Makin berpanjangan pelbagai kekucar-kaciran dalam
UMNO, pentadbiran undang-undang Negara, ekonomi dan
kewangan, pengagihan ‘cake negara’, penghakisan
hak-hak rakyat bersuara yang didalangai Dr. Mahathir
dan jongos-jongosnya; makin nampak negara kita sudah
dimasukkan Mahathir kedalam satu sistem “Kuasa
Terpimpin” yang diurus sendiri oleh “satu orang” saja,
iaitu Mahathir Mohammad – Perdana Menteri Malaysia dan
Presiden UMNO (menang Tanpa Bertanding..!!)
Suatu Zaman Yang Berbeza
Setiap zaman membawa nilai berbeza. Era zaman penjahan
membawa tumpuan rakyat berhadapan dengan perjuangan
menuntut Kemerdekaan untuk membebaskan Negara dari
penjajahan. Diperingkat selepas mencapai Kemerdekaan
pula, terlahirlah pelbagai tuntutan politik, ekonomi
dan sosial yang berbeda-beda dan beragam.
Tempoh dekad sebelum 50-an, nilai dan keyakinan
politik orang Melayu di negara kita adalah untuk
mendepani musuh bersama (common enemy) yang dinamakan
“Penjajahan”. Yang paling ketara ialah orang Melayu,
dengan keseluruhan tekad dan tenaga sama-sama ingin
mengusir British. Kepedihan hidup di zaman Jepun
mengajar mereka nilai-nilai kemerdekaan. Kesedaran
politik yang menjadi darah daging sejak lebih 400
tahun silam menjadi ‘duri dalam daging’ kepada orang
Melayu.
Dengan tercetuslah Peristiwa Mei 13 pula, maka
banyaklah mata tercelik, terbuka buntang!! Maka
bekejar-kejaranlah mereka mencari perlindungan kerana
sinaran cahaya keras yang terus memanah mata yang baru
tercelik.
Akhirnya terwujudlah satu harapan menggunung semoga
rakyat akan mengembeling dayausaha fisikal dan mental
untuk mengisi Kemerdekaan. Pengembelingan itu
disealirkan dengan tututan Pembangunan (harus
ditafsirkan dalam konteks yang lebih luas).
Dengan memandang kedalam diri secara kritis, didapati
khayalan pimpin Melayu di zaman awalan Kemerdekaan itu
terlalu berlama-lama. Mereka menikmati manisnya
nostalgia pekikan MERDEKA di Stadium Merdeka hingga
ramai yang terlalai dan lali.
Hari ini, Dr. Mahathir seringkali menyebut-nyebutnya
dengan bangga (Tak taulah samada beliau ada
bersama-sama Allahyarham para pejuang ulung kita di
Selangor Club; atau cuma satu penyedap retorika saja).
“Mile stone” yang dinostalgiakan beliau ialah rapat
umum “Anti MALAYAN UNION”. Tetapi, berbeza dengan
seruan pejuang dulu, kini Mahathir menggunakannya
sebagai alat untuk ‘berleka-leka’. Harapannya, UMNO
“Baru” akan bersatu semula. Dengan itu, Mahathir akan
menkonsolidasi kuasanya. Tidakkah itu satu agenda
pembohongan paling besar?
Sesudah Terantuk Baru Menegadah
Berapa kali orang Melayu tertipu oleh penjajah?
Mula-mula Portugis, kemudian Belanda. Inggeris
berpakat dengan Belanda membahagi-bahagikan Melaka,
dan Singapura seperti milik mereka bersama. Datang
Jepun dirempuh semua. British datang lagi dengan niat
yang berbeda. Mujur orang Melayu (ingat: Orang Melayu
saja) sedar diri dan nasib anak cucu apa akan jadi.
Malaya dimerdekakan.
Maka diwujudkablah satu resolusi rakyat bagi
membendung perkara yang jelas dan kerap menjadi
masalah, iaitu aspek ‘Ekonomi dan Pengagihan’ kekayaan
negara. Terciptalah satu Dasar yang sangat murni yang
dinamakan ia Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalamnya
terkumpul segala harapan orang Melayu. Kerana orang
Melayu yang memerlukan pertolongan bagi peningkatan
taraf sosio-ekonomi, maka dipersetujuilah tanpa
bantahan. Amat bagus. Itulah dia konsep Perpaduan
Nasional terulung di negara ini…!
Dasar Ekonomi Baru umpama dasar yang timbul atas
hakikat “sesudah terantuk baru menegadah”. Seluruh
orang Melayu berharap akan dikendalikan dengan rapi.
Tempoh 30 tahun bukan lama. Diragukan – mana mungkin
DEB berjaya menyelesaian permasalahan yang sekian
lama kusut dalam tempoh sesingkat itu. Orang Melayu
sangat-sangat berharap, UMNO akan melaksanakan melalui
satu daya dan kesungguhan yang jujur, ikhlas dan
matang.
Malangnya, tidak ramai dikalangan UMNO yang sedar.
Tidak ramai yang nampak wujudnya faktor-faktor negatif
yang memungkinkan inspirasi rakyat itu akan gagal.
Walapun segala-galanya nampak seolah-olah menjurus
kepada keinginan untuk menjaga keseimbangan, tetapi
orang Melayu sekali lagi dilekakan dengan ritorika
pemimpinnya.
Dr. Mahathir Dengan Agendanya
Keprihatinan seorang pejuang anak bangsa tidak akan
berupaya membawa perobahan dasar yang banyak.
Apatahlagi jika beliau adalah terkepung diantara
orang-orang yang mencemburui prinsip perjuangannya.
Sdr. DS Anwar Ibrahim telah memberi suatu kesedaran
dan keinsafan kepada orang Melayu. Anwar nampak
wujudnya faktor-faktor negatif yang memungkinkan
inspirasi rakyat itu akan gagal. Malangnya ramai
orang politik seangkatan dengan beliau tidak nampak
atau pura-pura tidak nampak gejala Rasuah, Nepotisma
dan Kronisma sedang berleluasa. Bermakna Anwar sedang
mencari musuh dalam partinya.
Beliau menyarankan keseimbahan pembangunan fisikal dan
material wajib diselarikan dengan kekuatan ciri-ciri
penghayatan keugamaan (khususnya Islam). Diyakini
dengan itu, rakyat sendiri akan terlepas dari
kesulitan menjaga keseimbangan semoga mampu menilai
antara yang bermoral dan tidak bermoral.
‘Jihad’ Anwar
RASUAH dan Penyelewengan menjadi perjuangan beliau
seterusnya. Walaupun sebagai TPM, tidak semestinya
beliau menjadi pemutus kata dalam semua hal. Walaupun
ada ruang untuk beliau melakukannya, tetapi beliau
semacam terkepung oleh keadaan yang mengancam dari
segenap penjuru. Neliau menerima suatu tentangan
hebat.
Apa yang dilakukannya memang memerlukan iltizam dan
keyakinan diri yang kental dengan usaha yang sangat
gigih dan tenaga padu. Lebih-lebih lagi, dalam gejolak
manusia mengejar kebendaan dan kepentingan diri;
beliau pasti mengundang banyak musuh yang sukar
dilihat dengan mata kasar.
Namun, prinsip kepimpinan Sdr. Anwar itu amat jelas
dan disokong penuh oleh majoriti rakyat. Hajat baik
dan unggul Anwar itu telah disambut baik dan cuba
dihayati rakyat banyak (khususnya orang Melayu).
Harapan Anwar adalah harapan rakyat. Seluruh rakyat
menyokong penuh penghakisan beberapa penyakit
masyarakat yang buruk-buruk seperti Rasuah,
Penyelewengan, Kerakusan, Kehilangan pedoman objektif
bernegara. Rakyat dan Anwar menjadi satu.
Malangnya, apa yang berlaku kemudiannya amat
menyedihkan. Anwar terperangkap diantara dua “forces”
yang berpanca. Di satu pihak ialah mereka yang ingin
memperaktikkan Rasuah, Penyelewengan, Kerakusan dan
lain-lain keburukan sikap. Di satu pihak lain adalah
sebaliknya. Anwar mendapat sokongan rakyat. Tetapi
malang sekali ia bertentangan pula dengan keinginan
puak yang pertama. Mereka lebih berkuasa walaupun
tidak ada lunas undang dan peraturan yang sah.
Akhirnya kepanikan mereka yang berdosa itu terus
merancang untuk membuat honar. Mereka yang kian
kehilangan pedoman, terlalai dan terlali sekali lagi.
Mereka lupa objektif bernegara. Jika bagi Sdr. Anwar,
musuh bersama yang sebenar itu ialah Rasuah dan
Kronisma; malangnya bagi sekelompok opportunis itu
pula menganggap sebaliknya: BAHAWA musuh sebenar
mereka ialah ANWAR per se!! Anwar dikhianat.
Khianatan Teraib Selepas Raja Mandeliar
Pengkhianatan kali ini adalah paling aib dalam sejarah
peradaban dan anutan ugama orang Melayu. Jika Raja
Mandeliar an Si Kitul dikutuk habis-habisan oleh orang
Melayu sebaik saja Bendahara Seri Maharaja dianiaya,
Anwar berdegil melaungkan REFORMASI sebagai enjutan
mengembalikan maruah Dasar rakyat dan Negara. Rakyat
banyak merasa dan dapat melihat beliau benar-benar
berusaha untuk menyirat dalam hati supaya cita-cita
bernegara wajib dicapai, mesti dipelihara dengan usaha
bersungguh-sungguh. Sewajarnyalah ia mesti bermula
dari “Kepimpinan Melalui Teladan”.
Malangnya, pihak dalam kelompok “Kepimpinan Melalui
Teladan” itulah yang menerajui puncak kuasa. Mereka
lebih arif bermainkan ‘kayu tiga’. Kelompok orang ini
telah menciptakan "hantu-hantu PALSU” bergelar
neokolonialisme-imperialisme. Mereka mencipta
cita-cita agung, kununnya untuk menjadikan negara
salah satu pusat budaya dan kekuasaan dunia. Kelompok
itu diketuai oleh Dr. Mahathir, Perdana Menteri dan
Presiden parti tertinggi UMNO – rakan kongsi, rakan
seperjuangan Anwar.
Dr. Mahathir bermati-matian mencipta pelbagai VISI,
seumpama orang sedang berkhayal. Sumber rakyat
dipergunakan tanpa hemah, ketepatan waktu dan
keperluan. Banyak yang dilaksanakan tanpa mempedulikan
cita-cita bersama yang sewajarnya memihak kepada
rakyat. Banyak sumber rakyat yang dihamburkan dengan
mewarnakannya indah-indah bahawa itu lah dia
“Pembangunan ekonomi” (mungkin baginya, tapi tidak
bagi rakyat). Sambil itu, kantungnya, anak-anak dan
suku sakat serta kroni/proksi disumbat dengan kekayaan
yang dirompak!!
Konsep Hadiah “Se Bahara Emas”
Seperti Raja Mandeliar, Mahathir Mohammad yang sama
keturunan berimpian sama seperti Raja Mandeliar.
Melalui “Kitul-Kitul”nya, Khianat dan Fitnah menjadi
asas beliau untuk mengkhianati sesiapa juga. Konsep
“Hadiah Sebahara Emas” sah diperlakukan, dan Mahathir
menjadi Ketua pengagihnya.
Contoh yang paling ketara, jika idealnya Pembangunan
dalam sebuah masyarakat demokratis, seharusnya
mensyaratkan struktur dan institusi eksekutif negara
wajib berbentuk “vertikal” (iaitu dari bawah keatas),
tetapi bagi Mahathir adalah sebaliknya.Bagi Mahathir,
rakyat TIDAK perlu membentuk rencana dan rancangan
Pembangunan. Bagi Dr. Mahathir itu lah dia “My Way”
yang diagung-agungkannya.
Maka wujudlah semula nilai-nilai pemerintahan
“kolonialisma”. Rakyat sekali lagi mewarisi struktur
dan institusi penjajahan yang seharusnya sudah lama
dilemparkan. Mahathir dan UMNO/BN telah memakai
norma-norma penjajah itu semula. Akhirnya, dengan
sendiri terciptalah satu drama “horor”. Dengan kuasa
mutlak yang licik, masyarakat makin dilanda ketakutan.
Kini terjelmalah segala bentuk kejutan-kejutan
paranoid.
Masyarakat hanya berpeluang untuk berinteraksi (dalam
sektor ekonomi) berasaskan kronisma saja. Akibatnya,
seluruh golongan keusahawanan rakyat yang kecil-kecil
(Pertanian, Nelayan, IKS, kontraktor kecil, dll) makin
terpinggir. Mereka tidak berkesempatan untuk
berinteraksi secara alamiah untuk merevolusikan
keupayaan masing-masing. Ramai yang hidup segan mati
tak mau. Dengan itu, kembalilah orang Melayu ketampuk
dan ketahap lama – merintih didalam gugatan suasana
pacuan ekonomi moden yang mendesak.
Orang Melayu Dijajah Semula
Walaupun tempoh 30 tahun DEB itu berlangsung,
walaupun komuniti majmuk di negara kita hidup
bersisian (neighbourhood) didalam unit politik yang
sama; tetapi amat jelas orang Melayu masih terpisah.
Umumnya, mereka hanya berinteraksi dalam sektor sosial
dan dalam ekonomi “jual-beli”.
Sebagai contoh, individu orang Melayu berinteraksi
dengan kaum lain hanya sebagai pemilik warung, sebagai
buruh-buruh atau eksekutif rendah. Kita tidak nampak
mereka berinteraksi dalam konteks sebagai pedagang dan
ahli korporat pesendirian. Majoriti orang Melayu tidak
lebih sebagai penonton. Mungkin mereka adalah penjaja
Pasar Malam saja.
Majoriti golongan orang Melayu masih terpinggir.
Walaupun kononnya mereka disebut sebagai kaum yang
mempunya Ketuanan bangsa; tetapi itu cuma dipermukaan
saja. Ini berpunca dari Dasar yang cenderung Mahathir
ialah “Kronisma dan Nepotisma” itu. Sambil itu, Rasuah
dalam pelbagai bentuk (termasuk tipu-helah Penswastaan
dan Pengkorporatan) membolehkan mereka menguasa semua
seumber.
Mahathir telah mewujudkan golongan elit sesama mereka
disekelilingnya, iaitu berinteraksi sesama sekolompok
mereka yang berjaya saja. Sebaliknya mereka yang
diluar kelompok memang tidak dimungkinkan mendapat
apa-apa.
Dasar Ekonomi ‘BARUA’
Akhirnya, pintu dan jendela menuju kedalam interaksi
yang lebih menyeluruh dan aktif telah ditutup rapat.
Ia dilapis oleh pelbagai permasalahan yang berasaskan
keinginan lebih kaya dan lebih bersepakat sesama
sendiri. Golongan Melayu yang kaya (kroni yang berjaya
dan ahli politik yang mewah) juga sudah melupakan
tanggungjawab. Maka wujudlah satu transformasi dasar
ekonomi yang lebih baru iaitu transformasi dari Dasar
Ekonomi Baru kepada DASAR EKONOMI BARU(A)..!!
Nampaknya, usaha Anwar terputus ditengah jalan. Beliau
disekat secara lahiriah. Dengan pertolongan Allah swt.
kesedaran orang Melayu tentang agenda Penipuan,
Pembhongan, Kerakusan, Kezaliman, Ketidakadilan, Hidup
tanpa Moral (khusus jadi peradaban Mahathir dan
jongos-jongosnya) telah membulatkan JIHAD orang Melayu
menentang UMNO/BN.
PAS/BA Merangka Perjuangan
kita nampak sekarang, Kerajaan PAS (BA) di Terengganu
dan Kelantan sedang memulakan satu usaha cuba merobah
keadaan ini. Selaras dengan konteks apa yang
diperjuangkan oleh Anwar – “KEADILAN”, Regim Mahathir
makin kecundang.
Walaupun rumit dan sulit (kerana sistem lama itu
terlalu rosak dan merosakkan); namun usaha permulaan
Kerajaan PAS yang berkewajipan itu adalah contoh
dayausaha positif. Kita nampak, walaupun mereka
melangkah setapak demi setapak, tetapi halatuju itu
adalah jelas dan telus dan mara kehadapan.
Bagi rakyat, jika kebaikan itu yang mereka mahu, maka
itulah yang mereka dapat. Rakyat makin yakin, rancang
menentukan struktur dan peradaban ekonomi selaras
dengan peradaban Islam itu lebih adil dan saksama.
Memang orang Melayu wajar berhijrah dan berjuang dalam
kerangka politik yang baru itu.
DR. Mahathir dan UMNO “BARU”nya tidak mampu lagi
mengisi tuntutan orang Melayu. Orang Melayu harus
memahami keadan ini. Sudah sampai masa dan ketikanya
dan melupakan UMNO “Baru” yang cuma milik Mahathir
Mohammad seorang. Jika masih enggan merobah diri dan
pendirian, orang Melayu akan hilang segala-galanya!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO diatas Pagar Berduri)