Mahathir vs Anwar
Mahathir Mohammad Disingkir Dunia
Makin jelas phobia Mahathir telah sampai ketahap yang
bukan pura-pura lagi. Si tua kutuk ini telah jadi
cukup-cukup paranoid. GELITA 14 terang-terang
melukiskan garis pemisah yang menetukan Mahathir dari
seorang pemimpin yang berhemah, berwibawa dan
dikehendaki rakyat dengan manusia yang WAJIB
disingkirkan saja.
Memorendum kepada DYM Mulia Yang Di Pertuan Agung yang
dihantar, tidak langsung mendapat bantahan dari
mana-mana pihak – termasuk penyokong dan pemimpin
UMNO/BN. Begitu juga demo yang terbit dari rangka
acara perhimpunan rakyat yang disebut GELITA 14 (Black
14) itu. Kerana “silence is consent”, sekaligus rakyat
tidak menafikan bahawa Mahathir elok saja
disingkirkan. Ini akan memberi ruang politik,
pentadbiran dan perundangan negara ini kembali normal.
Itu azam 20 juta rakyat.
Selama tempoh dua tahun kebelakangan ini, rakyat dan
dunia sudah melihat bahawa Mahathir Mohammad BUKAN
lagi seorang Perdana Menteri negara ini yang hormati
rakyatnya. Gelombang kebencian rakyat terhadap beliau
berkali-kali dimanifestasikan dari demo dan tuntutan
rakyat supaya beliau disingkiirkan. Hematnya,
Mahathir bukan lagi mewakili rakyat dan negara ini.
Puluhan pemimpin dunia juga sudah enggan dan tidak
lagi mahu melawat negara ini secara resmi untuk
berbicara dengan orang ‘yang seorang’ ini.
Pilihanraya November 1999 telah membuktikan bahawa
Mahathir Mohammad hanya membawa kehancuran kepada
partinya: UMNO/BN. Sekaligus, Negara dan rakyat ini
diperlakukan mengikut sesuka hatinya. Mahathir tidak
ada Dasar yang teluis dalam mencorak pentadbiran
negara ini lagi.
Sejak kebelakangan ini, Mahathir dan regimnya makin
tersepit dan dihimpit oleh rakyat. Terdapat beberapa
pihak dalam partinya sendiri menuntut supaya beliau
‘ghaib’ saja. Bagi mereka, khidmat beliau hanya
secocok bagi kepentingan diri beliau, anak-anak dan
kroninya serta beberapa kerat pemimpin dalam kelompok
beliau. Mereka akur dan patuh kerana yang sama-sama
mempunyai rekod kebersihan kepimpinan TERBURUK dalam
sejarah negara ini. Mereka akan karam jika Mahathir
terbenam.
Tidak perlu diselongkar apakah siri kebusukan Mahathir
yang membuatkan rakyat dan pemimpin dunia tidak mau
lagi dekat, mendampingi diri atau sejalanan dengan
beliau. Mahathir adalah ‘pariah’ bagi rakyat negaranya
dan umat dunia bertamaddun. Mahathir bukan seorang
yang boleh dianggap mewakili negaranya, lagi jauh
sekali dari seorang ‘statesmen’.
Imbasan karekter Mahathir ditakrifkan dunia sebagai
seorang “Penyangak” yang setanding dengan manusia hina
penjenayah seperti Milosevic, Radovan Karadic, Mobutu
Sese Seko, Shah Iran, Nero Emperor Gila, atau Louise
ke-XVl Perancis.
Pemikiran Mahathir telah diejek dibelakang oleh dunia
antarabangsa. Cakap beliau ibarat meludah ke mukanya
sendiri. Malangnya, muka itu bagai ‘kulit babi’
(bidalan rakyatnya sendiri).
Di Havana baru-baru ini, tidak ada perwakilan yang mau
duduk semeja, berbual-bual dan bertukar fikiran dengan
beliau. Beliau disingkirkan. Di Dewan, sewaktu beliau
mengeluarkan fatwa, ramai yang hadir telah beredar dan
minum kopi diluar Dewan. Ada yang mengambil kesempatan
untuk berdengkur tidor nyenayak sementara menunggu
ucapan beliau tamat.
Dalam satu Forum disitu, Mahathir telah dibelasah oleh
pemberita dunia mengenai keganasan wakil regimnya
dalam menangani perhimpunan rakyat GELITA 14 yang
sedang memuncak di Malaysia waktu itu. Jawapan beliau
ditafsirkan sebagai pembohongan seorang pendusta
keparat yang putarbelit hingga membuatkan orang
meludah-ludah dan mencemik muka. Mahathir jadi bahan
ketawa!!
Anwar Ibrahim Reformis Berkarisma
Makin Mahathir bersikap Diktator dan mencerminkan
kehilangan keyakinan diri dan gelabah; makin
kewibawaan Anwar terangkat dengan sendirinya. Makin
Anwar dipurukkan Mahathir di penjara, makin Anwar
dituntut supaya dibebaskan.
Ini bersebab dari keutuhan, kebenaran dan keperluan
“REFORMASI” yang disarankan Anwar. Kini semangat
Reformasi itu sudah merentas jauh hingga
memperlihatkan maksud sebenar. Ia sudah tersebar.
Demo-demo yang silih berganti menentang Mahathir dan
menuntut beliau disingkiirkan, keputusan pilihanraya
yang baru lalu yang memperlihatkan bahawa Mahathir
sudah tidak berguna lagi (selain dari penyebar
adu-domba) dan akhir-akhir ini: Mahathir telah
beragenda merancang memaksa UMNO melantik beliau
sebagai DIKTATOR tanpa bertanding (proses yang
menghancurkan demokrasi dalam UMNO), taktik kotor
menyingkirkan pencabar yang lebih perkasa melalui
ugutan, rasuah dan putarbelit peraturan – sekaligus
meletakkan Mahathir sebagai seorang yang tidak ada
guna walaupun menjadi Presiden parti dan Perdana
Menteri.
Sepatah Anwar berkata dari bilik penjara, rakyat dan
dunia menghayatinya dengan pelbagai tafsiran.
Kezaliman Mahathir dan ugutan beliau terhadap
jongos-jongos yang digenggam dan diugut dengan ‘iron
fists’ menyebabkan orang mentakrifkan Mahathir memang
sudah tidak ada pengaruh dikalangan rakyat.
Orang Melayu telah lama tidak lagi menganggap Mahathir
seorang yang harus diberi tempat dalam politik negara
ini. Kerana beberapa kerat pemimpin UMNO yang sama
berkepentingan dengan beliau (Mahathir), dan mereka
ini ditempatkan oleh Mahathir di jabatan strategik
yang berkuasa; dengan menggunakan media massa, wang
dan jentara kerajaan yang diperangkap; maka nampaklah
seolah-olah beliau dan regimnya masih dipandang hebat.
Padahal, Mahathir sendiri tahu bahawa kedudukan beliau
sudah hilang dari senarai pemimpin yang diperlukan.
Anwar dengan karisma dan ketelusan yang makin jelas,
meletakkan Mahathir dalam keadaan paling tertekan,
tersepit dan hilang akal. Keengganan Mahathir tampil
ke mahkamah telah menjadi BUKTI bahawa Mahathir adalah
“kepala” semua KONSPIRASI yang menyebabkan Anwar terus
dijadikan ‘banduan politik’ regim yang sudah ditolak
rakyat ini.
Mahathir sudah hilang akal. Tekanan dunia makin
memuncak kesan dari Kezaliman, Ketidakadilan,
Pembohongan, Kesewelan dan Kekejian perbuatan dan
perangai beliau yang makin banyak terbongkar di
mahkamah. Antara kesan dari karenah Mahathir yang
makin jelas:
a) Pelaburan Luar
Peratus kemasukan Pelaburan Luar telah merosot begitu
jauh berbanding dengan negara jiran sesama ASEAN,
termasuk Vietnam, Myanmar dan Kampuchea dan Indonesia.
Jika Bursa KLSE sebagai indikator, kebelangan ini
tleah merudum. Kegiatan ekonomi swasta tidak nampak
pulih. Masih panjang jalan yang bakal ditempuh untuk
mengembalikan keadaan seperti sediakala. Malangnya
Mahathir menyalahkan Pembangkang, walaupun pelabur
sedang menunggu bila Pembangkang akan mengambilalih
kuasa supaya keadaan kembali normal.
b) Kewangan
Nilai matawang Indonesia sudah kembali normal. Begitu
juga Thailand. Walaupun negara-negara itu sama satu
masa menerima hambatan dari krisis ekonomi semasa.
Namun, sekarang para Pelabur antarabangsa sudah
kembali mencari beberapa pihak untuk berkongsi di
negara-negara tersebut. Tetapi tidak di Malaysia.
Malaysia yang makin gamat dengan masalah politik
dalaman yang kucar-kacir, dasar yang cuma mengikut
selera Mahathir dan kuncu-nya, dan Singapura sebagai
jiran terdekat telah mulai dijadikan musuh pula – maka
keadaan tersebut memberi petanda negatif kepada para
pelabur antarabangsa. Bahawa Mahathir sebagai ketua
negara tidak releven lagi. Sudah hancur!!
c) Ketelusan Perundngan
Dunia sudah sekian lama mentakrifkan undang-undang di
Malaysia adalah mengikut ciri-ciri ‘Penghakiman
Rimba’. Mahathir telah memberi gambaran seolah-olah
negara ini dalam keadaan “perang”. Malangnya Mahathir
berperang dengan rakyat yang ditadbirkannya.
Penghakiman yang telusk dan beretika sudah mati –
paling kurang sudah lumpuh.
Dunia masih memerhatikan samada Mahathir benar-benar
anak jantan dengan tampil ke mahkamah seperti yang
dituntut oleh pengadilan atau sengaja bermain-main
dengan pelbagai karenah memaksa seluruh sistem
undang-undang di negara ini bagai belum menerima
budaya tamaddun dunia.
Ketidaktentuan ini membuat pemimpin dunia tidak mau
buang masa mendengar hujah Mahathir Mohammad sekalipun
bertempik terlolong menyarankan keadilan sejagat. Bagi
mereka, Mahathir adalah manusia lidah bercabang,
pembohong dan seorang pemimpin ‘keparat’.
d) Hutang Negara
Hutang negara makin meningkat. Inflasi dan indeks
pengguna yang makin meningkat mencerminkan bahawa
kehidupan orang ramai makin tertindas. Berban hutang
negara makin dirasai oleh rakyat. Namun Mahathir masih
berbohong dengan pelbagai helah seolah menganggap
rakyat negara ini bodoh dan tidak tahu karenah beliau
yang makin jelas.
Penghakiman Rakyat
REFORMASI makin nampak menjadi fokus rakyat. Bagi
seluruh rakyat, REFORMASI pasti akan berjaya selagi
Rakyat meyakininya. Kini, melalui Perhimpunan GELITA
14, keperluan Reformasi sudah cukup-cukup meyakinkan
banyak pihak. Ia telah meledak diseluruh negara.
Walaupun, Mahathir dan ‘anjing-anjing’nya mendabek
dada kononnya mereka berjaya menekan demo yang
dilancarkan, TETAPI mereka tidak tahu bahawa mereka
GAGAL sebesar-besar gagal memadamkan semangat GELITA
14 yang bukan lagi bermaksud untuk memeringati
kezaliman keatas Anwar saja.
Pengertian, pemahaman dan penghayatan rakyat terhadap
GELITA 14 telah makin mendalam. Dari contoh cara
Mahathir menanganinya memperlihatkan bahawa Diktator
tua ini telah hilang pertimbangan kemanusiaan. GELITA
14 bukan betujuan membangkit permusuhan sesama rakyat,
atau mengimbau ratusan ribu rakyat untuk melakukan
rusuhan. Ia cuma mencari petanda. Sekarang, sokongan
rakyat secara sporadik dan spontan itu sudah memadai
untuk memperlihatkan bagaimana Mahathir “berperang”
dengan rakyat.
Dikatan GELITA 14 berjaya kerana Perhimpunan itu telah
berjaya membongkar karekter Mahathir sebagai seorang
Diktator, pengganas dan bukan bersifat pemimpin lagi.
Ia berjaya menunjukkan kepada dunia sejagat bahawa
Mahathir dan regimnya:
a) Seorang Penghasut Rakyat – dengan menuduh parti
Pembangkang kununnya merancang rusuhan bersenjata,
Mahathir berbohong bontang. Tuduhan beliau menyebut
mereka yang terlibat dalam Perhimpunan itu akan
memusnahkan harta-benda atau merancang kekecohan,
akhirnya, terbukti Pembangkang bukan saja menang dalam
perang saikoloji ini, sebaliknya Mahathir dianggap
sebagai ‘the shepard and the wolf’. Orang tidak peduli
lagi cakap beliau. Tidak ada sebarang kejadian merusuh
pun berlaku. Sebaliknya, rakyat ditangkap, diugut
dengan pelbagai cara hingga ‘persiapan perang’
Mahathir dikutuk rakyat habis-habisan.
b) Kepimpinan Mahathir makin lemah – dengan
menggunakan jentera pengaman lengkap bersenjata
perang, mengancam dan menyekat rakyat yang menuntut
Hak Asasi mereka melalui demo aman; kewibawaan regim
Mahathir sekaligus telah terhakis, hilang daya. Makin
jelas, Mahathir adalah orang yang 100% menginginkan
negara ini dalam kancah rusuhan. Memang nyata Mahathir
orangnya. Dengan itu beliau akan melakukan agenda
seterusnya. Rakyat makin benci dengan regim ini.
c) Demokrasi Terbunuh – keadaan yang berlaku
menunjukkan bahawa Mahathir betul-betul telah membunuh
Demokrasi, menafi dan menghakis hak rakyat menunutut
KEADILAN. Tangkapan yang dilakukan adalah petunjuk
bahawa Mahathir sedang mengamalkan kuku besi seorang
penjenayah. Keadaan ini telah mencorak hati dan azam
rakyat untuk membuang Mahathir dan partinya bila
sampai masa.
d) “Not a man of purpose” – Mahathir telah dianggap
tidak berguna, hilang pengaruh dan tidak ada “tact”,
makin bacol dan bangang (moron). Jika beliau seorang
bukan beridentiti begitu, beliau tidak akan berbangga
menggunakan persiapan ‘perang’ untuk menentang hak
rakyat; dan selepas itu menganggap ia adalah satu
‘kemenangan’. Padahal rakyat cuma berhimpun dengan
aman, tanpa senjata dan sehelai sepinggang. Bagaimana
denga M16, puluhan truk dengan muatan ribuan pasukan
penembak dan anjing-anjing buruan? Itukah gambaran
sorang pemimpin yang demokratik dan yakin diri?
e) Kesedaran politik - rakyat makin sedar bahawa
GELITA 14 membuka mata rakyat menyedari bahaya
meletakkan pemimpin politik yang tidak amanah.
Kesedaran ini makin meluas. Inilah sumbangan GELITA 14
yang terpenting. Rakyat wajib disedarkan tentang
hak-hak mereka sebagai warga negara.
Penghakiman Muktamad
Alangkah malunya UMNO khususnya dan BN umumnya. Cara
Presiden dan pemimpin teragung mereka menangani
masalah antara regim ini dengan rakyat telah
menyimpang jauh; tidah sejajar dan amat jauh dari
sehaluan dengan penghayatan yang dihargai oleh rakyat.
Parti UMNO/BN bukan setakat dihakimkan oleh rakyat dan
dunia sejagat sebagai tidak releven lagi, malah
majoriti penyokong UMNO (orang Melayu berugama Islam)
sendiri telah yang meninggalkan parti itu.
UMNO tidak padu lagi. Orang Melayu dan penyokong UMNO
sendiri sudah meghukum Parti itu. Keyakinan rakyat
yang makin hilang (kecuali pemimpin UMNO yang cuma
tinggal dua tiga kerat) itu saja yang masih menganggap
diri mereka releven. Walhal seluruh orang Melayu telah
sepakat yakin bahawa “UMNO Bukan Untuk Orang Melayu”
lagi. TETAPI bagi “segelintir mereka yang terpaksa
‘cling to power for self-interest’…”, UMNO adalah
hidup mati mereka.
Inilah tanggapan yang telah terjelma dan difahami
rakyat. Hematnya, itulah perkara utama yang memberi
ganjaran kepada GELITA 14 yang berupa KEJAYAAN
terhebat dalam mendorong rakyat memahami siapakan
Mahathir dan Regim inio. Apa jua tindakan kotor yang
sanggup dilakukannya sekiranya terhimpit makin
mendapat perhatian rkyat.
Jelas sekarang, setelah perhimpunan GELITA 14
ditangguhkan untuk waktu ini, Mahathir telah
membenamkan paku terakhir di kerandannya sendiri dan
UMNO/BN!!
Selamat melanjutkan Perjuangan dan Jihad!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)