ADALAH amat memalukan – sungguh-sungguh MEMALUKAN diri
Mahathir Mohammad, Presiden UMNO dan Perdana Menteri
yang kononnya “Wira Negara Ketiga” – yang selama ini
bercakap dengan nada sombong mendabek dada mengajar
dunia sejagat bagaimana menyusun semula pentadbiran
semua sistem politik, ekonomi dan sosial
antarabangsa. Tiba-tiba hari ini Mahathir Mohammad
jelas sejelas-nya:
1) Menggunakan tenaga lemah seorang ‘betina’ bertaraf
jalang murahan sebagai penggerak kepada KONSPIRASI
yang beliau (Mahatahir) rancang sendiri dengan
sekongkolnya untuk melucutkan jawatan seorang pemimpin
berkarisma bakal pengganti beliau secara Fitnah dan
Khianat;
2) Menggunakan kuasa wang dan ugutan – dengan
memanipulasi undang-undang, proses mahkamah, Hakim dan
Peguam Negara yang dibeli seringgit dua dan diugut
untuk melindungi dirinya,
3) Menggunakan kuasa polis dan individu pegawai kanan
di jabatan terbabit untuk menganiaya, membelasah dan
mengugut sebarang saksi yang dikurung secara paksa di
lokap-lokap,
Apakah Mahathir seorang MANUSIA?
Selama tempoh dua (2) tahun berlalu, kes perbicaraan
DS Anwar telah menelanjang-bogelkan Mahathir hingga
beliau kini berjalan tanpa seurat benang. Andaian
keatas karenah, perbuatan dan kelakuan buruk lagi
menjijikkan Mahathir Mohammad itu memberi suatu takrif
bahawa “Mahathir Mohammad adalah sama seperti BINTANG
– haiwan yang tidak berakhlak lagi..!!”
Jika Mahathir mahu dirinya kembali dianggap sebagai
“manusia”, wajar beliau menjadi ‘anak jantan’ yang
“berbuah” dicelah kangkang!! Tidak sukar – cuma datang
ke Mahkamah dan berhadapan dengan kenyataan. Lupakan
khayalan bahawa dirinya mempunyai sebarang ‘kekebalan
PALSU’ yang sengaja direka dan diada-adakan!!
Mahathir Mohmmad TIDAK KEBAL!!
Dua puluh juta Rakyat di negara ini mempunyai hak yang
di lindungi Perlembagaan menuntut supaya Mahathir
diheret ke mahkamah menghadapi perbicaraan. Hanya
dengan itu saja akan menentukan samada Mahathir ini
layak dijadikan seorang Perdana Menteri, seorang
manusia atau sebaliknya: IBLIS, SYAITAN atau BINATANG
– HAIWAN yang hina!!
Setakat ini seluruh rakyat negara ini dan dunia
bertamaddun menganggap Mahathir Mohammad – Presiden
UMNO dan Perdana Menteri yang kononnya “Wira Negara
Ketiga”; tidak lebih dari seorang pengecut, penjenayah
dan penjarah. Jika pemimpin UMNO dan sisa-sisa
penyokongnya masih ada maruah diri dan berugama;
tidak ada jalan lain menebus maruah anda selain
mencari langkah-langkah memperbaiki peradaban diri
yang sekian lama terpuruk dalam kedurjanaan seorang
pemimpin bertaraf “BINATANG”.
Tidak ada dalam Perlembagaan Negara ini seorang warga
negara atau mereka yang melakukan kesalahan jenayah
terlepas dari undang-undang. Tidak sebarang peruntukan
undang-undang memberi Mahathir sebarang “kekebalan”.
Itu hanya wujud dalam khayalan beliau sahaja.
Tidakkah puak UMNO tahu bahawasanya Mahathir Mohammad
adalah anak lahiran pendatang haram yang zurat asalnya
lari dari Karala, India menetap di Alor Setar, dan
kini penghuni sebuah Mahligai yang dibina dengan wang
rakyat RM200 juta. Apakah ini memberi si laknatullah
ini satu kelebihan istimewa hingga tidak boleh diheret
ke mahkamah?
Tidak ada termaktub didalam Perlembagaan Negara ini
seorang Perdana Menteri terlepas dari undang-undang
setelah bermusuhan dengan rakyat, melakukan hasutan
dan mengistiharkan “perang”, menganiaya dan menghukum
sesiapa mengikut nafsunya.
Semua kaum, semua bangsa mencemik UMNO, meludah-ludah
ke muka orang Melayu kerana takut dan akur dengan
ugutan dan momokan, pujuk-rayu dan pembohongan, lemah
kerana rasuah. Itulah identiti UMNO yang kenal dunia
sekarang!!
Tidakkah anda tahu bahawa UMNO bukan hak peribadi
Mahathir. Negara ini bukan milik kepunyaan Mahathir
Mohammad. Beliau tidak bebas melakukan sesuatu
mengikut kehendak hatinya. Orang Melayu bukan
‘penumpang’ di tanahair sendiri. Mungkin puak UMNO
yang menjual maruah diri!!
Permudah Isu Ini
Jika negara ini masih bergerak diatas landasan
undang-undang; jika pelaksana undang-undang masih
mempunyai maruah dan semangat – Mahkamah dan Hakim
terbabit hendaklah sepakat dan seia-sekata dengan
Jabatan Peguam Negara menuntut supaya Mahathir
Mohammad dihadapkan ke mahkamah serta-merta tanpa
sebarang alasan apa jua.
Jika Mahathir Mohammad didapati engkar, waran tangkap
WAJIB dikuatkuasakan. Ketua Polis Negara berhak
mengambil tindakan pantas menangkap dan merantai
Mahathir Mohammad; mengheret si “belukang darat” ini
ke mahkamah.
Sekiranya ada pihak yang engkar dan cuba berkonspirasi
melepaskan “Orang Kena Tuduh” (OKT) ini (Mahathir
Mohammad); Ketua Turus Tentera hendaklah bersikap
tegas dan meletakkan negara dalam keadaan
berjaga-jaga.
Dengan itu, semua jabatan terbabit (BPR, dll.) tampil
kehadapan membawa kes masing-masing terhadap “orang
ini”. Bicarakan Mahathir Mohammad.
Pasti akan dilihat oleh rakyat, samada Mahathir
Mohammad ini benar-benar kebal atau berkuasa!!
Power is based on Recognistion!!
Makin meloyakan, kian hari makin nampak “kuasa
Mahathir” adalah berlandaskan RASUAH dan UGUTAN keatas
setiap mereka yang menganggotai jabatan terbabit
(secara langsung dan tidak langsung). Orang-orang
inilah yang melindungi Mahathir Mohammad dalam
KONSPIRASI yang didalanginya.!! Hematnya, RASUAH dan
UGUTAN Mahathir Mohammad inilah yang menjadi katalis
“Kuasa” yang diperakukan kepada beliau.
Dari segi undang-undang Mahathir Mohammad TIDAK ADA
KUASA apa-apa. Sebarang jenayah yang dilakukan
Mahathir Mohammad ini, undang-undang tetap tegak
dengan sendirinya. Bergantung kepada penguatkuasa
perundangan untuk melaksanakan tanpa mengimbangi
samada Mahathir Mohammad seorang Perdana Menteri atau
anak ‘pendatang haram’.
Jika benar-benar mereka yang mengetuai Mahkamah dan
Hakim, Jabatan Peguam Negara, Polis dan Tentera amanah
kepada jawatan, rakyat dan DYM Mulia Yang di Pertuan
Agung; tidak terlibat dengan sebarang RASUAH atau
bebas dari sebarang UGUTAN Mahathir Mohammad,
BOKTIKAN sekarang dan lakukan tindakan: HERET MAHATHIR
KE MUKA PENGADILAN DAN BICARAKAN.
Jika anda sepakat dan sekata, tidak tertakluk sebagai
sebahagian dari KONSPIRASI itu, lakukan yang benar dan
adil. Jika tidak, bermakna anda adalah terdiri dari
mereka yang merosak-jahanamkan TANAHAIR, BANGSA, UGAMA
dan KEMERDEKAAN rakyat!! Pasti anda juga akan diheret
ke muka pengadilan bila sampai waktu dan masanya!!
Mahathir akan mati dengan kekayaan melimpah ruah.
Kalian kekal sebagai ‘hamba-abdi’nya, merelakan diri
dayus, minda diperkosa dibebal-bacolkan, sanggup
dijual maruah diri dipergunakan untuk membunuh budaya,
maruah, ugama, undang-undang dan hak sebangsa dan
seugama.
Ingatlah, anda diamanahkan jawatan mengawasi hak
bangsa dan negara. Andainya anda membelakangkan
kebenaran, maka anda adalah ‘belukang busuk’ sekongkol
dengan Mahathir Mohammad. Bermakna, andalah
seburuk-sebusuk “zuriat keturunan” Melayu dengan nama
anda wajar dihina dalam buku sejarah yang bakal dibaca
oleh anak-cucu semua kaum di negara ini!
Amin Sapiro,
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)