Pengenalan
SEKARANG baru kita nampak bagaimana sukar dan sulitnya
sebuah kerajaan baru memperbetulkan keadaan yang
hampir suku abad diracuni oleh amalan rasuah,
kronisma, salah rancang dan sikap lembab pelaksanaan.
Itulah antara perkara yang makin jelas yang menjadi
beban-galas Kerajaan PAS Terangganu sejak empat bulan
lebih mengambilalih tampuk pentadbiran negeri dari
UMNO/BN.
Jika Kerajaan PAS lewat melaksanakan sesuatu projek
Pembangunan untuk rakyat, wajar kita sebagai rakyat
memahami dengan mengandainkan diri kita berpindah ke
rumah yang ditinggalkan kosong tetapi bersepah-sepah.
Sebelum kita menyusun barang dan peralatan sendiri,
kita terpaksa menyapu bersih segala sampah-sarap,
mencuci dinding dan membuang segala sarang labah yang
berselaput kotor berdebu.
Jika itu tidak dilaksanakan lebih dulu, maka satu
keluarga akan duduk dalam keadaan yang tidak sehat.
Mungkin ada anggota keluarga yang akan jatuh sakit dan
hati tidak tentaram kerana gangguan kesihatan.
Begitulah andaian mudahnya.
1) Allah swt. Amat Pengasih Lagi Maha Mengasihani
Contoh kesulitan di Terengganu (yang kita baca) itu
adalah imbasan, sekiranya seluruh negara jatuh ke
tangan BA tempoh hari. Pelbagai rombakan pasti
melemahkan beberapa aspek dalam pentadbiran Kerajaan
Pusat yang baru. Barisan Alternatif terpaksa melakukan
satu rombakan menyeluruh. Itu bukan satu perkara yang
mudah dilakukan. Segala aspek harus diteliti, dikaji
dan dipinda-ubah untuk menyesuaikan dengan susun-atur
yang wajar seperti yang seharusnya dilaksanakan.
Kerajaan UMNO/BN sudah terlampau ‘sakit’ hingga budaya
buruk amalan mereka sudah jadi tradisi dalam
melaksanakan dasar ekonomi, pembagunan, pemberian
tender, perjawatan, kewangan, perundangan, dan
lain-lain.
Atas kekayaan Allah swt yang Maha Mengetahui, kita
tafsirkan saja hikmah yang tersembunyi disebalik
kejayaan Barisan Alternatif sekadar yang terupaya itu,
dengan bersabar penuh yakin bahawa kejayaan sebenar
insyaallah berada dihadapan.
Allah swt. mengurniakan sesuatu itu setelah kita mampu
menikmati dan memanfaatkannya. Hari ini Barisan
Alternatif telah memanfaatkan pengurniaan Allah swt
dengan penuh kesyukuran dan hidayah, walaupun mendapat
nikmat yang sekadar.
Makin terbuka ruang BA, performance Wakil rakyat
Barisan Alternatif di Parlimen dan DUN telah memberi
kesempatan luas untuk memperlihatkan kepada wakil
UMNO/BN bahawa mereka (UMNO/BN) bukan lagi sebuah
parti “jagoan” seperti yang mereka sangka. Wakil-wakil
mereka tidak boleh lagi main “temberang berasap”
seperti dulu, mengambil mudah segala yang dibincang
dan didebatkan di Parlimen.
Kepakaran wakil Barisan Alternatif dalam bidang
masing-masing memang menyukarkan wakil UMNO/BN untuk
mempertahankan hujah, kerana persediaan dan pertahanan
mereka amat lemah. Bagai sepasukan tentara yang saling
berhadapan akan bertempur, Barisan Alternatif kini
lengkap dengan senjata dan kepakaran perang; sementara
UMNO/BN masih terkial-kial mengasah lembing yang
sekian lama terbiar berkarat.
2) Rakyat Melihat Segala
Rakyat makin terbuka mata melihat bagaimana
sikap-gelagat wakil-wakil UMNO/BN di Dewan-dewan
tersebut. Lamanweb Barisan Alternatif seperti [
] sentiasa memuatkan intipati dan perdebatan verbatim
wakil Parlimen Barisan Alternatif dengan UMNO/BN.
Makin jelas wakil pihak kerajaan BN tidak menampakkan
satu tahap persediaan, ilmu dan pengetahuan yang
benar-benar menunjukkan bahawa mereka ada kemampuan
menangani permasaalahan rakyat dengan serius, ikhlas
dan dedikasi.
Jika selama ini wakil UMNO/BN mengambil jalan mudah
dengan minum kopi di kantin Parlimen, sementara ada
pula yang berdengkur sepanjang sesi; hari ini mereka
tidak boleh lagi berbuat sedemikian. Belasah
hujjah-hujjah wakil Barisan Alternatif telah
menggegarkan Parlimen dan Dewan Negeri, hingga ada
diantara wakil UMNO/BN yang tak putus-putus ke tandas
kerana kencing mendidih seperti kanak-kanak disergah
oleh Pengetua sekolah yang sedang memegang rotan
panjang untuk ‘membesit’ punggung yang dibogelkan.
Cerita Mahathir-Mat Sabu amat menggelikan hati. Jika
selama ini Mat Sabu jadi bahan jenaka wakil UMNO, kali
itu Mat Sabu mencabar Mahathir hingga terduduk
‘terjelir lidah’. Gerammmmm..!! Hahaha…itu satu
selingan di Parlimen bagaimana Perdana Menteri dan
Presiden UMNO sendiri – jaguh dunia ketiga yang diberi
gelar oleh Ibrahim Ali, bagai hilang keyakinan diri
menampak kebodohan.
3) Sikap Pemimpin Kerajaan UMNO/BN - Menjijikkan
Kalaulah begini juga sikap dan karenah wakil-wakil
UMNO/BN, sengaja mengambil mudah hal-ehwal rakyat, apa
akan jadi dalam tempoh 4 – 5 tahun yang akan datang?
Persoalan ini bukan semudah itu dijawap. Dengan
menganalisis beberapa sikap dan perlaksanaan Dasar
setengah-setengah pemimpin UMNO di negeri-negeri dan
di peringkat Pusat, mungkin dapat terjawab:
i) Dendam-Kesumat
Melaka, majoriti UMNO/BN paling tinggi di DUN, telah
melakukan pelbagai macam PENGANIAYAAN yang 100%
memecah amanah sebagai kerajaan yang dipilih dan
diberi peluang dan mandat oleh rakyat untuk mentadbir.
Kebodohan seorang Ketua Menteri Melaka sejak Negara
ini merdeka, baru kali ini betul-betul nampak ketara.
Adalah sangat menjjikkan jika sebuah kerajaan yang
berjanji akan melaksanakan pembangunan dan membawa
kemakmuran kepada rakyat, kemudian setelah dipilih
oleh rakyat untuk diberi peluang dan amanah
memerentah; akhirnya bertindak menghukum rakyat tanpa
sebarang sebab yang manasabah – memanglah kerajaan itu
menzalimi rayat dan menganiayaan diri sendiri!
Cerita Ali Rustam itu makin menjadi bahan ketawa 20
juta rakyat. Disebalik ketawa itu, rakyat sudah nampak
bahawa ‘kebebalan’ Kerajaan UMNO/BN pimpinan Ali
Rustam itu dan sokongan paling bodoh oleh Mahathir
Mohammad (seorang Perdana Menteri) adalah punca yang
akan menjadi sebab-musabab kejatuhan sebuah parti
angkuih dan sombong (tetapi bebal, dungu dan
berdendam).
ii) Dasar Ekonomi “Tambah Hutang”
‘Bru..ha..ha..’ terakhir dari regim Mahathir ialah
perkhabaran tentag peningatan ekonomi negara yang
kononnya sedang melonjak. Apa yang disebut dan cuba
dibangga-banggakan beliau ialah peningkatan KLSE bursa
saham kroninya yang memberi petanda palsu bahawa
ekonomi negara ini sudah mula melepasi titik kebekuan.
Jika ini satu indikator, maka rakyat jangan tertipu
lagi, keadaan itu tidak lebih seumpama orang menang
judi pertaruhan di meja rollette. Menang secupak, rugi
segantang. Yang untung hanya Lim Goh Tong. Orang
Melayu di kampug-kampung, nelayan yang dilambung
gelombang, petani yang kekeringan bendang; mereka akan
tercengang-cengang.
Tengok berapa indeks pengguna sekarang? Kerajaan
Mahathir tak berani istiharkan. Sebab, kalau di pasar,
se kilo ikan kering jenis tamban, harganya hampir 2
kali ganda dari harga ayam, daging dan 5 kali ganda
dari harga sayur-sayuran. Apakah Kerajaan Mahathir
cenderung untuk ambil tahu keseksaan yang melanda
rakyat? Menteri UMNO lupa bahawa kehidupan rakayatlah
yang wajib diutamakan. Sekarang yang jadi isu paling
akhir bukan isu rakyat.
UMNO sekarang sedang bergelut dengan permasalahan
dalaman. Mahathir dan Dollah Bedawi sedang sebok
mencari ikhtiar untuk membuat justifikasi kepada 2000
perwawilan di Perhimpunan Mei 2000 depan. Mereka tahu,
veteren UMNO sekarang sudah hilang keyakinan dengan
UMNO yang ditadbir umpama sebuah raga ayam. Masing
ayam bernajis sekehendak hati dimana-mana, tak kira
samada akan menimpa kepala kawan.
PERWAJA, beberapa korporat Kroni seperti Indah Water
Konsortium yang sudah muflis masih lagi diberi
peruntukan pijaman berpuluh billion. Memang sah
sekarang, wang rakyat yang telah digunakan selama ini
memang tidak akan pulang semula. Tetapi bagi Mahathir,
rakyat mesti tanggung kerugian itu semua, kononnya
‘viability’ korporat itu akan memberi faedah kepada
rakyat dalam jangkapanjang.
Ahli ekonomi yang pakar dalam ilmu masing-masing sudah
menjangka bahawa dasar “TAMBAH HUTANG” regim Mahathir
bukan setakat memufliskan korporat terbabit saja,
malah akan memBANGKRUPkan negara dan rakyat pada
keseluruhan.
iii) Pemimpin Bermewah-mewah, Rakyat Papa-kedana
“Berniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap”.
Kerajaan yang dipimpin Mahahir kini makin nampak sukar
menampung beban hutang negara yang sudah mencecah
lebih dari RM160 billion. Jumlah itu memang satu beban
paling besar bagi sebuah negara yang cuma mengharapkan
sumber hasil yang terhad.
Kehairanan kita makin menggatalkan kulit kepala bila
kita tengok Mahathir ‘bergila-gila’ meneruskan
pelbagai projek rasaksa yang selama ini memang
terbukti menjadi punca struktur ekonomi menjadi goyah,
tidak teratur dan sukar diperbetulkan.
Akhirnya kita nampak, bantuan perusahaan, kebajikan
masyarakat dan rakyat makin dikurangkan. Bantuan
kepada pekebun kecil, nelayan dan petani telah ditarik
balik. Subsidi yang mengurangkan tangunggan rakyat
kerana harga bahan perlu yang meningkat terus menerus,
kini ditiadakan. Kununnya, rakyat harus menaggung kos
sendiri, sebab masanya sudah sampai untuk berdikari.
Kalau begitu, bagaimana pula Kroni Mahathir yang
muflis terus-menerus sentiasa mendapat habuan. Indah
Water Konsortium yang kerugian RM850 juta, diluluskan
untuk diambil alih oleh kerajaan dan dijadi tagungan
rakyat pula? PERWAJA diberijaminan RM10 billion lagi.
Pihak yang bertanggungjawab memufliskan korporat
kerajaan itu sengaja dibiarkan tanpa disiasat
bagaimana kerugian itu boleh berlaku. Begitu sekali
regim ini menyembunyikan pekung Rasuah dan salahurus
mereka. Kerana mereka adalah terlibat dan ada saham
dosa!!
iv) Dasar “Tuduhan Berpilih-pilih”
Syarikat Jepun sendiri memaklumkan bahawa terdapat
bokti nyata bahwa dalam tender Talikom Malaysia ada
unsur Rasuah anggaran melebih puluhan juta RM. Hingga
hari ini BPR sendiri semacam agensi “Bingung”, membisu
seribu bahasa seolah-olah tidak tahu hujung pangkal.
Tetapi, Murad memberi maklumat kununnya Anwar rasuah
RM3 bilion. Sekelip mata BPR mempastikan kununnya ada
kes. Tapi Rafidah yang telah lengkap penyiasatan hanya
menunggu diheret ke mahkamah, akhirnya sesudah 8 tahun
kes ditunggu untuk dibicarakan – Peguam Negara
mengistiharkan “Rafidah clear – bebas dari sebarang
tuduhan”.
Kita nampak sekarang “Dasar Tuduhan Berpilih-pilih”
inilah yang menyebabkann eknomi negara ini makin
hancur, hilang keyakinan pelabur asing, dan mulai
tersisih dari arus perdana ekonomi dunia.
v) “Penswastaan” – Pakatan Kroni-Proks
Macam-macam cerita manis-madu diukir dalam bahasa yang
indah-indah bila Kerajaan Mahathir menghidangkan
konsep Penswastaan untuk dipatuk dan ditelan rakyat.
Kununnya, melalui konsep itu, kerajaan akan terlepas
dari tanggungan dan keuntungan korporat terbabit akan
memberi ganjaran cukai mendatangkan laba kepada
kerajaan.
Hari ini makin jelas terbentang bahawa yang mendapat
“laba dan keuntungan” itu bukan kerajaan atau rakyat,
tetapi sekelompok pemimpin regim Mahathir,
kroni-proksi serta suku-sakat, anak-beranak mereka.
Golongan inilah sekarang menjadi ‘duri dalam daging’
yang bermati-matian menggunakan wang dan pengaruh
untuk menegakkan regim “keparat’ ini.
Dalam pilihanraya 29 November yang lalu, hampir satu
billion RM digunakan untuk merasuah pelbagai pihak
supaya menyokong calun-calun UMNO/BN seluruh negara.
Tidakkah itu dinamakan “politik wang”? Ada pemberian
beras, atap zinc, ikan kering masin, kain batik-kain
pelikat, wang kontan, talipon bimbit, package hadiah
melancung, surat Yassin dan Al-Quran – segala macam
rasuah disajikan. Rakyat telah disuntik dengan budaya
‘tipu diri sendiri’, mengharap pemberian dan ganjaran
dan sogokan!!
Bentuk-bentuk “kerosakan” budaya politik seumama ini
telah diberi tumpuan tahap tertinggi dalam p/raya
kecil di Sanggang. Bila UMN/BN menang, Mahathir
mendabek dada kununnya rakyat yakin kepada kerajaan.
Katanya, kekejaman terhadap Anwar sudah dilupakan
rakyat. Betulkah?
Sebenarnya, makin nampak politik UMNO/BN pun sudah
diSWASTAkan!! Ada kroni-proksi yang menjadi agen-agen
“franchais” disetiap peti-undi supaya pengundian akan
ditokok-tambah secara rahsia hingga menjadikan
seolah-olah rakyat menyokong UMNO/BN. Haiiii….!!
5) Perpecahan – Institiusi Ugama dan Raja-raja Melayu
Sejak dulu, rangkuman padu kedua-dua institiusi ini
telah merapatkan hubungan rakyat khususnya orang
Melayu. Dengan itu, orang Melayu bersatu teguh.
Keteguhan itu menjadi orang Melayu lebih kuat
menghadapi sebarang kemungkinan. Penjajah sukar
meranapkan gabungan ini. Malayan Union tidak jadi
dilaksanakan.
Ini menimbulkan masalah besar kepada regim Mahathir.
Orang Melayu dan (sinonim orang Islam) pula tidak
pernah menjadikan ia isu. Perpaduan orang Melayu
inilah yang menyebabkan kuasa Mahathir dan
jongos-jongos “pak pandir dan si luncai” tenggelam
punca setelah masing-masing terjun dengan
“labu-labu”nya.
Ada jongos-jongos yang lemas di daratan seperti “pak
kaduk dan lebai malang” – hilang pertaruhan di
gelanggang sabungan hingga kampung tergadai. Itu bukan
berpunca dari Institiusi Ugama dan Raja-raja Melayu.
Ia berpunca dari karenah pemimpin tertnggi UMNO
sendiri yang sekian lama cuba mengkhianati kedua-dua
institiusi itu.
Orang Melayu tidak pernah berpecah. Itu sahih dan
benar. Begitu juga orang Islam. Di Terengganu dan
Kelantan, rakyat berduyun-duyun mengahdiri kuliah
ugama dan solat berjemaah. Aidilfitri dan Aidiladha
disambut dengan hati penuh insaf dan tawadhu’ –
merafa’kan kesyukuran terhadap Allah swt. dalam satu
saf. Kerana kekuatan gabungan institiusi itu makin
dilihat ia sebagai katalis yang meransang kekuatan
Parti Pembangkang Melayu (PAS, KeADILan dan PRM).
Paling menyakitkan UMNO/BN ialah DAP, parti bukan
Islam telah memahami konsep kerajaan Islam. Dengan itu
penyokong komponen BN telah mulai yakin bahawa Islam
yang menjadi teras parti itu akan memusnahkan UMNO
yang membawa tafsiran sekularisma terhadap Islam. UMNO
makin tidak lagi diyakini oleh orang Melayu.
Kerana itu, Mahathir merancang untuk memecahkan
perpaduan ini dengan cuba mengahsut Raja-raja supaya
menyatukan orang Melayu dengan alasan palsu dan bohong
bahawa umat Islam di negara ini telah berpecah. Yang
sebenarnya, orang Melayu telah lari meninggal UMNO,
bersatu dibawah satu panji-panji iaitu Islam. Mereka
menuntut YDPertuan Agung dan Raja-raja dipulangkan
kedaulatan mereka (yang telah dirompak oleh Mahathir
melalui UMNO).
Rancangan Mahathir ini tidak berjaya. Jika dipaksakan,
bermakna UMNO akan sekaligus kehilangan penyokong.
Bersama-sama UMNO, BN juga turut pupus. Kaum bukan
Islam dan bukan Melayu tidak akan menyokong parti yang
tidak menguasai kerajaan. Bertentangan dengan orang
Melayu bukan falsafah bukan-Melayu di negara ini.
Mereka mahu hidup bersama!! Mahathir yang
mengadu-domba mereka!!
6) Ciri-ciri Pengkhianatan Mahathir
Mahathir menyangka, naiknya beliau ke tingkat
tertinggi dalam hiraki pimpinan negara adalah satu
“miracle”. Seorang “ultra” UMNO, akhirnya menjadi PM.
Mahathir cemburu kepada pemimpin berdarah Melayu.
Baliau tahu bahawa kedudukannya pasti goyah kerana
niat dan nawaitu busuknya terhadap orang Melayu akan
tercium juga.
i) Boktinya, 4 tahun setelah menjadi PM, Musa Hitam
(zuriat Melayu) adalah mangsa pertama. Kemudian Tengku
Razaleigh Hamzah telah masuk kedalam skima
‘pembuangan’ (disgrace scheme) beliau. Ghaffar Baba
dilagakan dengan DS Anwar. Tetapi Allah cuma
membenarkan khianat seseorang itu setakat 3 kali saja.
Anwar, pembuangan ke-4, menyebabkan Mahathir luka
parah. Hari ini, Mahathir sedang mengidap pendarahan
dari luka yang tak kunjung sembuh.
Nampaknya, politik Mahathir hanya “hidup dan bernyawa”
untuk seketika mencukupkan detik-detik terakhir.
Abdullah Bedawi yang ditindik menggantikan beliau
hanya satu ‘unjukan pura-pura’. Bagi Mahathir, yang
penting ialah KEPASTIAN bahawa harta dan kekayaan
anak-anaknya akan terus jadi milik mereka. Orang
Melayu mampus, dia apa pedulik!!
ii) Mahathir mahu orang Melayu terus menjadi kaum
meminta-minta. Dengan itu, beliau dapat menggubal
dasar supaya orang Melayu bergantung dan berharap
kepada Regimnya. Boktinya, belum nampak Dasar Ekonomi
Baru (DEB) dibawah penyelenggaraan Mahathir (sejak
jadi PM) betul-betul dilaksanakan olehnya memanfaatkan
orang Melayu. Jika Tun Razak merancang FELDA, FELCRA,
MARA, pelbagai Lembaga Kemajuan seperti Pertanian,
Perikanan dan Perikanan – dibawah Mahathir itu semua
tidak menjadi keutamaan.
Mahathir meletakkan asas perindustiran berat yang
berakhir dengan berbagai korupsi, pembaziran dan
salahguna-salahurus hartanah dan wang rakyat.
Boktinya, struktur ekonomi Malaysia dan orang Melayu
bagi ‘belon angin’. Bila ditekan oleh sesuatu gejala
ekonomi dunia, maka berlakulah musibbah krisis ekonomi
dan kewangan seperti tahun 1997. Kertas Bursa saham
KLSE yang menjadi kebanggaan Mahathir tidak lebih dari
“kertas tisu” yang lebih sesuai digantung di jamban.
Tidak ada nilai.
Tetapi, ‘after effect’ yang paling menyedihkan,
puluhan bank yang jadi sumber kroni Mahathir menakik
modal turut sama merudum. Hutang lapok (NPL) bertimbun
dalam lingkungan ratusan billion. Mahathir
menyelamatkan anak-anak dan kroini sekongkolnya dengan
menggunakan wang rakyat dari PETRONAS, KWSP, PNB, dll.
Simpanan luar dilurut hingga nilai ringgit menjunam
begitu teruk. Sementara kroninya mengangkut khazanah
negara keluar negeri yang kuat nilai kewangannya.
Mahathir sendiri menyimpan sejumlah wang yang sangat
banyak di US, Swiss Banks, Bank Israel.
Mahathir sekian lama mengumpul asset fisikal dalam
bentuk hartanah diluar negara. Termasuklah ranches di
Agentina dan Canada, di Australia, hartanah di Jepun,
Hong Kong, Afrika Selatan, dll. Begitu juga Daem
Zainuddin dan beberapa orang menteri UMNO dan komponen
BN. Samy Vellu dan Ling Leong Sik adalah kompen BN
yang paling rakus!!
7) Dispariti (Ketidaksaimbangan) Sosial
i) Bagaimana orang Melayu?
Kemana mereka? Jawapan yang jelas adalah: mereka akan
ditakuk lama seperti sebelum Merdeka. Hutang
persendirian mungkin melebihi pendapatan seumur hidup,
dihirup oleh Kroni pemimpin UMNO/BN yang terdiri dari
orang-orang yang berkroni dan memegang proksi. Mereka
inilah yang menentukan dasar ekonomi dan “public
consumption”. Terbokti, harga rumah melambung 3 kali
ganda (rumah teres 4 bilik mencapai RM200 ribu), harga
kereta 2 kali ganda dari nilai (sekadar contoh). Itu
adalah ‘sistem market forces’ dalam masyarakat yang
diselubungi kemiskina.
Akhirnya, timbul gejala ‘Dispariti (Ketidaksaimbangan)
Sosial yang keterlaluan. Tetapi Mahathir dan kroninya
apa peduli? Asalkan kantung mereka penuh, peduli apa
dengan nasib orang Melayu, petani, nelayan, setenggan,
golongan pekerja gaji rendah, (termasuk kaum bukan
Melayu).
Tanah orang Melayu kian jadi sasaran, dikikis. Projek
yang mendatangkan keuntungan akan dilaksanakan ‘in the
expense of the owners’. Maka berlakulah projek “Udang
Galah” yang sia-sia (antara contoh yang nyata). Berapa
jumlah tanah simpanan Melayu (TSM) seluruh negara yang
berbaki sekarang? Tanya orang penorak Felda, bagaimana
kemajuan bayaran tanah mereka yang dibeli oleh kroni?
Kita akan sedih!!
ii) Pendidikan Terbincana
Keghairahan Mahathir dengan penwastaan dan
pengkoporatan menyebabkan pendidikan anak-anak Melayu
tertinggal jauh 10 tahun kebelakang dari segi jumlah
dan kualiti. Dasar Mahathir itulah yang menjadi punca.
Tidak ada satu kepala orang Melayu sekarang yang anak
masing-masing menuntut di IPT, yang tidak berhutang.
Hutang itu sangat tidak wajar dibebankan ke bahu
orang Melayu, memandangkan tahap pencapaian purata
ekonomi orang Melayu masih rendah berbanding dengan
keperluan.
Seperkara yang penting, tidak bermakna jika negara ini
makmur rakyatnya turut makmur. Pendidikan adalah satu
keperluan, dan telah menjadi dasar pelajaran
kebangsaan memberi pendidikan percuma. Tetapi Mahathir
telah menghumban dasar itu kerana ia sengaja “sakit
hati” melihat orang Melayu mendapat nikmat dari
kemerdekaan yang mereka perjuangkan!!
iii) Keusahawanan
Bermula dengan Mahathir, kini Abdullah Bedawi pula,
usahawan Melayu terbiar tanpa perancangan yang
berkesan. Walaupun dibanggakan ada Bank Pembangunan
dan segala macam bantuan, tetapi hakikat itu tidak
lebih “bru, haha..!” lagi. Ratusan orang Melayu
menerjuni bidang ini, akhirnya gulung tikar. Punca
asal kegagalan adalah, kerajaan Mahathir terlampau
banyak cakap – perlaksanaannya ‘zeo’. Kementerian yang
terbabit tidak serius merancang dengan pasti.
Banyak IKS Melayu (kontrek dan supplies) hanya
menghabiskan modal permulaan, sementara projek yang
diharapkan tidak ada. Tidak nampak satu penyelarasan
dan kerjasama yang rapat antara syarikat/korporat
besar dengan IKS Melayu. Korporat itu lebih
mementingkan kepentingan sendiri hingga mereka bagai
enau dalam belukar – kebanyakan memonopoli sebarang
bisnis terbitan dari aktiviti mereka.
Buktinya, Plus dan Renong yang mengendalikan projek
Lebuhraya telah menolak sebarang cadangan kerjasama
dengan IKS Melayu (manufacturung, supplies, dll).
Mereka mewujudkan anak syarikat yang menyempitkan lagi
padang IKS.
IWK memusnahkan IKS dalam melaksanakan kerja
pembersihan takungan cess-pool. Kilang besar tidak
dipastikan memberi franchais pembuatan komponen kepada
IKS tempatan. Hingga screw pun mereka impot dari
syarikat induk mereka.
Tidak ada satu perancangan ‘fokus’ dalam hal ini
berbanding penggalakan pelaburan industri besar oleh
kementerian terbabit. Semua dibuat bagai melepas batuk
di tangga. Tinggalah orang Melayu yang berkebolehan
sebagai pekerja ‘makan gaji’ sampai ke tua! Tidak ada
Dasar nyata regim ini, selain dari melaung-laung di
Perhimpunan UMNO hingga serak suara!! Bagaimana hendak
meningkatkan pengusaha Melayu ketahap “Usahawan
Pertengahan”?
8) Mahathir Dengan “Topeng Puaka”nya
Setakat ini Mahathir hanya melepaskan egonya dengan
lebih mencenderungi hal-ehwal antarabangsa dari
hal-hal dalam negara. Beliau bertempek dimana-mana
beliau disinggah dan menjelajah pelusuk dunia.
Acapkali apa yang dikatakannya tidak lebih dari
kegilaan “anak-anak muda baru berkeris” (pepatah
Melayu). Semuanya akan ditikam dan ditetak. Dalam
beliau “kokok berderai-derai” itu, pada tahun 1997,
punggung Mahathir betul-betul “bergelumang taik”.
George Soros dengan kebijaksanaannya meneliti
kelemahan struktur ekonomi Malaysia yang sedemikian
rapuh, akhirnya ekonomi negara tersungkur-merudum.
Soros cuma memainkan ‘swith’ terkecil dalam
‘pendawaian’ ekonomi negara ini.
Jika struktur dan dasar ekonomi dan kewangan negara
kukuh, pasti kemelesetan ekonomi tidak akan berlaku.
Jika berlaku, ia tidak akan separah itu. Ini berpunca
dari “kronisma dan nepotisma” Mahathir yang mendorong
jongos-jongosnya berhutang melebihi kemampuan ekonomi
dan simpanan negara.
DS Anwar membantah cara Mahathir menangani permalahan
ini (atas nasihat pakar Bank Negara). Tetapi Mahathir
selaku “diktator” berkuasa mutlak. Perbedaan cara
Mahathir dengan Anwar berkesudahan Anwar diaib dan
dipenjarakan!!
Selama ini Mahathir menggunakan topeng-topeng yang
mendinding mukanya sebenar. Beliau menggunakan topeng
puaka diberi nama “demi kepentingan” orang Melayu,
demi kepentingan survival UMNO, demi kepentingan
Rakyat, demi kepentingan kemerdekaan, demi kepentingan
kedaulatan negara, demi mengelakkan Agen Asing, dan
1001 topeng lagi. Disebalik topeng itu, si pemakainya
masih “Mahathir” yang beragenda “Menipu, Berbohong,
Berencana/agenda Mega”. Hari ini terbukti, “Mahathir
melakukan itu DEMI kepetingan DIRI sendiri, keluarga,
kroni dan proksinya”….!!
UMNO tertipu!! Tetapi Mahathir tidak akan berkata
begitu. Berkata seorang cendekiawan, “One has to read
Malay Delimma 8 – 10 times to find out who Mahathir is
to the Malays. Read between the lines”. Buku itu harus
dibakar saja…!!
9) Siapa Pemimpin UMNO?
Majoriti UMNO adalah mereka yang seperti ‘dedak yang
digondong air deras”. Mereka jadi tukang sorak. Di
PWTC nanti, rakyat akan lihat bagaimana gelagat
mereka. Saban tahun begitulah keadaannya. Sementara
itu, Mahathir beberapa ‘inner circle’ menggunakan
saikoloji untuk menjuruskan pemimpin yang jadi kerbau
pawah dicucuk hidung itu supaya ‘makan rumput sabit’
beberapa hari, dan didendangkan dengan ucapan
‘beremosi’ Tetapi sebenarnya yang berkuasa, merogoh
kepentingan ekonomi dan kekayaan adalah muka-muka
kroni Daem, selain dari Mahthir, Samy Vellu, Ling
Leong Sik, dan proksi mereka!!
Cuba teliti, mana satukah diantara ratusan ‘resolusi’
di Perhimpunan itu yang telah dilaksanakan secara
berkesan dan menjadi kebanggaan orang Melayu dan UMNO?
Perhimpunan itu adalah tempat fitnah dan
cerca-mencerca bangsa sendiri!! Seolah-olah UMNO
adalah Melayu ‘putera’ dan lainnya ada ‘hamba-hina’.
Lebih tampak jelas, perwakilan UMNO yang hadir cuma
datang sebagai syarat untuk mencukup agenda tahunan
UMNO. Bila mereka pulang, masih ditengah jalan mereka
sendiri lupa apa yang mereka telah bincangkan!! Tahun
depan isu yang sama akan dibangkitkan lagi. Sudah
lebih 18 tahun Mahathir mengepalai negara atas nama
Presiden UMNO, perjuangan UMNO tidak lebih dari “cakap
kosong” yang cantik ditulis dalam artikel di Utusan
Malaysia, Berita Harian atau media letronik dalam
ruangan “WAWANCARA”.
10) Dasar Mahathir Setakat Mengkhayalkan
Selama 18 tahun lebih ini, Mahathir telah
mengkhayalkan penyokong dan pemimpin UMNO dengan
‘dadah’ suntikannya dari percakapan dan ucapan beliau
yang menaikkan emosi. Dengan ego Mahathir menghembus
‘angin panas’ dengan berkata, “ekonomi Malaysia
seperti Harimau Asia, Rakyat Malaysia ada Twin Tower,”
dan 1001 macam lagi; penyokong UMNO tidak sadar diri.
Terkhayal!! Seolah-olah Twin Tower itu adalah
kepunyaan mereka. Padahal, balik kampung, mereka duduk
di pondok buruk.
Mahathir menyebut ‘demokrasi’, hak asasi manusia,
rakyat dan undang-undang, Islam akan diikut secara
sempuna, dll. Bagaimana keadaan yang dipraktikkan
sekarang? DS Anwar di fitnah, di penjara, di pukul.
Mahathir tak mau diseret ke mahkamah – kezaliman
menjadi-jadi. Rohani rakyat makin tercabar dan
kemanusiaan mereka dimusnahkan. YAHUDI saja gandingan
Mahathir!!
11) Mahathir Membeli Orang Melayu
Mahathir telah membeli orang Melayu begitu murah
sekali. Yang memalukan, Mahathir membeli orang Melayu
dengan emas yang digali dari tanahair orang Melayu
sendiri, dengan keringat mereka, dengan darah dan
airmata mereka.
Bermakna Mahathir telah membeli orang Melayu (puak
UMNO) tanpa modal dari koceknya (Malays were bought
with gold dug from their own land). Itu adalah DASAR
PENJAJAH!! Minyak PETRONAS hanya tinggal 15 tahun
lagi. Selama 30 tahun, Mahathir dan UMNO telah
melenyapkan hak rakyat. Wan Mokhtar adalah “jembalang”
makhluk pemusnah!! Mahathir terus-menerus mengaibkan
orang Melayu bagai ‘lintah menghisap mangsa”. Akhirnya
yang kering darah adalah orang Melayu.
Pemimpin UMNO telah jadi seberkas kayu kering (a
bunddle of dry wood). Mahathir menjadikan penyokongnya
(orang Melayu) sebagai umpan api utuk membakar bangsa
sendiri. Tengok bagaimana anak-anak Melayu yang
menentang dalam demo dan rapat di pelusuk negara;
mereka dibelasah oleh polis upahan Mahathir.
Bagi Mahathir, orang Melayu kelompok UMNO adalah satu
kelompok bangsa Melayu yang menjadi bahan
menyeronokkan (ammusing) dirinya.
12) Mahathir Bukan Seorang Wira
Jika UMNO ditipu dengan mengaggap beliau seorang WIRA,
hari ini rakyat dan majoriti orang Melayu menganggap
Mahathir adalah seorang manusia yang tidak
mencerminkan seorang “gentlemen of stature”. Dia
terang-terang mengkhianati (betray) amanah rakyat,
orang Melayu, kemerdekaan negara, dan sejarah murnia
bangsa Melayu yang berugama Islam!!
Kesimpulan
Rakyat mengahadapi tuntutan satu zaman baru. Orang
Melayu tidak boleh menerima proses perlekehan dan
pendunguan setelah hampir setengah abad Merdeka. Jika
Mahathir telah sampai ketahap mempersenda struktur
sosial, peradaban, sitem kehidupan orang Melayu dengan
mendaulatkan raja-raja, mempersenda ugama Islam,
merosakkan tradisi dan kesopanan orang Melayu yang
terjaga zaman berzaman; bermakna Mahathir adalah AGEN
PENJAJAH sebenar, seorang ‘republican’.
Apa yang dilakukan Mahathir hari ini mencerminkan
sikap YAHUDI yang selama ini menjadi Penasihat
Teragungnya. Lihatlah, dan cerakinkan sendiri. Pasti
Mahathir berbeza bagai langit dengan bumi, antara
beliau (Mahathir Mohammad) denga TIGA (3) Perdana
Menteri sebelumnya!!
UMNO tidak akan balik ke panggal jalan lagi. Demi
bangsa, tanahair dan ugama – tinggalkan UMNO yang
tidak lagi membawa wadah pejuang kemerdekaan yang
telah pergi meninggalkan kita!! Keputusan Pilihanraya
1999 adalah petanda Mahathir dan UMNO/BNnya sudah
hilang upaya!! Dengan itu, GELITA 14 (BLACK 14) adalah
gagasan dan petanda rakyat !!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)