SELAGI MAHATHIR MENGUASAI UMNO SECARA “KUKU-BESI” UMNO
AKAN JADI PARTI “BASI”..!!
(Agenda Mahathir tidak lagi memperjuangkan nasib orang
Melayu dan agama Islam!!)
MEMPROKLAIM UMNO “Baru(a) telah berusia 54 tahun
dengan menyebut ia ditubuhkan pada 11 Mei, 1946
adalah satu PEMBOHONGAN. UMNO sebenar telah terkubur
pada tahun 1987. Rais Yatim (pembakar jembatan) dan
Sanusi Joned (samseng pukul rakyat) adalah antara
“lembu-lembu” Mahathir (Bapak segala Fitnah) yang
menyebabkannya. Mahathir dan jongos-jongos
(konspirator) beragenda dengan tujuan untuk
mengelirukan orang Melayu, khusus perwakilan dan
seluruh sisa penyokong UMNO. Ini adalah FAKTA benar.
Kita sudah lihat selama hampir 19 tahun dibawah teraju
Mahathir Mohmamad!!
Regim Mahatahir sinonim KEZALIAMAN
Menyatakan 11 hingga 13 Mei ini sewajarnya dilihat
sebagai TITIK PERALIHAN penting bagi melakukan anjakan
paradigma dalam kelangsungan perjuangan agenda
Melayu/Islam pada alaf baru; mungkin boleh jadi betul.
TETAPI dengan syarat: Perwakilan berani memutuskan
“UNDI TAK PERCAYA” kepada Mahathir!! Singkirkan “pak
pacak” dan :tukang agguk”. Jika tidak Perhimpunan itu
cuma suatu “bru..ha..ha..” angin panas saja!! Kosong.
Jika ia dentuman “kentut” mungkin ada orang memberi
riaksi!!
Dengan mengnyahkan Mahathir dan sekongkolnya, makin
dirasakan perlu selepas sebahgian besar pengaruh UMNO
dilihat terhakis semasa pilihan raya umum November
lalu. UMNO telah merudum disemua negeri. Jangan
ceritalah Kelantan dan Terengganu..! Akan menyedihkan
puak UMNO saja.
Ini adalah benar. Kemunculan dan kejayaan besar PAS
dan Parti KeADILan sebagai Pembangkang adalah petanda
bahawa UMNO tidak RELEVEN lagi. Sokongan majoriti
generasi muda Melayu yang jelas semakin memiliki
pendirian politik yang rasional, praktikal, lebih
terbuka, demokratik, vokal dan mengutuk KEZALIMAN –
demi menegakkan semula Keadilan yang telah dihancurkan
oleh Mahathir dan UMNO – adalah satu melapetaka kepada
UMNO! Tetapi ia bermanfaat kepada Rakyat.
Walaupun ada ura-ura melakukan anjakan paradigma
dituntut sendiri di dalam UMNO, TETAPI seluruh
kepimpinan UMNO sudah dayus, lumpuh dan tidak bernafas
lagi. Lihat apa jadi kepada Ku LI? Seluruh nadi UMNO
sudah kaku dan kusut-masai untuk melakukan
pembaharuan dan perubahan. Jauh sekalilah jika hendak
menjejaki REFORMASI DS Anwar yang sedang berkembang
subur dalam parti-parti Pembangkang.
Makin jelas, keseluruhan UMNO tidak mampu lagi
memastikan parti itu kekal sebagai teras perjuangan
nasionalisme Melayu/Islam. UMNO dilihat TIDAK akan
bersedia melakukan anjakan sedemikian. Pemimpin UMNO
makin tidak diyakini rakyat akan mampu membawa
kesinambungan dan keutuhan kepada UMNO sebagai parti
menaikkan tahap kewibawaan Melayu sebagai bangsa dan
Islam sebagai ugama anutan orang Melayu!! UMNO sudah
bankrap kewibawaan sebagai parti politik!!
Mahathir Pengkhianat Teragung
Mahathir sekarang berdiri dengan sokongan kaum Cina.
Wawancara beliau pada malam 9 Mei 2000 memboktikan. Ia
harus dibca ‘between the lines” dengan “a pinch of
salt”. Mahathir tidak akan memberi manfaat kepada
UMNO, orang Melayu dan ugama Islam lagi. Kiblatnya
sudah berobah. Lihat siapa Kroninya sekarang? Selain
dari anak-nya ialah beberapa korporat Cina. Orang
Melayu tersadai!! Beliau adalah orang pertama
BERPALING TADAH mempuruk dan menggadai UMNO, orang
Melayu dan ugama Islam. Mahathir sudah mengkhianati
UMNO, bangsa Melayu dan ugama Islam!!
Mahathir fikir semua orang Melayu dan kepimpinan UMNO
sudah BUTA? Mahathir fikir semua orang Melayu dan
kepimpinan UMNO tidak mampu lagi membawa corak
pemikiran dan budaya orang Melayu? Mungkin pemimpin
akan diganti, tetapi mentaliti pemimpin politik UMNO
berjawatan kerajaan yang sedia ada akan terus Dayus
selagi Mahathir dan mereka yang menerajui pucuk
pimpinan UMNO itu kekal. Kerana, pemimpin UMNO yang
ada sudah terlalu DAYUS, goblok, tamak-rakus dan lebih
mengutamakan TEMBOLOK diri dari bangsa dan rakyat
marhain. Maka UMNO sudah hilang dari lubuk hati orang
Melayu!!
Contohnya:
1) Pemilihan:
Tidak ada lagi sesuatu yang dilakukan di dalam UMNO
oleh Mahathir yang nampak akan membuka proses
pemilihan demokratik. Ini, bermula di peringkat akar
umbi. Pemimpin UMNO BUKAN lagi dipilih oleh ahli-ahli.
Mahathir akan ‘tune’ supaya Perwakilan diindoktrinasi
dan jadi “Tunggul Mati”..!!
KONONNYA, 2,000 perwakilan memilih barisan MKT UMNO
yang baru. Itu adalah igauan siang hari. Pun, masih
ada pemimpin UMNO yang mengigau di siang hari
mengatakan UMNO mempunyai dua juta ahli. Dengan itu
mereka mencongak “ikan dilaut” dengan andaian pimpinan
UMNO ditentukan oleh 0.1 peratus keahlian UMNO. Mereka
tidak tau apa pendapat 99.9 peratus lagi. Maknanya
pemimpin UMNO terdiri sekumpulan “Pak Kadok” –
mengahrapkan “ayam sabungan akan menang”..!! Kini
sudah hancur kalah kampung tergadai. Meloponglah
kalian..!!
2) Rasuah dan “Politik Wang”
Usaha-usaha membanteras gejala buruk itu daripada
terus memporak-porandakan UMNO telah menjadi isu yang
tidak dibendung. Akhirnya ia menjahanamkan UMNO.
Budaya RASUAH menular menguasai semua peringkat. Dr.
Mahathir adalah pioneer dan TERULUNG menggunakan
‘tool’ politik wang itu. Kebelakangan ini, kerana
TERLALU terdesak, Mahathir telah menggunakan UGUTAN
dan ANCAMAN terhadap mereka di peringkat negeri dan
bahagian. Paling jijik, corak dan perjalanan mesyuarat
telah siang-siang `diatur' oleh Mahathir, lantas
menerobos ke peringkat ketua cawangan atau ketua
bahagian.
3) Ugut-paksa
Adalah sesuatu yang benar, senarai kepimpinan parti
(jawatankuasa Cawangan dan Bahagian serta keanggotaan
Perwakilan ke mesyuarat Bahagian dan Perhimpunan
Agung) telah pun ditetapkan lama sebelum mesyuarat
bermula lagi. Kita lihat Mahathir sendiri terlibat
supaya Abdullah Bedawi jadi Timbalan Presiden, Rafidah
untuk WANITA dan Hishamuddin untuk Pemuda. Bermakna
Budaya busuk itu adalah bikinan Mahathir. Mau obah?
Mau kena ugutan dituduh “liwat” dari Presiden?
Cubalah…..!! Itu adalah ugutan Mahathir. Demokrtikkah
itu?
4) Pemimpin Pertengahan Jadi Alat
Dengan memperalatakan Ketua-ketua Cawangan dan
Bahagian serta penjawat-penjawat politik tertentu,
seperti setiausaha bahagian, ketua pemuda dan ketua
wanita; corak dan perjalanan mesyuarat di setiap
peringkat berjalan dalam senario UGUTAN dan PAKSAAN!!
Wang bertukar tangan. Budaya wang tidak dapat diubah
lagi kerana sudah sebati dan membudaya dalam UMNO.
Meritocracy tidak ada!! Mampuslah bekerja untuk parti,
tapi orang lain dapat nikmat kekayaan dan jawatan!!
Satu cara terbaik hanya dengan “melumpuhkan” UMNO dan
mengganti dengan parti baru (Pembangkang Melayu) saja.
Dengan itu, maka keadaan akan berobah secara TOTAL.
Jangan harap akan wujud pembaharuan dan perubahan
dalam UMNO; kerana Mahathir dan jongos-jongosnya tidak
mahu sebarang apa jua bentuk REFORMASI dalam UMNO!!
Kerana ia akan menjejaskan kepentingannya dan
“click”nya dengan teruk. Jika rakyat yang rugi dia tak
pedulik!
PEMBANGKANG Yang DEMOKRATIK
Sudah tiba masanya, UMNO dilumpuhkan diganti dengan
parti yang sekarang bergelar “Pembangkang”. Sebenarnya
Pembangang juga boleh jadi Kerajaan. Dalam sistem
Negara demokratik, ahli bebas memilih dan menentukan
parti sokongannya. Tidak bermakna UMNO/BN saja yang
wajar menerajui kerajaan. Apatah lagi kerana UMNO/BN
telah terlalu merosakkan negara, bangsa dan ugama;
maka sudah sampai masa ia ditumbangkan.
Jalan lain telah buntu. Setelah petanda diberi dalam
P/raya ke-10, seluruh pemimpin UMNO/BN yang menerajui
kerajaan masih terus RAKUS, ZALIM, Memecah
Undang-undang, GANAS, Diktator, Pemfitnah dan menyekat
hak bersuara rakyat. Dengan itu, pilihan terakhir para
pengundi ialah “UMNO perlu buang, dan pucuk pemimpin
sekarang, ie. Mahathir dan sekongkolnya wajib
disingkirkan” dari parti dan Kerajaan!!
Harapan pucuk pimpinan parti (regu Mahathir-Dolah
Bedawi dan sekongkolnya), terutamanya di peringkat
pusat atau Majlis Tertinggi UMNO akan menganut budaya
baik dan jujur, amanah dan beritiqamah, telus dan
bersih adah “wishfull thinking”. Jangan harap mereka
akan berubah. Mahathir dan sekongkolnya tidak boleh
lagi mengembalikan kepercayaan ahli-ahli dan rakyat
terhadap para pemimpin pilihan pemimpin seperti
Mahathir dan sekongkolnya.
Mahathir dan sekongkolnya sudah ‘berkarat’ dengan
kezaliman dan keaiban AKHLAK!! Untuk
merealisasikannya, satu cara cuma iaitu, SINGKIRKAN
mereka dalam Perhimpunan ini. Perdebatkan dan
laksanakan undi TIDAK PERCAYA semasa pengundian di
perhimpunan agung UMNO. Orang Melayu dalam UMNO mesti
“jati diri” dan bersifat “Melayu Baru”..! Mahathir
memang TAKUT dengan para Perwakilan!!
Bayangkan: Konsep 10 undi bagi pemimpin yang
dicalonkan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden
parti adalah umpama lakunan wayang “KARTUN Lat”.
Konsep demokrasi lazim tidak pakai bonos. Itu cuma
“mat jenin” Mahathir untuk kepentingan kuasanya!!
Dunia dan parti komponen BN mentertawakan kebebalan
dan kebangangan pemimpin UMNO Pertengahan dan Bawahan.
Masakan UMNO berjaya menyelesaikan masalah “politik
wang”, ugutan dan paksaan. Selagi Mahathir ada dalam
UMNO dan menerajuinya, UMNO makin terpuruk hebat.
Konsep kuota dengan para pemimpin perlu melepasi
jumlah pencalonan yang ditetapkan itu adalah satu lagi
lakunan wayang “KARTUN Mickey Mouse”. Sudah nampak,
“si Singa (Mahathir Mohammad) yang mengaum di luar
tetapi menikus ke mahkamah” itu telah menggunakan
“trickery” SANG TIKUS. Akhirnya bila dia berdua menang
“tanpa bertanding”, kumpulan G5 & G7 yang berbincang
di halau “BERAMBUS” balik kampung.!! Tapi kalau
terjadi pertandingan antara Mahathir dengan Si Polan,
si TIKUS itulah yang paling terkejar-kejar mencari
undi!! Kita sudah tengok tahun l987, bukan? Mahathir
hanya pentingkan diri sendiri saja!!
RASUAH Sinonim Pentadbiran Mahathir
Tidak dapat disangkal lagi bahawa sistem perwakilan
UMNO akan terus terdedah kepada gejala RASUAH yang
paling dahsyat. Memang benar. Kiranya, adalah lebih
mudah dan murah merasuah. Punca wang pun mudah. Kali
ini, Presiden UMNO sendiri menambah dengan UGUTAN dan
PAKSAAN secara LICIK pula!! Kerana itulah Mahathir
amat takut dengan sebarang pandangan sesiapa juga yang
akan menggugat kedudukannya.
Tutup Mulut dan Paksa
Kerana itu, Mahathir telah menutup akhabar
Pembangkang. Hingga, Mahathir telah membuang
editor-editor akhbar arus perdana seperti Johan Jaafar
(Utusan Malaysia), Nazri Abdullah (Berita Harian) dan
Kadir Jasin (NST). Tolak tepilah HARAKAH, DETIK,
EKSKLUSIF, HARAKI dan mungkin ada yang lain dalam
perhatian.
Sebenarnya Mahathir bukan mengongkong fikiran rakyat
massa saja, TETAPI lebih penting ia mahu menyekat
budaya berfikir dikalangan UMNO dan pemimpin mereka.
Mahathir menjalankan lNDOKTRINASI seperti negara
diterajui oleh parti KOMUNIS dan DIKTATOR!! Tindakan
Mahathir ini perlu dilihat bukan saja TIDAK memberi
manfaat dan menguntungkan para pemimpin UMNO dan parti
sendiri, MALAH membunuh daya berfikir dan hak memilih
dalam UMNO. Tidakkah wajar seluruh UMNO meninggalkan
UMNO atau MENGHALAU Mahathir supaya berambus saja dari
UMNO? Sudah wajar sekarang Mahathir diGULINGKAN
saja!!
Amat malang para pemimpin UMNO di peringkat negeri dan
pusat diperperangkap di dalam `ugutan' Ketua-ketua
Bahagian atas desakan Mahathir untuk menyokong dirinya
dan “Team”nya. Ini berlaku sewaktu pemilihan MKT oleh
perwakilan dalam perhimpunan agung semasa tahun
pemilihan. Setelah itu, Mahathir akan bertindak
seperti ``king maker'' dan ahli-ahli jadi `HAMBA
SAHAYA'.
Dalam UMNO Tak Ada Lagi “Pembaharuan”
Kedatangan alaf baru ini, sewajarnya pemimpin UMNO
yang mahu pembaharuan mesti melakukan penilaian diri.
Mereka TIDAK boleh jadi “Pak Angguk” lagi. Jika mahu
bergerak atas landasan “Melayu Baru”, kalian wajar
bangun dan bersuara lantang, mencadangkan perobahan
dari dalam dan membuang sesiapa yang berselingkuh
dengan BAPAK PETUALANG itu!! Hanya UMNO boleh
membaiki UMNO dari dalam secara demokratik dan
bersepadu. Mahathir TIDAK boleh lagi kekal sebagai
pucuk pimpinan parti. Jika dibenarkan berleluasa,
pemikiran anda akan membunuh anda dan zuriat anda.
Sementara itu, Parti-parti PEMBANGKANG telah lebih
maju berpuluh tapak kedepan, melakukan segala macam
TRANSFORMASI dan REFORMASI. Mereka sedang mendapat
sokongan padu segenap orang Melayu, semua kaum dari
semua lapangan dan karyawan (profesionalisma). UMNO
makin terhakis. Kewibawaan menipis!! UMNO makin hilang
daya!!
Buang Mahathir Demi Kepentingan Parti
Selagi kalian tidak mahu merobah pucuk pimpinan, UMNO
tidak lagi RELEVAN. Kerana, ahli-ahli UMNO yang
aktif dan bebas minda melihat UMNO hanya
menguntungkan satu puak saja!! UMNO telah kehilangan
telalu ramai ahli-ahli dan penyokong. Yang tinggal
kini hanya mereka yang bersikap pasif atau yang belot
ke Rakyat , orang Melayu dan ugama Islam sendiri.
UMNO perlu menentukan semula pucuk pimpinan parti.
Tidak ada salahnya menukar pucuk pimpinan. Kembalikan
hak menerajui UMNO kepada semua ahli melalui pemilihan
telus. Mereka ada hak menetukan halatuju parti. Mereka
adalah relevan dan vital dalam menentukan masa depan
UMNO. Jika itu dinafikan, pada tahun 2004, UMNO akan
jadi parti “Nyamok”. Selagi UMNO dikuasai secara
“KUKU-BESI”, UMNO akan jadi Parti “BASI”..!!
PS: Khusus untuk rakan-rakan ke Perhimpunan UMNO Mei
ini
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)