Taniah Untuk Zeti
Perlantikan Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz sebagai
Governor Bank Negara yang baru memang tak ada siapa
yang mempertikaikan. Jangan cuba dibandingkan Zeti
dengan Abol Hassan. Tengok muka Abol pun tak ada yang
terbit selera. Belum tengok rekod si Abdul
(ketururunan Mamak) yang setanding dengan bapak
RASUAH, putar alam dan kaki kelentong setaraf dengan
‘godfather’nya: Mahathir Mohammad dan Daem Zainuddin.
“Appointment of Convenience”.
Semua orang tahu, Abol Hassan ada rekod jenayah RASUAH
yang disembunyikan oleh pelindung utamanya: Mahathir
Mohammad, Perdana Menteri Malaysia ke-4, Presiden
parti dari puak UMNO (yang menang tanpa bertanding)!!
Sepertimana busuknya rekod Mahathir Mohammad, Abol
Hassan juga adalah pegawai kerajaan yang dipertikaikan
kewibawaan, kebersihan, kejujuran dan kepakarannya.
Jika Mahathir pakar putar alam, begitu jugalah Abol
Hassan.
Dulu, pakar kewangan tempatan dan antarabangsa melihat
perlantikan Abol Hassan sebagai “appointment of
convenience”. Abol dilantik Mahathir semata-mata untuk
jadikan ‘pak tonggok’. Tugas si Abol cuma setakat jadi
tukang pikul bakul sampah oleh regu Mahathir-Daem.
Sementara Mahathir dan Daem menyapu apa juga dokumen
yang berkait dengan ‘bail-out’ dan penyelewengan yang
direkodkan di Bank Negara, Abol lah orang yang akan
kaut masukkan sampah-sarap kedalam bakul kemudian
junjung atas kepala. Abol Hassan tolong ‘delete’
segala rekod jenayah kewangan regu Mahathir-Daem di
Bank Negara.
Apa Abol boleh buat..! Semua “file” Rasuah ada
ditangan Mahathir. Banyak cakap, Sg. Buloh masih ada
kekosongan ‘bilik’. Kan itu cara Mahathir? Jadilah si
Abol tak ubah macam tukang jaga peti wang di retoran
mamak saja.
Lazimnya, semua aliran wang masok dan keluar
melibatkan negara ini dengan sistem perbankan
mana-mana negara dunia direkodkan di Bank Negara.
Rekod-rekod itu ada terakam didalam komputer Bank
Negara. Sebarang dasar dan pengurusan kewangan negara
adalah dibawah kawalan dan kelulusan Bank Negara.
Dalam keadaan ekonomi meleset diperingkat paling
kritikal dulu, berbagai-bagai masalah kewangan dialami
oleh korporat milik Daem dan Kroni Mahathir dan
anak-anaknya.
Oleh itu, peranan Bank Negara adalah “vital”. Beberapa
‘bail-out’ telah dilakukan oleh Mahathir dan Daem.
Mereka tidak mempedulikan konsep lumrah dalam konteks
“Monetary policy dan Fiscal Policy” yang wajar.
Pelbagai perbuatan yang tidak beretika dilakukan
secara manipulasi.
Semasa Anwar Menteri Kewangan perkara ini dijaga
dengan rapi. Kunci Bank Negara dijaga ketat-ketat
untuk menyelamatkan dana rakyat. Malangnya, Itulah
yang menjadi punca yang menyebabkan Anwar
disingikirkan – kerana terlalu menyebelahi
‘kepentingan rakyat’. Sebaliknya, Mahathir dan Daem
yang berkepentingan dalam pelbagai korporat yang
terkait rapat dengan mereka hampir muflis. Dengan itu,
mereka memerlukan satu agenda manipulasi yang tidak
beretika di pihak Bank Negara.
‘Profesionalisma’ Vs ‘Ikut Nafsu’
Percanggahan antara ‘profesionalisma’ cara Anwar (atas
nasihat pakar Bank Negara) dengan Teori ‘Ikut Nafsu’
cara regu Mahathir-Daem menyebabkan ‘pertarungan
belantara’ berlaku antara “Anwar dan regu
Mahathir-Daem”. Maka ‘dikukus’ lah oleh Mahathir dan
Konspirator terpilihnya ‘pulut santan lemak berlada’!!
Kononnya, Anwar disingkirkan kerana terlibat dengan
kelakuan aib!! Bukan main jauh perginya!!
Jangan Mahathir dan Daem nak cuba nafikan. Kalau
rahasia perkara busuk menyeleweng wang dan harta
rakyat ini tidak benar, atau ini adalah Fitnah…NAH!!
Kan kalian anak jantan? Masing-masing tentu ada buah
“pelir serangkai di celah kangkang”…SILALAH DATANG KE
MAHKAMAH dan berdepan dengan ANWAR!! Janganlah cuba
melalak diluar gelang, di rostrum PWTC semasa
Perhimpunan UMNO Mei ini saja. Itu BUKAN tempat
membela diri. Itu tempat orang pengecut.
Mengapa TAKUT & KECUT? Kalau kalian anak jantan, adat
“anak jantan” tidak akan berselindung dibalik kain
sarung betina penzina, atau sederet betina lacur, atau
sekumpulan jongos-jongos yang diupah dan diugut?
Jangan fikir berkokok diluar pagar, sementara punggung
bertaik kering!!
Diluar bunyi ‘ngaum’ menderam macam harimau. Tapi bila
dicabar supaya beradu KEBENARAN, mengapa “menikus”
tanpa maruah? Macam inikah seorang pemimpin “yang
bersih, cekap dan amanah”? Memang Pak Shahnon
sekaligus betul katanya: “Mahathir Mohammad memang
jenis pemimpin bertaraf “PukiMAK”..!!….”
Perlantikan Zeti Tercemar
Sebelum Zeti terpilih, seorang ‘jongos’ Mahathir-Daem
dipilih bakal menggantikan Abol Hassan, iaitu Mustapa
Mohammad seorang ‘political drop-out’. Beliau adalah
seorang yang tidak ada sebarang kepakaran. Kalau
setakat “MBA”, melambak-lambah ditepi jalan di Chow
Kit Road!! Kononnya, beliau diura-urakan dilantik.
Bermakna, jika Abol Hassan sebagai perasuah dilantik
sebagai governor Bank Negara, kemudian Mustapa pula
menggantikannya, samalah jawatan dan tugas Governor
Bank Negara satu jawatan tidak lebih sebagai
“care-taker functioning at the pleasure of certain
top JOKERS”.
Kemampuan dan kepakaran Zeti tidak ada yang
mempertikaikan. Tetapi, umpama sebuah kepala keretapi,
walau bagaimana canggih sekalipun, jika ‘rail’nya
menghala ke gaung, kepala ‘loco’ itu akan menarik
gerabak terjun gaung juga!! Sekaligus, maruah Zeti
tercemar.
Fungsi Bank Negara selepas Anwar dilihat cuma setakat
untuk dimanipulasikan oleh ‘sedap ragam’ pucuk
pemimpin politik. Bank Negara tidak lagi dimanfaatkan
oleh rakyat banyak selain dari mengeluarkan kertas
ringgit dan wang shiling.
Negara maju menjadikan peranan Bank Negara begitu
penting untuk ‘meregulate’kan seluruh sistem kewangan
dan ekonomi yang dimanfaatkan oleh rakyat banyak. Tapi
dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Bank Negara
Malaysia dipergunakan oleh beberapa kroni yang rapat
dengan regu Mahathir-Daim untuk mencari keuntungan di
Bursa Saham KLSE, menangguh kemuflisan korporat Kroni
“man at the centre of power” dan memaksa Bank supaya
bergabung. Jika ini terus-menerus berlaku, maka
kepakaran Zeti akan sia-sia dan tidak berguna.
Dipendekkan cerita, siapa juga yang diletakkan sebagai
Governor Bank Negara, selagi muka Mahathir dan Daem
masih menjadi ‘hantu raya’ menerajui Negara, orang
yang paling layak dilantik sebagai Governor MUNGKIN
Ibrahim Ali!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)