(Khusus sebagai taklimat untuk para perwakilan ke
Perhimpunan UMNO Mei 2000)
SEMOGA HATI SISA UMNO DIPULIH ALLAH SWT. KE JALAN YANG
BENAR!!
APAKAH kebanggaan perwakilan UMNO yang akan berhimpun
di PWTC Mei 2000 ini? Jika mereka kelompok pejuang
bangsa dan penegak undang, elok buangkan saja dalam
dalam tong sampah sebelum masuk ke Dewan Tun Hussain
Onn. Jika ada yang fikir mereka mewakili sebuah parti
yang besar dan berkuasa, pandanglah keliling,
bergantang mata memadang anda semacam ‘anjing kurap’
yang berpusu-pusu makan taik.
Bukan Menghina
Tidak ada siapa yang menghina anda, wahai… rakan
sebangsa dan seugama. Jika selama ini UMNO yang
tuan-tuan banggakan itu ada nilai-nilai murni. Hari
ini rakyat sudah melihat setakat mana nilai-harga
parti ini. Bersekali, nilai-harga diri anggota parti
itu sudah hakis-hancur tidak bersisa lagi.
Lihat serba sedikit siapa diri anda dan parti yang
anda WAJAR sokong, kononnya:
i) Keputusan Mahkamah Rayuan (adil?)
Untuk rekod, hari ini (29 April, 2000, jam 9.30 pagi)
20 juta rakyat Malaysia termasuk 10 juta orang Melayu
dan 4 bilion umat dunia segala bangsa dan ugama,
mengeluh panjang melihat bagaimana sebuah mahkamah
negara Islam seperti Malaysia menengakkan keadilan
‘paling hina’ dalam sejarah tamaddun dunia.
Tidak ada siapa yang menyalahkan hakim-hakim yang
dicekik begitu rupa. Juga tidak Mahathir sepenuhnya.
Mereka menyalahkan rakyat negara ini. Antara yang
paling berdosa adalah penyokong UMNO, pemimpin UMNO,
ulamak UMNO dan sekongkol dalam UMNO yang tidak mampu
menegakkan kebenaran, keadilan, keteluan dan
KEMANUSIAAN.
Dunia mengejek, meludah ke muka penyokong UMNO,
pemimpin UMNO, ulamak UMNO dan sekongkol dalam UMNO!
Orang tidak yakin, tidak adalah alasan untuk menyakini
UMNO dan seluruh regim UMNO/BN yang dipimpin oleh
Mahathir Mohammad.
Tahukah anda? Kuasa Mahathir itu adalah pemberian
tuan-tuan? Dengan kuasa itulah dia menggunakan
segala-galanya untuk melindungi segala khianat,
kezaliman dan kerakuasan yang dikongsinya dengan
beberapa orang sekongkolnya? Anda setakat menanggung
dosa kerana “menghalalkan”.
Tidak bermakna anda adalah sebagai dari kelompok
“elit” yang di sekeliling beliau. Tanggapan Mahathir,
anda yang akan berhimpun di PWTC Mei 2000 HANYA
perkakas untuk beliau mempastikan bahawa kuasa dan
kezaliman, nafsu dan keserahannya akan berpanjangan!!
ii) Faktor Agen Asing
Orang mengenai semua tahu, Mahathir tidak melepaskan
peluang untuk menggunakan isu “Agen Asing” sebagai
momokan. Akan terdengar Mahathir berfatwa isu “Ugama”,
isu “Perkauman”, isu “Nujum sangkamara adu-domba”
untuk menglipur-lara semua yang hathir. Mahathir tidak
ada sebarang alasan lain yang memberi sesiapa juga
keyakinan terhadap dirinya, pentadbirannya, regimnya.
UMNO adalah sebahagian darinya. Tuan-tuan ikut memikul
dosa.
Mahathir sedang bersembunyi dibalik lalang sehelai.
Punggung tuan-tuan dijadikan perasi. UMNO dijadikanya
batu loncatan. Sementara, amanah anda hanya beliau
mengangkat diri supaya bersifat angkuh dan sombong
melakukan apa juga yang terfikir dalam hatinya.
Siapakah “Agen Asing” itu sekarang? Siapa YAHUDI itu?
iii) Mahathir Hilang Pedoman
Sebagai sebuah parti, UMNO sudah hilang kepemimpinan.
Bandingkan dengan komponen BN, UMNO masih jauh beribu
batu ketinggalan. UMNO tidak lagi jadi parti harapan
orang Melayu. UMNO sedang menghadapi kehancuran.
Bukan fitnah, bukan tohmahan… lihatlah apa yang
berlaku pada November, 29, 1999. Jangkakanlah. Apa
akan jadi pada P/raya akan datang? UMNO semata-mata
mengharapkan komponen BN memeberi kuasa kepada puak
BN!! UMNO sudah hilang ‘ketuanan dan
kedaulatannya’..!!
Yang pasti sekarang, Mahathir dan dua-tiga kerat
dikelilingnya sudah tidak boleh jadi “pemimpin
harapan”. Mereka sudah kehilangan ‘pedoman’. Bagi
mereka, “Pembangunan”, Kekayaan negara, kesejahteraan
rakyat, janji menolong orang Melayu….segala-gala itu
hanya setakat “janji yang bila-bila masa boleh
dilupakan”!! Apa orang Melaka kata sekarang?
Tanya diri anda, berapa hutang tiap-tiap orang rakyat
yang menanggung RM180 billion hutang negara? Hutang
itu sedang ditambah dengan Mahathir sendiri menambah
tanpa memaklumkan kepada anda? Berapa dari jumlah itu
sudah masuk kedalam poket beliau, anak-anak, Kroninya?
iv) Pendidikan dan Kesihatan
Anda adalah mangsa dari kelurusan sifat orang Melayu
yang “mudah diperbodohkan”. Jangan anda merungut
memikirkan kesusahan anda hari ini kerana menanggung
kos pendidikan dan perubatan anak-anak anda. Konsep
“Penswataan” Mahathir hanya bertujuan membolot
kekayaan untuk mengisi tembolok beliau, anak-anak,
Kroninya saja. Dengan sokongan anda, anak-anak anda
akan merengkok membayar “dosa” anda hari ini.
iv) Ugama Islam “Disekularkan”
Anda tidak pernah ambil tahu apa makna ‘sekular’.
Mungkin ramai diantara kita memang kurang kefahaman
tentang ugama yang kita warisi. Tetapi jika lihat anak
anda menjadi peminum arak, perogol atau DIROGOL,
isteri anda disekat dalam perjalanan dan disembunyikan
dijadikan ‘barang jualan’, anak perempuan kesayangan
anda berkahwin dengan lelaki yang tidak tau mengucap
Syahadah…baru anda kesal? Nah itu hujung dari pangkal
cakap “disekularkan” itu.
Itulah malapetaka yang diturunkan Allah swt. di
Turkey, Bosnia, Chehnya, dan Afghan. Mungkin negara
ini sedang menjurus keaaraha kegelapan “Islam”.
Regim Mahathir dengan bermacam-macam helah telah
menghalalkan keadaan itu berlaku. Kununya atas dasar
Malaysia ini ‘terbuka’. Apakah ‘terbuka’ berakhir
dengan anda sendiri melupuskan Islam dan diganti
dengan Islam yang dirancang dan disesuaikan dengan
hukum manusia/insan?
Tentu dalam hati anda merasa dan berbisik betapa
zalimnya DS Anwar Ibrahim diperlakukan. Tahulah anda
sekarang, ITU adalah sebahagian perbuatan, karenah dan
tingkahlaku seorang DIKTATOR yang mensekularkan
Islam!! Diktator itu adalah Presiden parti yang
tuan-tuan sendiri agung-agungkan!!
UMNO HANYA Satu Illusi
Untuk memuatkan apa yang diberi UMNO hari ini kepada
seluruh kehidupan dan penghiduan, masa depan dan
harapan orang Melayu di negara yang di Medekakan ini
tidak lebih dari “SATU ILLUSI” (Bayang-bayang). Yang
beruntung dan bertuah, yang kenyang dan yang puas
hanyalah mereka tergolong sebagai “elit’. Jumlah 2,500
yang berhimpun dan 10 juta lagi diluar hanya tinggal
dalam gelap, meraba-raba dan putus harapan.
Sebagai orang Melayu dan orang Islam, apakah UMNO
betul-betul sehaluan dengan budaya bangsa Melayu,
harapan dan inspirasi Melayu dan kehendak ugama Islam
yang difirman dan disunnah?
Didoakan semoga hati anda dipulihkan Allah swt.
KEJALAN YANG BENAR!! Bergantunglah kepada sejauhmana
anda berani bertindak memperbetulkan keadaan!! Orang
Melayu sudah lama membuat keputusan!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)