Internet Sumber Maklumat Utama
KITA sebagai pembaca, banyak terhutang budi kepada
semua W/masters yang menyiarkan pelbagai rencana dan
tulisan para reformis rakyat. Tak kira, samada
pengendali Lamanweb yang masih beroperasi atau yang
ditangguhkan. Jarangkali kita berterima kasih kepada
mereka kerana berusaha gigih meluangkan waktu lapang
semata-mata mengedit macam artikel yang datang
mencurah-curah melalui e-mail. Kita boleh bayangkan.
Bagi mereka, tidak ada apa yang dijadikan sebagai
ganjaran. Sebaliknya mereka menanggung pelbagai
risiko. Bukan macam “Berita e-UMNO” yang dibayar elaun
ribu-ribuan. Komputer PC canggih, pakai ISDN line, 128
kps. Rosak sikit, datang orang betulkan.
W/master Lamanweb Reformasi, adalah menggunakan PC
biasa. Tak adalah secanggih mana. Maklumlah, yang
penting kepada mereka hanya kesinambungan perjuangan
yang diyakini bermakna besar kepada tanahair, bangsa
dan agama. Itulah yang meransang hati mereka. Ada yang
sampai larut tengah malam mengedit e-mail becekang
mata. Mereka tak mahu menghampakan perjuangan
sebangsa. Tak ada siapa yang memberi ganjaran kepada
mereka.
Banyak yang kita tulis itu tidaklah sehebat mana.
Tetapi itu adalah sumbangan mereka. Ada juga
kawan-kawan yang menyengat dan meransang jiwa dan
perasaan. Artikel Reformis mana Utusan Malaysia,
Berita, NST nak terima. Itu UMNO punya. Akan masuk
sampai dihumbankan oleh editornya!!
Tetapi, objektif mereka semua orang nampak jitu –
semata-mata bertujuan untuk memberi pihak
establishment kesedaran bahawa rakyat bukan bebal,
rakyat sudah sensitif politik, rakyat adalah rasional
dan rakyat sudah peka tentang hak mereka. Penulis itu
mahu rakyat biasa mengerti apa yang patut pihak
berkuasa lakukan. Selama ini sukar sangat rakyat
hendak memberi wakil rakyat Kerajaan makna ‘hak
rakyat’ harus dipelihara dan wajib faham.
Puncanya satu, iaitu hampir kesemua wakil UMNO/BN
telinga mereka tuli, dan mulut mereka terkunci bila
rakyat merungut mengenai salah silap kerajaan. Sebab
wakil rakyat puak UMNO/BN sudah macam “lembu-lembu
pawah” yang ditambat ke tiang – esok lusa akan
dilapah jadi daging korban!!
Rakyat yang mempunyai pendidikan dan sedikit sebanyak
berakal panjang lebih sejengkal dari pemimpin UMNO
dalam Barisan (BN), merasa berhak untuk menyumbangkan
buah fikiran. Mereka mahu cuba tunjukkan kepada mereka
semua bahawa Reformasi itu adalah satu gelombang
kebangkitan rakyat. Bukan kelompok rakyat yang wajar
diperhambat. Kalau dikaitkan dengan Anwar, bukan
bermakna mereka menjadikan Anwar itu “keramat”. Mereka
semata-mata mahu tunjukkan bahawa rakyat sedang
menuntut suatu “perubahan”, bermula dengan karisma
Anwar. Keadaan yg dilaksanakan oleh pemimpin UMNO/BN
sekarang sudah tidak ada makna kepada rakyat dan orang
Melayu. Sudah jadi milik persendirian.
Cuba kita fikirkan sama-sama (termasuklah pemimpin
UMNO atau mereka yang atas Pagar Berduri macam Wak
Amin Sapiro), adakah masuk akal orang Melaka tak
boleh pergi Terengganu dan Kelantan? Adakah pergi
Genting main rollette di Pusat Casino Genting tak
pulak dicegah – malah digalakkan?
Siapa Mahathir Fikir Dirinya?
Mahathir cuba menstrukturkan cara hidup (to structure
the way of life) dan pemikiran orang Melayu mengikut
cara beliau. Apakah Mahathir fikir orang Melayu tidak
ada budaya, tradisi, Raja berdaulat dan ugama? Jangan
Mahathir cuba fikir orang Melayu tidak “berbangsa”.
Mereka ada tanahair, bukan dari kaum merempat
suku-sakat pendatang haram kerana di negaranya bangsa
dan keturunan mereka adalah dihina!!
Titiplah sejarah kedatangan kerabat Mahathir yang
merempat datang ke negara ini. Inilah satu-satunya
‘by-product’ khianat penjajah yang telah merosakkan
peradaban anak watan negara ini. Jangan Mahathir cuba
merancang orang Melayu sejajar dengan “Malay
Delimma”nya, kerana buku itu hanya kitab Mahathir yang
telah “menipu” orang Melayu hingga UMNO sendiri
identiti asalnya. Buku itulah yang dijadi asas oleh
Mahathir bagi menyambung wadah penjajah yang sudah
lama dikikis oleh orang Melayu. Ingat Mahathir: Akan
sampai waktunya, peresmian membakar “Malay Delimma”
itu supaya orang Melayu tidak ada lagi kesan-kesan
Mahathir – supaya terkikis selamanya.
Orang Melayu tidak perlu berterima kasih kepada
Mahathir. Sebaliknya beliau sekeluarga harus
berterimakasih kepada orang Melayu kerana memberi
ruang kepadanya menjadi seorang zuriat pendatang
tinggal di Mahligai kencana, memutarbelit dan merompak
rezki rakyat watan dan mengkhiati bangsa Melayu yang
memberi kemakmuran hidup kepada suku-sakatnya.
Cuba semak, belum ada tercatit zuriat Mahathir
sebagai pejuang di negara ini menentang Potrugis,
Belanda, Inggeris, Jepun atau gorila komuinis.
Sebaliknya telah tersurat oleh Tun Seri Lanang, bahawa
Raja Mandeliar dan si Kitul lah yang telah merancang
khianat keatas pemimpin dan Raja Melayu Melaka purba
hingga kerajaan Melayu lemah. Saling tak tumpah
sekarang, agenda Mahathir hari ini sama seperti
agenda Raja Mandeliar dan si Kitul yang durjana.
Dalam senarai pejuang anti-Malayan Union, nama
Mahathir langsung tidak tersebut sebagai orang yang
pernah memikul bendera atau sepanduk. Mungkin pada
waktu itu, beliau belum lagi berkhatan. Atau namanya
masih terselit “anak lelaki kepada” (a/l). Malu
mengaku Melayu, kerana Mahathir sendiri mungkin tidak
yakin orang Melayu boleh Merdeka membebaskan negara.
Cerminlah muka dulu, baru boleh mempastikan diri mu
siapa sebenarnya. Belum lengkap satu keturunan zuriat
mu bermastautin di negara ini, sudah berangan-angan
mahu mengikis Sistem “Raja Berdaulat” orang Melayu
pula? Tak sabar-sabar pula cuba melantik diri menjadi
“Presiden Bayangan Pertama”? Dan menjadikan negara ini
“Republik Bayangan” pula? Dengan itu, dirinya akan
terlepas dari sebagai undang dan mengatasi
Perlembagaan negara? Mahathir bermimpi. Mungkin juga
sedang menganiaya dirinya!!
Hak dan Kebebasan Memilih
Orang Melayu sudah lama menuntut kebebasan menentukan
pilihan sesudah hampir setengah abad Merdeka.
Jangankan nak memajukan minda dan fikiran, kini
macam-macam belenggu dikenakan. Tak cukup kaki-tangan
digari, mulut dikunci, teliga ditulikan – sampai
kepala hotak pun nak “biolkan”? Banyak cakap, bijik
mata dilebamkan. Itu sudah ‘lebeeeee…..’!!
Barisan Alternatif adalah ‘saf jemaah’ rakyat – tidak
akan ‘padam’ lagi. Rakyat dan orang Melayu bersyukur
kehadrat Allah swt. atas kurniaNYA – kini ada seorang
hambaNYA yang mampu menyedarkan rakyat dengan karisma
dan dayatahan beliau. Rakyat mensyukuri pengurniaan
itu dan berdoa semoga diluruskan hati untuk
menyemarakkan keluhuran pengorbanan beliau.
Maka menulislah anak-anak rakyat merungutkan apa yang
terbuku dihati, supaya akan jadi cermin si puak
penggubal dasar – “bottom up bukan top-bottom
syndrom”. Seharusnya mereka yang berkuasa, bacalah
isi hati rakyat itu. Janganlah terus-terus anggap
salah dan dikelirukan. Mereka memberi pandangan
terbuka sebagai tanda mereka melihat dan prihatin
dengan apa yang boleh menjadikan negara, bangsa dan
ugama diangkat tinggi di mata dunia. Janganlah
tafsirkan secara keliru, kununnya mereka ada
“Pembangkang” – tak ada kerja lain bangkang..!!..
bangkang..!!.. bangkang..!!
Kalau persepsi puak Kerajaan bahawa Pembangkang itu
kerja mereka membangkang, maka sampai kucing bertanduk
“demokrasi” dalam negara ini hanya menjadi hak dan
milik kerajaan yang berkuasa. Itu sebab, hari ini
orang berkata, “Regim Mahathir macam Diktator!!”. Nak
salahkan siapa?
Hematnya, tak guna Kerajaan yang memerentah asyik
memikirkan apa yang mereka buat semuanya sempurna.
Rakyat sekarang dah celik, dah cerdik…bukan macam
zaman “tahun Wau” lagi. Rakyat boleh baca apa yang
berlaku di Parlimen, apa yang bincangkan, berapa ramai
MPs UMNO yang hadir dalam debat, berapa orang yang
nampak MPs UMNO/BN asik minum kopi di Kantin Parlimen
sebok cerita pasal projek sendiri – buat duit
juta-juta. Kemudian masuk dewan – orang tepuk dia
tepuk, orang sorak dia sorang, orang terlolong dia
meraung!! Ada pula yang tidor manjanggggg…. Sampai
pakgad Parlimen kejutkan, “Alahai…Datuk, Tan Sri, tak
nak pulang ke? Nanti Datin, Puan Sri No.4 datang
menyerang ke Parlimen….!!”.
Hinggakan, PM sendiri terjelir lidah bila diserang
oleh Mat Sabu, atau ada wakil MP BN yang mencarut di
sesi Parlimen!! Berapa punya musibat perangai busuk
yang memalukan itu hingga tidak menghormati kedaulatan
Palimen kita sendiri. Kalau nak melucah pun, belajar
sikit dari Adnan Yakob semacam di Sanggang. Pasti
Dollah Bedawi TPM dan Mahathir PM boleh bagi alasan
yang bukan-bukan untuk kelirukan rakyat kununnya
“beruk” putera Gunung Tahan itu sebenarnya kena
provoke, sebagai membalas rakyat melaung “Allahu
Akbar”..!!
Itupun, dalam internet, ada juga rakyat yang sedikit
‘kecut’ menulis ‘segarang’ yang mereka mahukan sebab
mengkertik kerajaan itu adalah satu kesalahan!!
Malangnya, jika dikendurkan, tak ada siapa nak ambil
peduli. Kerana dah terlampau bosan, nah! silakan puak
UMNO baca artikel Laman Reformasi. Sampai kuping
telinga merah, apa nak buatkan!! Hihihih…
Maka, dengan adanya kerjasama W/masters LamanWeb yang
sentiasa berusaha, dengan segala kebijaksanaan ilmu
IT, sekarang makin beranilah rakyat ‘meluahkan
pandangan’. Kadang-kadang terpilihlah kata-kata yang
tajam mengenai sesuatu isu yang sangat menyentuh hati
dan perimbangan kemanusiaan.
Mahathir Jadi Fokus
Kadang-kadang, secara purata, kebanyakan rencana dan
rungutan itu “menseligi” Dr. Mahathir dan beberapa
pemimpin Kerajaan yang membuat kenyataan macam orang
kurang siuman. Nak salahkan rakyat masakan boleh sebab
“Kutu-kutu haprak” dikalangan pemimpin UMNO ini
acapkali melampaui batas budaya bangsa yang
bertamaddun. Tengok apa jadi kepada Adnan Yakob, Rahim
Nor, Rahim Thamby Chik, Rafidah Aziz, Mohd. Taib, dan
mereka yang sewaktu dengannya – terlepas bebas diberi
perlindungan. Yang terkurung dekat 2 tahun,
Anwar..Anwar…Anwar!!! Semua mereka ada bokti yang
sahih, kecuali Anwar; yang lain menyokong – macam
Zahid Jamidi – mereka bebas diberi perlindungan.
Inilah penyebab segala gelodak-gelombang yang
menyebabkan politik, sosial, ekonomi, perundang dan
pentadbiran sebuah masyarakat Malaysia bertukar corak
menjadi kacau-bilau dalca ‘mamak’ yang basi hingga
keracunan makanan. Mahathir dan ‘haprak-haprak’
jongos-jongosnya jugalah yg mewujudkan budaya rasuah,
tipu, bohong fitnah, dendam dll. merosakkan budaya
sopan orang Melayu yang berteraskan Islam dan tradisi
unggul yang diturunkan zaman berzaman.
Mahathir telah menyebabkan orang Melayu berpecah
kepada pola-pola yang menyebabkan ada golongan yang
memandang jijik kepada golongan lemah, miskin dan
teraniaya. Satu masa kelak, kalau dibiarkan orang
Melayu mengikut cara Mahathir brfikir dan “beramal”;
maka orang Melayu tidak ada rohani lagi. Hilang.
Akhirnya orang Melayu akan makin berpecah-belah dari
sekarang, dan ugama Islam hanya jadi hiasan – ke
Makkah sebagai mencukupkan syarat (bila pulang kembali
bermaksiat), Hariraya sama spt Gong Xi Fat Chai, Maal
Hijarah jadi hari peringatan tak ada makna, Tilawah al
Quran cuma peraduan seni suara, Masjid-masjid jadi
bangunan untuk tourists, dan khutbah Jumaat jadi
saluran propaganda kerajaan, dll. Sekarang pun dah
mula. Masjid Putera Jaya jadi tarikan pelancung.
Mana-mana betina ‘mat saleh’ yang turun haid,
gasaklah… boleh masuk tengok seni khat dalam masjid
itu yang jadi perhiasan. Janji mereka datang bawak
US$. Kan Itu yang dipentingkan!!
Maka waktu itu Mahathir memanglah “menang” – tetapi
orang Melayu sudah kehilangan bayang. Kita tidak mau
org Melayu cuma setakat mengejar dunia hingga rohani
hilang entah kemana. Begitulah yang terjadi di Turkey
sekarang!! Kita pernah terbaca dan tahu serba sikit
mengenai sejarah Islam dan perobahan budaya masyarakat
Turkey, Bosnia, Yugoslavia, Romania, Albania, dll yang
satu masa dulu adalah negara yg “staunched muslim
states”.
Lapan ratus tahun Islam bertapak di kawasan negara
mediteranean (Turkey, Yugoslavia, Bosnia, dll); hari
ini tahap keIslaman majoriti umat Islam disana tak
lebih dari ‘inherited tradition’. Mereka sudah sampai
ketahap tidak tahu apa makna Islam dan apa intipati
ugama itu. Kerana itu mereka kembali ‘tidak bertuhan’
– jauh sekali dari mengucap dan mengenal syahadah
sebenar-benarnya. Jika dalam sebuah keluar 10 orang
anak, kita akan lihat tak lebih dari 2 orang yang
ambil tahu tentang Islam. Tetapi bila mengerja solat
dan rukun Islam, mereka keberatan. Bagi perbandingan
mereka, kehebatan hidup bukan penganut Islam (atheis,
kristian, dll) yg lebih berjaya mendorong mereka tidak
yakin dengan wujudnya Allah swt. Maka akhirnya mereka
terikut-ikut dan menjadikan budaya tak mengenal
syahadah itu sangat-sangat membanggakan.
Orang tak kata, Mahathir bertujuan begitu. Tapi
struktur yang dilakukan Mahathir hari ini akan
berkesudahan begitu. Contohnya, orang kayaraya tidak
lagi peka dengan golongan miskin, melarat dan terhina.
Mereka bagai enau dalam belukar. Mungkin mereka rasa
itu bukan tanggungjawab mereka. Kununnya, apa nak buat
– itu nasib permintaan badan.
Cuma tanya, berapa juta ahli korporat kita
mengeluarkan zakat kalau tidak dipaksa? Menderma?
Sebabnya, mereka mahu lari dari diketahui umum berapa
jumlah rasuah yang mereka “telan” diragut-lorot dari
poket rakyat. Pernah tahu berapa sen Rafidah, Daem,
Mahathir suku-sakat, dan semua menteri etc..etc.. yang
berzakat? Tapi jika menderma untuk lagak dan riak,
berjudi dan bermaksiat, hidup mewah lupa daratan,
sepah-sepahkan wang berjuta untuk nak rebut jawatan
Ketua Bahagian UMNO dan menang jadi wakil rakyat
UMNO/BN – mereka sanggup lakukan. Ini Budaya “Baru”
yang diterap dalam UMNO “Baru” untuk Melayu “Baru”.
Orang Melayu dan Orang Islam – Sinonim
Bermakna sekarang – Islam bagi majoriti orang kaya dan
berada dikalangan org Melayu sudah mulai rapuh. Jika
Mahathir terus menerus mahu supaya penggantinya
seperti beliau dan UMNO mesti bersikap begitu, tak
salah rasanya itulah justifiksi rakyat bahawa “UMNO
bukan lagi untuk orang Melayu”..!!
Makin nampak Ulamak UMNO pun sudah mulai lari dari
landasan amanah yang diharapkan. Kerana mereka takut
sangat kepada Mahathir dan telah termakan budi, yang
sanggup tutop mata dan mengenepikan amanah. Dusuki,
Hamid Osman, Nakhie dll. tidak berani angkat lidah.
Semua kerana mereka takut – kerana Mahathir boleh
melontarkan mereka macam bangkai bernyawa ke
pelimbahan. Padahal identiti mereka sebagai ulamak
masih kekal. Jadi keyakinan majoriti org Melayu (bukan
semua yg cukup pegangan dan ilmu Islam) akan anggap
bahawa apa Kerajaan Mahathir buat semuanya betul
belaka. Mereka terima walaupun disekularkan. Sebab
ulamak UMNO siang-siang dah angguk…”Na’ammm..!!..
Na’ammm..!!.. Na’ammm..!!..” bermaksud “Yes..! Yes..!”
…”Ya, Datuk Seri..Ya, Ya…!!”
Akhirnya org Melayu akan hilang bangsa dan agama. Ini
sangat merugikan kerana Islam bukan suatu ugama
mencegah pembangunan ummah. Islam adalah bergerak atas
landasan kemajuan tak kira zaman – hingga kiamat. Itu
sebab ada pihak rakyat yang kritis mengingatkan TPM
Abdullah Bedawi kerana mencaci PAS dari sudut ugama,
konon “apa guna Islam jika ia memundurkan rakyat &
negara”.
Sebenarnya pemimpin UMNO sendirilah yang memundurkan
Islam dan Negara dengan tidak menerimapakai dengan
jujur dan sempurna. Pemimpin teragung UMNO menekan
ugama Islam. Karenah Mahathir dibiarkan oleh ulamak
UMNO mensalahtafsir dan mensekularkan Islam. Tengok
apa jadi kepada Kerajaan Melaka, sanggup tarik balik
semua simpanan dalam Bank Islam – padahal disahkan
memang tidak ada riba’. Tak boleh ke Terengganu dan
Kelantan – takut nanti dasar Islam meresap ke hati
‘ummah’ di Melaka.
Kalau Yahudi memencilkan Islam, kita dah baca
perihalnya dalam Al-Quran. Tapi tak terfikir kepada
kita, pemimpin Melayu selepas Meredeka lebih teruk
dasar pemerentahannya dari Portugis, Belanda, Inggeris
dan Jepun!! Siapa sekarang agen penjajah asing yang
mengkroyok bangsa sendir?
Perjuangan BA/PAS – Satu Wadah
Kita mengerti bagaimana sukar PAS khususnya memberi
maklumat mengenai lunas-lunas keterbukaan Islam kepada
rakyat semua kaum. Kini PAS berjaya mengikut kadar
yang ada. Maka mulailah PAS disokong dalam P/raya.
Tapi, penyebaran HARAKAH dicegah pula. Mana nak cari
sumber perbincangan mengenai pemakaian Islam yang
dicontohkan oleh PAS. Hingga, Ali Rustam sekat orang
Melayu jangan pergi ke Terengganu dan Kelantan – takut
nanti ada orang Melaka akan ‘masuk angin Islam’.
Adakah “angin Genting” tak apa? Adakah Islam yang
harus diikut ialah cara UMNO yang mengambil fatwa
dari Mahathir saja?
Selama 33 tahun, PAS cuba dengan dayausaha gigih.
Alhamdulillah, terasa dalam hati rakyat Allah swt.
telah menurunkan hidayah kepada orang Melayu dan
“bukan Islam” juga. Makin nampak perjuangan PAS
menegakkan syiar dan mengambilikan Islam sebagai
landasan pentadbiran. Maka nyatalah kepada semua, PAS
bukan untuk memusnahkan budaya mana-mana bangsa, kaum
dan ugama. Hari ini UMNO dah gelabah pula!!
PAS telah berjaya memberi contoh-contoh yang baik
hingga UMNO sendiri sudah takut KEHILANGAN penyokong
komponen BN (MCA, MIC, GERAKAN). Makin nampak kaum
bukan Islam berhijarah menyokong KeADILan, PRM, DAP
dan PAS (dalam pilihanraya) dalam satu Barisan.
Sepatutnya, UMNO tidak semestinya takut. Sekarang,
orang tak perlu jadi ahli PAS atau BA. Yang penting
ialah sokongan dalamP/raya. Sekarang sudah nampak
dalam P/raya yang lalu macamana punya besar gelombang
yang melanda UMNO. Jangan cerita pasal kekalahan PAS
di Sanggang. ltu satu kes terpencil saja (isolated
case). Yang jelas sekarang, PAS/BA sudah menapak jauh
10 tahun kehadapan. Itu hidayah dari Allah swt. atas
kesabaran pemimpin yang sentiasa amanah selari dengan
ajaran ugama!!
UMNO Makin Takut?
UMNO makin takut kerana ratusan cendikiawan dan
karyawan tidak melihat PAS sebagai parti “ugama”, dan
BA sebagai “Pembangkang”. Mereka makin melihat BA
sebagai satu Barisan politik massa yang akan menerajui
Kerajaan. Ratusan cendekiawan sedang mengisi keahlian
PAS, KeADILan dan DAP. Ahli pemimpin UMNO sendiri
sudah hijarah!! Pemimpin PAS hari ini akan berundur
apabila ada individu yang dapat menerajui parti itu.
Bukan macam UMNO – Presiden akan tentukan peraturan
supaya dirinya “menang tak bertanding”. Kemudian
propagandakan bahawa “itulah dia dikatakan
DEMOKRASI”..konon!! Kalaulah masih hidup Socates dan
Aristotle filusuf Yunani dulu yang merangka falsafah
“demokrasi”, tentu mereka geleng kepala bila tengok
Mahathir mengamalkan demokrasi!!
Kerana itu, UMNO/BN makin kecundang, Mahathir dan
kuncu-kuncunya sekarang sudah 100% tersepit. Jika
keadaan makin meruncing, lihatlah bagaimana gelabahnya
Mahathir, UMNO dan pemimpin komponen BN menghadapi
gelombang pelarian rakyat dari UMNO/BN berhijrah
menyokong Barisan Alternatif.
Macam-macamm ikhitiar Mahathir dan UMNO/BN hendak
memancing rakyat dan golongan muda terpelajar IPT
dengan umpan-umpan segar. Yang pasti, reservoire
pengundi kelompok muda itu boleh dan pasti BOLEH
menyebabkan UMNO/BN kehilangan teraju Kerajaan dalam
P/raya 2004. Anak-anak mudah (anggaran 1.6 juta?) itu
sekaligus mengatasi jumlah lebihan UMNO/BN yang cuma
antara 300 – 400 ribu. Jika “asakan dan asahan” minda
dan cara berfikir mereka dijalankan secara sistematis
dan komited, pasti UMNO/BN akan tumbang pada tahun
2004, insyaallah. Walaupun Mahathir menggunaka 1001
macam tipu helah (SPR, memindahkan daftar pengundi,
pujukan dan ugutan, wang dll), taktik murahan begitu
tidak akan berjaya lagi. UMNO/BN akan tumbang juga.
Rakyat makin nampak, UMNO bukan lagi satu parti untuk
orang Melayu. UMNO cuma jadi landasan bagi sesiapa
yang berhajat jadi kaya-mewah – seolah-olah UMNO/BN
boleh ganrenti. Tapi lihatlah dalam jangkapanjang,
orang Melayu akan kehilangan semua kecuali apa yang
ada ditangan segelintir individu Melayu. Orang Melayu
tak akan hilang di dunia, tapi Melayu akan kehilangan
dunianya!!
Kesimpulan Sementara
Jadi, rakyat yang menuntut Reformasi makin komited
menyertainya, sentiasa mencari jalan memberi sumbangan
– tulisan, pemikiran, perancang, pelaksana,
propagandists, nama dan kaliber, selaku aktivis, dll.
Telah sampai tahap mereka saling bersatu dan
berganding bahu, menolak sebarang perselisihan yang
memecah saf jemaah sesama mereka. Pejuangan
menumbangkan UMNO bukan kerana bencikan UMNO tetapi
kerana UMNO bukan lagi UMNO yang sama dengan yang
dimahukan oleh org Melayu.
Jika UMNO masih tidak insaf dan tidak bertindak
mereform batang tubuh UMNO sejajar dengan kehendak
orang Melayu, akan sampai waktu UMNO sudah terlalu
malang! Sekali UMNO tumbang mungkin tidak akan bangkit
lagi.
Pandangah 10 juta orang Melayu makin tertumpu
mengharapkan sumbangan semua pihak yang mengahayati
Reformasi. Jika tulisan anak-anak rakyat di internet
itu boleh meyakinkan orang Melayu menjelang 2004;
mereka merasakan Allah swt akan meredhakan ilmu dan
kebijaksanaan anugerahNYA kepada mereka. Itu adalah
jihad mereka untuk bangsa, tanahair dan agama kita.
Itu doa ikhlas mereka!! Jika menulis itu suatu jihad –
Menulislah anda!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)