Paman PW,
Serangan sudah bermula. Mulai sekarang akan
bertalu-talu. Harap jangan letih, ya. Salam kepada Pak
MarhainTua. Saya sulungkan dengan yang dibawah,
sebagai permulaan kata.
Tkasih….
Hormat dari saya
Amin Sapiro!
```````````````
UMNO SEDANG MENGIKUT SEBATANG “JALAN MATI”..!!
Selepas 2004, UMNO tidak akan bernyawa lagi..
Sebelum terlambat, tagisilah UMNO hari ini..!!
Singkirkan Mahathir, bentuk UMNO jadi “Demokratik”!!
(Khusus untuk Perwakilan UMNO di Perhimpunan 13-15
Mei, 2000)
TERPERANJAT saya bila seorang pemimpin UMNO yang
menggelarkan dirinya “Pemimpin Bistari” telah
menghantar e-mail kepada saya. Saya rasa dia adalah
kawan lama. Kerana kawan baru tidak tahu e-mail saya.
Beliau mengakui dirinya dengan bangga bahawa beliau
seorang berjawatan dalam UMNO dan Kerajaan. Mungkin
dia fikir saya akan gentar mendengar ‘kelentongnya’.
(sampai kini saya masih ketawa mengingatkan…Hhihihi)
Katanya, “Kami (menunjukkan ramai) ucapkan seribu
tahniah kepada kau (kurang sopan, gunakan anda kan
boleh?) Sapiro (menunjukkan dia tidak serasi dengan
saya – selalunya saya dipanggil kawan-kawan ‘Wak Amin’
saja). Kumpulan tulisan kau memang segar. Kritikan kau
memang pedas. Kawan-kawan Umno banyak yang merujuk
pandangan kau, dan kau patut berbangga. Masing-masing
ada yang naik api. Bila-bila masa akan menyerang
Presiden dengan “peluru pandu” ciptaan kau. Malangnya,
kau tidak memberi cadangan untuk menerangkan bagaimana
membaiki UMNO. Adakah itu sikap seorang pengkritik
yang hebat?”
Wah! Wah..! Saya terperanjat. Dia cuba tunjuk handal.
Saya semak semua koleksi saya di Lamanweb yang
dikendalikan oleh Paman PW: Feu-Boikot, MindaRakyat
dan Tranung Kite Cyberlink. Sebelum itu di Laman
Sanggang. Kadang-kadang ada di Mahazalimtwo. Saya
amat-amati. Teliti. Kesemuanya. Memakan berhari-hari.
Tangguh kerja lain.
Saya tanya dalam diri saya, tidakkah dalam semua
tulisan saya itu berbentuk
“Criticisms-cum-Suggestions”? Kalau puak UMNO masih
ada nilai-nilai sifat “minda terbuka’, tentu mereka
akan membaca tulisan saya ‘between the lines’. Masakan
sejak saya menjauhkan diri dari UMNO masing-masing
sudah buta matahati dan hilang kejernihan diri.
Pemimpin UMNO Sudah Buta?
Saya tidak mahu menjawab e-mail mereka secara ‘close
circuit’ Jawapan melalui e-mail akan menjadi tertutup
dan peribadi.
Sebabnya: Pertama, hal-ehwal mengenai UMNO bukan soal
peribadi saya. Ia bersangkut-paut dengan orang Melayu
dan penganut Islam (paling kurang orang Melayu di
Malaysia). Mahathir sudah terlalu lama merosakkan UMNO
hingga parti ini tidak ada nilai kepada orang Melayu,
rakyat dan negara!
Kedua, UMNO harus diakui. Sebagai parti, ia wajar
diperbetulkan oleh rakyat dan bukan oleh pemimpinnya
saja. Pemimpin UMNO yang ada cuma “burung kakak tua”.
Mereka disuruh ‘angguk sini, angguk sana”. Separuhnya
sudah macam “lembu” dan sebagaian besar sudah lama
jadi “kuda”. Mahathir menunggang setiap “kuda-kuda”
bangang UMNO.
Sementara itu, bermula pada 13 Mei ini, selama
beberapa hari kemuaiannya “Lembu-lembu UMNO” itu akan
dikorbankan untuk kenduri pertabalan Datuk Seri
Presiden dan Datuk Seri Timbalannya.
Ketiga, UMNO sudah terlalu rosak. Kalau dianalogikan
umpama sebuah kereta: “Tukar saja dengan kereta baru
dan kondem terus kereta UMNO yang ini. Masukkan kereta
yang lama dalam relau memasak besi di PERWAJA!! Orang
Melayu telah lama mau supaya kereta yang ini
dimusnahkan kerana acapkali meragam, menyusahkan
penumpang dan merumitkan perjalanan.
Malangnya, pemimpin UMNO sudah BUTA. Mujur baik,
ahli-ahli UMNO yang tersisa masih ada yang bermata
terang dan sempat melihat yang benar dan membezakan
yang salah!! Hematnya, Amin Sapiro (yang selama ini
berdiri atas Pagar Berduri) makin ramai kawan-kawan.
DS Anwar – bagi beliau perjuangan orang Melayu bukan
setakat menegakkan ‘nostalgia’ UMNO itu dengan
sentimen yang dangkal dan tidak berfaedah. Beliau mahu
melihat ORANG MELAYU merobah diri – menetang
Kezaliman, menegakkan Keadilan, memperakukan
Undang-undang dan mendukung Perlembagaan, membersihkan
Pentadbiran dan menyingkirkan mereka mereka yang
terlibat dengan ‘Penyalahgunaan Kuasa’.
Jika kawan-kawan dalam UMNO mahu jawapan dari saya,
bacalah ‘between the lines’ segala yang saya tulis
hampir 50 rencana dalam Koleksi saya. Bolehkah UMNO
diobah menjadi gah semula? Keputusan itu terserah
kepada anda!!
Presiden Kena Belasah
Berkata salah seorang dari mereka, katanya: “Janganlah
kau menulis melampau-lampau menjelang Perhimpunan ini.
Fahamlah, memang betul UMNO sekarang dalam gobra.
Takkan kau tak tau, President parti memang dipilih
tanpa mengikut lunas-lunas demokrasi. Beberapa pihak
sedang merancang untuk membelasah Presiden dan
kekalahan yang dialami sedemikian parah. Beliau
memang telah membohongi UMNO. Nak buat macam mana?”.
Sekali lagi saya kata dalam hati – ‘…..Wah! Wah!
Nampaknya UMNO sedang mengorak langkah baru. Kalau
betullah begitu. Kalau tidak, bermakna UMNO masih
tinggal dalam kepompong lama; kepompong yang dibalut
sendiri oleh Presiden dan jongos-jongos yang diupah.
Saya dengar dari beberapa sumber bahawa sekumpulan
‘pembodek upahan’ UMNO telah diberi skrip untuk dibaca
di Perhimpunan itu. Mereka diberi tajuk-tajuk
tertentu, antara lain menyokong ‘Amanat Presiden’.
Mahathir akan membangkitkan dalam ucapan “amanatnya”
kononnya akan dirangkum (antara lain):
i) Isu sekitar “Melayu Baru” – termasuk perakuan
kununnya UMNO adalah parti yang menjurus kepada kepada
budaya yang mencerminkan kekuatan kebangsaan dan
keugamaan, keperibadian yang jelas dan mementingkan
pembangunan minda sebuah masyarakat Melayu yang
berteknoloji dan global;
ii) Perpecahan Melayu – kalau undi pembangkang Melayu.
Jika orang Melayu tidak menyokong UMNO, Melayu akan
mundur dan aspirasi Kemerdekaan orang Melayu akan
musnah (kononnya terkubur!),
iii) Hasrat UMNO untuk memisahkan politik dgn agama
adalah wajar. Kununnya PAS tidak berjaya membangunkan
dua (2) negeri yang dirampas dari UMNO/BN. Mahathir
akan sebutkan bahawa Kelantan tambah mundur dan
kemiskinan paling teruk!
iv) Isu ‘berpaling tadah’ individu yg kununnya dapat
rahmat dari perjuangan UMNO (UMNO yg mana?) tapi tak
berterima kasih kpd UMNO (ie. Mahathir).
v) Mahathir akan ulang punca kelumpuhan UMNO dan
kekalahan Terengganu sebagai kesalahan org Melayu
kununnya termakan “gula2” Pembangkang yg hanya “mahu
berkuasa” tapi tak ada startegi bangunkan bangsa. dll
vi) Isu Ekonomi yang kununnya telah bagus sangat!!
(walaupun orang tau itu cuma bohong saja)!!
NB. Informasi statistiks menunjukkan bahawa ia telah
di ‘doctored’ oleh Daem & Mamak Tongkang dengan
kerjasama Jabatan berkenaan..!!
vii) Isu DS Anwar… walaupun sudah basi, dan satu
dunia menuduh Mahathir memang pemfitnah, tetapi
Mahathir akan mengulang-ulang cerita basi itu.
Kununnya beliau sanggup ke “Maha”Kamah..!! Tapi Hakim
yang putuskan tak payah!!
Khabarnya Mahathir akan kerapkali menyebut dalam
ucapannya “Saya..saya..saya…” (menunjukkan beliau
ego) dan jarangkali menyebut “UMNO..Umno..”. Tujuan
ucapan beliau CUMA untuk membela diri. Bermakna dia
mentakrifkan dirinya seorang Diktator!!
UMNO Yang Sudah Parah
Ramai orang berpendapat, Demokrasi bentuk amalan UMNO
sekarang hanya wujud dalam “bayangan” saja. UMNO tidak
lagi berdiri diatas lunas-lunas demokrasi yang lazim
lagi. Jika Demokrasi UMNO yang dibangga-banggakan
Mahathir dan jongos-nya ini diuji dengan
sebenar-benarnya, diyakini UMNO akan mati tanpa mampu
bertahan.
Jika Mahathir dan jongos-nya meletakkan UMNO dalam
keadaan yang ada sekarang, tempohnya terlalu singkat
bagi UMNO memperbaiki diri. Kerana, apa yang berlaku
sekarang, Mahathir dan jongos-nya tidak lagi jujur dan
amanah kepada parti dan ahli-ahlinya. Penipuan dan
pembohongan yang makin ketara telah membunuh ‘the very
essence of demokrasi’ dalam parti hingga makin nampak
UMNO telah dipergunakan untuk memperkuatkan kuasa
seorang DIKTATOR saja.
Adalah lebih baik menyokong sebuah parti yang bebas,
terbuka dan sanggup menghadapi cabaran dari menyokong
parti yang cuma ‘pura-pura’ demokratik tapi sebenarnya
‘tertutup’ dan ‘memaksa’..!! Dengan membiarkan ia
hidup tanpa memberi kebebasan (sebagai nyawa) bermakna
parti bukan ahli yang punya.
Untuk makluman Perwakilan di Perhimpunan, sebenarnya
UMNO yang dibanggakan Mahathir adalah parti yang
kehilangan identiti “Demokratik”. Walaupun ia masih
hidup, tetapi hidup UMNO semata-mata kerana ada
sokongan komponen BN yang memberi UMNO sisa-sisa
bernyawa. Kerana itu sajalah UMNO masih nampak
berkuasa. TETAPI, jika UMNO kehilangan sokongan
komponen BN dan ‘Kuasa’, jika ia diuji dengan
Demokrasi sebenar - PASTI UMNO akan lenyap dan
terkubur tanpa nisan.
Bagi kawan-kawan dalam UMNO, itulah persepektif dan
pandangan saya terhadap UMNO sebenarnya. Untuk
memperbetulkan UMNO, bukan tanggungjawap saya.
Perhimpunan di PWTC sehari dua lagi, bagi kebanyakan
ahli dan pemimpin UMNO tidak lebih dari “Sesi
Penipuan” yang sengaja diolah begitu rupa dengan
tujuan memberi Mahathir kesempatan terbuka (sebagai
Presiden) untuk mengindoktrinasi minda kalian supaya
terus mengikut telunjuk “Diktator”nya. Jangan soal
beliau, atau cuba membantah. Mungkin andalah orang
pertama yang menerima kesan-akibah kuku-besi seorang
yang sedang berkhayal dan ‘hilangan pedoman’ selepas
Anwar.
Perhimpunan: Bukan Tempat Bermesyurah
Kalau dulu memang tradisi UMNO “Lama” bahawa
Perhimpunan itu bertujuan bagi menyatukan pendirian,
mencari kepastian dalam merangka langkah-langkah
bergerak kehadapan, tetapi sekarang ia tidak bertujuan
seperti itu lagi. UMNO telah jauh berpatah ke
belakang. UMNO telah jadi parti Feudal. Lebih teruk
lagi, ada yang berkata: “Umno dah jadi Parti Komunis
China”..!! Sebab, jika ada mana-mana pihak dan
individu yang berhasrat membaiki UMNO, kita sudah lama
nampak apa kesudahannya. Haihhhh…tak taulah!!
Cuba fikirkan sejenak. DS Anwar Ibrahim adalah mangsa
dari kedegilan seorang rakyat marhain yang mencapuri
UMNO dengan niat luhur. Tetapi kerana UMNO telah
menjadi sebuah parti yang ditadbir oleh seorang
Diktator dan jongos-jongos pilihan, disokong pula oleh
puak upahan; maka hari ini seluruh UMNO terdiam,
membisu dan tidak ada yang mempertahankan kebenaran
sejagat.
Contoh lain: Dalam isu pemilihan Presiden, Ku Li yang
cuba berhemah, dan nasihat luhur Musa Hitam yang
berniat baik memberi pelbagai pesanan, TETAPI makin
jelas ahli-ahli UMNO lumpuh hingga tidak mampu
meletakkan mereka berdua ketahap yang bermaruah!!
Kalau tak percaya cuba anda bincangkan pandangan Musa
yang mengatakan ‘Demo Reformasi sekarang bukan
bertujuan ‘racial’ dan berbentuk ‘multi-racial’. Cuma
pertahankan “GELITA14” (BLACK14). Percayalah, anda
akan dicap ‘traitor’ UMNO. Siapa yang akan cakap
begitu? Mahathirlah orangnya!! Kemudian tengok apa
akan jadi, pasti akan ada orang upahan yang akan
menuntut anda supaya dihalau dari Dewan Perhimpunan!!
Mungkin, esok hari satu surat tunjuk sebab akan
dikirimkan kepada anda.
Seperkara yang paling ganjil, tersebar berita bahawa
ahli UMNO yang berkumpul di Kuala Lumpur dihalau
“berambus” balik kampung, diugut dengan pelbagai
amaran, dituduh terlibat dengan ‘politik wang’, dll.
Tetapi sebenarnya, itu berlaku kerana Mahathir sudah
dapat apa yang dia mahukan. Cuba kalau jawatan
Presiden UMNO itu dipertandingkan, semua orang akan
nampak ratusan juta akan bertukar tangan. MAHATHIR
Mohammad lah orang yang paling “top” menggunakan
taktik menggunakan “Wang” untuk meraih kemenangan
dirinya. Mungkin anda akan dijemput dengan ‘tepak
sirih’ supaya datang ke KL. Mungkin juga anda akan
jadi millionaires!! Sebab, Mahathir tidak mahu
“demokrasi” hidup subur dalam UMNO!!
Disinilah KEBANGANAN dan kebebalan sekelomok besar
pemimpin “Pertengahan” UMNO yang kesekiann kali
dipermainkan seperti ‘pondan sundal bolong’ oleh
Mahathir dan jongos-jongosnya.
Sekarang ‘nasi sudah jadi bubur’. Kerana ‘buah yang
ranum sudah gugur’, dan Mahathir sudah mengupas kulit
dan menanam benih ‘diktator’nya; maka Mahathir dengan
segala kuasa yang ada padanya telah mengugut semua
orang sesuka hati hingga menjadikan Kuala Lumpur “The
Forbidden City”. Pemimin UMNO pula beliau anggap tidak
lebih dari mereka yang wajar disuruh-arah seolah-olah
guna mereka tidak lebih dari ‘hamba dan abdi’!! Tidak
bermaruah lagi.
Kesimpulannya, Perhimpunan UMNO 13-15 Mei hanyalah
satu maian “Wayang” yang tidak akan menyelesaikan
apa-apa. Jangan buang masa. Rugi saja tenaga anda.
Mahathir akan ketawa besar. Anda akan menangis
sepanjang hayat. Keduali: jika ada masih ada jiwa dan
semngat mengembalikan hak anda sebagai ahli yang
berdafatar. Pukul Mahathir dan lontarkan keluar!!
Anjing kurap harus dilakukan begitu. Apatahlagi
Mahathir sudah lebih kurap dan bernajis dari “Anjing
Kurap”!
Pandangan Reformis Rakyat
Seorang netter dari golongan rakyat di pihak Reformasi
rakyat yang sedar, telah berkata:
[[“…..If absolute democracy will kill UMNO, then
logically UMNO shoul die! If it cannot stand the test
of absolute democracy, why it should live at in the
first palce? It is better to have a party which can
survive such a democracy. It will be a better and more
civilised to side an honest party. Keeping it alive by
abusing power will not help survive UMNO, if it loses
power it will just wither away, only fools will
engineer to keep a party that cannot withstand and
pass the democratic tests. Bedawi confims that UMNO
has no democracy but survives because it is in power,
take away the power the life-line breaks. And it is
DEAD…!!!.”.
Maknannya UMNO sedang mengikut jalan mati. Bila sampai
ke hujung jalan, anda tidak akan dapat berpatah
membelok ke belgkang lagi!! Nak harap apa lagi?
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)