
Apatahlagi bila disebut “rasaksa”. Terbayang
dimatanya, bagai allahyarham Tunku dulu terpaksa letak
jawatan. Tak kan Mahathir nak letak jawatan pula!! Kan
impian beliau nak jadi PM sampai mati?
Memang Mahathir cukup-cukup takut berhadapan dengan
sebarang bentuk perhimpunan massa oleh Pembangkang.
Yang beliau rasa lega HANYA lah perhimpunan “pemimpin
bertemu rakyat” Acara UMNO. Kemudian, tengoklah nanti
Mahathir akan naik kepentas dan memulakan sesi Fitnah,
Cerca, Kutuk-mengutuk ‘merapu-rapu’ terhadap sesiapa
yang terlintas dalam benak kepala hotaknya.
Mahathir akan melontar fitnah keatas YAB TG Nik Aziz,
TG Hj. Hadi Awang, Anwar Ibarahim, Lim Kit Siang,
Karpal Singh. Beliau akan cakap kepada orang kampung
segala macam teori ekonomi yang tak pernah didengar,
menuduh berulang-ulang George Soros kerana telah
meranapkan KLSE hingga saham kroninya terpuruk jatuh
muflis!!
Kemudian Mahathir pun mulalah merapu-meracau mengutuk
Lee Kuan Yew, Amerika, CIA! Kemudian
dimomok-momokkanlah orang kampung kununnya Penjajahan
dan Agen Asing, sedang rancang nak rampas Kemerdekaan
negara, dll. Dia ada bokti.
Itu perkara biasa, KECUALI beberpa nama Mahathir tak
akan sebut, iaitu: Natanyahu, Hitler, Mobutu Sese
Seko, Caucescue, Fidel Castro, Nawaz Sharif, Marcos,
Soeharto, dan beberapa perompak harta rakyat marhain –
mereka semua itu terselamat dari kutukan Mahathir!!
Hahahaha…. Itu lah yang jadikan orang satu dunia
ketawa berdekah-dekah!!
Masih nak percaya igauan Mahathir kununnya anak
rakyat yang akan berkumpul pada 15 April itu akan
bawak ‘molotov cocktail, belantan dan senjata’ nak
pukul polis? Yang ada dalam rekod dan ingatan rakyat
ialah: orang yang lepas solat berjemaah di Masjid
Negara dibelasah luka-lebam berdarah-darah dan diheret
ke lokap Bkt. Aman. Kemudian rakyat diberi maklumat
yang salah, kununnya mereka yang di Masjid Negara itu
nak tumbangkan kerajaan!!
Issskkk…isskkk…rapuh sangat Kerajaan Mahathir ini ke?
Hingga, orang berkumpul 5 orang sampai tahap demo
aman, semua ditakrifkan sebagai “nak tumbangkan
Kerajaannya?”.
Ummphhhh…Sudah Tak Ada
Bermakna, cakap Mahathir sekarang tidak lagi ada
“Ummppphhh..” Jika 10 tahun dulu bila Mahathir
“terbersin” orang akan kata, “Saham akan merudum”!!
TETAPI hari ini bila Mahathir terlantar di IJN
sekalipun, pelabur asing akan kata, “Well … there is a
possibility of a turn-arround ini Malaysian Monetary
policy!” Dasar ekonomi Malaysia akan berubah, sebab
Mahathir mungkin dah “sampai waktunya”..!!”.
Bermakna, segala apa yang disebut oleh Mahathir ini
adalah ‘opposite’ dari kenyataan sebenarnya. Ini semua
berlaku kerana terlalu banyak kali sangat dunia
sejagat “diperkenakan” oleh Mahathir selama 2 tahun
ini. Maka dengan itu, orang mula ingat cerita “The
Sheppard and The Wolf”. Melalak-melaungah engkau –
satu umat pun tak akan percaya lagi!!
Walaupun segantang airmata mu dihamburkan di PWTC Mei
2000 ini, mungkin hanya Rafidah Aziz saja yang akan
meleleh airmata. Yang pasti, Ku Li akan KETAWA!! Dan
juga Dollah!! Itupun setakat dalam hati. Yang
bersimpati langsung tak ada!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)