KITA tau – Wakil-wakil Rakyat, tak kira apa jua parti
pun – termasuklah Perdana Menteri dan Timbalannya,
Menteri-menteri dan Setiausaha Parlimen, wajib
menghadirkan diri di Parlimen dalam semua sesi
perdebatan. Jika tidak, apa maknanya mereka dilantik
mewakili rakyat. Kalau setakat mengutip elaun cuma,
lebih baik jadi PEROMPAK saja!!
Budaya “Kutip Elaun”
Kelompok mana berbudaya “Perompak” itu? Jawapan yang
mudah adalah mereka yang berbudaya “ponteng
Parlimen”!!
Satu masa dulu, isu ini pernah membangkitkan kemarahan
DS Anwar semasa beliau dalam Kerajaan sebagai TPM.
Diperhatikan kemudian adalah sedikit bezanya. Ramai
ahli-ahli Parlimen UMNO dan komponen BN yang terkejut
bagai orang terjaga dari mimpi disiang hari. Mereka
gelabah datang ke Parlimen. Ada yang rambut kusut
masai, misai-janggut tak bercukur, peluh mencias-cias,
muka kusut masai. Begitulah budaya dan sikap anggota
Parlimen puak UMNO/BN – khususnya UMNO. Mesti kena
ugut dan gertak baru tau tanggungjawab!!
Komen pedas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato'
Haji Fadzil Mohd Noor baru-baru ini mengenai “budaya”
wakil Parlimen UMNO/BN itu mula terdengar semula. Jika
dulu DS Anwar sendiri yang menegur, tapi kali ini
terbalik pula. Begitu, begini – memang sudah lama
diharapkan rakyat supaya dikikis dari ‘usus panjang’
wakil rakyat UMNO/BN supaya bekerja dengan jujur dan
saksama.
YB Dato' Haji Fadzil Mohd Noor menegaskan bahawa
ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Alternatif (BA)
bukan sekadar untuk mencukupkan korum di Dewan Rakyat,
katanya. Tidak ada maruahkah Wakil Rakyat UMNO/BN
hingga pembangkang sendiri perlu menegur karenah tak
berbudi mereka?
Malangnya, YB Dato' Haji Fadzil Mohd Noor tidak dapat
berbuat apa-apa. Kerana, wakil Parlimen UMNO/BN bukan
tertakluk kepada ‘suruh-arah’ beliau. Ketua
Pembangkang Parlimen Malaysia itu bercakap atas dasar
seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat dan
menghayati prinsip partinya (PAS/BA). Tetapi beliau
makin nampak berhadapan dengan wakil rakyat UMNO/BN
yang hampir kesemuanya setakat jadi YB kerana kerja
lain yang sesuai tak ada!! Mungkin inilah jenis umat
yang Dr. Mahahthir cari dan pilih untuk menjadi wakil
rakyat 20 juta rakyat Malaysia. Makin hairan rakyat
jika begini dasar UMNO!!
Semua orang tau, hampir 90% wakil rakyat UMNO adalah
terdiri dari orang yang tidak berhemah tinggi dan
tidak berpelajaran. Malah ada yang sanggup menipu
kononnya Ph.D dan bertauliah Professor. Bila didesak
di Parlimen, maka terbongkarlah rahsia – rupa-rupanya
kelulusan beliau tak lebih macam Ibrahim Ali yang
kununnya kelulusan Diploma, tapi sijil hilang entah
kemana!!
Hampir semua wakil rakyat UMNO menjadi wakil rakyat
kerana berjaya memijak kepala kawan dan membodek siapa
saja. Yang penting, asalkan dilantik jadi calun. Ini
soal ‘nawaitu’ yang tidak ada, tidak wujud dalam lubuh
hati dan benak kepala mereka. Kalau ‘nawaitu’ sudah
salah dari mula, akan begitulah sampai mati!!
Bilakah Sesi Parlimen Penuh Sesak?
Hampir semua orang yang berminat dengan isu rakyat tau
jawapan kepada soalan itu. Setiap kali sesi Belanjawan
akan dibacakan, masing-masing wakil Parlimen UMNO/BN
akan berkerumun menghadiri sesi Palimen yang itu.
Sebab yang ketara: pertamanya, kerana mereka kepingin
sangat nak tau apakah peruntukan untuk sesuatu
jabatan, peruntukan Pembangunan, pengecualian cukai
yang menguntungkan Kroni-kroni mereka, peluang kontrak
yang boleh dipakatkan untuk disapu, senarai
projek-projek mega dengan peruntukan
berbillion-billion. Itulah daya pendorong utama.
Betapa tidak? Diluar Dewan siang-siang menunggu kroni
yang nak tau apa projek yang boleh dikongsi untuk
dibolot mengenyang tembolok mereka. Wakil rakyat
UMNO/BN sepantas kilat akan melantik diri sebagai
‘budak suruhan’ taukeh-taukeh kroninya.
Kemudian, muka-muka “bangsat” ini akan terhegeh-hegeh
minta TV dan pemberita akhbar mewawancara mereka. Maka
terdengarlah dari mulut mereka 1001 versi pujian
mengenai budget yang dibacakan tadi. Semua pujian
menjurus kepada betapa hebatnya regim ‘Datuk Seri
Presiden UMNO’ merancang untuk membangunkan rakyat dan
negara. Dengar cakap tak ubah macam ‘kakak tua’.
Setiap wakil rakyat UMNO dan sekongkol BN akan
bercakap seperti satu skrip yang sudah lama dihafal
dan disediakan!!
Nampaklah kepada rakyat yang tahu berfikir bahawa
wakil rakyat seperti itu hanya berguna untuk Mahathir
dan Daem sebagai ‘kuda lejangan’ (versi takrif yang
masih baik) – atau sebagai ‘tukang angkat taik’ (versi
takrif paling hina yang sesuai untuk mereka). Semua
puji-pujian ada makna, iaitu demi kepentingan
kewibawaan mereka berdua.
Seolah-olah, kehadiran wakil-wakil rakyat UMNO/BN di
Parlimen adalah suatu lagi bentuk “konspirasi”. Tak
kira isu itu berat sebelah, atau menafikan hak dan
kepentingan rakyat; tugas dan fungsi mereka hanyalah
satu cuma, iaitu: “Untuk menyokong apa yang Mahathir
cakap..!!”. Setakat itu sajalah fungsi Wakil Rakyat
UMNO/BN. Wakil rakyat apakah namanya?
Wakil Parlimen UMNO ‘Berbuih Mulut’
Dalam satu sesi Parlimen selepas P/raya ke-10, timbul
kesah percanggahan debatan antara Dr. Mahathir sebagai
Perdana Menteri (Presiden UMNO menang tak bertanding)
dengan wakil Parlimen BA – YB Mat Sabu.
Selama ini YB Mat Sabu diperkononkan oleh Dr. Mahathir
dan orang upahannya (wakil rakyat UMNO). Tetapi dalam
sesi itu, Mahathir tergamam dengan persedian rapi YB
Mat Sabu. Dalam perdebatan hangat itu, Dr. Mahathir
dicabar oeh YAB Mat Sabu. Kerana sudah terlalu malu
dan hilang kewibawaan tak boleh menjawab, Dr. Mahathir
duduk melorot dengan lidah ‘terjelir’. Nah! Bayangkan
betapa malunya seorang Perdana Menteri “wira dunia
ketiga” lemas lumpuh terkelu lidah dihamun oleh hujah
seorang wakil BA!!
Timbol pula isu ‘seks dan lucah’ yang menggamatkan
Parlimen. Wakil Parlimen BA membantah kata-kata lucah
yang menjijikkan yang lazim menjadi budaya wakil
Parlimen BN. Bermula dengan Adnan Yakob hingga
Mahathir sendiri – dimana-mana mereka berada, lucah
saja terkeluar dari mulut mereka.
Kerana ‘kelucahan dan seks’ adalah amalan wakil UMNO
(yang dijuarai oleh dr. Mahathir Mohammad – Perdana
Menteri Malaysia, khususnya); maka bantahan hangat
dari wakil BA bertukar menjadi isu besar. Malangnya,
wakil BN masih cuba menegakkan benang basah. Nampak
sangat wakil UMNO/BN wajar diberi pendidikan bersopan
dan berhemah secara ilmiah sebelum menjejakkan kaki
mencemarkan kedaulatan Parlimen kita. Apa yang nak
diharap kepada mereka ini? Adakah dalam minda mereka
berselaput dengan seks, lucah dan biadab?
Bagi rakyat memang jelas sudah. Wakil Parlimen dan
Dewan Undang UMNO/BN sudah hilang taring, tandus
modal, tidak ada kewibawaan, tak tau bersopan dan
hilang identiti berugama. Jika nak diharapkan mereka
berdebat menegakkan kepentingan rakyat, satu sen tak
guna!!
Bagi mereka Parlimen hanya satu tempat mereka
berkumpul, berbincang di kantin, bercerita dan
bertukar-tukar nota, berpakat bagaimana hendak
memfaraitkan kekayaan negara untuk dibolot dalam
tempoh lima tahun berikut. HANYA waktu itulah dan
mengenai isu itu sajalah mereka akan hebat berdebat
sesama sendiri hingga berbuih mulut. Apa nak harap
lagi jika itulah jenis wakil UMNO/BN pelahap
bukan-bukan?
Parlimen Adalah Untuk Pembangkang Berjuang!!
Bagi Wakil Rakyat BA, persidangan Dewan Rakyat adalah
urusan kerajaan untuk rakyat. Sepatutnya wakil-wakil
rakyat kerajaan daripada Barisan Nasional wajib hadir.
Malangnya, bagi mereka, hadir di Parlimen dan
membincangkan isu rakyat dan mencari kepastian demi
kepentingan rakyat tidak suatu kewajipan bersama.
Tidak nampak apa yang dibincangkan oleh pemimpin
Kerajaan bukan urusan kerajaan untuk dimanafaatkan
rakyat.
Isu ‘tidak cukup koram’ telah lama membudaya
dikalangan wakil UMNO/BN. Seimbas kata, Ketua
Pembangkang dari BA membayangkan, seolah-olah sudah
menjadi kelaziman sikap, kadang-kadang tiada seorang
pun menteri yang datang pada persidangan Dewan Rakyat.
Mahathir Mohammad (Perdana Menteri bertaraf wira dunia
ketiga, kononnya), menjadikan amalannya – kerap tak
datang sendiri untuk menjawab isu yang dibangkitkan.
Dia hanya berlepas tangan membiarkan isu dijawab oleh
`budak-budak' wakil rakyat yang belum tanggal pusat
dan hingus masih meleleh berjijiran. Kalau kepala pun
dah ‘kaki busuk’, nak harap apa kepada ekornya?
Sikap ponteng menghadiri persidangan Dewan Rakyat
daripada wakil UMNO/BN membuktikan mereka tidak
bertanggungjawab terhadap amanah rakyat. Sebaliknya
mereka sebok menggila-gila menjalankan kegiatan lain
termasuk perniagaan.
Bercerita Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, YB
Dato' Haji Fadzil Mohd Noor. Katanya. "Dalam satu sesi
Dewan Rakyat baru-baru ini, tidak cukup korum kerana
26 wakil yang sepatutnya ada hanya 18 sahaja yang ada
sedangkan BN ada 148, mana pergi 130 lagi," kata
beliau.
Timbul soalan dari rakyat sekarang, “Apakah kerana
wakil-wakil BN semata-mata mengharapkan wakil BA
seramai 42 orang untuk mencukupkan korum persidangan
Dewan Rakyat? Tidak bermakna Wakil UMNO/Bnmengahrapkan
42 wakil BA dalam Dewan Rakyat untuk cukup korum?
Memang wajar beliau membidas sikap “tak berguna” wakil
rakyat UMNO/BN itu, dengan berkata, “Apa yang berlaku
itu jelas menunjukkan mereka (wakil rakyat UMNO/BN)
tidak menghormati Parlimen sebagai simbol institusi
tertinggi di negara ini.
Nah! Nak pilih lagi ‘kutu pengelat’ wakil rakyat
UMNO/BN? Kerana makin nampak cuma wakil-wakil rakyat
BA saja yang menghangatkan perbincangan di Parlimen,
tahun 2004, jangan peduli lagi muka-muka UMNO/BN
laknat itu!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)