UMNO dengan “Bergu Bertiga”
Analoginya, Perhimpunan UMNO Mei 2000 dapat
diumpamakan seperti sekumpulan anak-anak yang
menangis menginginkan ‘pistol mainan’. Jika dengan
memberi patung mainan itu, anak-anak akan berhenti
meraung, berikan sajalah. Kalau mampu berikan ‘susu se
botol’ dengan puting koson untuk nyonyot supaya mereka
terus nyenyak tidur.
Apa yang disebut sebagai “Team Wawasan” dengan
kemenangan regu “Najib Razak, Md. Tyson dan Muhyiddin”
kununnya individu yang pernah terlibat rapat dengan DS
Anwar satu masa dulu.
Ada pihak yang membuat tanggapan bahawa selain dari
‘Regu Bertiga’ itu, seramai 15 orang lagi ada mereka
yang berhaluan sama mengagotai MKT UMNO. Bermakna,
paling kurang 18 orang yang terkait dengan Anwar
berada dalam MKT. Itu adalah assumpsi kununnya
mencermin satu kekuatan untuk membela Anwar (kununnya)
dan melemahkan Mahathir!! (Hahaha……!!)
Abdullah Bedawi, selaku Timbalan Presiden merangkap
Timbalan Perdana Menteri telah mengimbaskan, malah
seakan-akan meyakinkan Perwakilan dan pemimpin UMNO
Pertengahan bahawa “team” itu adalah dibawah
‘Pengurus’ yang baru. Maksudnya, jika dulu ‘team’ itu
diurus-selia oleh DS Anwar; kali ini oleh Abdullah
Bedawi pula. Abdullah mengakui beliau pernah tidak
sefahaman dengan Mahathir. Dengan itu, beliau adalah
‘neutral’ dan tidak di “Habibie” Mahathir.
Seolah-olah, UMNO akan berubah menjadi sebuah parti
yang menurut kemahuan rakyat – sehaluan dengan apa
yang diwariskan Anwar selama ini. (Hahaha……!!)
Sewaktu Abdullah Bedawi melafazkan ikrar janggal itu,
seluruh Dewan 2500 perwakilan bertepuk hebat. Memang
jelas nampak wujud satu suasana yang amat
menggembirakan. ‘Mood’ kepuasan terpancar diwajah
masing-masing, seolah-olah semangat Anwar kembali
wujud dalam UMNO. Dr. Mahathir tersenyum memerhatikan
suasana rioh-rendah perwakilan. (Hahaha!! Petanda
agenda beliau mengena).
Yang Arif Saja Mampu Berfikir
Senyuman bagi Mahathir seringkali memberi makna.
Beliau mentafsirkan bahawa Perwakilan, para Pemimpin
UMNO dan penyokong telah mendapat kepuasan. Hematnya,
walaupun Anwar disingkirkan (oleh beliau secara paling
hina hingga menimbulkan kemarahan majoriti UMNO) namun
dengan kehadiran ‘team’ pro-Anwar bermakna sekarang
beliau sedikit sebanyak telah dimaafkan. Kehadiran
‘team wawasan” itu seolah-olah akan ‘menyekat’ sikap
“keterlaluan” Mahathir. Memang itulah ‘random mood’
majority orang-orang UMNO dan orang Melayu setakat
ini, iaitu mahu supaya karenah Mahathir diredakan
(lebih jauh disekat).
Senyum Mahathir Ada Makna
Dr. Mahathir tersenyum dengan senyuman yang tidak
segembira sewajarnya (suatu lakuanan yang mengandungi
1000 makna). Perwakilan nampak puashati kununnya
Mahathir sedang mendapat tentangan dengan kehadiran
tiga (3) orang Naib Presiden yang kununnya bekas rakan
Anwar. Harapan mereka di Perhimpunan Itu membayangkan
satu kepuasan berarus “kemenangan”. Kununnta, UMNO
kini mendapat “team pelapis” bakal memperjuangkan
nasib Anwar (Mat Jenin memang terkenal dengan
berangan-angan).
Dalam satu nafas, Mahathir dengan SENGAJA menyebut
bahawa ‘team’ itu bukanlah cadangan beliau, jauh
sekali dari tajaan beliau. Kemenangan mereka tidak ada
kena mengena dengan cadangan, rancangan dan sokongan
beliau. (Hehehe…lidah biawak mana yang tidak
bercabang?)
Spontan, tepukan gemuruh menggema seluruh Dewan. Dr.
Mahathir dapat membaca bahawa mood perwakilan UMNO
memang kuat menyokong Anwar. Bagi Mahathir tidak
menjadi hal. Beliau seolah-olah melihat kemenangan
“team wawasan” itu memberi semacam petanda bahawa
beliau (Mahathir) dipihak yang lemah sekarang (kerana
wujud kelompok penentang beliau dalam MKT).
Realitinya, beliau masih Presiden dan rancangan beliau
memang sengaja bertujuan melegakan keadaan.
Bila Abdullah Bedawi, selaku Timbalan Presiden sewaktu
berucap berkata bahawa beliau sekarang menjadi
‘pengurus’ baru ‘team’ itu (atas sifat beliau pernah
tersisih dari UMNO); tepukan gemuruh terdengar lagi.
Sekali lagi Dr. Mahathir tersenyum ‘senget’ – suatu
ukiran senyum yang tidak segembira yang harapkan
(memang bijak Mahathir melakunkan drama Tamil Illam).
Terdengar pula desas-desus kununnya ‘team’ itu peranah
melafaz ikrar (sesama mereka dua bulan dulu di
Melaka?) untuk berpadu membentuk satu ‘team wawasan’.
Jumlah individu yang sedehana besar akanmemberi kesan.
Dengan sokongan Abdullah Bedawi, mereka telah merayau
memujuk Bahagian-bahagian UMNO supaya menyokong
‘pakatan’ itu. Kononnya, tujuan mereka ialah untuk
mewujudkan satu ‘team’ untuk melemahkan sikap
keterlaluan Dr. Mahathir. Justeru itu, perwakilan yang
datang ke perhimpunan Mei 2000 seolah mendapat semacam
harapan dan ‘rangsangan’ (tetapi tidak keterlaluan
hingga membawa cadangan menyingkir dan menggulingkan
Mahathir).
Mudah Terpukau
Adalah menjadi satu kenyatan bahawa: Dalam politik,
“pukau-memukau” audience adalah suatu kebijaksanaan
untuk survival. Memberi keyakinan ala drama “Tamil”
juga besar maknanya. Dalam konteks ini, Dr. Mahathir
boleh dikatakan “pakar”. Jika tidak, masakan selama
lebih 18 tahun kedudukan beliau tidak sedemikian
tergugat.
Bermula dengan TS Musa Hitam hingga tiga orang
Timbalan Perdana Menteri telah ‘dibuang’nya dengan
cara beliau tersendiri. Walaupun ada pergolakan,
tetapi kedudukan Mahathir secara umum masih dikatakan
mantap, tidak jelas tergugat sangat. Mahathir tidak
pedulu utuk beliau. Yang penting bagi beliau ialah, “I
am still the Prime Minister as well as the UMNO
President..!!”. Kuasa beliau masih mutlak dengan 1001
prerogatives!!
Tetapi kali ini, dengan pembuangan DS Anwar, keadaan
benar-benar telah memberi Mahathir “kata dua”. Kerana
Mahathir berdegil tidak mahu UNDOR, Mahathir tetap
utuh sementara UMNO/BN telah mulai menjadi mangsa
dengan pelbagai hambatan.
Diakhir-akhir ini, UMNO khususnya, sebagai tulang
belakang BN memang nampak ‘ger-ger’, bergolak hebat
dengan majoriti penyokong “berantakan”. Walaupun
dengan mempurukkan Anwar dipenjara, diaib dimahkamah
dan dibelasah; namun pengaruh Anwar dalam masyarakat
Melayu dan UMNO masih jelas seperti biasa. Malah,
boleh dikatakan, Mahathir sendiri merasa dirinya dalam
keadaan serba salah, semakin sulit untuk memegang
tampuk kuasa dengan selesa. Pengaruh dan serangan
Parti Pembangkang makin meningkat. Rakyat makin nampak
menyebelahi mereka. UMNO kehilangan banyak penyokong.
Anwar Jadi Punca
Dua tahun berlalu, nampak Mahathir hampir-hampir
kecundang sendirian. Dalam menangani masalah ekoran
dari ‘pembuangan’ Anwar itu, hingga kini keadaan
menunjukkan bahawa “Anwar masih menghantui UMNO”
sementara “Mahathir hampir-hampir dikafankan
politiknya”.
Alasan kejatuhan UMNO/BN kerana PAS dan berpecahan
orang Melayu, adalah suatu ‘momokan’ bohong. Isu Anwar
adalah penyebab utama. Desas-dedus dikalangan pemimpin
UMNO menyebut Mahathir telah membuat pengakuan.
Kedudukan UMNO sebagai sebuah parti kian hilang daya.
Yang paling melemaskan Mahathir dan beberapa puak
dalam UMNO dan komponen BN ialah: sokongan kaum bukan
Melayu terhadap Pembangkang sudah mulai menggugat MCA,
MIC dan GERAKAN. Jika dulu PAS adalah musuh utama
Mahathir, tetapi sekarang KeADILan dengan parti sekutu
dalam Barisan Alternatif makin ketara mendapat
sokongan rakyat.
Yang paling merisaukan Mahathir dan sekongkolnya,
pemimpin UMNO peringkat Pertengahan yang ada telah
menunjukkan bahawa mereka tidak ragu-ragu lagi
meninggalkan UMNO jika UMNO tidak sanggup merobah
cara, sikap dan haluan.
Pilihanraya ke-10 adalah menifestasi yang tidak boleh
dipandang remeh dan rengan. Kejatuhan protégé Mahathir
di Terangganu dan Kelantan; kesengitan cabaran dan
penentangan yang cukup ketara terhadap UMNO/BN di
Kedah, Perlis dan Pahang dan beberapa negeri lain
(selain Johor, Melaka dan N. Sembilan) memberi
bayangan bahawa UMNO/BN akan kecundang lebih dahsyat
lagi dalam P/raya ke-11.
Mahathir adalah objek dan personaliti yang menjadi
kebencian rakyat. Seperti yang terjelas dari
Perhimpunan terbaru itu, Mahathir dan seluruh UMNO
membayangkan keresahan yang amat sangat dengan gejolak
golongan pengundi muda, terpelajar dan berminda
terbuka menyebelahi Pembangakang. Rata-rata mereka
tidak menaruh minat sedikitpun terhadap UMNO dan BN.
Jumlah mereka ditaksir sekitar 1.6 juta. Jika mereka
tidak memilih UMNO/BN, pasti jumlah sebesar itu akan
meletak parti ini ke “petak Pembangkang” dalam p/raya
ke-11.
Dengan mood yang makin nampak (pertama kali dalam
sejarah negara ini) kaum bukan Melayu/bukan Islam kian
gigih mulai memahami ‘pentadbiran Islam’ di Kelantan
dan Terengganu. Mereka mulai dapat menerima konsep
pentadbiran Islam (dalam konteks ideolgi politik dan
kedudukan PAS dan parti komponen Barisan Alternati).
Kesannya Barisan Alternatif dan PAS makin mendapat
sokongan pengundi bukan Melayu/bukan Islam.
Itu adalah seperkara yang amat mencuriga dan
menggelisah dan menggelabahkan Mahathir dan UMNO/BN.
“Carrot and Stick” Tidak Diendahkan
Mahathir sedar bahawa keadaan itu tidak boleh sekadar
beliau lakukan dengan cara mengugut, mendera,
menyekat; waima “memujuk” dengan wang dan rasuah,
menjanjikan Rancangan Pembangunan atau apa juga
‘ombok-ombokan’ yang sedap didengar!!
Tuntutan orang Melayu semakin matang. Lebih jelas
lagi, orang Melayu secara lantang menuntut dalam satu
‘continuum’ iaitu: “Buang Mahathir, kikis
sekongkolnya, heret mereka yang bersalah ke mahkamah,
bicarakan”. Orang Melayu mahu tengok dengan mata
kepala “UMNO bersih” dari gejala “Rasuah,
Penyelewengan, Kezaliman, dll”.
Menjelang pilihanraya akan datang (satu masa yang amat
sengkat) mereka mahu lihat: “UMNO terbokti benar-benar
meletakkan Islam ketahap yang sebenar”. Sementara itu,
tuntutan supaya “Anwar yang diyakini orang Melayu
TIDAK bersalah” hendaklah dibebaskan, diberi kedudukan
seperti sebelumnya (reinstate) menerajui” politik
negara seperti sebelum beliau “diaib-fitnahkan” oleh
Mahathir!!
Hematnya, siri agenda tuntutan orang Melayu khasnya
dan rakyat amnya itu memang sukar Mahathir
melaksanakan. Pemimpin UMNO sendiri mahu ia
dilaksanakan. Bermakna, lebih baik Mahathir gantung
diri atau kelar leher sendiri dan hingga mati
pendarahan!! Mungkin itu saja akan ada orang yang
bersimpati kepadanya.
Mood sokongan majoriti dalam kepimpinan UMNO sendiri
sudah menunjukan kecenderungan yang sama seperti
rakyat banyak (jangan sebut Pembangkang). Jika keadaan
tidak ditenangkan, walaupun Mahathir berhempas-pulas
bersikap ‘nujum sangkamara’, merancang pelbagai
‘adu-domba’ dan cuba memberi 1001 alasan mengapa Anwar
“patut disingkirkan”; pasti UMNO tidak akan mampu
mempengaruhi penyokong supaya berbalik ke pangkal
jalan menyokong UMNO!!
Pembangkang Makin Berwibawa
Tambahan pula, orang Melayu dan rakyat banyak sudah
melihat bahawa Pembangkang Melayu dan gabungannya
dalam Barisan Alternatif telah berjaya mengembalikan
satu suasana politik tanahair yang diingini oleh
rakyat. Mereka ternyata bersih dan amanah, menghayati
peradaban dan peribadi yang mulia, jujur dan ikhlas,
tidak bercakaran sesama sendiri, mantap dan berwibawa.
Contohnya: Rakyat telah mula memberi perakuan bahawa
Pentadbiran PAS dibawah YAB TG Haji Nik Aziz di
Kelantan dan YAB TG Haji Abdul Hadi di Terengganu
telah mampu mentadbir negeri dengan berhemah dan
amanah. Hutang beratus-ratu juta yang ditinggalkan
oleh pemimpin UMNO/BN dulu telah mulai dijelaskan.
Pembangunan “gila-gila” dimansuhkan, rakyat diberi
kefahaman melaluim proses pembelajaran mengenai hala
tuju dan penghayatan Islam dalam pentadbiran Kerajaan
berbentuk Islam, dll.
Contoh yang ketara: Keptusan P/raya Kecil Sanggang
memperlihatkan statistik sokogan kaum bukan
Melayu/bukan Islam meningkat (peratusnya adalah
rahsia). Sokongan orang Melayu tidak pula berkurangan.
Petanda seumpama itu harus dibaca oleh Mahathir, UMNO
dan sekongkolnya dengan penelitian yang terperinci.
Wajar diimbangi, dengan kehadiran pemimpin terkanan
UMNO Pusat yang turun padang di Sanggang berkempen
menabur 1001 janji dan hamburan wang berjuta bersekali
dengan ‘jual janji’ Pembangunan dan hadiah tanah, dll;
namun kelebihan undi majoriti yang diperolehi calun
UMNO/BN itu amat mengecewakan.
Bermakna pengaruh UMNO/BN adalah lemah dan kesasaran,
walaupun baru dua bulan dulu P/raya Umum
dilaksanakan!!
(Bersambung)
PS:
Kupasan rengkas ini adalah dengan input dari beberapa
‘moles’ dalam UMNO “Baru(a)” yang bermaklumat tepat.
Mereka membocorkan ‘Agenda SULIT” ini kerana terlalu
bosan dengan karenah, rencana dan agenda Mahathir dan
sekongkolnya yang terang –terang menipu rakyat dan
orang Melayu..!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)