Agenda Mahathir Makin Pincang
Tidak kira apa jua sebab-musabab Mahathir yang
membatalkan validiti YB Mulia Tengku Razaleigh Hamzah
dari menyertai pertandingan Naib Presiden UMNO Mei
2000 ini, hampir kesemua orang yang memerhatikan
pergolakan politik dalaman UMNO tahu bahawa Mahathir
dan ‘inner circle’nya tidak mahu sebarang ‘duri dalam
daging’ yang menggugat kedudukan kelompok yang banyak
agenda ini.
Begitulah keadaan setiap orang yang zalim dan
bersalah. Mereka akan sentiasa dihantui oleh mangsa
Kekejamannya dan hakikat Keadilan sejagat (Wicked
guilty men are always haunted by the oppressed victims
of injustice).
Memang diketahui umum, Mahathir sudah lama merancang
untuk menyingkirkan orang-orang tertentu yang
dikenalpasti akan mempertikaikan ke’Diktatoran’nya
dalam UMNO/BN. Apa jua jenis manusia yang akan
dilantik memimpin sektor-sektor dalam UMNO, Mahathir
dan sekongkolnya akan mempastikan mereka adalah orang
yang mempunyai kepentingan diri yang perlu mereka jaga
sebagai perioriti diri. Dalam keadaan normal, orang
itu akan diheret ke mahkamah pengadilan rakyat.
Coktohnya, Rafidah Aziz dengan pelbagai kes Rasuah dan
salahlaku, berserta dengan keinginan membalas dendam
dengan puak WANITA kelompok Siti Zaharah, pasti akan
bertungkus-lumus menyokong Mahathir dalam semua
keadaan. Beliau mahu dilantik sebagai Ketua WANITA.
Hanya dengan itu semua jenayah beliau akan terlindung
dari digugat. Mahathir adalah pelindung segala
jenayah.
Hishamuddin Hussein yang mencemburui kebangkitan
kelompok pro-Anwar anti-Mahathir dalam PEMUDA
kebelakangan ini. Beliau tidak ada pilihan lain. Jika
beliau tidak berwaspada dan menurut kemahuan Mahathir,
masa depan politik beliau akan terhenti setakat ini
saja. Nafsu muda dan cita-cita mahu kaya cepat
meruntut hati beliau menafikan yang bernar dan
mengalah.
Abdullah Bedawi yang kepingin sangat menjadi Perdana
Menteri (hingga sanggup mengenepikan identiti ‘Mr.
Clean’nya selari dengan anak seorang ulamak), komited
sebagai ‘lembu’ Mahathir paling setia – sanggup
melakukan apa saja – asalkan masuk ‘kantung’ Mahathir.
Abdullah bukan lagi Abdullah yang dikenali UMNO
selama ini. Beliau sanggup menganiaya dan mengikis
identiti imej bersih dan hubungan silaturahim dengan
rakyat, khususnya orang Melayu. Beliau terpaksa
menjaga kepentingan beliau yang sekarang makin parah.
Dengan terbongkarnya pelbagai rasuah, keterlibatan
beliau dengan kekejaman terhadap rakyat, Abdullah
tidak dapat lepas dari perangkap Mahathir. Abdullah
telah jauh terlajak semata-mata kerana mau tergolong
kepada ‘inner circle’ Mahathir.
Ku Li Tersisih?
Setakat ini, nampaknya Ku Li adalah mangsa agenda
“penyisihan” Mahathir. Tetapi ramai yang menelah,
sebelum beliau, Musa Hitam sudah lama mendapat ‘cue’.
Sebab itu Musa berulangkali menyebut bahawa politik
beliau sudah ‘terkubur’. Bagi beliau, lebih baik
membiarkan UMNO hancur berkecai di tangan Mahathir
sendiri daripada berjuang ‘kalah-mati’. Kerana adalah
sia-sia membetulkan UMNO waktu ini. Apathlagi, Anwar
yang bergitu berhati-hati masih diseret ke penjara
dengan jalan paksa!!
Kebanyakan doyan-doyan UMNO telah mengambil kesimpulan
bahawa orang Melayu memang telah lama bersedia
memperbetulkan UMNO. Malangnya, Mahathir dan
jongos-jongos dalam kepimpinan UMNO yang
berkepentingan tidak mau mereformasi UMNO. Ini
menyebakan UMNO makin terpinggir. Mereka (Mahathir dan
jongos-jongos dalam kepimpinan UMNO) telah menolak
kebenaran dan matlamat UMNO. Jika UMNO direformasikan,
bermakna 75% pemimpin UMNO sekarang harus ditolak dan
disingkirkan. Itu adalah sesuatu yang mustahil
dilakukan semudah itu. Lebih baik membiarkan saja.
UMNO perlu mencari jiwa dan rohnya sendiri. Untuk
menemukannya, tidak ada cara lain selain dari cara
parti Konservatif British merekonstruksi parti itu.
Sementara Parti Liberal akan meletakkan parti
Konservatif dipinggir.
Sekarang ini, kebanyakan pemimpin UMNO dan BN makin
sedar bahawa ‘semangat’ Anwar masih kuat dalam UMNO.
Ini membuatkan UMNO kucar-kacir. Mahathir dan
sekongkolnya tidak dapat mengikis ‘Anwar’ dari hati
setiap sisa-sisa penyokong UMNO. Mungkin Anwar secara
fisikal tidak ada dalam UMNO, tetapi bagi mereka Anwar
hanya disingkirkan oleh konspirasi Mahathir dan
sekongkolnya. Semangat dan ideolgi Reformasi Anwar
tetap dan terus hidup. Mereka tahu penyingkiran Anwar
adalah konspirasi Mahathir dengan sekongkolnya. Kerana
itu, ramai pemimpin UMNO sendiri telah menduga P/raya
November 1999 akan membayangkan manifesasi bantahan
mereka (khususnya orang Melayu). Dugaan itu ternyata
benar.
Diakhir-akhir ini, Mahathir dan sekongkolnya sedang
tersingkiir. Mereka kini hidup dalam satu ruang
gelap, sedang tercari-cari helah untuk bersandiwara
lagi. Tapi itu tidak akan dapat mengimbau sokongan
orang Melayu lagi.
PAS dan Barisan Alternatif
Wujudnya Barisan ini adalah hasil dari penentang
rakyat terhadap gejala yang menjadi budaya pemimpin
UMNO/BN. Terpenting ialah penentang mereka terhadap
RASUAH - identititi paling jelas Regim ini. PAS dan
Barisan Alternatif menentang sebarang pihak yang
melindungi pelakunya. Barisan Alternatif mencegah
Kezaliman bersama-sama dengan rakyat. Parti KeADILan
mendedahkan perbuatan mereka yang terlibat merancang
dan mendapat manfaat dari kesulitan rakyat. DAP
sebagai sebuah parti bukan Melayu telah memberi ruang
kepada segolongan besar pengundi yang bencikan
perasuah dikalangan pemimpin MCA dan MIC.
Barisan Alternatif telah muncul melalui sebuah
“gagasan” terulung selepas Perikatan @ BN. Kejayaan
cemerlang BA dalam P/raya terakhir itu telah
mengejutkan BN. Mahathir dan seluruh pemimpin UMNO/BN
terperanjat besar! Walaupun mereka telah menggunakan
pelbagai taktik dan ikhtiar kotor pelbagai cara, dua
(2) negeri telah tidak langsung memberi sisa maruah
kepada UMNO/BN. Beberapa negeri lain telah hancur
ketokohan UMNO/BN.
Pada mulanya REFORMASI cuma satu pemikiran terbuka.
Tetapi setelah DS Anwar Ibrahim dikhianati oleh sebuah
KONSPIRASl yang didalangi oleh Mahathir dan sekutunya,
maka rakyat makin nampak bahawa ia satu keperluan yang
wajib bagi rakyat menghayati dan mengekalkannya.
Walaupun ia suatu pemikiran (thought), tetapi rakyat
yang insaf dan sedar-politik. Mereka sensitif bahawa
keperluan perobahan makin jelas. Dengan itu mereka
telah sama-sama mengangkat REFORMASI sabagai wadah.
Hari ini REFORMASI adalah sinonim dengan BARISAN
ALTERNATIF. Seluruh komponen parti yang menggotainya
telah sekutu menyaring semula keadaan yang haru-biru
yang berlaku dibawah pentadbiran Regim Mahathir.
Mahathir dan Barisan Nasional makin sukar untuk
melakukan reform dalam partinya. Kerana, UMNO/BN dan
seluruh regim telah berkarat dengan unsur rasuah dan
kezaliman, percanggahan sesama sendiri, saling
berkhianat, beragenda singkir-menyingkir sesama
sendiri hingga Parti itu hanya dikuasa kelompok yang
semata-mata berurusan demi kepentingan diri. Yang
menanggung seksa adalah rakyat.
Jika selama ini Tengku Razaleigh dan Musa Hitam adalah
dua pemimpin berpotensi yang boleh merobah UMNO
menjadi diterima orang Melayu semula, malangnya
Mahathir telah mewujudkan kem sendiri bagi
menyingkirkan mereka berdua. Sementara itu Barisan
Alternatif makin menguat dan berpengaruh dimana-mana.
Adalah satu hakikat yang benar, iaitu sesebuah parti
politik itu hanya akan kuat dan berpengaruh sekiranya
ia mendapat sokongan rakyat. Malang sekali UMNO/BN
sudah kehilangan pengaruh itu. Parti itu perlu membeli
pengaruh. Sebagai allternatif, mereka akan mengugut
rakyat dengan pelbagai cara. Ini telah mendatangkan
pelbagai musibbah yang sangat merosakkan budaya
politik parti itu dan kesulitan terhadap rakyat.
UMNO Makin Berpuak-puak
Perincian terkini menunjukkan bahawa UMNO sendiri
sudah berpecah kepada tiga (3) puak. Kem Mahathir
adalah kelompok terbesar. Kuasa dan ugutan beliau
menjelajah keseluruh nadi UMNO/BN. Cuma rakyat saja
yang Mahathir tidak termampu melemahkannya. Rakyat
telah menyelebahi Anwar. Ini adalah malapetaka paling
besar kepada kekuatan Mahathir.
Kelompok kedua adalah kem Abdullah Bedawi dengan
sokongan beberapa orang pemimpin UMNO, MB dan Menteri
UMNO. Mereka adalah individu yang menadah tempurung
dan dalam ketakutan diugut dengan tindakan mahkamah
dan penjara.
Kem ketiga adalah Kem Najib yang disekongkoli oleh Md.
Taib bekas MB Selangor dan Muhiddin Yassin serta
beberapa beberapa orang pemimpin UMNO, MB dan Menteri
UMNO. Mereka sekarang sedang bergerak dengan satu
tujuan asas iaitu menumbangkan Abdullah Bedawi setelah
Mahathir mati atau tersingkir.
Ku Li dan beberapa doyan UMNO telah menetapkan bahawa
beliau akan diletakkan sebagai orang yang
bertanggungjawab mereformasi UMNO/BN apabila kedu-dua
kem itu (yang pasti) akan bertelagah kelak.
Bermakna UMNO sedang bergerak atas ‘thin ice’ dalan
menghadapi 2004 ini. Sementara UMNO/BN hilang
kewibawaan politik, Barisan Alternatif pula makin
rancak dengan pelaksanaan perancangan dan tindakan
yang disokong rakyat.
Dengan sokogan padu rakyat yang makin menjalar ke
desa-desa, termasuk dikalangan itu sejumlah besar
pengundi muda dari kelompok terpelajar dan golongan
ugama; Barisan Alternatif makin nampak terserlah dan
mendapat sokongan ramai. Yang paling menakutkan
UMNO/BN sekarang ialah masalah dalaman pemimpin mereka
sudah mulai memecah penyokong dan pengundi yang akan
menetukan Kerajaan pada p/raya 2004 ini. Karenah
mereka dan dendam yang dilakukan terhadap rakyat telah
membuatkan rakyat hilang keyakinan.
Dengan kemampuan UMNO/BN setakat menggunkan pengaruh
politik wang dan ugutan, tindakan kejam dan
menggunakan jasabaik pemimpin terdahulu; ini
menyebabka orang Melayu telah siang-siang menolak UMNO
Baru.
Beberapa janji mengenai Pembangunan dan pembelaan
terhadap kesejahteraa rakyat adalah tipu helah untuk
meraih undi semata-mata. Semua janji-janji itu hanya
‘silap mata’ bagi membohongi rakyat saja. Majoriti
rakyat telah mengambil kesimpulan bahawa UMNO “Baru”
adalah platform untuk segelintir pemimpin disekeliling
Mahathir yang cuma berurusan dengan rakyat tiap-tiap 5
tahun sekali. Itupun demi kepetingan diri mereka.
Terperangkap Sendirian
Melihat persekitaran politik dan keadaan yang makin
menekan, Mahathir dan beberapa kroni sekongkolnya
telah terperangkap. Di satu pihak adalah rakyat. Di
pihak yang lain adalah golongan dalaman UMNO yang
tidak akan memberi kerjasana dan menjadi duri dalam
daging kepada keududukan Mahathir dan sekongkolnya.
Dan yang paling menyakitkan, Pembangkang telah sampai
ketahap sokongan dari rakyat banyak. Mereka menganggap
UMNO/BN tidak berupaya membawa rakyat dan negara ke
Alaf Baru yang mencabar. UMNO/BN tidak releven lagi.
Akan tinggallah Mahathir dalam kepompongnya bersama
UMNO “Baru” dan BN. Ibarat sekumpulan ‘general’ yang
cuma tinggal pingat dan tokoh seorang panglima,
soldadu banyak telah bertempiaran menyeberang ke pihak
musuh. Pasti panglima yang kecundang itu akan menyerah
tanpa syarat sebelum menerima hukuman rakyat.
Bayangkanlah!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)