BEBERAPA hari sebelum 14 April 2000, Dr. Mahathir dan
isterinya (keluarga? Kroni?) telah terbang keluar
negara dengan kapalterbang khas – Global Express –
yang beliau tempah khas untuk dirinya merayap keliling
dunia. Dengan pembaziran RM200 juta, rakyat dipaksa
mengokosi pembelian itu. Berkata seorang Timbalan
Menteri Kewangannya, “Kita menghargai nyawa pemimpin
kita – wang bukan persoalannya!!”. Begitu sekali nilai
nyawa seorang Perdana Menteri.
Tak cukup dengan itu, Perdana Menteri “yang ini” telah
mengarahkan sebuah Mahligai direka khas berbentuk
“Baroque art and architecture” ala kepunyaan Maharaja
Perancis Louise XVl yang dipenggal kepala oleh rakyat
Perancis bersama Maharani gilanya, Marie Antoinette
dengan mata kapak guilottine.
v
Disebelah Mahligai kencana itu, dibina sebuah Masjid
‘thirar’ terindah untuk dipandang-pandang oleh
pelancung luar negara. Harapan beliau, mereka yang
melawat akan menyangka betapa tingginya resapan
keISLAMan dalam hati si PM Malaysia “yang ini”…..!!
Dengan Airmata Rakyat
Titisan airmata rakyat tidak menjadi simpatinya.
Walaupun waktu itu (hingga hari ini pun) negara sedang
mengalami kepayahan ekonomi yang sedang merudum,
arahan beliau tetap sah diperlakukan. Kerana, beliau
adalah seorang Diktator perkasa, dengan kuasa mutlak
yang dianugerahkan oleh parti yang memperakukan
kuasanya sebagai “total”. Dengan itu, dengan mudah
beliau memberi alasan dengan menyalahkan orang lain!!
Titisan airmata mengalir lagi!! Hari ini, bermula dari
14 April 2000 itu juga, sudah mulai satu sesi
tangkap-menangkap, kurung-mengurung, ugut-mengungut
oleh jongos-jongos ala “Sekuritate” Caucescue. Beliau
telah mengarakan supaya menangkap seorang yang
memperjuangkan Hak Asasi rakyat yang menuntut
Keadilan. Tak terfikri dalam benak kita, regim
Mahathir memerlukan 15 orang menangkap seorang pejuang
yang sedang berehat di rumah bersama keluarga. Tidak
kira didalam Masjid atau dimana-mana, arahan tangkap
dan kurung akan dilaksanakan. Satu ketumbukan ratusan
“sekuritate” akan digerakkan.
Itulah dia tafsiran “Demokrasi” paling hina pernah
dialami oleh sebuah negara yang telah dimerdekakan
rakyat lebih 40 tahun dahulu. Pejuang kemerdekaan itu
sudah tidak ada lagi. Cuma yang tinggal hanya sisa
kelompok mereka yang masih bernyawa dianugerah Allah
swt.
Mungkin mereka masih hidup untuk melihat kehancuran
sebuah masyarakat majmuk. Mereka kini melihat dengan
matakepala betapa haru-birunya jika sebuah negara aman
makmur diserahkan mentadbir kepada seorang pemimpin
dan sekongkolnya yang gila kuasa, gila harta, gila
nafsu dan tidak amanah, lupa janji…!!
Airmata mengalir lagi! Hiba hati masih diruntun sedih.
Rakyat masakini dan zuriat yang akan datang akan
terus-menerus menaggung kesengsaraan, andainya puak
yang mentadbir negara sekarang terus-menerus mengakkan
regim keparatnya.
Bagi regim ini, “PERSETANKAN Demokrasi..! Pergi
JAHANAM dengan Hak Asasi….!!”. Bagi si tua kutuk itu,
masa dan usia beliau sangat suntuk untuk membolot
segala harta kekayaan dunia – kerana umur beliau sudah
sampai ke detik-detik terakhir!! Masakan beliau harus
memperjuangkan perihal kehidupan orang Melayu – bangsa
yang sejak 500 tahun dulu hidup melarat, dijajah dan
sering diperkosa bangsa yang lebih superior. Hari
ini, pemimpin mereka begitu mudah ditipu dengan
rasuah; hingga sanggup membunuh kaumnya sendiri!!
Mahathir sudah berjaya.
Bagai Raja Mandeliar dan si Kitul, hatinya tidak akan
merasa perit melakukan sebarng durjana. Memang adat
dunia – “si dungu makanan si cerdik”. Nak dikesalkan
apa? Jika anda tidak sanggup merobah diri, masakan
datang hujan emas mencurah dari langit!!
Mahathir “Berdondang Sayang”
Portugis datang ke Melaka cuma dengan sebuah armada.
Dengan kebijaksanaannya mengumpan mereka yang tidak
taat dan belot kepada negara dengan membantu mebuka
pintu kota Melaka; maka semudah itu bala tentera
Portugis menyerang pahlawan Melayu Melaka.
Sejak dari tahun puaka “1511” hingga ke detik ini,
orang Melayu masih lagi terjajah, dijajah dan diinjak
di ubun-ubun kepala. Dengan bantuan pemimpin rasuah
dikalangan kaum kerabat sebangsa dan seugama, 10 juta
orang Melayu hari ini masih diperangkap dalam kurungan
“penjajahan”. Tetapi muka pemimpin keparat itu hampir
serupa dengan orang Melayu yang 10 juta ini. Lidah dan
pertuturan mereka saling tak tumpah lingua franca
Melayu jati. Cuma bezanya: “Hati mereka tidak sama
warna dengan hati mereka yang berkulit sawo matang”
yang 10 juta ini!!
Mahathir berdendang dimana-mana pelusuk dunia. Dengan
nada “seorang perjuangan” kunun, beliau melupakan
keresahan hati dengan bercerita betapa buruknya dunia
ini. Hanya beliau seorang saja yang layak merobah.
Tapi, disebalik lidah bercabangnya, makin nampak
kepada semua orang yang ‘mahu berfikir’, memang
‘jembalang’ spesis ini petah bercakap – kerana dalam
lubuk hatinya 1001 iblis sedang beranak pinak!! Satu
dunia mentertawakan beliau!! Malangnya, puak UMNO
masih akur lagi!!
Sejarah Bangsa Melayu Memang Sensasi
Jika Hang Tuah pahalawan perkasa, Hang Jebat
bagaimana? Sepanjang penceritaan orang Melayu, Hang
Tuah itu adalah lambang manusia yang taat-setia, lurus
bendul. Hang Jebat pula dikatakan seorang manusia
“durjana” menentang raja. Itulah dia tafsiran
“penjajah”. Penjajah memang arif menggunakan sejarah
bangsa untuk menghasut orang Melayu membenci kaum
sendiri.
Pada 14 April 2000, sekali lagi ‘Jebat-jebat”
dikalangan rakyat diseranah dengan kutukan yang
menjadi-jadi!! Dua tahun dulu, seorang “Jebat” telah
dirantai dan dipenjarakan angkara fitnah dan
konspirasi. Tiga belas tahun dulu, seorang lagi telah
dinyahkan keluar kelompok ini. Dan empat tahun
sebelumnya – rakyat melihat konspirasi pertama
dilancarkan dengan saksama dan hati-hati. Mahathir
Mohammad berjaya lagi!!
Hari ini kita dapat lihat, “Bangsa Melayu mengkejami
bangsa dan kaum-kerabat sendiri”..!! Namun, berapa
ramai yang insaf dengan ujian ini? Saban hari hati
rakyat dibuai dengan khayalan yang muluk-muluk.
Sementara itu, emas mereka dikeruk, rantai-ranta besi
waja dibelenggukan ditengkuk. Tangan diikat dan mulut
ditutup. Mulut kalian dikerat lidahnya supaya tidak
akan berkata-kata yang lain cuma sebagai “kakak tua”!!
Jika itu amalan penjajah yang kita baca, begitulah
adanya hari ini. Mustahil tidak ada antara kita yang
teringat cerita lama. Nampak sangat sifat orang Melayu
yang “mudah lupa” diri. Masih tak ingatkah peribahasa
Melayu, “Kera di hutan disusui anak dikendong
kelaparan mati”? Nah…fikirlah dalam-dalam. Peribahasa
itu sedang menghentam ubun-ubun kepala sendiri!!
Orang Melayu Dalam “GELITA”
Begitu lama Dr. Mahathir Mohammad menyelidik budaya
Melayu. Akhirnya dikumpul segala fakta dan diolah
menjadi teragungnya: “Delimma Melayu”. Orang Melayu
bersorak tanda riang menyanjung betapa hebatnya
“kitab” itu. Diusunglah Mahathir keliling dunia,
diagung-agung diangkat setinggi langit.
Hari ini, “Delimma Melayu” itulah bagai keris menikam
tuan. Orang Melayu tersadai kering bagai belulang
tidak ada harga, cuma setakat berguna dibuat kempeling
(sejenis kompang Jawa yang perlu ditepuk sekuat hati
memberi bunyi nyaring)!!
Namun orang Melayu masih tidak sedar diri bahawa
belulang mereka sudah lama disiat-siat oleh sepuak
bangsa dan kaumnya. Jadilah mereka kaum seumpama “Red
Indian” Amerika atau “Maori” Auistralia.
Jika zaman batu lebih maju, kini orang Melayu sudah
dikembalikan ke zaman “Jurasik”. Peraturan yang
dikenakan keatas orang Melayu jari ini saling tak
tumpah mengikut “Undang-undang Belantara”. Siapa kuat
dia menang!!
Sampai bilakah orang Melayu akan terkurung dalam
kegelapan yang mereka cipta dan akur ini. Masihkah
mereka akan “menyembah” PATONG PUAKA ini?
Berfikirlah anak bangsa. Alaf baru adalah alaf
‘globalisasi’. Masa tidak akan menunggu kalian. Sampai
masa dunia mu akan hilang sendiri!! Jika kalian sudah
merasa apa yang ada tidak berkenan dihati…Nah!! ROMBAK
dan PINDA – berISLAH dengan slogan REFORMASI..
Allahu Akbar..!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)