HAMPIR 90% penulis yang tersenarai dan kerap menulis
di LamanWeb Reformasi bukanlah mereka yang
berkelayakan akademik setanding dengan gelaran yang
diterima oleh cendekiawan dari menara gading. Mereka
menulis berasaskan pemerhatian yang teliti, pengalaman
dan perkelilingan yang sama sekali tidak menyenangkan
diri mereka dan masyarakat sekitar.
Mereka percaya, sebaik-baik guru adalah pengalaman.
Samada pahit atau manis, ia tetap lebih bermanfaat
andainya sebilang hari membaca buku dan mentakrifkan
diri orang paling hebat (kunun).
Apa yang menyebabkan penulis berhaluan ‘reformasi’
menulis dan terus menulis adalah bersebab dari keadaan
yang terlalu menekan perasaan mereka. Dalam hati
mereka menggelodak rasa jengkel yang mendesak,
kesan-akibah yang direncana dan dilakukan oleh sesutu
puak. Bagi mereka, kalau dibiarkan berleluasa akan
memusnahkan tanahair, bangsa dan ugama.
Dengan kemampuan berasaskan pemerhatian teliti,
pengalaman, perkelilingan dan minda yang TERBUKA, maka
diasahlah pena mereka secara jujur dan ikhlas, tanpa
sebarang motif untuk naik pangkat atau membodek
sesiapa (untuk kepentingan diri). Mereka itu adalah
individu dan perseorangan yang punya prinsip diri
secara komited – tahu membedakan antara ‘yang benar’
dengan ‘yang salah’. Dengan itulah mereka terus
berfikir dan mem’visi’kan segala sesuatu yang tidak
menyenangkan itu – lantas meluahkan sentimen pandangan
mereka untuk rakyat dan bangsa sendiri.
Terperanjat Besar
Seorang bergelar profesor dari sebuah menara gading
tempatan menulis di Utusan Malaysia, antara lain
katanya:
[[“…..Bagi Parti Keadilan Nasional pula, sikapnya
menegakkan keadilan untuk seorang individu yang
dianggapnya teraniaya, pula tidak dapat dianggap
sebagai parti untuk orang Melayu sahaja. Ia lebih
sesuai dilihat sebagai parti untuk rakyat Malaysia
yang terdiri daripada berbilang kaum ini mirip kepada
perjuangan ‘Malaysian Malaysia’, dokongan DAP….”]]
[[“…..ternyata Pas tidak konsisten dalam perjuangan
dan isu-isu yang dibangkitkannya. Ternyata Pas terlalu
banyak melatah, kadang-kadang tersasul, kalau tidak
pun sentiasa berdolak-dalik dalam kenyataannya. Ini
amat tidak meyakinkan dan amat berbahaya bagi kaum dan
agama yang didakwa diwakili dan diperjuangkan
kepentingannya…..”]]
Memang terperanjat kita membaca jika itu pandangan
dari seorang bergelar cendekiawan tempatan. Nampak
sangat beliau tidak mampu melihat keseluruhan
perkelilingan hingga cuma berupaya melontarkan
pandangan sebegitu dangkal, murahan dan tidak bermutu
ladi sempit. Apakah beliau betul-betul berminda
‘tertutup’ bagai seorang yang berotak beku, tinggal
dalam “gua batu” – tidak melihat cahaya dan suasana
yang bergolak dan ‘volatile”?
Kita tidak tahu meletakkan beliau; samada bertaraf
profesor “Kangkong” atau profesor “CANGKONG”..!!
Tetapi yang jelas ialah, sebagai seorang berilmu
tinggi yang seharusnya memiliki hidayah ilmu yang
mengasaskan fakta-fakta ‘benar’. Beliau tidak
seharusnya menilai sesuatu setakat duduk terconggok
“mencangkong” dihadapan meja saja. Beliau seharusnya
turun padang, melihat yang terang, bergaul dengan
semua orang, jangan mudah teransang dengan hasutan dan
pujukan ‘demi kepentingan pangkat dan wang’ – akhirnya
diri diumpamakan orang sebagai JEMBALANG! “songsang”.
Nanti padan muka kalau “diterang” orang..!
Kita sudah bosan dan rimas melihat kesan sifat ‘ampu
bodek’ seorang berilmu yang pernah membakar
“jembatan”. Kerana prinsip hidup sedemikian rapuh dan
status diri sebagai seorang cendekiawan dikorban demi
kepentingan ‘wang dan kekayaan’; akhirnya dalam
pemilihan MKT UMNO baru-baru ini, orang itu “tumbang,
tersungkur jatuh telentang”.
Cendekiawan Buta?
Kita juga dapat melihat seorang bertaraf ‘associate
professor’ yang saban kali membuka mulut akan
bersemburanlah ‘kebangangan’nya. Makin nampak beliau
terhakis prinsip diri, hilang kebenaran dan jatuh
martabat, peribadi dan tahap pendidikan ‘tinggi’nya.
Sampai di Parlimen baru diketahui bahawa rupa-rupanya
“Ph.D” yang selama ini yang dipakai dipangkal namanya
sebagai “Dr.” itu tidak ada. Padan jugalah, selama ini
tahap hujah beliau hampir sama dengan hujah dan debat
penjual ‘ubat tradisional’ di Lorong Haji Taib atau
Jalan Chow Kit. Mana muka mau tarok? Kan itu menghina
diri namanya! Berapa banyak lagi ‘profesor CANGKONG’
yang ada di Menara Gading kita yang masih bercakap dan
menulis dengan minda tertutup; tak taulah kita.
TETAPI memang sah ada!
Orang Melayu sangat berharap anak bangsa mereka yang
ada ‘grey matter’ dalam kepala hotak ‘lebih sedikit’
dari purata. Diharapkan sangat mereka akan
memperjuangkan nasib bangsa dan negara dengan
menyelitkan impian majoriti rakyat; bukan setakat
melihat dari sudut yang sempit dan diselubungi
kegelapan politik rakyat seolah-olah masing-masing
masih “teraba-raba” hampir sesat.
Masakan mereka tidak nampak dengan mata-kepala, atau
tidak ada hati-jantung merasa atau tak mampu
menggunakan ‘kepala hotak’ untuk berfikir seketika.
Apa yang Mahathir dan sekongkol dalam UMNO telah
lakukan hingga seluruh peradaban masyarakat Melayu
yang sebegini unggul, negara ini yang meletakkan Islam
sebagai ugama utama – tiba-tiba dilandas 1001
fitnah-aib, pergolakan yang sia-sia; seharusnya
dilihat dalam kontek yang lebih luas!
Rakyat nampak bahawa regim Mahathir telah begitu
bermewah-mewah memperlekeh ugama dan membusuk-buang
para ulamak yang menegakkan Kebenaran tanpa
segan-silu.Mahathir merancang pelbagai agenda untuk
memesong dan berper’bagang’kan rakyat, melakukan
KEZALIMAN dan menafikan KEADILAN, lebih berminat
dengan “politik wang” dan melakukan segala macam
bentuk dan model RASUAH. Mahathir terbokti perompak
dan Penyeleweng, mengancam-ugut sesiapa saja yang
menegakkan Kebenaran, melindungi segala macam jenayah,
rogol dan pemecahan undang-undang, dan….macam-macam
lagi yang tidak mampu disebutkan disini.
Andainya, beberapa orang ‘profesor CANGKONG’ yang ada
di Menara Gading itu melihat dengan “mata-hati” dan
dengan ilmu; pasti mereka tidak akan menjejaki
perjuangan majotiti rakan mereka yang sedang bergelut
dan bersekongkol dengan sekelompok “serakah UMNO” yang
berPresidenkan seorang rakus, tamak dan haloba. Jika
mereka tidak mampu melihat segala kebusukan yang
menjijikkan 20 juta rakyat di negara ini dan dunia
semesta, lebih baik mereka turun dari menara gading
itu dan cuba-cuma minta kerja ‘tukang angkat sampak’
dengan Syarikat Alam Flora saja!! Atau bagi mereka
yang sanggup menjual maruah demi wang, pangkat dan
nama dalam UMNO, dicadangkan cuba-cubalah jadi “tukang
jilat tong taik” di syarikat korporat kroni Mahathir
di “Indah Water Konsortium”. Itu lebih sesuai.
Isu Rakyat Bukan Setakat Anwar
Untuk makluman ‘profesor CANGKONG’ yang ada di Menara
Gading kita yang cuma mampu menulis mengikut rasa;
sesungguhnya mereka faham dan menghayati bahawa rakyat
dan orang Melayu mewujudkan Parti Keadilan Nasional,
berpatah menyokong PAS, PRM dan merangkum DAP dalam
Barisan Alternatif bersebab dari kebusukan agenda
Mahathir dan sekongkolnya yang mempergunakan UMNO
untuk kepentingan diri mereka cuma.
Jika sekongkol ‘profesor CANGKONG’ yang berkepentingan
itu melihat dengan matahati yang jernih dan tidak
kelabu asap, akan nampak bahawa, bagi rakyat, Anwar
sebagai individu tidak mejadi soal. TETAPI apa yang
dipersoalkan hingga menjadi isu lebih luas dan serius
(hingga mencakup permasalah hala tuju politik negara,
kedaulatan bangsa dan kemantapan penghayatan ugama,
keutuhan perlaksanaan undang-undang dan kedaultan
Perlemmbagan Negara) – adalah kerana karenah,
perbuatan dan agenda Mahathir yang menghakiskan hak
asasi rakyat sebuah negara demokratik. Kini nampak
bahawa nama baik negara dan rakyat sudah tercemar dan
terhapus oleh 1001 macam karenah jenayah berpunca dari
Mahathir dan sekongkolnya. Di Perhimpunan itu
segala-galanya terbongkar.
Apa yang paling menjiijik dan memualkan isi perut
rakyat ialah sikap dan karenah Mahathir sebagai
Presiden UMNO dan Perdana Menteri negara yang telah
terang-terang bersepakat melakukan jenayah ala MAFIA
untuk melakukan seribu satu kecurangan, kezaliman dan
amalan sumbang terhadap rakyat. Mereka sepakat
melakukan KONSPIRASI semata-mata untuk menunjukkkan
betapa berkuasanya mereka. Undang-undang telah
dibelakangkan. Bagi mereka, membujur lalu melintang
patah!! Mahathir sendiri TAKUT diheret ke mahkamah!
Rakyat makin tidak senang dengan seribu satu gelagat
dan agenda busuk lagi jahat Mahathir sebagai
perancang. Berdegil-degil beliau menyokong dan
melindungi perbuatan mengkhianat bangsa dan ugama oleh
si “musibat” seperti Rafidah Aziz, Aziz Shamuddin,
Daem Zaiduddin, Sanusi Joned dan semua mereka yang
merancang dan melaksanakan perkara yang terlalu busuk
dan makin terbuku di hati rakyat.
Jika ‘profesor CANGKONG’ itu masih kewarasan berfikir,
pasti mereka merasa malu kepada diri sendiri,
anak-anak sendiri, para mahasiswa, saudara-mara dan
keluarga, masyrakat setempat dan seluruh kaum yang
seugama (dalam konteks lebih luas – seluruh dunia
bertamaddun) bahawa Mahathir telah
‘mendungu-bebalkan’ diri mereka sendiri!!
Dunia Mengejek Kita
Perhatikan sekarang: seluruh dunia (termasuk dunia
Islam) sudah mulai mengejek kita. Mengatakan “PAS
tidak konsisten dalam perjuangan dan isu-isu yang
dibangkitkannya, mencap parti itu terlalu banyak
melatah, kadang-kadang tersasul, kalau tidak pun
sentiasa berdolak-dalik dalam kenyataannya” (kenytaan
Professor itu) sekaligus mencerminkan betapa dangkal
dan terkongkongnya minda “perofesor Cangkong” itu.
Kenyatan seorang bertaraf ‘profesor’ yang seharusnya
mempunyai ‘skop’ penelitian yang luas dan terbuka
tidak seharusnya sebegitu dangkal. Bukan sahaja
kenyataan itu amat tidak meyakinkan dan amat berbahaya
bagi kaum dan agama; malah dakwaan seumpama itu
sekaligus merendahkan tahap beliau kepada seorang yang
selama ini cuma tinggal dalam zaman “Jurasik” dengan
minda mereka cuma tertumpu untuk “memburu mangsa,
makan, berak dan bersetubuh” saja!!
Sebelum “profesor Cangkong” itu lahir kedunia, lebih
33 tahun dulu (mungkin puan profesor itu belum akil
baligh datang haid lagi), PAS telah memperjuangkan
suatu asas perjuangan yang menegakkan “Kebenaran dan
menentang sebarang Kezaliman” secara konsiten. Kerana
sebelum Mahathir menerajui UMNO “Barua(a)”nya, UMNO
“Lama” bergerak diatas landasan yang seiras dan hampir
senada dan seirama. Kerana itu, pernah dalam satu
tempoh yang singkat PAS adalah sebahagian dari Barisan
Nasional juga!!
TETAPI kerana UMNO adalah parti berubah kepada
berprinsip ‘menegekalkan Rasuah, memperlekeh Ugama,
melindungi Jenayah dan lazim sangat memecah
Undang-undang”, maka PAS telah memutuskan sanggup
“bercerai talak tiga” dengan BN. Namun, demi
“consistancy” perjuangan mereka, pemimpin PAS tetap
memeperjuangkan prinsip yang sama. Rebah bangunlah
mereka. Mahathir yang beragenda dengan hasutan para
penasihat “YAHUDI dan Freemason”nya telah menghentam
PAS setiap wujud peluang yang ada.
Tak cukup di Perhimpunan UMNO, Mahathir ke PBB. Pun
masih beliau memburukkan PAS dipentas dunia. Kerana
terlalu terdesak dan berhasrat besar untuk meyakinkan
para sabahat dan penasihat “YAHUDI dan Freemason”nya,
Mahathir terbabas hingga memperlekeh Islam di
Malaysia!! Masakan “profesor Cangkong” itu tidak
terbaca dimana-mana agensi berita!! Apa guna jadi
profesor kalau setiap hari cuma menatap indoktrinasi
UMNO di lembaran Utusan Malaysia, Berita Harian, NSTP,
GILA-GILA, Majallah MANGGA, WANITA atau melayari
lamanWeb “porno 18x” saja…!! Cubalah keluar dari
kepomp[ong anda dan berhenti sejenak berfikir, “jadi
profesor tidak bermakna anda sudah cukup segala”..!!
Haiiihhh…profesor amende macam tuuuu…???”
JADI, jika inilah tahap minda dan kecemerlangan
seorang berdua ‘profesor’ Melayu kita hingga sanggup
direndahkan terus-menerus oleh ugutan pemimpin UMNO;
malang sangat anak-anak kami dihantar berguru kepada
mereka. Kami sebagai ibu-bapa merasa gusar penuh
debar, apa akan jadi kepada zuriat yang akan datang
jika dididik dengan daya berfikir mereka yang
dikuasai, dipengaruhi dan dikongkong oleh jenis-jenis
‘profesor Cangkong’ yang sanggup melemparkan
“kebenaran dan kenyatan” sebenar (demi kepentingan
pangkat, jawatan dan imbuhan kepentingan mereka…!!)
Perbandingan Paling Dangkal
Perbandingan yang diketengahkan si profesor itu amat
dangkal. Katanya:
[[“….peranan UMNO sebagai pelindung kepentingan
politik Melayu di Malaysia, adalah jelas sekali. Sikap
beberapa parti Melayu dalam pilihan raya lepas, yang
terlalu bermurah hati kepada pembangkang bukan Melayu,
juga memperlihatkan betapa UMNO patut kuat dan kukuh
untuk terus menjalankan peranan itu….”]]
Ramai orang yang gelak berderai!! Mungkin ramai yang
bertanya, “Dah sama sewelkah profesor itu dengan
Mahathir yang dah berumur menjangkau 74 tahun?”
Kalau beliau tidak mengigau seteruk itu, elok
diingatkan bahawa sikap parti Melayu dalam pilihanraya
lepas begitu jelas. Tidak ada orang Melayu yang
rasional dan waras yang menyokong UMNO dalam P/raya
yang lepas. Bukti nyata boleh dilihat iaitu: kecuali
Johor, Melaka dan N. Sembilan (tolak Sabah dan
Sarawak), semua negeri di Semenanjung yang lain telah
habis tergugat oleh Pembangkang!!
Tak perlu diulang apa sudah jadi kepada Terengganu
(negeri minyak) dan Kelantan (negeri jelapang padi).
Lihat saja apa jadi kepada negeri Mahathir dilahirkan
dan Pahang negeri Adnan Yakob si “pelucah Kebangsaan”
itu! Kalau tidak dibantu dengan sepak terajang Undi
Pos dengan ‘pertolongan cemas’ SPR, PASTI Mahathir
sendiri akan kecundang di Kubang Pasu…!!
Jangan pula dibesar-besarkan kununnya kemenagan calun
UMNO di Sanggang (atau Telok Kemang?) memberi UMNO/BN
rangsangan. Orang semua tahu, kemangan P/raya Kecil
bertulangbelkangkan berjuta wang guna “membeli undi”
dan “menjual janji”. Itu tidak termasuk 1001 ugutan,
paksaan, bujukan dan ancaman!!
Dalam pergelutan mendapat pengaruh ternyata UMNO dan
BNlah yang tidak konsisten dalam menegakkan perjuangan
dan isu-isu yang meyakin orang Melayu. Itu sebab,
terlalu banyak yang dibangkitkan dalam perhimpunan di
PWTC sehari dua ini. Rungutan itu umpama siaran
ulangan cerita “Kartun” yang sudah basi. Saban tahu
kita nampak itu-itu saja yang diulang-ulang jadi topik
perbahasan para “sewelan” yang dah tinggal “gusi”.
Hingga ramai perwakilan mengeluh kerana rimas, bosan
dan jijik. Terdengar laungan “BOOOOOOO…!!” silih
berganti.
Apakah profesor yang ini tak mau menceritakan kesah
lucu Perwakilan terhadap Mahathir, Dolah Bedawi,
Rafidah Aziz, Daem, dll. yang menjadi bahan persendaan
kepada UMNO oleh mereka sesama sendiri?
Bodoh Sombong – Tak Dengar Nasihat!!
Makin jelas sekarang, jangankan UMNO makin relevan
sebagai penjaga kedaulatan Melayu; malah UMNO dan
seluruh pemimpin mereka umpama “kura-kura sedang
berlari”. Sepanjang jalan bertaburan taik-taik. Ada
delegasi asing yang dijemput khas oleh UMNO (dibayar
tambang Klas penerbangan Satu, diduduk menginap di
Hotel 5 bintang dengan layanan paling istemewa) tetapi
memberi komen kepada beberapa pihak di sini bahawa
UMNO sudah hampir tidak ada kewibawaan politik lagi!!
Ramai dhef-dhef asing berpendapat bahawa UMNO adalah
satu-satunya parti Melayu yang TIDAK dapat lagi
menerima tanggungjawab untuk tugas menjaga kedaulatan
ketuanan Melayu. Sebuah parti yang khusus menjaga
kepentingan orang Melayu dalam politik negara, secara
tiba-tiba telah bertukar menjadi “parti nyamok”,
hilang tahap dan ketokohan sebagai “tulang belakang”
Kerajaan; mengharapkan sokongan parti Komponen untuk
meletakkkan UMNO ke persada pemerentahan. Ada yang
berkata, “jika ini terus berlaku, UMNO akan hilang dan
terkubur dalam tempoh terdekat”.
Mungkin para “profesor Cangkong” yang rasa terlalu
janggal bergaul dengan masyarakat, pasti tidak akan
tahu. Itulah bahana dari sikap “enau dalam belukar”
dan bersikap “bodoh sombong” tidak membaca hati dan
tak mendengar kata nasihat rakyat banyak !!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)