Rafidah Bantu Tumbangkan UMNO
Kejayaan Rafidah yang menang ‘kulit bawang’ menewaskan
Zaharah adalah petanda ‘silent protes’ yang wajib
dibaca bahawa Rafidah tidak diterima oleh WANITA.
Semua orang tahu, Mahathir memainkan peranan besar
dalam siri kempen menyokong Rafidah bagi kepentingan
agendanya. Mahathir dan sekongkolnya patut nampak
bahawa Rafidah sebagai pilihannya tidak dihormati.
Sekaligus bermakna bahawa Rafidah telah gagal dari
mula untuk meletakkan WANITA ketahap yang bermakna.
Itu adalah petanda bahawa WANITA dan Mahathir sudah
kehilangan peranan meningkatkan kewibawaan UMNO
ketahap sewajarnya.
Isu kekalahan tipis Siti Zaharah tidak boleh
dipinggirkan begitu sahaja lebih-lebih lagi dengan
wujudnya pelbagai macam ejekan liar yang tidak pernah
didengar dulu, TETAPI mengandungi makna jelas.
Kedudukan Rafidah dan Naib Ketuanya, Datuk Shahrizat
Jalil mungkin merasa selesa dan membanggakan. Tetapi
jawatan saja bukan sesuatu petada populariti mereka.
Pengundi dan para ‘gurkha’ dibawah adalah mereka yang
sebenarnya lebih berusaha.
Kedudukan Rafidah dan Timbalannya sudah jelas tidak
mampu melakukan penyatuan semula sayap Wanita dalam
waktu yang singkat. Pengalaman menunjukkan kesemua
calon wanita yang bertanding ke jawatan MKT kecundang.
Bermakna tanggapan kaum bapa dalam UMNO memberi
petanda bahawa wanita sukar diletakkan untuk memberi
input yang mampu melawan karenah pucuk pimpinan yang
beragenda tersembunyi. Sebaliknya, merekalah pengampu
paling kuat dan hina!!
Dalam sesi perbicaraan MKT pada 3 September 1998,
masih terdengar Rafidah ‘berceridau’ bagai murai cabut
ekor. Pertelingkahan ‘betina’ celupar ini dengan
Setiausaha Amerika di suatu sesi antarabangsa di Kuala
Lumpur menunjunkkan gelagat wanita kalau terhimpit dan
terdesak.
Berbanding dengan KeADILan, contohnya: DS Wan Azizah
adalah pioneer yang mampu menjuarai partinya.
Keterbukaan ini telah membuka minda ramai orang
termasuk pemimpin dan penyokong UMNO. Mungkin Mahathir
kebingungan sekarang. Mungkin juga beliau merasa
bahang melakukan satu kesilapan besar kerana ‘backing
the wrong horse..!!”. Hancur UMNO!
Marapatkan Barisan Semula
Tugas terpenting merapatkan semua barisan dalam UMNO
ternyata lebih sukar dari menarik
rambut dalam tepung. Walaupun kononnya dasar “tidak
mempertandingkan” jawatan tertentu akan mengelakkan
dari “perpecahan”, hakikatnya itulah satu-satu gejala
yang merobek UMNO hingga berkecai bagai perca dimamah
lembu! Pemimpin Pertengahan dalam UMNO tahu bahawa
dasar dan falsafah Mahathir itu cuma untuk melindungi
beliau dari kecundang.
Pergerakan Pemuda merasa bahangnya. Hishammuddin
“pundan terulung” Pemuda UMNO memenangi kerusi tanpa
bertanding. Sementara hakikat itu telah meletakkan
Ketua Pemuda ini sebagai ‘abdi’ bagi menjilat
Presiden. Jika Timbalan boleh menang besar dengan
maruah terawas sempurna, sekaligus kedudukan Ketua
Pemuda upama “lembu pawah” guna menarik pedati sarat
berisi taik tuannya. Hilang maruah, hilang ranggah!
Barisan exco Pemuda tidak diyakini untuk diharap
membantu keadaan yang makin jelas berkecamok dalam
UMNO. Falsafah “Pemuda Singa UMNO” sekaligus hilang
tandas tidak lagi mampu untuk dijadikan pergerak
kepada parti amnya. Budaya “lesu” ini khusunya dalam
konteks menarik golongan muda kedalam UMNO akan
menjadi realiti. Mereka memang bebal dalam hal menarik
golongan muda. Golongan ini makin peka apa jenis parti
yang wajar disokong. Kedudukan UMNO yang TIDAK terbuka
adalah bertentangan dengan prinsip ‘manusia
terpelajar’ yang jadi peradaban golongan muda.
Kini UMNO ketandusan sandaran dan pelapis untuk
menghadapi cabaran perkeliling yang makin membesar.
“The hostile environment” itu makin sukar untuk
diperendah-rendahkan. Jangan fikir Pembangkang seperti
Barisan Alternatif membariskan budak-budak “kanyak
kurang akal” seperti terdapat dalam PEMUDA UMNO.
Mereka yang komited dalam Barisan Alternatif terbokti
lebih wira dan perkasa. Kezaliman regim Mahathir
memaksa mereka keluar masuk penjara dan lokap,
dihadapkan dengan pelbagai fitnah dan maki seranah
“si sewel tua” ini. Semua itu adalah perkara bisa.
Pemuda UMNO hidup selesa sebagai pengampu dan pembodek
tanpa menghayati prinsip “pemuda tiang bangsa”.
Merekalah yang paling korup dan tenggelam punca!!
Seperti lazimnya, dalam UMNO mereka yang kalah
berakhir dengan sikap ‘hostile’. Di situlah amalan
UMNO, bermula; dan ke situlah penghujung jalan politik
mereka. Prinsip dan amalan UMNO adalah jelek, iaitu
‘yang menang tidak mahu kalah; dan yang kalah tidak
akan berpeluang menang lagi’. Jika itu berlaku juga,
pasti akan berlaku sesuatu yang diluar dugaan. Perkara
pertama: FITNAH dan Konspirasi akan dimulakan.
Akhirnya, akan berlakulah persekongkolan dan tohmah
mentohmah. Ultimatumnya, pasrah!!
UMNO Makin Gusar
Semangat bekerja dalam UMNO digerakkan oleh imbuhan
dan wang. Inilah faktor yang mencanai minda hampir
kesemua mereka. Semangat mereka tida sewaja mana.
Semangat merapatkan semula barisan bukan priority
mana-mana pihak setelah menerajui UMNO, iaitu “Cari
‘fulus’ dulu, tegapkan kedudukan diri”. Terakhir
sekali, barulah fikirkan parti. Soal berjuang untuk
parti, bangsa dan ugama itu tidak terlintas langsung
dalam ingatan. Keadaan ini yang menyebabkan masa depan
Melayu tidak akan selamat kerana hala tuju UMNO dan
pemimpinnya semakin tidak berketentuan. UMNO hanya
‘bertuankan yang seorang’. Rakyat hanya umpama barang
– untuk mainan!! Bila-bila masa akan diketepikan.
Realiti yang dihadapi UMNO makin jelas menggusarkan.
Kedudukan Barisan Alternatif di kalangan rakyat makin
terserlah. Rakyat makin pintar menelah, iaitu dari
mereka bertungkus-lumus menyokong parti yng saling
bertelagah dan banyak karenah (seperti UMNO), lebih
selesa mereka meletakkan harapan dan amanah kepada
sebuah parti yang “solid” dan mantap (Baisan
Alternatif).
Pergelutan merebut jawatan sudah mula membayangi UMNO
Bahagian menjelang tahun-tahun pemilihan yang akan
datang. Sepak-terajang non-politik disemua peringkat,
politiking memual dan membosankan memberi kesan
sampingan terhadap dedikasi bekerja untuk parti dan
bangsa. Bukan saja ini yang akan memusnahkan UMNO,
malah keadaan itu tidak dapat lagi dikikis dari kepala
hotak ‘siol-biol’ yang telah membudaya dalam UMNO.
Hahaha… UMNO menyediakan laluan mudah untuk Barisan
Aternatif!!
Harapan UMNO memenangi hati orang Melayu telah
tertutup rapat. Perhimpunan UMNO yang telah
diselesaika membawa dimensi yang sungguh luas dalam
memporakperandakan UMNO sebagai sebuah parti peneraju
Kerajaan. UMNO dan orang Melayu tidak sinonim lagi.
Apalah gunanya “merajuk air diruang…”!
Umno Dalam Persekitaran Yang Memusuhinya
Pengakuan Mahathir Mohamad bahawa Umno kini hidup
dalam "hostile environment" tidak usah dikesalkan.
Rakyat bukan saja menentang pemimpin yang “kurang
ajar”, rakus dan rasuah; malah rakyat sudah sedar
bahawa parti yang menerajui regim ini sudah “tidak
boleh diharap” lagi!!
Mahathir yang berlakun drama sedih bercerita bertemu
dengan lebih 400 pegawai tinggi kerajaan. Kemarahan
merka terhadap si “sewel” itu, Regimnya dan UMNO
sebagai parti menghalalkan yang munkar ada
sebab-musababnya. Para mahasiwa tidak terubat cuma
dengan biasiswa. Bermakna, UMNO sedang dipersimpangan.
Keadaan yang berubah tidak akan menjamin kakitangan
awam, media dan golongan akan melihat UMNO sebagai
parti berwadah.
Semua ini membuktikan bahawa Pembangkang telah
menyelami jantung-nadi Umno dan BN. Jangan tak tau,
Pembangkang seperti pemimpin KeADILan adalah bekas
penjawat UMNO dan kakitangan awam yang berpengalaman.
Mereka serba tahu segala “trick of the trade” UMNO
menangani Pembangkang dimasa lampau. Sekarang, “meja
sedang dipusingkan”.
Sebab Sebenar Kerana “Anwar”
Mahu atau tidak, Mahathir dan UMNO harus mengakui
bahawa kehilangan sokongan terhadap UMNO adalah
berpunca dari karenah Mahathir terhadap Anwar. Walau
selama ini Mahathir bermati-matian menyalahkan PAS
atau siapa saja dalam alam ini (selain dirinya); namun
hakikatnya: Mahathir adalah ‘puaka jembalang’ yang
harus disingkirkan. Andainya Mahathir masih bertahan,
pada tahun 2004, UMNO sendiri akan lihat bahawa lebih
ramai orang UMNO akan berpaling tadah menikam UMNO
dari belakang!!
Penggulungan Mahathir di Perhimpunan tidak mungkin
berupaya mengambil hati atau memujuk kembali ahli-ahli
Umno dan penyokong parti itu supaya kembali menyokong
UMNO. Jangan harap orang Melayu akan bersatu semula
menyokong UMNO. Rakyat sudah “hardened”, dan cabaran
terhadap UMNO tidak lagi bergantung kepada samada
regim ini akan mendera rakyat atau tidak. Rakyat sudah
semakin insaf bahawa regim ini tidak pernah menepati
janji setelah mereka menang.
Igauan dari kebiadapan dan keserakahan Ali Rustam,
kecurangan dan kuku-besi Daim terhadap kontrator
Melayu dan IKS, sifat “diktator” Mahathir hingga
begitu ZALIM dan bermegah memecah undang-undang dan
meletakkan diri mengatasi undang-undang, perlindungan
terhdap perasuah dan penjenayah – tidak akan terubat
dengan ancaman terhadap kakitangan awam. Keadaan yang
telah menimbulkan rasa kurang senang pihak-pihak
rakyat akan mengajar mereka.
Ancaman Dari Dalam.
Mahathir sendiri berhadapan dengan ancaman dari dalam.
Perkara yang sedang bergolak dalam UMNO makin jelas.
Keadaan dan perkelilingan dalam UMNO telah menjurus
kearah perpecahan dalam UMNO sendiri. Doa Mahathir
ditafsir berbeda dari “airmata buaya” yang dilihat
orang pada tahun l996. Perpecahan di dalam UMNO begitu
serius hingga menyatukan semula orang-orang Melayu
bukan lagi suatu kemampuan UMNO, tetapi adalah
resposibiliti Pembangkang Melayu!!
Jika Mahathir mengugut untuk bertindak memusnahkan
kekuatan budaya kesetian kepada pemimpin (dimaksudkan
terhadap Anwar), jawapnya “orang Melayu tidak sebodoh
itu setia kepada pemimpin membuta tuli! Mahathir lebih
lama dalam politik dari Anwar. Mengapa Anwar
terkemuka? Seharusnya kesetiaan orang Melayu harus
kepada Mahathir . Tetapi sebaliknya.
Bermakna, orang Melayu adalah rasional. Mereka dapat
menilai antara pemimpin jenis ‘HAPRAK’ seperti
Mahathir “laknatullah” dengan Anwar yang tersingkir
kerana “Konspirasi”, aniaya dan Fitnah…!!”. Konsep
Mahathir itu bermula dengan tanggapan yang salah.
Tafsiran beliau terhadap orang Melayu menujukkan
bahawa Mahathir tidak faham budibahasa dan pekerti
orang Melayu. Kerana, zuriat Mahathir cuma secalit
berdarah Melayu!!
Bagi orang Melayu, kesetiaan kepada parti bergantung
kepada siapa peneraju. Ia akan dinilai atas hemah dan
karenah mereka. Contoh yang lalu, Datuk Onn bin Jaafar
adalah pegasas UMNO. Tetapi beliau tidak ada pengikut
kerana “Party Negara” tidak sehaluan dengan kemahuan
rakyat (walaupun Datuk Onn adalah pemimpin yang
berhemah).
Peribadian Mahathir Bernajis “Mughallazah”
Sebaliknya, kini Mahathir bukan sahaja mempunyai
keperibadian hingga rata-rata rakyat dan orang Melayu
menggelarkan beliau dengan 1001 title. Malah Mahathir
sendiri berbangga memperakukan dirinya “MahaFIRAUN”,
“DIKTATOR” dan sebagainya. Tidak kurang yang
menyumpah-seranah beliau dengan jolokan “Laknatullah”,
“Bedebah”, “Jembalang tanah”, “MahaPUNDEK”,
“Poddahhh..” dan berbagai-bagai lagi. UMNO pula sudah
makin jelas hilang ‘wadah’ setelah jelas Mahathir
menggunakannya sebagai platform untuk menghalalkan
“Rasuah, Fitnah, Balas-dendam, Membolot kekayaan,
Merampas hak asasi rakyat, merogoh kesejahteraan dan
menipu rakyat, Membohong”..!! Inilah bokti
kerasionalan orang Melayu, bukan ‘taksub’.
Pengaruh dan karisma Anwar memang masih kuat.
Fikirkan ini: sebuah regim dan seluruh kekuatan
pentadbiran regim ini cuba membunuh pengaruh Anwar,
dan UMNO dengan seluruh jentera dan kelengkapan yang –
ternyata tidak mampu memusnahkan pengaruh Anwar. Ini
semata-mata berpunca dari “Kebenaran” yang ada dalam
semangat perjuangan Anwar yang senada dan seirama
dengan rakyat. Mahathir ‘membunuh’ Kebenaran itu.
Sebaliknya, Mahathir makin ternyata hilang cengkaman
terhadap rakyat. Kehilangan Terengganu dan kemungkin
beberapa lagi negeri di Semennjung (Kedah dan Pahang)
bukan satu perkara yang mudah. Tetapi, kerana rakyat
sudah tahu dan matang dengan perjuangan Anwar, maka
Mahathir kini tidak lebih dari ‘sekor spesis tikus’
yang lemah dan akan pupus!! UMNO makin tenat!!
Strategi Pembangkang Melayu
UMNO tidak dapat mentauladani strategi dan kegigihan
Pembangkang Melayu. Lebih-lebih lagi setelah melihat
dan merasa UMNO makin hilang rasa ‘sayangkan rakyat’
dengan pelbagai tindakan mengancam kesejahteraan
rakyat. Makin UMNO cuba mengetatkan pelbagaikan
sekatan dan halangan, mengancam kebebasan rakyat,
meningkatkan serangan dan membusukkan imej dengan
menggunakan perkidmatan Polis dan jabatan Kehamin;
selagi itulah UMNO/BN dipencilkan rakyat.
“The BLACK14” akan disertai oleh G5 dan G7 UMNO.
Carilah mereka. Masakan semudah itu. Tetapi sebenarnya
mereka ada “and just arround the corner” saja.
Mahathir makin kehilangan taring. Kuasanya sudah
luntur dan kewibawaan beliau sebagai presiden parti
telah hancur.
Nyah Mahathir..NYAHKAN!!
Orang Melayu sudah putus dalam hati, bahawa kehidupan
dan kesejahteraan mereka tidak semestinya perlu
bergantung kepada UMNO. Untuk mengangkat maruah
bangsa, kedaulatan tanahair dan ugama anutan mereka,
UMNO sudah jadi semacam petualng yang merintang.
Mahathir juga bukanlah dikelaskan sebagai pemimpin
yang berhemah walau mungkin UMNO mengagkat beliau
sebagai ‘raja berdaulat’ yang wajib disembah!!
Nah..!! Sembahlah oleh kalian puak UMNO patung “puaka”
itu, moga-moga kalian akan dibawanya ke “Neraka
Jahanam” yang disediakannya.
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)