Menjelang Perhimpunan UMNO Mei 2000 ini, seluruh
rakyat (khususnya orang Melayu, samada dari parti
Pembangkang mahupun sisa-sisa penyokong dan pemimpin
masih dalam UMNO) akan meneliti setiap perkembangan
yang sedang dan akan berlaku dalam parti itu.
Bukan Kerana UMNO Parti Besar
Mata tertumpu kepada UMNO bukan kerana parti itu
sebuah parti yang besar lagi. Selain rakyat tempatan,
seluruh pemimpin dunia yang demokratik dan bertamddun
sedang memerhati dan meneliti bagaimana sebuah parti
yang dulu besar dan berwibawa (malangnya kini jatuh
lumpuh tidak mendapat sokongan), cuba mencari formula
dan jalan terbaik meningkatkan sokongan rakyat
(khususnya orang Melayu) semula.
Setakat ini apa yang nampak dan sangat ketara hanyalah
satu iaitu UMNO dan seluruh kepimpinan diperingkat
‘sokongan’ sedang berkhayal dan dikhayalkan setakat
isu-isu cilik (maksud: amat kerdil – loghat Jawa) dan
samasekali tidak releven. Seharusnya isu seumpama itu
tidak jadi persoalan langsung. Sementara itu juga,
UMNO telah terbiar lapuk dan mereput dari dalam. Ini
yang seharusnya menjadi persoalan. Tapi dibiarkan.
Dr. Mahathir dan beberapa orang “paling”
berkepentingan dalam kelompoknya, telah mengalih
pandangan saki-baki penyokong UMNO kearah pelbagai isu
yang mengkhayalkan. Kita pasti akan dengar ugutan:
i. Perpecahaan orang Melayu dan umat Islam,
ii. Tuduhan penyelewengan fatwa dan aqidah,
iii. Agen-agen Asing dan Penjajahan,
iv. Orang Melayu tidak “bersyukur” (?) kepada UMNO,
v. Reformasi “jalanan” dan “gejala Rusuhan”,
vi. Politik wang, gejala memfitnah UMNO, dll.
Makain nampak semua tajuk-tajuk remeh-basi yang tidak
releven itu dibangkitkan dengan sengaja, tetapi Palsu.
Isu pokok seperti KEADILAN, RASUAH, KEZALIMAN dan
PENGUNDURAN si PukiMak itu – sampai mapos tak akan
dibicangkan!! Kerana, Perhimpunan UMNO makin nampak
seperti ‘anak-anak tadika’ main pondok-pondok.
Kedudukan Mahathir sebagai Presiden parti adalah
“taboo” dan pantang sekali dipertikaikan.
Prioriti Perhimpunan Mei ini tidak lebih dari
meletakkan agenda meresmikan pertabalan seorang
Presiden dan Timbalan parti yang kununnya dilantik
secara paling “demokratik”.
(Yuuueeekkkkkk..Ptuuiiiii..!!).
Akhbar-akhbar yang di ugut telah menulis pelbagai
rencana untuk mewarwarkan bahawa “hitam” adalah
“putih”. Walhal semua orang tau (termasuk ahli UMNO
sendiri) bahawa pemilihan kedua-dua orang itu adalah
satu pencabulan takrif “demokrasi” paling jijik,
janggal dan tidak terfikir tahap penyelewengan
tafsiran ‘demokrasi’ sebenar.
PENIPUAN dan PEMBOHONGAN paling besar
Seluruh anggota parti dan saki-baki penyokong UMNO
(dan BN?) tahu dan amat sedar bahawa mereka telah
“dikelentong” habis-habisan dalam satu proses “make
believe” . Otak mereka “disabun” dan “diberus-besikan”
cuma mempercayai bahawa pilihan keatas Presiden dan
Timbalannya adalah satu proses “Demokratik”.
Sebenarnya, mereka juga tahu bahawa perlantikan
kedua-dua orang itu ke jawatan berkenaan adalah satu
PENIPUAN dan PEMBOHONGAN paling besar dalam sejarah
demokrasi manusia bertamaddun. Cuma, dalam UMNO sudah
timbul satu budaya baru, iaitu “jangan bising kalau
mahu selamat”. Budaya “takut”!!
Sekaligus, seluruh rakyat dan dunia demokratik telah
membaca siapakah Mahathir Mohammad, sikap sekogkolnya
dan hala tuju UMNO “yang sekarang”. Makin jelas bahawa
Demokrasi dalam UMNO sudah mati, terhapus. Kuasa
pemilihan dipindah kedalam tangan beberapa orang
tertentu saja. Mereka adalah ‘pelakun-pelakun’ boneka
dengan tali-temali mengikat kak-tangan dan lidah.
Kalau banyak cakap, “anda hanya meminta diri jadi
mangsa!!”.
Dengan licik dan rakus, sikap dan agenda Mahathir
menguasai parti itu terang-terang membuktikan sifat
beliau sebagai seorang Diktator paling kotor, hina dan
menjijiikan. Pertabalan beliau dan Timbalannya tidak
lebih dari peresmian ketua parti dalam sebuah parti
berhaluan “otokaratik, kuku-besi, dan saling
mencemburui”. Apa yang dilakukan oleh segelintir
pemimpin UMNO itu membawa makna bahawa parti itu sudah
jadi parti yang “tidak terbuka”.
Buktinya, sekiranya ada pencabar atau orang yang tidak
disukai oleh Presiden parti, maka akan dicarilah jalan
termudah dan ikhtiar diluar undang-undang dan amalan
biasa supaya si pencabar itu dipastikan supaya
disingkir-buang dengan apa cara sekalipun. Akan
dicarilah logik dan andaian, tohmah dan fitnah, ugut
dan paksaan. Kalau terlalu sukar, mereka akan dituduh
melakukan keaipan – jenayah, skandal seks, atau makan
suap!!
Tengku Razaleigh Hamzah adalah mangsa sistem
‘demokrasi’ amalan UMNO terkini (berasaskan agenda
Mahathir). Penyingkiran beliau dari sebarang
pertandingan jawatan MKT adalah bersebab dari dosa
beliau menyuntik ‘Demokrasi’ dalam parti. Beliau
ditakuti akan mebawa ‘reformasi’ yang dianggap “virus”
yang akan memperbetulkan UMNO dari dalam.
Itulah UMNO “Mahathir” yang wujud sekarang. UMNO ini
makin ‘menguncup’, tertutup dan isolated. Andaian
terbaik ialah, UMNO “Baru” sedang ditempatkan dalam
satu gua dengan pintunya tertutup rapat. Masakan
“kasim baba” boleh membuka pintu gua itu kerana ‘ali
baba’ terlalu kerap menukar ‘password’nya. Dengan “40
orang Penyamun”, mustahil Ku Li akan dapat menentang!!
Malang Seribukali Malang!!
Penyingkiran DS Anwar adalah atas sebab-musabab yang
sama. Apa jadi kepada beliau sekarang? Pastinya,
keperibadian dan karisma Ku Li bukan seperti Anwar.
Kerana itu, Rais Yatim mengambil jalan mudah dengan
mengambil sikap paling bangang – “if you can’t beat
them, just join them”..!! Kan masuk politik UMNO mau
cari makan? Kalau pandai main “kuntau”, sekelip mata
boleh jadi “jutawan”. Lagipun “jembatan” sudah
dibakar, dan tongkang buruk yang dah kerepot “S46”
sudah ditenggelamkan!!
Apa yang dialami Ku Li (sebagai mangsa terakhir sistem
Mahathir) telah mengakibah penyokong UMNO yang masih
tersisa telah hilang keyakinan kepada UMNO. Penyokong
sudah berhijarah secara besar-besaran kepada parti
Pembangkang. Di sana Demokrasi sedang bercambah dan
sistem parti itu sentiasa terbuka. Tidakkah itu
pilihan terbaik?
Bagi orang Melayu khususnya, UMNO sudah hilang
identiti. UMNO terlalu jauh menyimpang dari perjuangan
dan identiti asal. UMNO sudah hancur. Berjuang dalam
UMNO sudah tidak ada makna. Apa yang diperjuangkan
UMNO sekarang hanyalah mempastikan supaya pemimpin
dan kroni mendapat faedah. Kepentingan Rakyat adalah
perkara kedua. Penyokong terus-menerus papa-kedana!!
Golongan Terpelajar Hilang Keyakinan
Kesan karenah “rakus kuasa” Mahathir dan segelintir
pemimpin sekelilignya yang paling ketara sekarang
ialah: generasi muda yang berpendidikan tidak langsung
berminat dengan cara pentadbiran UMNO sekarang.
Dianggarkan 1.6 juta pengundi baru (pada tahun 2004)
adalah dari kelompok yang berpendidikan. Mereka tidak
langsung berminat menyokong UMNO/BN. Paling malang
sekali, penyokongan UMNO yang sedia ada (pun yang
berpendidikan) telah lari lintang-pukang meninggalkan
UMNO.
UMNO sudah kehilangan sokongan massa. Perincian dari
sokongan undi dalam Pilihanraya ke-10 memboktikan
perbedaan kelebihan undi UMNO berbanding Pembangkang
(kategori kaum: Melayu) cuma setakat tidak lebih dari
300 ribu pemangkah saja. Apa akan jadi dalam
Pilihanraya ke-11 nanti dengan ledakan sejumlah 1.6
juta pengundi baruyang “benci UMNO”? Tidakkah UMNO
akan jadi “Parti NYAMOK dan PIANGGANG”? (pianggang –
sejenis makluk perosak tanaman padi yang kecil sebesar
nyamuk tetap berbau busuk).
Terdengar bisik-bisik bahawa UMNO sekarang sedang
menggubal strategi untuk mengasuh, mendidik dan
membasuh otak pelajar IPT secara hasutan, ugutan dan
‘ombok-ombokan’ (pujuk-rayu secara ugutan). Malangnya
minda yang bersih dan pintar itu bukan mudah dilakukan
begitu.
Mungkin segelintir dari jumlah seramai itu boleh
‘diumpan’, selebihnya (peratusnya mencecah 95%) adalah
anak marhain yang tahu bagaimana ibu-bapa mereka
dicekik oleh Regim Mahathir dipaksa untuk membayar
hutang persekolahan. Sementara anak-anak Mahathir dan
suku-sakat Kroninya menggunakan hak mereka/rakyat
untuk jadi kayaraya. Patutkah mereka berterima kasih
kepada UMNO/BN?
Siapa Masih Sokong UMNO?
Solan itu? Maaflah!! Memang itu soalan bertaraf
“Tadika”. Bukan hendak menafikan kebijaksanaan
pembaca. Tidak! Memang betullah jawapan anda itu,
iaitu “UMNO hanya disokong oleh orang yang kurang
mendapat maklumat atau orang yang “buta maklumat”.
Untuk melengkapkan agenda itu, Mahathir mempastikan
supaya Teori “3M” dilaksanakan bersungguh-sunguh.
Sudah jelas direktif dari regim ini mencegah seluruh
jentera perkhidmatan awam dari mencampuri politik
(hanya terhadap Pembangkang). Kebebasan Media massa
disekat (khusunya edaran akhbar Pembangkang).
Di akhir-akhir ini penggunaan “wang” dan “politik
wang” makin berleluasa. Bukan saja “politik wang”
untuk meraih undi Pilihanraya, malahan dalam
“pemilihan” MKT UMNO sendiri makin rancak diamalkan.
Ini adalah bersebab dari dasar UMNO yang jelas bahawa
hanya “Wang” mampu membeli “Kuasa”, dan dengan “Kuasa”
itu masing-masing akan buat “Wang”. Rata-rata pemimpin
UMNO disemua lapisan berfalsafah, “Apa guna masuk
politik jika ‘end state’ nya bukan ‘DEMI KEPENTINGAN
PERUT’..!!
Kesahihan falsafah itu dapat dilihat dengan ratusan
wakil rakyat UMNO berkelompok membentuk satu “elit”
yang lupa daratan. Bagi mereka kekayaan dihalalkan
melalui rompakan ke atas hak dan harta rakyat. Ada
diantara mereka hingga “mempawahkan” penternakan
“Khinzir @ Babi” kepada kroni. Sambil itu mereka
bersenang-senang mengutip iganjaran dan mbuhan
bulanan.
Masyaallah!! Akhirnya Allah swt. tunjukkan satu dari
malapetaka yang disediakanNYA sebagai pengajaran
bahawa pemimpin UMNO sudah tidak layak dan tidak wajar
lagi mentadbir sebuah negara Islam!!
Rancang Strategi “Alih-tumpuan”
Rakyat makin nampak bahawa Mahathir sedang cuba
mengalih tumpuan rakyat dari permasalah dalaman
politik UMNO/BN, dan antara Parti dengan rakyat.
Dengan pelbagai ragam-cara yang tidak lagi diminati
rakyat, Mahathir dan regimnya mengahasut dan
menakut-nakut rakyat dengan menuduh Perhimpunan aman
rakyat “BLACK14” (GELITA14) sebagai satu rusuhan
bersenjata. Padahal, satu apa pun tak ada!!
Kerahan menangkap dan persediaan Polis yang
“keterlaluan” (umpama angkatan perang) adalah suatu
ugutan yang menafikan hak asasi rakyat. Mahathir tidak
tahu bahawa rakyat mentafsir bukan setakat hak asasi
mereka dihakiskan malah Mahathir sendiri memusnahkan
reputasi beliau sebagai seorang pemimpin yang masih
ada kredibiliti dan kewibawaan.
Dengan penafian regim Mahathir atas usul perdebatan
yang bawa oleh Pembangkang di Palimen mengenai
kekejaman polis, penangkapan, pengurungan, hasutan dan
adu-domba Mahathir ke atas penganjur “BLACK14”
(GELITA14), maka nampaklah bahawa Mahathir adalah
seorang “pengecut” untuk berhadapan dengan kenyataan.
Begitu juga keadaan yang berlaku di mahkamah! Mahathir
dapat ditakrifkan sebagai seorang “penjenayah” yang
engkar menjadi saksi dalam kes Anwar. Padahal,
Mahathirlah orang paling vokal menuduh memfitnah,
mengaib dan mewarwarkan keliling dunia (hingga mengaku
ada bukti) mengenai tuduhan beliau.
Walhasil, Mahathir secara biadap telah menggunakan
kuasa mahkamah (melalui ugutan) untuk menolak sapina
terhadap beliau. Dengan affidavit 14 muka yang diarah
supaya dirangka oleh Peguam Negara (dan diputuskan
oleh hakim Arifin Jaka), kununnya kesaksian Mahathir
adalah tidak releven!!
Makin jelas kepada orang yang mahu berfikir bahawa
segala kacau bilau dalam UMNO/BN, politik negara,
maruah bangsa dan kesan KONSPIRASI yang ditanggung
oleh rakyat dan Anwar; adalah dirancang, diagenda, dan
dilaksanakan dengan pengetahuan, kebenaran penglibatan
lahiriah Mahathir (sebagai kepala pengurus dan ‘kepala
besar” nya).
Hasil dari desakan rakyat, makin jelas bahawa Anwar
adalah diantara mangsa “penganiayaan Politik” paling
memalukan sebuah parti yang dulunya bermasruah. Kini
sudah hancur, semata-mata Presidennya adalah seorang
yang tamak, rakus kuasa, tidak berbudi dan zalim!!
Mei 2000: “Sarkis” Beraksi
Tidak salah jika rakyat menuntut Mahathir Mohammad
UNDUR. “Orang ini” sudah tidak dikehendaki lagi.
Generasi baru dan orang berilmu sudah menolak UMNO dan
Mahathir. Jika Anwar tidak membongkar KORUPSI dan
KONSPIRASI Mahathir dan sekongkolnya, seluruh rakyat
akan terus tertipu. Setakat ini cuma segelintir
penyokong UMNO yang masih berkepentingan dan “pekat”
kebodoh-sombongan mereka yang akan ke PWTC Mei ini.
Pastikan kita berkesempatan melihat ulasan dan lapuran
di kaca TV bagaimana sebuah “Sarkis” beraksi disebuah
auditorium yang diatur begitu rupa untuk 2000 ‘haiwan’
ternakan Mahathir – bermain-main dan bercengkerama
untuk tontonan 4.0 umat seluruh dunia!! Perhatikanlah
nanti!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)