TAK SANGKA, selama Mahathir ‘mengigau’ melalak-lalak
di pentas, kali inilah paling ramai nampak para
perwakilan yang menguap-nguap sambil memejamkan mata
di Dewan. Seorang rakan perwakilan yang datang dari
Tanjung (P.Pinang) berdengkur. Tetapi, secara
tiba-tiba beliau terjaga bila terdengar orang membaca
doa. Tergesa-beliau menadah tangan. Tetapi bila
dilihat yang berdoa itu Datuk Seri Presidennya,
selamba dia menyimpuh lengan memeluk tubuh. Sambil itu
beliau berkata, “Beghapa banyak Mahadet nak muhung kat
Tuhan. Belum dia bercakap, Allah dah tahu apa dia
nawaitunya nak kelentong kita….!!”
Meludah Muka Sendiri
Seluruh ucapan liar Mahathir yang disebut sebagai
“amanat” itu hanya membawa dua garis besar. Pertama,
Mahathir mahu meneruskan agenda “Menipu dan Membohong”
perwakilan dan UMNO dengan harapan rakyat (khususnya
orang Melayu) akan percaya dengan segala agenda
fitnah, rasuah dan kerakusan kuasa yang menjadi
amalannya (supaya tersembunyi terus).
Yang kedua, Mahathir memang jelas sesungguh-sungguhnya
beliau sudah kehabisan modal politik untuk membela
segala karenah dan kerja jahat yang menyebabkan UMNO
menghadapi kehancuran (dan disingkirkan oleh orang
Melayu – mungkin oleh Komponen BN jua).
Walaupun berhari-hari beliau merancang ucapan dengan
nasihat pakar saikoloji, kroni politik dan editor
akhbar (penasihatnya); tetapi terlalu banyak orang
mengetahui bahawa Mahathir BERBOHONG dan cuba mengalih
pandangan orang dari kenyataan sebenar. Mereka yang
“celik komputer” sudah sekian lama faham siapa
Mahathir ada yang akan disebutnya sebagai “amanat”
(kunun).
Disebalik ungkapan indah dicetak dengan huruf kasar
dalam ucapan 1jam 55 minit itu, tersembunyi 1001
pembohongan dangkal, segala macam ugutan, dendam,
keaipan diri sendiri yang sengaja disembunyikan.
Mahathir berlagak seperti‘nujum sangkamara’. Tetapi
tidak sesiapa hairan dan mengiyakannya. Segala yang
diucapkan beliau 100% menghentam batang hidungnya
semula. Segala cemuhan Mahathir terhadap Anwar,
Pembangkang dan perihal Agen Asing yang kununnya
berniat menjajah, dll. adalah umpama beliau “meludah
ke langit – akhirnya jatuh bertepek-tepek semula ke
muka beliau sendiri”..!!
UMNO Makin Kecamok
Sebaik saja Mahathir Mohamad menyebut “Melayu belum
selamat”, pada anggapan beliau Perhimpunan akan
terperanjat besar! Sebaliknya ada yang berbisik-bisik
dengan kawan sebelah, “Elehhh…!! Orang Melayu dah lama
“selamat”. Parti Pembangkang Melayu telah
menyelamatkan orang Melayu. Nak harap Mahathir nak
selamatkan orang Melayu? Haihhh..menjahanamkan,
bolehlah..!! Orang Melayu dah tak cemas
lagi..Piraaaahhhh..!!”
Seruan Mahathir meminta masyarakat Melayu kembali
bertaut demi memperhebatkan usaha menjayakan agenda
bangsa dan agama kerana kedudukan Melayu (kununnya
orang Melayu masih belum selamat) telah menimbulkan
riaksi senda-gurau dikalangan Perwakilan. Ada yang
berkata dalam berbisik, “Yang tak selamat itu bukan
orang Melayu lagi. Tapi, tu..dia.. si Mamak anak
beranak dan Kroninya saja….!!”
Sedarlah Mahathir!!
Mahathir kena sedar bahawa perspektif dan hala tuju
masyarakat Melayu sudah lama berubah. Perjuangan orang
Melayu sudah lama bertukar. Anak-anak muda Melayu
sedia menghadapi cabaran. Faktor ini semakin menjadi
besar kepada UMNO “Mahathir” dan Mahathirnya juga.
Alaf baru ini bukan masanya orang Melayu nak dengar
cakap seorang ketua yang dah hilang ‘tempoh guna’ dan
menyusahkan rakyat jelata!!
Mahathir kena ingat.! Sikap orang Melayu sudah rasa
diri kaum mereka tidak selamat dengan keadaan yang
sedang mengancam mereka. Ini adalah kesan dari
pelbagai dasar Mahathir dan regimnya. Karenah dan
agenda busuk Mahathir dengan sekongkolnya telah
menghalang kemajuan, proses memajukan kaum Melayu dan
menimba manfaat dari ugama Islam anutan mereka.
Cabaran yang memburukkan kehidupan dan kesejahteraan
orang Melayu bukan dari faktor dan unsor luar; tetapi
dari dalam – iaitu pemimpin Melayu yang sekongkol
dengan Mahathir dalam UMNO “Baru(a) ciptaan Mahathir
sendiri.
Sehingga kini, Mahathir dan UMNOlah yang menyebabkan
kaum Melayu terperangkap dalam situasi “yang dikejar
tak dapat dan yang dikendong berciciran”. Jika doa
Mahatahir dimkbulkan Allah, alamat yang nampak, kaum
Melayu dan Ugama Islam akan terpuruk lagi!! Pasti
lebih aif menentukan yang baik untuk bangsa negara dan
agamanya!!
Mahathir memang sedar masyarakat Melayu sebenarnya
TIDAK berperpecah. Masyarakat Melayu cuma berpecah
dari menyokong UMNO; tetapi bertaut rapat dan berpadu
dalam satu saf menentang KEZALIMAN dan Kekufuran
nikmat. Persoalan masa depan Melayu dan ancaman yang
dihadapi sekarang adalah berpunca dari karenah rakus
kuasa Mahathir. Makin nampak, puak UMNO yang makin
tersingkir dari lubuk hati orang Melayu, kini tidak
boleh lagi diberi kepercayaan dan amanah.
Perjuangan Orang Melayu Wajib Serius
Perjuangan orang Melayu dalam alaf ke-21 ini sedang
bermula. Tetapi perjuangan mereka bukan bersama “UMNO
Baru(a)” lagi. Orang Melayu sudah bosan dengan seribu
satu slogan. Selama 20 tahun ini, orang Melayu telah
bermurah hati mengizinkan Mahathir dan
jongos-jongosnya menerajui regim ini. Malangnya,
karenah mereka makin merumitkan hidup orang Melayu.
Rakyat marhain mati dalam harapan saja.
Tida ada satu pun kejayaan UMNO yang boleh dirasa
nikmatnya oleh orang Melayu hingga boleh
dibangga-bangkan. Kalau setakat KLCC, Mahligai Putra
Jaya atau Global Express – Mahathir nampaknya cuba
memperbodohkan orang Melayu. Pergolakan Politik Melayu
makin kucar-kacir hingga UMNO Asal terkubur. Kini UMNO
yang diharapkan tergadai. Itulah kerugian besar orang
Melayu!!
Proses penyatupaduan orang Melayu membuat puak rakus
dalam dalam UMNO dan Mahathir sendiri lebih mudah
mengkosolidasi kuasa untuk kepentingan dirinya,
anak-anak dan Kroninya. Pembolotan kuasa oleh mereka
itulah yang menyebabkan hidup orang Melayu terancam
hingga menghadapi bahaya hilang negara dan hilang
bangsa dan terhakis nilai-nilai ugama.
Kini, orang Melayu merasa diri mereka ditekan. Jika
Malayan Union adalah sah bahaya dari luar itu, hari
ini gejala “Penjajah Dalaman” dari sekutu dalam UMNO
(kaum sendiri) telah menyebabkan orang Melayu tersedar
dari kesilapan. Dengan itu, sekaligus mereka terpaksa
merapatkan barisan diluar UMNO Baru(a) sebagai daya
untuk mempertahankan maruah diri, bangsa dan uagama.
Orang Melayu telah mula bersatu padu. Mereka mendapat
mandat rakyat demi menyelamatkan masa depan, zuriat
dan kekayaan negara yang menjadi pusaka warisan sejak
nenek moyang dahulu. Tidak nampak lagi UMNO “Baru(a)
mampu membela nasib orang Melayu. Nawaitu mereka sudah
terpesong jauh dari apa yang diharapkan dari
kemerdekaan. Sebaliknya orang Melayulah kaum yang
makin tertekan oleh pelbagai dasar “hukum belantara”
regim Mahathir!!
Sebagai permulaan, anak-anak muda yang berpendidikan
telah mampu mengatasi masalah politik yang mengancam
kebebasan dan hak asasi mereka. Walaupun mereka diugut
dengan bermacam-macam angkara, namun perinsip mereka
adalah “LAWAN TETAP LAWAN”..!! Mahathir tidak perlu
menyebut isu “ketidakseimbangan ekonomi antara kaum”
atau mengingatkan kononnya “orang Melayu akan
menghadapi cabaran baru yang lebih dahsyat –
globalisasi atau dunia tanpa sempadan”. Apayang
sebenarnya berlaku oleh regim Mahathir adalah gejala
pemimpin UMNO Barua(a) yang terlalu rakus mengikut
nafsu IBLIS yang jelas ‘tanpa sempadan’..!!
Hematnya, cabaran baru sebenar yang lebih dahsyat
ialah karenah ‘jembalang’ GANGSTERISME ala MAFIA
tajaan Mahathir. Inilah yang menyebabkan
“ketidakseimbangan ekonomi antara kaum” itu. Dalam
wawancara beliau sebelum perhimpunan ini, Mahathir
sendiri jelas menyebelahi kaum bukan Melayu – bukan
kerana ikhlas beliau terhadap orang Melayu; tetapi
Mahathir sedar bahawa tanpa kaum bukan Melayu, UMNO
“Baru(a)”nya hilang kuasa dalam BN…!
Orang Melayu – Jangan Jadi Cagaran
Kini UMNO Barua(a) dan penyokong parti itu terdedah
kepada gejala “pawahan” dalam skima politik Mahathir.
Dengan itu, jika Mahathir terus menjadi peneraju parti
orang Melayu [UMNO Barua(a)] itu, PASTI orang Melayu
akan jadi ‘barang cagaran’. Inilah yang menjadikan 99%
orang Melayu sudah berpaling tadah tidak lagi sanggup
dijadikan “kuda Bangang” untuk tonggangan Mahathir
berkuasa lagi. Orang Melayu sudah rimas dengan UMNO
Baru(a) dan Mahathir Laknatiullah ini!!
Negara sekarang terdedah di bawah kecurangan regim
Diktator ini. Mahathir tidak mahu orang Melayu yang
bersih, cekap dan amanah menguasai pentadbirannya. Itu
sebab, hingga hari ini Mahathir sentiasa menyokong
puak yang terlibat dengan RASUAH, Menyeleweng, tidak
kenal bangsa dan rengan tanggapan keugamaan. Keadaan
yang diwujudkan oleh Mahathir itu lebih MERBAHAYA dari
ancam sebarang kuasa asing. Orang Melayu makin sedar
iaitu untuk mendaulatkan masyarkat Melayu adalah
kewajipan sebuah barisan orang Melayu sendiri. Kini
sudah ditemui formula keramat itu, iaitu hanya
‘BARISAN ALTERNATIF” saja yang mampu menyelamatkan
Tanahair, Bangsa dan Agama!! UMNO Barua(a) sudah TIDAK
ada guna!!
Barisan Alternatif – “Barisan RAKYAT”
Orang Melayu akan terus memperhebatkan usaha
menyatupadukan masyarakat Melayu dengan mempelopori
budaya baru yang lebih unggul dan bersifat jati diri.
Barisan Alternatif dengan PAS, KeADILan dan PRM telah
memperlengkapkan wadah rakyat. Barisan pemimpin mereka
telah diberi mandat bagi memastikan parti itu terus
memimpin perjuangan bangsa, agama dan negara, meolak
Kezaliman dan menegakkan Keadilan.
Secara spontan, mereka yang diberi amanah telah
menunjukkan kecemerlangan dalam setiap Persidangan
Parlimen. Penyokong Barisan baru itu terdiri dari
segala kaum, lapisan dan pekerjaan. Makin diwarnai
kehebatan Barisan itu dengan golongan cendekiawan dan
profesional yang mahir dalam penguasaan ilmu.
Atas segala-galanya, mereka dari kelompok ini telah
berupaya menunjukkan daya melawan nafsu. Berbanding
dengan pemimpin UMNO “Baru(a)”, rata-rata sudah
terbukti perilaku mereka adalah lebih buruk dari
“perompak” harta rakyat. Dalam hati sanubari mereka,
TIDAK ada imbasan rohani yang murni lagi. Barisan
pemimpin yang berwibawa dan bersih nawaitu dan
matlamat sudah dimatikan oleh Mahathir. Tidak ada!!
Demi kepentingan rakyat bangsa dan agama, Barisan
Alternatif bersungguh-sungguh supaya tida mudah
menyerah kalah atau mudah kecewa.
Percubaan Barisan Alternatif dalam P/raya November
1999 yang lalu adalah satu permulaan yang memberi
petanda dari rakyat yang amat cemerlang. Jangan kita
sebut kejatuhan Terengganu dan Kelantan “bungkus”
habis BN ‘tunggang-langgang’. Perincikan pula
bagaimana kedudukan UMNO/BN di Perlis, Kedah, Selangor
dan Pahang. Tidakkah itu suatu pentanda bahawa orang
Melayu dan rakyat amnya sudah mulai merobah keyakinan
– mulai menyingkirkan UMNO/BN?
Perubahan keutuamaan (priority) dan pilihan orang
Melayu dan rakyat am yang mendadak itu menyebabkan
mereka mula yakin bahawa “UMNO/BN” bukan raksaksa yang
tidak mungkin ditumbangkan. Demi hari, kian dirasakan
bahawa UMNO/BN itu adalah semacam “Paper Tiger” yang
kaku, palsu dan boleh dibuang bila-bila masa. UMNO/BN
adalah umpama ‘patong’ tanpa nyawa. Mungkin Mahathir
dan jongos-jongosnya saja yang menempa ‘mazhab politik
sesat lagi menyesatkan’ supaya penyokong UMNO/BN terus
menyembah ‘berhala puaka’ mereka.
Amanat Mahathir: KOSONG!
Nah! Perkumpulan di PWTC Mei 2000 itu – demikianlah
hakikatnya. Itu sebab ‘amanat’ Mahathir seperti tin
kosong, tiada isi dan jauh sekali dari membawa
sebarang makna. Perwakilan yang datang sejak dari awal
dinafikan hak mereka berbincang dan menetukan arah
minda mereka. Siang-siang mereka dihalau “BERAMBUS”
keluar dari “The Forbidden City named KL”.
Dibesar-besarkan tohmah-fitnah kununnya mereka
merancang “politik wang”.
Sebenarnya Mahathir takut dan amat gentar bahawa sudah
terdengar ada ura-ura G7 & G5 akan bergabung dengan
GELITA14 (BLACK14). Atau paling kurang mereka
bersepakat untuk merangka strategi menumbangkan agenda
regim Mahathir yang sudah makin tidak disenangi.
Mahathir sedar bahawa halatuju dan arah pentabiran
regimnya menuju hancur memusnahkan UMNO/BN. Segala
langkah-langkah perlu terpaksa diambil untuk mencegah
sebarang isu dan gejala mengkecundangkan kuasa dan
‘power grip’ beliau. Sedaya upaya dicuba mencipta dan
menyemai budaya TAKUT dan UGUT dikalangan Perwakilan.
Mahathir tahu bahawa semangat Anwar dan Reformasi yang
dilaungkan beliau mampu meletakkan Mahathir dalam
keadaan kecundang, tercabar dan tidak lagi mampu
bermewah-mewah.
Orang Melayu tahu dan Mahathir pun sedar bahawa
perubahan yang dituntut oleh rakyat marhain sudah
bermula. Mahathir, dengan menggunakan UMNO
“Baru(a)”nya (sebagai platform) telah menamatkan Dasar
Ekonomi Baru yang asal (rencana allahyarham Tun
Razak) dan menggantikan dengan Dasar Ekonomi
“BARUA”nya. Kerana itu, majoriti pengusaha Melayu
mati ditengah jalan disekat oleh Kroni Mahathir yang
rakus dengan title “ahli KORPORAT Melayu”. Tetapi
mereka adalah proksi, nominee, anak-beranak dan Kroni
dan kelompok elit istimewa Mahathir dan Daim.
“Puntianak Mengilai Malam”
Rafidah Aziz yang makin bergila-gila untuk jadi lebih
kaya dan bebas melalukan rasuah telah berjaya
dilindungi dan diangkat Mahathir sebagai ‘puntianak
mengilai malam’. Portfolio Rafidah akan memberi
sepenuh tumpuan bersama Daim dan seluruh Kroni
Mahathir untuk merancang, merangka dan mengagendakan
penyelerasan semua perkara “membolot” kekayaan negara.
Akan kita tengoklah tidak lama lagi, bagaimana
Penasihat Kewangan Mahathir yang baru (keturunan Mamak
juga) akan mengeluarkan pelbagai arahan dan rancangan
bagaimana satu kelompok “Elit Ekonomi” dari sekongkol
UMNO “Baru(a)” melaksanakan “rompakan disiang hari”
keatas kekayaan negara. Apa riaksi Perwakilan UMNO?
Jawapan paling mudah ialah, ‘MELOPONG lah kalian
semua”..!! Kalau dapat pun setakat kuah basi yang
sudah mereka ‘ludah-ludahkan”. Jilat dan telanlah!!
Itu bukan tohmah atau fitnah. Memang sudah nampak,
selama ini keadaan begitu sudah jelas dan nampak.
Tinggal cuma, tidak dilaksanakan mereka secara
bermewah-mewah. Mahathir masih takut-takut kerana UMNO
“Baru(a)” ditakutinya akan berpaling tadah. Tetapi
sekarang Mahathir tahu bahawa tempoh regim beliau dan
usia UMNO “Baru(a)” ini hanya setakat tahu 2004 saja
Oleh itu, adalah lebih baik dikaut, dibolot dan
dijahanamkan segala-galanya sementara kuasa mutlak ada
ditangan mereka.
Mahathir sudah nampak bagaimana nasib Soeharto dan
Marcos. Dengan berpandukan itu, beliau dan kroninya
perlu ‘make hay while the sun shines’. Mahathir dengan
kelompok “Elit Ekonomi” tidak peduli lagi samada orang
Melayu kembali menderita atau punah.
Mereka tidak ada niat lagi melanjutkan Dasar membantu
orang Melayu dan Bumiputera. Sebaliknya, Mahathir
sendiri amat marah kepada orang Melayu dan Bumiputera
hingga dicap sebagai golongan kaum yang tidak
berterimakasih kepadanya. Sebagai balasan dendamnya,
Mahathir tidak akan memaju dan membangunkan orang
Melayu dan Bumiputera. Ali Rustam telah memulakan di
Melaka!!
Orang Melayu Tak Kesah Lagi!
Jika puak UMNO Baru(a) tidak insaf dan bersatu padu
dengan majoriti orang Melayu dan Bumiputera melontar
jauh-jauh Mahathir dan jongos-jongos puak UMNO Baru(a)
itu, majoriti orang Melayu tidak peduli. Barisan
Alternatif dengan Reformasi yang berterus, jati-diri
dan berdaya-tahan lasak akan mengembalikan hak kepada
rakyat. Mahathir dan jongos-jongos puak UMNO Baru(a)
dan semua Kroni-proksi, dalam kelompok “Elit Ekonomi”
dan “Elit Politik”nya PASTI akan diheret ke Pengadilan
MAHKAMAH RAKYAT. Harta rompakan mereka akan
dipulangkan kepada rakyat dan mereka akan dipuruk dan
dipenjarakan sebagai “Pengkhiant Negara” (Treason).
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berdiuri)