BILA Kabinet Regim Mahathir memutuskan untuk
menubuhkan Majlis Tindakan Islam Nasional (MATIN),
banyak orang Islam (sinonim Melayu) tertanya-tanya
ingin tahu tujuan penubuhan Majlis yang “tidak
sepertinya” itu.
Terhebah berita kononnya, tujuan utama “MATIN” ialah
untuk menyelaraskan usaha memberi kefamaman Islam yang
betul. Bila disemak serba sikit, terjumpalah nama-nama
penganut dan penganjur Islam terhebat seperti Abdullah
Badawi yang dilantik sebagai pengerusinya. Anggota
yang lain ialah Khalil Yaakub dan Yusuf Nor (KAH! KAH!
KAH!)!!!
Kemudian Badan urusetianya pula ialah Yayasan Dakwah
Islamiah (YADIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan
Islam (JAKIM), Kementerian Penerangan dan Bahagian
Kemajuan Masyarakat (KEMAS). (Mhhhhhh….?).
Islam Yang Betul Bagaimana?
Makin orang Islam di negara ini hairan, mengapa secara
tiba-tiba UMNO sedar satu “Majlis Tindakan Islam
Nasional” wajib diwujudkan sekarang. Apakah selama ini
tidak cukup lagi bermacam-macam “Majlis” berfungsi
sebagai “penyelaras” Islam telah wujud zaman berzaman
ditanahair kita ini? Megapa bila Terengganu dan
Kelantan jatuh kepada PAS/BA, dan kerusi Parlimen dan
DUN UMNO di negeri-negeri merosot teruk baharu UMNO
sedar Islam patut diselaraskan?
Kalau sebelum Mahathir jadi PM dulu tak ada Pusat
Islam, JAKIM, YADIM dan IKIM (segala bagai), sekarang
sejak Mahathir jadi Perdana Menteri, semua itu sudah
ada. Apakah Islam dulu tak cukup “terselaras”kah?
Entahlah!! Makin banyak orang hairan!! Yang nampak
kepada rakyat hasil kerja ribuan mereka yang bertugas
disitu dan dibayar gaji dari wang rakyat cuma setakat
menyelaraskan Musabaqah Al-Quran dengan mengadakan
pentas istimewa.
Tiap tahun JAKIM diadakan Pertandingan Nasyid
peringkat Kebangsaan. Bila sampai sambutan Ma’al
Hijrah masing-masing agensi berlumba mengadakan
pintomin, memilih beberapa orang untuk diberi gelaran
“tokoh” sempena Ma’al Hijarah. Itu saja!!
Padahal semua orang tahu, GEREJA terbesar diberi tanah
oleh pembesar dan pemimpin UMNO untuk bangunan
terhebat melebihi Masjid Negeri Shah Alam.
DIBENARKAN!! Perihal bertambahnya jumlah orang Islam
yang memohon jadi “murtad” hampir mencecah bumbung –
DISEMBUNYIKAN!!
Makin nampak, pemimpin UMNO yang diamanahkan menerajui
kerajaan hanya setakat “melepaskan” batuk ditangga
mengenai Islam. Prioriti mereka makin nampak cuma
untuk “menghasut, mengugut dan mengadu-domba” sesama
Islam sebagai cara mereka menguasai (control) minda
orang Melayu (sinomin Islam) supaya tunduk-akur
menyokong UMNO yang sudah kecundang!!
Tak cukup dengan itu, Raja-raja Melayu diugut supaya
menyebelahi rencana mega pemimpin UMNO yang gelabah
kegelisahan – takut hilang kuasa dan terbuka pekung di
dada macam bekas pemimpin kecundang di Terengganu dan
Kelantan!!
Pusat Dakyah Yang Menjijikkan
Nampak oleh rakyat, setakat ini JAKIM cuma
menghasilkan acara-acara yang diswasta untuk slot di
RTV mengisi ruangan “lawatan” ke negara-negara luar,
memberi imbasan tentang kesan sejarah Islam disana.
Seolah-olah maklumat sebegitu belum pernah dilakukan
oleh orang lain. Padahal, beberapa Pusat dakwah Islam
di Arab Saudi, American Muslim Organization, dan
puluhan Pusat dakwah Islam antabangsa sudah lebih awal
hingga bercambah filem trailer yang lebih lengkap,
terperinci dan lebih menarik komentarnya. Mereka
sentiasa bersedia memberi pinjam secara percuma atau
dengan bayaran ‘nominal fee’. Mengapa tidak
diterjemahkan saja dari membazir wang berjuta-juta?
IKIM yang beribu pejabat umpama sebuah gedung canggih
di Jalan Duta, hingga hari ini tidak ada siapa yang
tahu apa kerja dan fungsi orang didalamnya. Dengan
Ketua Pengarahnya yang sekali sekala tenggelam timbul
di kaca TV – tak ubah macam ‘tikus hanyut’ di arus
deras – tidak ada sebarang perkara yang baru yang
disebarkannya (selain membodek memberi justifikasi
kehebatan tuannya). Walhal, sebagai sebuah Institiut
bermaksud memberi “kefahaman Islam” seharusnya pihak
Institiut itu wajib menunjukkan kepada orang Islam
tentang “kebenaran” dalam Islam. Kalau tidak, apa
faedah mereka semua dibayar gaji tiap bulan dengan
pelbagai ‘perks’ yang bukan-bukan?
Apa yang orang tahu setakat ini “IKIM” lebih bermaksud
“Institiut Kefahaman Islam MAHATHIR (bukan Malaysia)”.
Disitulah Mahathir Mohammad memberi arahan dan
panduan sebagai “the big Ulama”. Mahathir akan memberi
ucapan dan berfatwa dengan menggunakan para penyelidik
di IKIM supaya mencari dan melakukan “pensekularan”
terhadap Islam. Hari ini, kita nampak Mahathir telah
memberi berbagai-bagai anjuran seperti Al-Quran harus
ditafsirkan semula, memperlekeh janggut Nabi,
“mensederhanakan” Islam, dll.
Orang Islam Makin Bingung
Sebanyak itu Forum dan Insititiut yang diwujudkan oleh
regim Mahathir yang restui UMNO, makin orang tidak
nampak bagaimana mungkin ulamak Islam puak UMNO duduk
membisu dan tupang dagu melihat Mahathir mengugut
rakyat dan orang Melayu sinonim Islam. Terang-terang
Mahathir mengugut dan memaksa orang Melayu (sinonim
Islam) akur dengan keganasan, kezaliman, kekerasan,
pembohongan, dengki-khianat, dendam-fitnah, adu-domba,
hasut yang dilakukan keatas semua pihak yang
membantah!! Lidah mereka kelu!! Seolah dalam Islam
tidak ada “Demokrasi” dan tidak ada konsep “Hak Asasi
Manusia”.
Setakat ini yang nampak cuma mereka yang menggelarkan
diri “ulamak” setakat bertempias menyembur air-liur di
muka TV dan dicorong radio, mengajak umat Islam supaya
menghayati Islam, akur dan taat kepada pemimpin!! Kalu
ditanya pemimpin yang mana – jawapan yang jelas pasti
“Mahathir Mohammad”. Seolah-olah Mahathir adalah
“ulamak teragung” mereka!!
Bila diperinci lagi, maka ternampaklah bagaimana
‘terselarasnya’ (baca secara ‘sinis’) penghayatan
Islam regim ini. Lihat bagainama tuduhan, perbicaraan
dan penghukuman keatas seorang insan Islam
dilaksanakan. Yang nampak, insan itu telah dilucutkan
jawatan secara paksa tanpa mengikut undang-undang
(setakat undang-undang belantara) dan dipenjarakan.
Apakah kerana orang-orang ini mengakui “politik wajib
dari Islam”? Padanlah!!
Tuduhan keatas kepada insan makin terbokti fitnah.
Dengan bersaksikan beberapa orang pelacur murahan
segala bangsa dan ugama dan kaki zina, Mahathir
menjatuhkan hukuman. Dengan berpandukan sekeping surat
dirancang dan tulis oleh seorang wanita Islam yang
berzina (yang diberi upah berjuta), maka KONSPIRASTOR
tertinggi (Mahathir Mohammad?) menggunakan kuasa
meluluskan hukuman!! Itukah dia Islam UMNO? Itu patut
diselaraskan oleh MATIN dulu!!
Makin orang pening memikirkan bagaimana Rahim Nor,
ketua ‘pengaman’ negara yang mengaku bertanggungjawab
membelasah seorang insan didalam tahanan dengan tangan
digari dan mata diserkup hingga cedera parah separuh
mati. Orang itu, Rahim Nor – bermati-matian dibela dan
dilindungi oleh Perdana Menteri penaung IKIM dan
segala macam Institiut Islam tersebut – sementara
insan tadi dipurukkan kedalam penjara bertahun-tahun.
Tak cukup dengan itu, ia dihina dan difitnah
berulangkali hingga hari.
Yang paling jijik sekali, si Perdana Menteri yang
menganjurkan supaya Al-Quran harus ditafsirkan semula,
memperlekeh janggut Nabi, “mensederhanakan” Islam itu
macam nak rak satu dunia memperakukan insan itu
mencderakan diri sendiri. Mahathir “yang inilah” yang
berkeliling dunia menghebahkan kepada 4 billion umat
dunia tuduhan yang mengaib keatas insan itu.
TETAPI bila dituntut oleh rakyat negara ini dan
undang-undang supaya si Mahathir (ulamak ‘khayalan’
UMNO itu) hadir ke mahkamah menjadi SAKSI, orang ini
jugalah yang memaksa semua jabatan terbabit dengan
perundangan dan penghakiman memberi perlindungan
supaya ia TIDAK dan JANGAN diheret ke mahkamah. Ini
macam punya cerita ka? Ini macam punya terselarasnya
Islam UMNO ka? Apa sudah jadi kepada Islam di
Malaysia, ha???!!!
Apa guna MATIN?
Sebaik saja nama-nama seperti Abdullah Badawi yang
dilantik sebagai pengerusinya, dan anggota yang lain
pula termasuk Khalil Yaakub dan Yusuf Nor, sekaligus
orang dapat menjangka dan membayangkan apa guna dan
tujuan “MATIN” itu ditubuhkan.
Mungkin satu masa nanti, pengarah cawangan MATIN di
Kelantan akan dianggotai oleh IBARAHIM Ali pula!!
(mana tau? Ibrahim lah orang yang mengaku Islam dengan
fatwanya dikhalayak ramai mengatakan suhu api Neraka
setakat panas untuk menggoreng keropok lekor saja…)!!
Dengan dikaitkan Badan urusetianya Yayasan Dakwah
Islamiah (YADIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan
Islam (JAKIM), – maka nampaklah MATIN bukan bertujuan
“menyelaraskan” Islam tapi ia SENGAJA diwujudkan bagi
menyeleraskan segala strategi politik UMNO untuk
meraih sokongan umat Islam (sinonim orang Melayu)
supaya “kembali menyokong UMNO” yang telah
disingkirkan oleh majoriti orang Melayu!!
Apa yang nampak dan diketahui umum setakat ini:
a) Pentadbiran Islam di negara ini sudah cukup lengkap
dan kemas. Sekiranya kerajaan yang memerentah
adalah terdiri dari mereka yang adil, telus, ikhlas
dan amanah dengan fungsi dan janjinya; tidak akan
timbul sebarang masalah dan persoalan besar hingga
memerlukan satu “Majlis” lain (seperti MATIN) untuk
menyelaraskan “Islam”.
Malangnya regim ini adalah sebaliknya!! Terlampau
ramai pemimpin mereka yang lidah bercabang. Dicelah
lipatan hati mereka penuh dengan tompok-tompok darah
hitam berbuku-buku. Berkarat!! Sudah jadi makluman
umun bahawa pelaku rasuah, rogol, pengganas, penzalim
dan pengkhianat dilindungi dan diangkat setinggi
langit oleh regim ini. Tak cukup dengan itu, diimpot
penjarah Islam keturunan Siam untuk menguatkan hujjah
UMNO ‘mengislamkan’ orang Melayu yang sudah 500 tahun
mememluk Islam. Padan jugalah UMNO memecah-belahkan
orang Islam!!
b) Bila disebut Kementerian Penerangan dan Bahagian
Kemajuan Masyarakat (KEMAS) adalah sebahagian
dari PRO “MATIN”, makin orang hairan bagaimana “GRO”
KEMAS akan meminda tugas dan sukatan pelajaran
“Jahit-menjahit dan Masak-memasak” kepada Pendakwahan
Islamiah pula.
Makin nampak KEMAS melalui MATIN sudah berfungsi
menjadi agensi pendakwa untuk mengahsut anak-anak
Tadika KEMAS supaya menyokong UMNO!! Memang nampak
sangat UMNO merancang program ‘hasut-menghasut”
jangkapanjang!! Bila lagi ‘Lebai-lebai” di BTN akan
dirangkum sekali??!!
c) Jika masjid-masjid memang tempat ibadah untuk
menimba ilmu, hari ini UMNO sudah menempatkan
jongos jongosnya supaya memerhatikan segala gerak-geri
makmum dan penceramah!! J/Kuasa masjid-masji
dipastikan supaya menyokong UMNO. Yang menghayati
Islam sebenar akan dibuang dan diganti dengan mereka
yang “Islam” cara UMNO!!
Islam Bermaksud Apa?
Orang Islam makin rungsing dan gundah, rimas dan bosan
dengan pentafsiran Islam anjuran regim ini. Gelebahan
politik dan sokongan orang Melayu yang makin jauh
merosot terhadap UMNO. Ini yang menjadikan pemimpin
UMNO bagai hilang akal.
Makin banyak ulah-ragam pemimpin UMNO mencampuri
urusan Islam, makin nampak seolah-olah Hitler,
Mussolini, Mobutu atau Natanyahu bangkit semula
mengarahkan orang Islam supaya mengerja solat,
mengerja yang rukun – yang fardu dan yang sunat.
Tetapi yang nampak, dirasa dan dialami setakat ini:
Setelah makmum sujud dan bangkit semula; apabila
mereka memberi salam ke kanan tiba-tiba mereka lihat
segala harta benda mereka sudah terlepas dari tangan.
Bila mereka menoleh memberi salam ke kiri, maka
dilihat Hak Asasi mereka sudah dihapuskan. Dihadapan
mereka tercegat beberapa orang algojo memegang gari
ditangan. Jika mereka membantah, sepantas kilat algojo
itu akan menyarungkan gari di lengan. Jika berkeras
juga, mereka akan dibelasah hingga lumpuh badan
separuh mati, lalu dihumbankan kedalam penjara!!
Makin dapat ditafsir bahawa “MATIN” itu adalah
senjata ‘perompak’ terbaru yang direka-cipta regim ini
untuk menyamun orang Islam dan orang Melayu yang
disuruh akur kepada Islam yang diselaraskan oleh MATIN
tadi. Dengan itu, semasa mereka sujud dan mengingat
Tuhannya mereka merompak mengikut kamahuan. Selagi
itu yang berlaku, maka 100 “MATIN” tidak akan merobah
fikiran dan jihad orang Islam untuk mengikis UMNO dari
lubuk hati mereka.
Lagi sekali orang bertanya, “Ini macam cekap lu orang
MENIPU ka..!! Lu orang ingat orang Melayu semua
BANGANG?…..!!”
Amin Sapiro
(Ahli UMNO diatas Pagar Berduri)