MAKIN nampak sekarang, Perhimpunan UMNO yang
dibesar-besarkan dengan “sengaja” itu semata-mata
bertujuan untuk memuaskan hati beberapa orang
pemimpin. Ia adalah sebagai proses mendaulatkan diri
sebagai orang yang kekal untuk diletakkan ke kerangka
“Kuasa” untuk sepenggal lagi.
Sebagaimana lazimnya, Perhimpunan itu adalah rencana
dan agenda pemimpin yang berpakat sesama sendiri untuk
menyatakan bahawa ahli UMNO dan pemimpin peringkat
pertengahan adalah “hamba sahaya” yang tidak ada
peranan apa-apa kecuali untuk menyokong mereka secara
membabi buta!!
Bolehkah UMNO Mengangkat “Survival bangsa”?
Makin nampak UMNO tidak ada sebarang agenda untuk
menobatkan bangsa dan ugama. Walau bagaimana
berapi-api dan berbuih-buih mulut perpimpinnya melaung
dan Perwakilan berdebat, akhirnya Mahathir dan
sekongkolnya akan memaksa rakyat (khususnya orang
Melayu) mengikut kehendaknya. Apa Mahathir atau
pemimpin berkepentingan itu mau peduli? Bagi mereka,
Perhimpunan telah menabal dan menobatkan mereka
sebagai “raja” dengan 1001 kuasa ‘mutlak’, maka
penyokong UMNO tak boleh cakap banyak lagi. Habis
cerita!!
Lazimnya, sudah jadi budaya pemimpin berkepentingan
itu - kalau degil, kalian akan disingkir. Paling
dahsyat sekali, akan dicari pelbagai masalah peribadi
dan rasuah untuk dijadikan bahan fitnah. Maka
‘mahkamah’ Mahathir (dengan nama jolokan “Maha-Kamah”)
akan disuruh mengatur beberapa tahun mereka wajar
dipenjara atau berapa puluh ribu mereka didenda.
Jadi, demi survival mereka, UMNO dan seluruh pemimpin
bawahan terpaksa jadi “kakak tua” mengangguk kerana
pemimpin berkepentingan itu menentukan semua. Senario
itu disebut sebagai “Survival bangsa” kononnya!! Ini
berpunca dari “demokrasi” dalam UMNO sudah tidak ada,
mati dan hancur tidak bernyawa. Punah!!
Jijiknya kesah “Pertandingan Presiden dan Timbalan”
yang kununnya dianggap ‘demokratik’ dan peristiwa Ku
Li disingkiirkan dengan masalah ‘teknikal’ (kununnya)
adalah satu contoh bagaimana UMNO ditipu habis-habisan
demi mengiktiraf “PEMBOHONGAN” sebagai “KEBENARAN”
seorang Datuk Seri Presiden..!!
Menghadapi abad ke-21
Makin nampak UMNO tidak lagi mampu berjasa kepada
orang Melayu. Generasi muda telah nampak bahawa UMNO
tidak mampu menghadapi cabaran Abad 21. Kerana, UMNO
bukan lagi sebuah parti yang ada kewibawaan
menyeluruh, mereka kini semata-mata berfungsi demi
untuk mengangkat “pentingan diri” pemimpin tertentu.
Itu saja.
Rafidah Aziz yang dikatakan ”menang” sebenarnya “KALAH
besar” ditangan Siti Zaharah. Rungutan para pemilih
dikalangan WANITA menjelaskan bagaimana boleh jadi
begitu lama berjam-jam (pengiraan undi)? Masakan
serumit itu untuk mengira 600 undi?
“Kan itu kehendak Mahathir. Rafidah mesti dimenangkan.
Kalau tak, hancur agenda Mahathir..!! Manipulate
lahhhhhh..” berkata seorang yang vokal yang tidak
senang dengan sesi WANITA itu. Dengan itu, nampaklah
bahawa agenda Mahathir mesti berjalan, samada “halal”
atau “haram”.
Penggal Penentuan
Perhimpunan UMNO kali ini adalah suatu “penentuan”
yang memberi semua sisa-sisa ahli, penyokong dan
pemimpin UMNO Pertengahan untuk “menentuan” pendirian.
Kali ini adalah kali terakhir mereka menentukan –
samada mereka kembali memberi sumbangan kepada UMNO
melalui penyertaan aktif atau MENINGGALKAN UMNO
terus!!
Keputusan itu sudah nampak, lebih-lebih lagi mereka
dari kalangan generasi muda yang berpendidikan.
Seorang pemimpin WANITA dan Pemuda yang terpelajar
(dengan nama jolokan “Elniza”) memaklumkan kepada saya
(saya sempat bertemu beliau di lobby PWTC), katanya:
“bersikap dinamik dalam UMNO hanya setakat untuk
menyokong pemimpin yang beragenda. Walaupun ahli mampu
memberi sumbangan kepada kemajuan bangsa dan negara,
itu tidak menjadi kriterier. Dalam keinginan
berpolitik, pemimpin UMNO percaya generasi muda tidak
lagi mendapati UMNO sebagai parti yang sesuai untuk
memenuhi aspirasi masa depan mereka”.
“Dalam hal ini”, kata Elniza lagi, “ia menunjukkan
UMNO tidak lagi merupakan organisasi politik bangsa
yang mampu mengangkat umat Melayu daripada pelbagai
latar belakang sosial, pendidikan, ekonomi, pekerjaan
dan usia kepada satu tahap pencapaian yang
berwibawa”..!!
Nah! itulah pandangan seorang WANITA UMNO yang
mempunyai “forward view” yang amat dinamis. Jika orang
seperti Elniza sudah ramai keluar dari UMNO dan
mengagotai KeADILan atau PAS – masakan cakap Ninam
Shah atau Abdullah Bedawi ada makna apa-apa. Hanya
cakap mengindahkan bahasa saja sudahnya!! Praktiknya,
hanya Tuhan yang Maha Mengetahui!!
UMNO Ketinggalan Zaman
Pembangkang Melayu dalam KeADILan atau PAS khususnya
sentiasa mengadakan forum yang membolehkan orang muda
melahirkan idealisme segenap budang hidup. Tetapi
dalam UMNO, pucuk pimpinan tidak mahu menerima
pandangan walaupun mereka tidak lagi mampu menurunkan
pengalaman. Dalam UMNO, antara golongan muda dengan
yang dewasa makin jelas terpisah. Ini diakui oleh Musa
Hitam dalam ucapan beliau di JB.
UMNO hari ini telah jauh memisahkan agama dari
perjuangannya. UMNO tidak mampu menegakkan syiar Islam
untuk menjadi salah satu tonggak perjuangan. Karenah
dan gelagat pemimpin UMNO sendiri telah jauh
menyimpang dengan segala macam rogol, zina, fitnah,
rasuah, khianat adu-domba dan “pecah undang-undang”
dan “membelakangkan Perlembagaan” dijuarai oleh
Presiden UMNO sendiri. Makin nampak bila Rafidah Aziz
yang jelas RASUAH disokong secara memaksa oleh pucuk
pimpinan yang beragenda!! Mahathir sendiri takut ke
mahkamah memberi keterangan!! Islam kah itu?
Sebagai Perbandingan
Pembangkang Melayu seperti PAS, KeADILan dan PRM
memahami dan menghayati agama Islam secara terbuka
sejajar dengan hukum Allah swt. Sebaliknya UMNO telah
mensekularkannya. PAS dan KeADILan mengutamakan
kebangkitan Islam dari segi kandungan dan tidak
seperti UMNO yang makin nampak “sekadar pada nama”
sahaja.
Kes DS Anwar dan segala Fitnah yang sengaja diadakan,
proses perbicaraan berat sebelah, puluhan kali pindaan
tuduhan, layanan ZALIM kepada Anwar (mengapa ISA?),
cercaan Mahathir terhadap Nabi saw. telah menyebabkan
ugama Islam TIDAK lagi dihormati dan dianggap sebagai
agama yang membawa kemajuan oleh kaum bukan Islam!!
Mahathir mengutuk Islam di Malaysia hingga ke PBB
dihadapan puak YAHUDI..! Inikah pemimpin UMNO yang
berhemah?
Pergerakan UMNO (WANITA dan PEMUDA) tidak nampak ada
strategi mantap bagi mengajak golongan muda menyertai
UMNO. Mereka tidak mampu, jauh sekali dari tahu cara
memahami isi hati dan menyelami aspirasi dan masalah
mereka. Malah, yang paling jelas “penjarah” adalah
golongan Pemuda dan WANITA ini. Merekalah pengikut
taksub segala macam rogol, zina, fitnah, rasuah,
khianat adu-domba dan “pecah undang-undang” dan
“membelakangkan Perlembagaan” dijuarai oleh Presiden
UMNO sendiri. Mereka adalah “Golongan Bisu”..!!
Berbanding dengan Barisan Pemuda PAS dan KeADILan,
mereka berjuang menentang fitnah, rasuah, khianat
adu-domba dan “pecah undang-undang” dan
“membelakangkan Perlembagaan” dijuarai oleh Presiden
UMNO itu sendiri. Mereka sanggup dibelasah dan
dilokap, dianiaya dan dipenjarakan oleh Regim bedebah
ini. Sementara puak UMNO peluk tubuh!! Nak harap apa
lagi kepada UMNO?
Kemampuan UMNO Terhad
Makin nampak UMNO tidak berjaya dan TIDAK mampu
melaksanakan usaha untuk meningkatkan keupayaan dan
kebolehan orang Melayu. Kejayaan dan keaktifan
anak-anak Melayu makin dicemburui oleh pemimpin UMNO
kerana mereka makin berminda bebas dan mempertahan hak
asasi rakyat sebagai aktivis. Sementara itu, UMNO
“Baru” cuba mengaku-aku macam ‘hidung tak mancung pipi
tersorong-sorong”..!! Padahal UMNO makin hebat
mengongkong mereka.
UMNO telah menggalak dan mencetuskan politik pecah
belah. Sementara KeADILan dan PAS meletakkan
perapaduan Melayu sebagai kewajipan yang perlu
disertai oleh keseluruhan umat Islam negara ini.
Generasi muda makin nampak kemampuan UMNO makin
terhad. UMNO jadi semacam “Pak Turut” ala ‘Lembu
pawah’ bila diugut oleh pucuk pimpinan mereka. Kerana,
dalam perut mereka dan cara hidup mereka diselubungi
RASUAH!!
Abdullah Bedawi sendiri adalah seorang yang paling
kuat MENUTUP pintu ijtihad rakyat. Beliau menunjukkan
betapa perjuangan Islam UMNO merupakan suatu fahamanan
terkongkong, cuma setakat “melepaskan batuk ditangga”
saja.
Bagi golongan berpendidikan, UMNO tidak lagi sesuai
dengan masa depan dan cita rasa anak-anak muda dan
impian politik mereka. Kalau PAS mampu melakukan
pembelaan terhadap golongan Wanita (cuti bersalian 90
hari contohnya) dengan meningkatkan peranan wanita
dalam pembangunan ummah, sebalinya UMNO mengamalkan
dasar menutup pintu peluang kepada rakyat bebas
bersuara!! UMNO memprtahankan “sekularisma” dangkal
dan palsu!! Masjid-masjid sudah dicemar UMNO dengan
dakyah mereka!!
Generasi muda di kalangan wanita telah sedar masanya
UMNO lebih berhemah. Hampir semua pemimpin wanita
UMNO dan isteri-isteri menteri UMNO yang tidak
langsung menunjukkan sifat “kewanitaan” seorang Ummah.
Isteri PM dan Timbalan Presiden UMNO adalah ‘penjarah’
besar. Jangan cakaplah siapa Rafidah!! Temboloknya
berisi dengan RASUAN.. bagi beliau itu satu yang
‘membanggakan”..!!
Melayu Diperburukkan
Majoriti bangsa Melayu telah hilang keyakinan kepada
kepimpinan UMNO yang ada sekarang. Walau 1000 kali
pemimpin UMNO diganti, namun BUDAYA mereka adalah sama
saja.
Tanya kepada pemimpin UMNO sekarang apa bantuan yang
‘konkrit’ yang diberikan kepada orang Melayu yang
tinggal di kawasan pedalaman, yang miskin harta dan
modal, hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang, dengan pemakanan tidak seimbang, diserang
pelbagai wabak, malaria, untut, cacing kerawit, batuk
kering, beri-beri dan pelbagai penyakit. Mereka
memerlukan kemudahan. Tanya apa jadi kepada golongan
miskin yang merana? Sebaliknya, pelbagai ‘prgram
Penswastaan’ diutamakan guna menjadi asas kroni UMNO
mencari kekayaan!!
Orang Melayu amat kecewa!! Untuk membolehkan mereka
menggunakan kepintaran dan ilmu di dada, peluang itu
diserahkan Mahathir kepada kaum Cina. Kerana,
pengusaha Melayu tak mau merasuah!! Kerana itu, mereka
berada dalam keadaan dhaif. UMNO membiarkan mereka.
Peluang dibolot oleh elit UMNO dan Kroni Mahathir dan
regu-regunya. Orang Melayu tidak mendapat keistimewaan
sebagai pribumi di tanah airnya. Dasar Ekonomi Baru
disalahgunakan oleh puak UMNO. Sinonim “UMNO” sekarang
ialah “Ali-Baba”. Kalau tak dek MCA, UMNO pasti hancur
punah ranah!! Malah, orang Melayu makin banyak
ditindas, tertindas dan menjadi mangsa diskriminasi
kuasa penjajahan UMNO @ Mahathir laknatullah!!
Cuba tanya siapakah millionaire-billionaires itu. Dan
tanya lagi, siapa mereka yang sengaja dinafikan untuk
mencuba nasib dibidang perusahaan IKS? Ini berpunca
dari teori “Pengkorporatan dan Penswastaan” Mahathir
yang hanya untuk “membolot” kekayaan negara untuk
Kroni dan anak-beranaknya saja. Semantara itu, ratusan
ribu peniaga kecil diancam dengan pelbagai masalah dan
karenah burokrasi yang disengajakan. Keperluan mereka
dinafikan!!
Kerana itu, mereka yang giat berusaha sedang melihat
penuh minat bagaimana Kerajaan PAS Terangganu dan
Kelantan memberi khidmat kepada golongan ini. Selepas
PAS dan KeADILan menakluki negeri-negeri tersebut,
kini rakyat negeri lain dan orang Melayu mulai sedar
bahawa “Memilih UMNO/BN membawa celaka kepada Bangsa
dan Ugama”!! Sebab itu Ali Rustam (dengan kemahuan
Mahathir) mengarahkan rakyat Melaka jangan melawat ke
sana. Apa punya zalim ketua kerajaan macam itu?
SELAMAT TINGGA UMNO..!!
Berhimpunlah kalian dengan 2,500 penyokong cuma. Orang
Melayu tidak peduli lagi walaupun kalian bertempik
terlaung-laung hingga PWTC pecah!! Runtuhan PWTC
itulah yang akan memusnahkan spesis UMNO terakhir!!
Selamat Tinggal UMNO. Bersedialah kalian untuk
dilenyapkan rakyat!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)